Monday, August 25, 2014

Walimatulurus.Walimah.Majlis.

Kalau ada yang menyoal, kenapa busy sangat, cikgu je pun.
kalau ada yang menyampah, kata nak update tak update.
kalau ada yang pergi tak kembali ke blog, dah tutup padan pun tak update.
maaf berjuta maaf.
abc sibuk melukis dan menukil kisah cinta abc sendiri.

seikhlas hati abc menjemput kalian yang banyak memberi semangat kepada abc untuk
terus menerus menghasilkan karya cinta; ke majlis perkahwinan abc.


kalau berhampiran, kalau berkesempatan, kalau kenal di mana, datanglah memeriahkan majlis. :)
abc harapkan doa dari kalian supaya majlis berjalan lancar dan doakan kebahagian abc selamanya. ameen.

p/s: jangan malu jangan segan, abc jemput anda datang :)

Wednesday, August 6, 2014

Kembali seperti biasa.

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Agak lama abc terus menyepi diri. setelah banyak berjanji, abc lari membawa diri. ewahhh hehehe
Alhamdulillah, abc terus berusaha mencari masa dan ruang waktu untuk diri dalam menyelesaikan beberapa hal.

banyak yang berlaku sepanjang ketiadaan abc dan blog. banyak sangat. insyaAllah ada masa abc ceritakan satu per satu. tetapi jangan mengharap abc akan post cerita, sebab takde lagi cerita baru. jeles memang jeles tengok orang lain dari satu novel ke satu novel diterbitkan. abc belom ada apa-apa lagi. rezeki semua dari Allah :)

sepanjang dekat Ipoh abc dah jarang menulis walapun idea sangat mencurah-curah. bila nak menulis ada aje halangannya :'(

kalau jumpa makcik di atas sekitar Ipoh, tegur-tegurlah. makcik tu kurang kawan-kawan area Ipoh ni. selalu berlegar-legar di Mydin Meru, Aeon Station 18, Aeon Kinta dan gugusan Manjoi. ik3


maaf abc lama menghilang.
harap masih ada readers yang sudi ke mari :)

p/s: give me times, I will survive. Much love readers <3 br="">