Tuesday, May 28, 2013

Kahwin biar sekufu! Erk.. Sekufu?

Alhamdulillah, masih mampu membarukan entri. eceh! 
Assalamualaikum!
okay, entri kali ni ada kaitan dengan komen-komen di cerpen Hatimu Sedingin Salju :)
maaflah cik Anon, kalau rasa abc sengaja membesarkan komen anda.
siapa suruh letak nama anonymous, ekekeke. gurau aje!

topik yang cik anon komen, buat abc nak huraikan sedikit.
yelah, kongsi ilmu yang abc baru dapat :)

komen cik anon.
klik gambar untuk lebih jelas :)


okay, dari komen cik anon, cik anon ni tekankan isu SEKUFU.
katanya Firdaus (cerpen HmSS), tidak sekufu dengan Aisyah.
Firdaus tiada rupa (abc gambarkan Firdaus seorang yang sasa + encem!)
Firdaus kerja kampung (usahakan sawah dan kebun/dusun miliknya) dan tiada pelajaran (SPM).
Aisyah pulak seorang guru dengan taraf pendidikannya Master. Rupa? kalau abc menulis, perempuannya sederhana sahaja :)

disebabkan Firdaus tak belajar tinggi, kerja sendiri, jadi Firdaus memang tidak SEKUFU dengan Aisyah?
Pelikkan...
 maaf, abc juga tidak arif soal SEKUFU. jadi abc update status di FB abc sendiri.
respon ada 2 orang yang bagi jawapan. yang lain sama dengan abc iaitu tak tahu ^^v

klik untuk lebih jelas

kisah Firdaus dan Aisyah, bermula apabila mama abc cerita tentang kawan dia yang sedang sambung belajar.
dari Ijazah Sarjana Muda sekarang sedang mengambil Ijazah Sarjana. suaminya hanya berkelulusan SPM.
kawan mama suruh suami dia sambung study, tapi alasan suaminya sama macam Firdaus dalam cerpen HmSS, hehehe sebab abc copy alasan dia :) nak tau, kena baca (HmSS)

komen cik anon tu agak 'harsh' bagi abc.
tiada rupa, tiada pelajaran, kerja kampung. bukan terlalu hina.

kalau tak hensem kena cari yang tak cantik?
kalau kerja kampung kena cari suri rumah?
kalau tiada pelajaran kena cari yang sama?

kerja kampung takleh bagi nafkah kepada anak isteri?
aishhh... 
mungkin tidak mewah, tapi cukup, inshaaAllah :)

macam moral of the story yang abc selitkan akhir cerpen.
yang lebih pada Firdaus menutup kurangnya Aisyah.
yang lebih pada Aisyah menutup kurangnya Firdaus.
In Shaa Allah.

komen cik anon tu tak salah.
mungkin dia tak berdepan lagi dengan pasangan2 yang nampak macam tidak sekufu ni.
sebelum ni kita hanya tahu sekufu ni dari segi  kewangan keluarga aje kan.
miskin kahwin dengan orang kaya. :) selalu kan...

zaman sekarang, lebih kepada pelajaran. abc ada buat research sikit. jom baca ye :)


Pembentukan keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

"Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. "Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. "Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

"Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga. (Halaqah.net)

Sekufu dalam perkahwinan elak pelbagai masalah. (Utusan)

Bermula dengan sejarah kisah penciptaan Adam dan Hawa, melalui sulbi merekalah keturunan manusia dilahirkan di dunia ini. Pelbagai bangsa, agama, keturunan, darjat, warna kulit dan sebagainya. Mereka ini diciptakan berpasangan-pasangan demi lengkap-melengkapi kehidupan antara satu sama lain, iaitu wanita memerlukan lelaki untuk melengkapi hidup mereka. (Mencari Bahagia-I Luv Islam.com)

Bagi abc, selagi isteri menghormati suami dan menerima suami seadanya. serta suami menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik. berusaha demi keluarga. In shaa Allah, tiada masalah.

abc tak mau komen banyak, sebab abc masih dalam proses mencari pasangan.
in shaa Allah, yang disebut dibibir ni sentiasa yang hebat2
jodoh kita Allah jua yang tahu. :)
di doakan agar yang hadir cukup nilai 'islam' nya. supaya dia mampu mendidik diri ini dan bakal anak2 terjamin syurga. Ameen. 


kalau ada pandangan, silalah komen ye :)

terima kasih!



Monday, May 27, 2013

Kepada yang bernama Anonymous, sila letak nama anda :)

Assalamualaikum!
Hye readers. You know how much i miss u? Ehek!

Menurut tajuk entri, haaa...
banyaklah komen dari mak anon, cik anon, dan abang anon.
bagilah nama anda-anda wahai anon, senang nak komunikasi dan mengenali anda.
terutama bila komen anda buat abc nak komen panjang ekekeke.

eh... abc ni 'open'. korang kutuklah, marahlah, hinalah... abc dekkk aje. ^^
yang mana boleh terima abc terima in shaa Allah. :)

Mak Ayah Abang Kakak kita punya bukak buku2, buka website2, untuk cari satu nama yang paling sooodappp untuk kita, last2 kita pakai nama Anon @ mak enon. huk3 kesiannnnnn!
so, rajin-rajinlah menulis nama ye.

(er... macam cikgu kan?)

bila nampak nama anon, abc mesti frust, sebab teringat student abc yang tulis nama dia 'Ayam' atas kertas exam. sepanjang abc mengajar takde pulak yang berbulu dalam kelas! ehek3


p.s: Pengganti 4 on his way. :)

Friday, May 17, 2013

Hari Guru Pertamaku!

Salam Lewat Malam. :)
Alhamdulillah, harini 16 mei, hari Guru!
pertama kali meraikannya sebagai seorang guru.
masa praktikal, tak sempat ^^

sekolah abc tidak membuat sebarang sambutan, sekadar pembacaan perutusan dan jamuan guru2.
kami menghormati pemergian rakan sekerja minggu lalu.
walaupun tidak disambut seperti yang abc angankan (nak macam zaman sekolah!)
bila pelajar datang ucap selamat hari guru, abc macam tak percaya yang abc sudah pun bergelar GURU
walaupun masih Interim :) (1 more step to be a 'real' teacher!)

mama telefon and wish, abc terlambat seminit!
selalu abc yang akan call mama dan wish hari ibu dan hari guru. hihihi

tahun ini tahun rezeki abc.
in shaa Allah rezeki untuk abc dan keluarga :)

tak banyak yang abc nak catatkan dekat sini.
abc sedang cuba upload gambar tapi masih tak boleh.
huhuhu seminggu cuba tak boleh.
abc nak share gambar2 abc di Ipoh ni ^^v

apa-apapun, abc ambil kesempatan ini untuk mengucapkan:

SELAMAT HARI GURU
BUAT MAMA, GURU2 SK BIDOR, SKSADR, SMSPS, MATRIK PENANG,
UTM, SMCC, SMKDMK

jasa guru, dari dulu kini dan selamanya akan daku kenang~~~