Friday, January 13, 2012

aku dan cinta, bagai tak bisa dipisahkan.

Assalamualaikum w.b.t

satu entri sebelum masuk tidur. ;)
tengah pagi, memang banyak nak diperkatakan.
inilah waktu memuhasabah diri yang banyak compang campingnya.

abc sekadar berkongsi jiwa dan hati
berkongsi juga entri-entri lama.

waktu mematangkan diri kita.

abc percaya pernyataan di atas.
sebab itulah abc. kesilapan demi kesilapan abc buat dalam hidup dan ia sangat memberi pengajaran kepada diri abc. sehingga membina kembali diri yang sebenar-benarnya.

abc dan kisah cinta. memang tak dapat dipisahkan.
ada sahaja dramanya. entah kenapa, abc tidak mengelakkan diri daripada 'cinta yang tak matang!'
jujur abc katakan. abc menjebakkan diri kerana ingin 'rasa' apa nikmatnya 'cinta remaja'.

dan JUJUR dan IKHLAS abc katakan. 'SAYA SANGAT MENYESAL!'

orang tua selalu kata; sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

yes, abc dah rasa diri macam tak guna ;(

bukan abc riak nak cakap pasal diri. sekadar berkongsi. (abc tekankan di sini sekelian kalinya)

dalam kehidupan remaja yang abc lalui. cukuplah 4 tahun abc membuang masa dengan kisah cinta yang tiada kesudahannya. bagi yang berjaya ke jinjang pelamin, tahniah abc ucapkan ;)

kenapa abc menyesal?
kecewa sangat. frust menonggeng. poyo????
apa pun persoalan dan jawapan, biar abc dan Allah yang tahu.

apa yang buat abc sedar?
Allah itu Maha Penyayang. DIA yang sedarkan abc tentang 'sebuah kehilangan'
abc hilang sesuatu, yang hingga kini abc tidak ketemu kembali Allahuakbar!


dan mujur ada KAWAN yang kembali membuka jalan untuk abc kembali menjadi diri sendiri. saat hilang pedoman, saat ketandusan pintu keluar, KAWAN datang dengan menyuluh jalan keluar buat diri. Alhamdulillah. ;)

cukuplah abc menulis tentang 'penyesalan'. abc tahu, ada yang bermonolog dalaman saat ini dengan ayat "POYO AJE!" ^^, aku cuma mahu sedarkan diri, dia dan sahabat-sahabat yang aku cintai.


abc kongsikan di sini, beberapa entri KISAH CINTA abc. (abc tak pernah delete post lama-lama, tak malu ke tak delete? Ah.. malu? kenapa tak difikirkan dari dulu???huhuhu)

bukan kisah apa pun. kisah kecintaan abc kepada manusia bernama lelaki..(ayat berani mati aje kan?)
abc banyak sangat tulis pasal cinta. kadang termalu sendiri. sebab rasa macam..... er.... macam... terhegeh, tergedik, dan "BIANG"! ;p





masuknya abc ke dalam usia 23 tahun, buat abc terasa lebih sukar hendak menegur salahnya satu perkara. diri terasa tak layak, diri terasa malu sendiri. nak membincangkan sesuatu, terasa tiada teman. moga Allah kembalikan aku ke jalanNYA, penuh barakah penuh redha.

apa yang abc mahu? menjadi diri sehebat yang mampu, kerana sekarang aku terlalu malu untuk menghadap DIA.




p/s: menulis ceritera cinta, kadangkala buat aku termalu sendiri. aku angankan yang sempurna tapi diri penuh cacat cela!


kembali memanaskan... ^^v

Alhamdulillah.
abc dapat kembali ke dunia blog ;)

abc belum habes final. satu paper lagi. tak sabar nak kembali menulis. kembali blogwalking.
lagipun, blog abc dah sunyi. kurang dah yang datang ;(

tu la orang kata, "jangan tinggal blog lama-lama!"

semua urusan dekat Universiti nih dah settle.
tinggal nak selesai urusan dekat Kedah pulak. semoga semua berjalan dengan lancar. Ameen.

sepanjang abc menyepi (tak la sepi sangat, ada gak datang jenguk and update)
banyak hal yang jadi.
demam, pening kerja berlonggok. study last minute and macam-macam!

entah kenapa semester nih, semester yang semua subjek abc study last minute.
sehari sebelum baru cover semua topik! gila hebattttt! ;p

kalau dulu, sehari sebelum dah relax buat soalan2 past year aje. aishhh.
patut orang kata tahun akhir lagi mencabar! (sangat mencabar!)

tau kenapa abc relax nih? boleh update blog pulak tu (even dah lewat malam)
abc dah siap compile PSM 1. esok hantar! yeah!! akhirnya.

memang satu kelegaan plus baru lepas exam paling killer tadi. hoohohoho

so sekarang abc nak ENJOY!!!!!!



p/s: layan video youtube, semua nak jadik artis youtube sampai memalukan diri! hahahaha

Wednesday, January 11, 2012

Mudahnya Jatuh Cinta

 

abc godek-godek laptop dan jumpa puisi ni. dah lama punya ni tapi tak post dalam blog. buat pedoman diri sendiri. sekadar perkongsian Winking smile hayatilah.

romance

Mudahnya jatuh cinta

Lagi mudah untuk merasakan kecewa

Payah.

Payah nak kenal erti setia

Payah nak faham erti bahagia

Sukar.

Sukar tuk mentafsir jiwa manusia

Sukar jua untuk kenal jujurnya dia.

Mudahnya jatuh cinta

Semua itu godaan dunia

Godaan remaja

Godaan jiwa bernafsu semata

Mudahnya jatuh cinta

Pada insan yang suka memperdaya

Pada insan yang suka memberikan kecewa

Pada insan yang bertopengkan manusia

Mudahnya jatuh cinta

Namun sukar kenal apa itu cinta

Kepada siapa perlu mencinta?

Dari siapa perlu dicinta?

Bukankah cinta hanya untuk Dia?

Bukankah enak jika Dia cinta pertama?

Bukankah manis Dia cinta selamanya?

Lumrah hidupnya seorang manusia

Allah berikan dia pasangan

Namun awalnya dia ketemu,

Saat percaya ia cinta untuknya

Dia serah jiwa dan raga

Namun!

Dia kecewa

Terserah segalanya sudah

Apa yang ada?

Diri yang ternoda

Adakah itu cinta carian hidup kita?

Adakah itu cinta yang didamba?

Renungkan.

Aku bukan sengaja menulis

Aku bukan sengaja berpuitis

Aku Cuma contohkan diriku

Aku tak mahu kau menjadi seperti aku

Nyesalnya selama-lama hayat yang ada….

Friday, January 6, 2012

tutup Blog selama-lamanya.

Assalamualaikum.

abc tak sempat nak update.
mungkin tak update untuk beberapa ketika.

tutup untuk selama-lamanya???????
tak mungkin. insyaAllah.

abc dalam kesibukan 'Final Exam"!
tak ada masa.
semua kerja kena siapkan sebelum abc bercuti. =.="

maaf semua.


yang sedih dan kecewa;
abc_nurwateeqa

Tuesday, January 3, 2012

Azam 2012

Assalamualaikum.

macam kembali ke sekolah pula je rasa bila sebut 'AZAM'
yelah, zaman sekolah, awal tahun cikgu mesti tanya " Apa AZAM kamu tahun ni?"

mesti kan?

abc banyak sangat AZAM. tapi mesti tak buat. mesti tak tercapai =.='
abc ni ada masalah nak mendisiplinkan diri. huhuhu

nak tak nak, mai la kita ber'AZAM' untuk tahun 2012.

AZAM ABC 2012:

1. Belajar: 
  • nak dekan untuk semester 7 dan 8 (kalau dekan untuk 2 sem akhir ni, kira abc dekan 8 sem berturut2, amin!)
  • nak cemerlang dalam PSM (projek sarjana muda) mana tau dapat pembentang/kajian terbaek ke.. ;)
  • nak sambung Master (ini kena ikut kewangan 2012 ni.. huhuhu)

2. Hidup:
  • kembali menjadi diri, menjadi SITI NUR WATHIQAH, bukan 'IKA'. 
  • lebih positif
  • lebih penyabar
  • lebih diam (cakap banyak bawak mudarat pada diri!)
  • mencari kembali  ilmu yang ditinggalkan.
  • (terlalu banyak yang diri mahukan, takut tidak mampu  untuk menjadikan ia kenyataan)
3. Minat/Hobi:
  • dapat habiskan cerpen-cerpen yang tertinggal/sekerat
  • dapat habiskan Janji Terpateri
  • dapat khatam D5100 sebelum pegang D yang lain. ^^v
  • harap tahun ni boleh buat 2 novel dan 10 cerpen. :) (orait la kan, bagi penulis amatur macam abc hehehe)

haishhhh... banyak nye AZAM, moga boleh dicapai..^^v
korang???




++++

abc dah lama tak main2 gambar kan? huuuuuuuuuuu~~~

Monday, January 2, 2012

mood belajar ke mana?

Alhamdulillah.

sihat sedikit daripada demam panas.

Alhamdulillah.

kerja sudah selesai.
harini boleh fokus utk exam esok. insyaAllah. ;)


usaha dulu baru tawakal kan?

++++

sebenarnya, hati ni nak berkongsi satu pencarian.

nantilah bila abc senang. ^^v

doa kan abc ye!

Sunday, January 1, 2012

abc teringin... sebab tu la...











dulu teringin nak pegang DSLR dan tangkap banyak-banyak gambar-gambar cun... so i did it now! ;)
masih belajar, banyak lagi belum tau tentang D5100.

kawan asyik tanya, ajar la.

nak ajar macam mana ? even abc cikgu, tapi cikgu KH bukan cikgu fotografi. aiyoooo... ;(


erm.... benda-benda ni kena slow-slow. ye dak? hehehehe




FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders