Sunday, March 31, 2013

Cikgu O' Cikgu

Alhamdulillah
abc sudah kembali berada di Ipoh.
tanggungjawab abc di sini :)

walaupun berat hati, sedih dan sudah 'homesick', tetap kena kerja seikhlasnya.
lagi cemberut lagi la mood tunggang terbalik!

minggu ni sibuk sikit, ulang alik Kedah ke Ipoh, Ipoh ke Kedah. atas sebab-sebab tertentu :)
doakan abc ye!

sahabat-sahabat abc nasihatkan abc jangan terlalu 'stress' dan tertekan dengan pelajar. Jangan terlalu fikir sampai sakit kepala. (abc masih demam). abc pun ambil jalan mudah, untuk elak daripada depress dan tension sepanjang guru dengan tidak terlalu fikir, dan lalu dengan hati yang gembira.

kalau tengok jadual, memang HEAVEN! sebab abc punya jadual tak padat dan subjek ringan. yang buat abc stress dan tekanan, adalah kerana abc tak dapat kawal kelas/pelajar dengan baik. in shaa Allah, moga Allah permudahkan semuanya.

esok sudah bukak sekolah! jom kita berehat, sekolah pagi weh! :)

p.s: doakan manuskrip siap sebelum tengah tahun. nak juga merasa baby keluar di pasaran hek! ^^b

Tuesday, March 26, 2013

Aku tak pandai berdakwah, tapi.....

Siapa kata dakwah itu untuk orang yang berlilit kepala/ berkopiah sahaja?
Siapa kata dakwah itu hak orang yang tudungnya labuh hingga ke lutut?
Semua yang cakap macam tu, mungkin menolak kewajipan ke atasnya sebagai seorang Muslim!

“Dan hendaklah ada di antara kamu, segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang – orang yang beruntung” (QS Ali Imran  : 104)
Rasulullah saw bersabda : “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, kalau tidak mampu, hendaklah mengubah dengan lisannya, kalau tidak mampu hendaklah mengubah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.” (HR Bukhari dan Muslim)
alahai siapalah abc nak berdakwah.... mungkin ada yang cakap macam tu. abc tahu, blog abc ni blog jiwang2, penuh dengan cerpen cintan cintun. kisah lelaki dan perempuan. :(

sebab itulah, banyaknya kisah 'lagha' abc tu semua abc tulis kisah cinta selepas nikah. payahnya abc nak memulakan kisah cinta kalau depa tak kahwin. abc takut! takut hampa yang baca, gaduh nak pi bercinta. tapi bila dok tulih cerita kahwin-kahwin, hampa terus rasa nak kahwin! alamak! (keluaq abeh utagha!)

abc masih ingat kenangan waktu sekolah dan kolej, waktu abc banyak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat. sampai satu hari keluar pernyataan dari seorang sahabat, ' aku suka duduk dengan dia ni, banyak cerita yang aku taktau jadi tau.' SubhanaAllah, pujian yang besar. masa dulu abc sangat menjaga diri, mencari diri. mungkin sebab tu abc disenangi.

lumrah remaja bawah umur, bila kian meningkat usia abc ter'kemalangan' jiwa. jatuh cinta, mahu dicinta dan mencinta. bila fikir-fikir mungkin sebab masalah yang melanda membuatkan abc mencari sesuatu yang boleh buatkan abc melupakan sekejap masalah yang ada. Allahuakbar, kalau dikira2 abc yang dulu lagi tabah daripada yang sekarang :(

MENYESAL. sangat menyesal. kurangnya ilmu dan lemahnya iman buat abc hanyut dalam jiwa remaja. Mujur Allah masih sayang :)

motif entri malam ni, nak share blog yang abc terjumpa (sebenarnya adik dah lama bagitau) dan terbaca. sampai teringat kepada satu blog yang memang korang kenal. abc baru kenal awal tahun huk3 

budak-tomato.blogspot.com
haaa.. mesti korang dah tau lama kan?
al maklum, abc baru menjengah hari ni ^^
bila baca2, teringat satu blog yang femes tu.
APG a.k.a Inche Gabbana

angelpakaigucci.blogspot.com
kenai kan-kan-kan
femes dalam bidang dakwah tarbiyah dan seangkatannya
selalu dengar 'bulatan gembira' dari entri2 blog. tweet dan status FB :)

untungnya menjadi mereka-mereka yang berjuang dijalan Allah.
kita bila lagi?
tak mampu?
mampu punya. inshaAllah.
selagi mengajak ke arah kebaikan. menolak kemungkaran.
ia juga dipanggil dakwah :)

abc baru lepas baca tentang dakwah di blog ni

pssssttt... sebenarnya abc mengalami kemurungan dalam diam. abc tertekan dengan beberapa hal belakangan ini. sekejap mood baik sekejap mood merundum. iman terasa goyah sederas angin kencang mengoncang pokok kelapa hingga mahu tercabut akarnya! hebat bukan? abc perlukan sesuatu untuk ubat hati. jadi abc mencari penulisan yang menyejukan kembali hati yang lemah. (sebab abc suka membaca!). 

baca quran. solat. zikir. doa. Alhamdulillah itu kebiasaan sangat hati menggila, jiwa tertekan kepala tidak seimbang. Allah itu ada, dalam masa abc memaksa DIA mengabulkan segala doa. pesan yang 'alim; doa jangan pinta disegera. Allah tahu saya yang bagaimana. Allah tahu hati saya berkata apa. :) saya tahu, Allah akan memberi apa yang saya pinta, cuma masa yang menjadi penentunya (lambat atau cepat).

Adik perempuan saya ada blog, tahu? rajin-rajin bolehlah ke blog comel dia tu. 

much love readers!

Entri Bulan 3 2013 :)

Hai semua :)
Opss Assalamualaikum!

Kedah musim panas sekarang, mungkin kemarau.
Ipoh pulak sebelum abc balik ke Kedah, asal petang aje hujan.
apa-apa pun cuaca, ucap Alhamdulillah atas kenikmatan yang kita rasai, masih rasai. kan? ^^

abc lama tak update, mesti korang dah tak datang sini. sorry, maaf, omedeto, bian, mujemaafkerto, :)
malam ni selepas beberapa minggu tak menulis, abc kembali membaca last chapter Janji Terpateri dan Cinta Atas Paksa. 

malam ni bagi mengisi blog yang bersawang ni, abc hadiahkan korang semua dengan Cinta Atas Paksa Part 10. Part ni serba sedikit bagi korang konfius tentang novel yang abc sudah usahakan separuh jalan ^^ kalau korang 'curious' maknanya part ni menjadi, kalau tak, penulisan abc masih kena asahlah hehehehe. 

terimalah, setelah sekian lama korang mendengar CAP dari blog dan page abc; Cinta Atas Paksa :)





Part 10
Adra Malaeka menekup mulutnya yang menguap besar. Sudah terbiasa bangun waktu subuh dan terus mandi, sekarang dia masih bercuti solat. Tubuhnya masih berasa letih, tambahan pula bahunya yang sudah bengkak-bengkak. Adra Malaeka menghempas kembali tubuhnya ke atas tilam yang empuk itu. Terasa mahu melelapkan mata untuk beberapa minit lagi. Jam baru menunjukkan jam 6.45 pagi, masih berbaki 45 minit lagi sebelum waktu yang dinyatakan Daffa Jawhar sebelum mereka check-in ke bilik masing-masing. Mungkin kerana terlalu letih dan pengaruh tilam yang sangat empuk, Adra Malaeka akhirnya terlelap dengan sendiri.

Telefon yang berdering beberapa kali dibiarkan sahaja, kerana terlalu mengantuk tanpa sedar Adra Malaeka memadamkan terus telefonnya. Tidurnya nyenyak sekali tanpa sebarang gangguan. Beberapa minit kemudian, tidurnya terganggu dengan ketukan di pintu. Adra Malaeka menggosok matanya yang terlalu sukar untuk dibuka akibat terlalu mengantuk. Jam tangan dibeleknya dengan mata yang hanya dibuka kecil.
“SubhanaAllah!” Sudah jam 8.30 pagi. Adra Malaeka mula kelam kabut, sudah terbayang wajah singa jantan itu yang mengeluarkan taringnya yang panjang. Tuala mandi dicapainya dan terus masuk ke bilik mandi. Adra Malaeka berusaha bersiap secepat yang mungkin. Telefon yang telah dipadam dihidupkan kembali, sambil itu dia memperelokkan kedudukan tudung dikepalanya. Beberapa mesej dibukanya, semua panggilan daripada Daffa Jawhar. Belum sempat melangkah keluar dari bilik, telefonnya berdering lagi.
“Awak... sorry...” Adra Malaeka bersuara terlebih dahulu, pantas sebelum Daffa Jawhar bersuara.
“Baru bangun puteri? Lena tak tidur?” Daffa mula menyindir.
“Sorry... sorry sangat-sangat dah siap ni nanti saya turun ye.” Adra Malaeka tidak putus-putus memohon maaf.
“Tak payah, aku dah keluar dengan Nabil. Kau duduk aje dekat hotel tu.” Suara Daffa, tinggi. Adra Malaeka terus diselubungi rasa bersalah.
“Ala....”
“Apa ala? Aku cakap semalam pukul 7.30 pagi bukan 8.30.”
“Saya letih, tertidur balik lepas subuh tadi.”
“Macam dia yang drive.”
“Tapi kena dera...” Adra bersuara lirih, mahu menutup salahnya.
“What?!” Bentak Daffa, terkejut dengan jawapan itu.
“Betullah, saya tak boleh tidur tau, bahu saya dah bengkak teruk.” Adra Malaeka mereka cerita.
“Panaflex tu?” Soal Daffa, suaranya sedikit mengendur.
“Tak berkesan pun...” Adra Malaeka menahan ketawa di talian, dia hampir berjaya menutup kesalahannya.
“Teruk sangat ke?” Daffa menyoal lagi, ada nada-nada kerisauan.
“Agaklah... tapi takpe kejap lagi saya cuba tuam pulak.” Adra Malaeka dirundung rasa bersalah kerana menipu begitu. Bahunya sememangnya masih lagi sakit dan bengkak-bengkak tetapi tidaklah sampai dia tidak boleh tidur semalamnya. Dia sendiri tidak sedar pukul berapa dia sudah terlelap.
“Dalam pukul 10 kau siap, aku bawa kau pergi klinik.” Ujar Daffa membuatkan Adra Malaeka menelan liur. Serius pula dia! Adra Malaeka cuba mencari helah.
“Eh, tak payahlah. Buat doktor tanya saya kenapa, takkan saya nak kata awak dera pula?” Adra Malaeka cuba mengelak.
“Erm... aku suruh Nabil periksa nanti.” Pulak! Adra Malaeka menepuk dahinya perlahan.
“No... tak payah.” Adra Malaeka menolak.
“Why? Nabil tahu aku memang suka dera kau.” Selamba sahaja Daffa menjawab. Adra Malaeka mengetap bibir.
“Segan....” Ujarnya perlahan.
“Mengada!” Bentak Daffa, pelik dengan Adra yang banyak pula beralasan.
“Saya letak panaflex banyak-banyak kejap lagi. Tak pun awak belikan minyak panas dekat saya eh...” Pandai pula Adra Malaeka mengaturkan. Daffa merengus perlahan, tidak terlayan dengan perangai Adra Malaeka pagi ini.
“Kalau kau nak makan, turun aje kat restoran tu. Nanti bil kira masa check out. Lagi satu, call mak. Mak dah bising kau tak call dia. Okay.” Ujar Daffa senafas, talian terus dimatikan. Adra Malaeka bingung, emak? ‘Macam mana mak boleh telefon dia sebelum telefon aku?’ Adra Malaeka dilanda kebingungan.
Pemandangan di sekitar A’Famosa Resort sangat memukau. Kehijauan yang ada di sekitarnya menambahkan ketenangan. Dari bilik yang diinapnya, Adra sangat teruja melihat kolam renang yang ada di situ. Terus sahaja dia bersiap seadanya ke kawasan kolam renang. Tidak ramai pengunjung yang bermandi manda, membuatkan Adra Malaeka selesa untuk berjalan disekitarnya. Sesekali dia menjamahkan hujung kakinya ke dalam air kolam yang sejuk itu.
Telefon yang berdering mengganggu keseronokan yang dirasainya sebentar. Nama pemanggil yang naik di skrin telefon membuatkan Adra Malaeka terus mencebik bibir.
“Ye?” Suara Adra kurang mesra.
“Kenapa tak terjun terus dalam kolam?” Daffa seperti selalu, kasar!
“Kalau saya pandai berenang, dalam lama saya pakai bikini dan terjun dalam kolam tu.” Adra Malaeka membidas.
“Oh? Ye ke? Seksi, boleh bayangkan.” Jawapan yang membuatkan Adra Malaeka terlopong dan geli!
“Ei! Tak senonoh!” Bentak Adra Malaeka. Daffa terburai ketawa.
“Kau yang cakap, aku bayangkan aje.” Daffa semakin galak mengusik Adra Malaeka yang sudah panas wajahnya, malu!
“Stop! Jangan bayangkan.”
“Alamak, dah terbayanglah. Macam mana?”
“Ish! Sudahlah!” Adra Malaeka terus mematikan talian. Kedua-dua tangannya di silang memeluk tubuhnya. Geram dengan Daffa Jawhar, ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Bagaimanalah boleh dia mengenali lelaki pelik itu?
Adra Malaeka kembali mendekati kolam renang itu. Airnya kelihatan dalam sekali, menimbulkan kegerunan dihatinya. Gambaran 5 tahun lalu kembali terbayang dilayar matanya. Hampir sahaja nyawanya diragut oleh ombak laut yang ganas, mujur ada yang menyelamatkannya. Walaupun mempunyai fobia dan trauma kepada air dalam, namun kecintaannya kepada air, pantai dan ombak tidak pernah hilang. Tiga perkara itu adalah ketenangan baginya. Betullah kata orang, yang kita cinta kadang bisa membunuh dan sebaliknya juga.
Sedang asyik memijak-mijak air yang terkeluar daripada kolam di gigi kolam renang, terasa ada tangan yang menolak belakang badannya sehingga dia terjatuh terus ke dalam kolam itu. Adra Malaeka kaget, dalam keadaan panik itu, tiada lain yang terfikir olehnya selain lemas dan mati. Tangannya digawang-gawang, kakinya mencari dasar untuk dipijak, namun gagal. Dalam samar, kabur mata dek air kolam itu Adra Malaeka melihat seseorang menghampirinya dan terus menarik tubuhnya ke permukaan air.
Adra Malaeka tercungap-cungap mengambil nafas. Tangannya memeluk kuat tubuh orang yang menyelamatkannya. Telinga kemudian menangkap suara ketawa. Diraup wajahnya yang lencun dengan air beberapa kali.
“Ha.... tak mati pun kan?” Daffa masih dengan sisa ketawanya. Adra Malaeka terpana. ‘Macam mana dia boleh berada di sini? Yang selamatkan aku tadi, dia?’Adra Malaeka bermonolog sendiri.
“Kau dah bisu eh?” Daffa menyoal lagi. Adra Malaeka yang masih kebingungan hanya memandang Daffa Jawhar, kosong.
“Macam mana awak ada kat sini?” Soal Adra Malaeka. Daffa Jawhar mengeratkan pelukannya dipinggang Adra Malaeka.
“I’m saving you.” Daffa kemudian ketawa lagi. Adra yang tersedar cuba menjarakkan diri, pelukkan di leher Daffa juga dilepaskan.
“Eh, tak takut lemas ke?” Daffa mengacah, pelukan dilonggarkan sedikit demi sedikit sehingga membuatkan Adra Malaeka kembali mahu tenggelam. Secepatnya Adra memaut bahu Daffa Jawhar.
“See... kau perlukan aku sekarang kan?” Daffa yang tadinya bersisa ketawa, kini kembali kepada dirinya seperti selalu, bengis!
“Well Adra Malaeka, analogi masalah kita lebih kurang sama seperti keadaan kita sekarang. Aku tolak kau tadi, kau nampak? Tak? Aku selamatkan kau tanpa kau sedar aku yang tolak kau dan sekarang kau perlukan aku untuk tak kembali tenggelam dalam kolam ni. Betul?” Adra Malaeka tidak memahami apa yang diungkap, apa yang cuba disampaikan oleh Daffa Jawhar. Dalam keadaan diri yang masih terkejut, ditambah pula dengan pernyataan Daffa yang dialah yang menolak Adra sehingga jatuh ke dalam kolam.
“Apa maksud awak? Saya tak faham...” Adra Malaeka memaut kuat bahu Daffa dek kerana Daffa sudah melepaskan pautan pinggannya.
“Kau takkan pernah faham!” Daffa kemudiannya mengangkat tubuh Adra Malaeka tinggi dan terus diletakkan di tepi tebing kolam. Tanpa menjawab apa-apa, Daffa Jawhar terus berenang ke dalam air, jauh menjauhi Adra Malaeka.
“Seronok main air?” Soal Nabil yang menghampirinya dengan membawa tuala dan bathrobe, lalu dihulurkan terus kepada Adra Malaeka yang sudah basah satu badan. Adra Malaeka menyambut huluran itu. Nabil duduk mencangkung disebelahnya.
“Jangan tanya saya apa-apa. He seems like, lost his mind. Saya sendiri tak dapat nak faham dia sekarang. Mungkin awak boleh faham dia?”  Ujar Nabil setelah Adra Malaeka seolah-olah mahu bertanya sesuatu. Nabil terus berlalu tanpa sempat Adra Malaeka bersuara.
“Analogi?” Adra Malaeka terus memikirkan kata-kata Daffa Jawhar sebentar tadi. Hilang ketakutannya akibat terjatuh ke dalam air, kini resah memikirkan analogi yang langsung tidak dapat difahaminya. Adra Malaeka mengelap tubuhnya yang berbalut baju basah itu. Bathrobe dipakai setelah selesai mengeringkan sedikit tubuhnya.
Sewaktu melangkah ke bilik, tangannya menyeluk poket seluar. Telefon bimbitnya yang sama-sama lencun dikeluarkan.
“Habis rosak!” Adra Malaeka merungut setelah telefonnya itu tidak dapat dihidupkan lagi. Kakinya dihentak hentak kecil. Telefon itu hadiah pemberian ibunya, setelah dia berjaya menamatkan pengajiannya beberapa bulan lalu.
“Minta ganti rugi!” Hatinya menempik kuat, membuatkan kepalanya terangguk-angguk. Dari langkah yang longlai, terus sahaja bertukar rentak. Laju sahaja Adra Malaeka melangkah, bertentangan dengan arah ke biliknya.
Pintu bilik itu diketuk beberapa kali dengan kuat. Selepas beberapa minit, barulah pintu itu dibuka dari dalam.
“Why?” Soal Daffa ringkas, matanya memandang Adra Malaeka yang basah kuyup dengan bathrobe dan tuala dibahu, dari atas ke bawah beberapa kali. Adra Malaeka yang tadinya datang dengan penuh amarah, kini terus sahaja menutup matanya dengan telapak tangan. Daffa hanya berkain tuala!
“Ish, boleh tak pakai baju dulu?” Ujar Adra Malaeka, matanya masih ditutup dengan tangan.
“Kau datang bilik aku kenapa?” Soal Daffa sekali lagi, langsung tidak menghiraukan kata-kata Adra Malaeka.
“Ni...” Adra Malaeka mengangkat telefonnya ke muka Daffa, sebelah tangannya lagi masih menutupi matanya.
“Telefon saya dah rosak sebab awak tolak saya masuk kolam tadi. Nak ganti rugi.” Adra Malaeka terus bersuara tanpa membuang masa. Dia tidak tegar berada di situ melihat Daffa Jawhar yang separuh bogel.
“Ada bukti aku yang tolak kau?” Terus sahaja Adra Malaeka bercekak pinggang. Wajah Daffa yang langsung tiada riak bersalah itu direnung tajam. Daffa mengangkat keningnya beberapa kali.
“Tapi awak yang cakap tadi....” Adra Malaeka menambah.
“Ye memang aku cakap, tapi betul ke aku?” Daffa sudah bermain kata. Adra Malaeka naik bengang. Jarinya ditunding tepat ke dada Daffa Jawhar yang terdedah.
“Awak ni...” Baru hendak bersuara, Daffa Jawhar melangkah mendekatkan dirinya ke arah Adra Malaeka, terus melekapkan jari Adra ke dadanya. Adra Malaeka terkedu, keras menelan liur. Terus sahaja dia menapak ke belakang.
“Aku apa?” Daffa menyoal setelah Adra mematikan kata. Adra Malaeka menggeleng laju. Tangannya dijatuh terus ke sisi, tanpa bercakap panjang Adra Malaeka memusing badan ke belakang dan terus melangkah pergi. Tidak betah untuk berdepan dengan Daffa Jawhar saat itu, terimbas kembali kejadian malam yang begitu menakutkan. Malam di mana Daffa Jawhar hampir-hampir sahaja meragut mahkotanya. Langkah diatur laju ke bilik, laju hingga seperti berlari-lari anak. Dadanya yang berombak kuat ditenangkan dengan menepuk perlahan dengan tangan, bibirnya tidak lekang beristighfar. Ketakutannya saat itu lebih melemaskan dirinya daripada saat dia kelemasan di dalam air. Daffa Jawhar mempunyai 1001 ketakutan bagi dirinya. ‘Aku boleh mati ditangan dia.’ Adra Malaeka berbisik sendiri.
 

Thursday, March 21, 2013

Oh My Students!

Alhamdulillah
sudah tiga minggu di Ipoh :)

syukur, walaupun masih dalam proses membiasakan diri,
adik2 pelajar sudah dapat menerima.
mereka baik2 aje ^^

ada juga dengarnya guru2 kata abc ni diam aje.
ada pro n kontra hehehe
takut di katakan sombong
takut kata tak pandai bersosial.
macam mana ye?
abc memang 'agak' pendiam bila dalam suasana baru
huhuhu
doakan abc banyak mulut lepas cuti sekolah nih! ^^

sekarang abc ada semangat ke sekolah
lepas ni rasanya, banyak cerita abc berkisar sekolah :)
budak2 sekarang 'advanced' ye?
semua kisah cinta aje!
aishhh!




oh! i fall in love with dorae-boy!
hahaha
misi mencari casing ace plus.
tengok dalam internet murah2 and kebetulan di Ipoh.
hari tu pegi tak jumpa pulak! :P
kegilaan buat sementara, hello kitty tetap di hati! :)

paham ke entri bercampur baur ni?
tak?
takpe, nanti abc terang satu persatu.
untuk sementara biarlah rahsia :)

much love readers!

Sunday, March 10, 2013

Ipoh Perak. New Place New Love :)

Assalamualaikum!
Hujung minggu di Ipoh ^^

abc masih mencari cinta, hati abc masih tertinggal di Kedah. huhu
Alhamdulillah, urusan2 yang perlu diselesaikan sudah berjaya diselesaikan.
Mahu atau tidak, tanggungjawab sebagai pendidik mesti diteruskan.
InsyaAllah, cinta kepada SMKDMK dan Ipoh akan berputik dan mekar semekar tidak lama lagi :)

abc tak dapat mengajar KH (opsyen abc) tetapi ajar SIVIK Moral dan PJ ooohooi! mari bersenamlah lepas ni ye ^^
abc masih mencari 'mood' cinta kasih sayang, sebab hati ni dah asyik nak balik Kedah aje. hari-hari kerja tengok jam dan kira hari nak cuti sekolah hahaha

"bila cinta tak ada, hati resah
bila rindu tak jumpa, payah
bila minda tak berbicara, lemah
bila hati tak bernyawa, diri kalah!"

itu la apa yang abc rasa setelah seminggu di Ipoh ni. semua serba tak kena, hati ni berat nak ke Sekolah. entah kenapa, berbeza dengan waktu praktikal dulu. agak bersemangat sikit! :(

doakan abc ye. jadi pendidik yang dedikasi, yang penyayang bukan pemarah.
jangan lupa doakan abc dapat siapkan manuskrip novel abc huhuhu, lama sudah tinggal. harap2 boleh siapkan. siapa tahu ada rezeki boleh dapat versi cetak :)

abc nak layan perasaan dan rehat sebelum mula sekolah esok. bye!

MISS U READERS!