Wednesday, February 27, 2013

Hidup mesti diteruskan....

Assalamualaikum!
rating blog sudah lamaaaaaa merundum. tak apa, abc pun dah kurang ke sini belakangan ni.
apa sahaja abc buat semua tak jadi. yang ada? jeles tengok orang lain.

hati abc dalam debaran yang sangat hebat. berdebar! Semua tentang masa depan. Sigh!
belakangan ni jugak abc rasa 'sesal' dan 'menyesal' asyik soal kenapaaaaaaa aje. sedangkan semua tu tak perlu! Allah!



abc nak kena siapkan satu tugasan sebelum bertolak ke Ipoh. Tolong dan upah punya pasal, tunggu BR1M tak dapat-dapat lagi :( boleh jugak buat modai nak g Ipoh huhuhu


Minggu ni sibuk uruskan diri yang nak ke Ipoh dan adik yang nak masuk asrama. Jumaat ni nak kena hantar dia ke Asrama untuk pertama kalinya. di sebabkan jalan yang sibuk setiap pagi dan tinggal mama yang nak ke urus semua, adalah terbaik dia tinggal di asrama. Belajar berdiri di atas kaki sendiri! ^^

abc serabut sebenarnya, terlalu banyak nak fikir sampai letak kepala aje terus lelap! gelap!

hanya bergantung kepada Allah semata. Moga Allah permudahkan urusan dan permurahkan rezeki :) Ameen!

abc mungkin tak akan 'update' sebarang entri baru selepas ni. Mungkin kena tunggu beberapa minggu, sebelum abc kembali aktif di blog dan ABC Page :) maaf, ini yang terbaik untuk masa sekarang.

doakan abc berjaya dalam kerjaya dan kehidupan dan jangan lupa doakan abc dapat siapkan manuskrip Janji Terpateri dan Cinta Atas Paksa secepatnya :)

Much Love Readers.
Assalamualaikum, selamat malam.

Annyeong-hi haseyo!!!!

Monday, February 25, 2013

Berhenti henti. Lampu merah tak Hijau!

Entri jam 12.18a.m

Alamak! abc ada banyak cerita nak tulis, tapi alamak! tiada masa.
abc rancang stop menulis bulan 3. tapi terpaksa berhenti lebih awal. sebab ingat temuduga mula
bulan 3 tapi bulan 2. Alhamdulillah syukur sebab lebih awal. tapi maaf sebab terpaksa berhenti pos cerita awal. (kalau siap mana2 cerita abc akan pos jugak dekat blog)

Minggu ni abc rancang nak siapkan Pengganti dan dua cerpen tapi Alamak! abc dapat Job. Sabtu kena hantar dah. Ahad abc sudah mahu ke Ipoh, Alhamdulillah, abc dapat jadi guru Interim. guru tidak tetap, sementara tunggu jadi tetap ^^v

Oleh sebab itu, minggu ni minggu terakhir di rumah. Jadi nak kena buat persiapanlah untuk ke sana. ^^ adik abc akan masuk asrama hari sabtu ni, jadi abc la yang kena urus barang-barang dia, busy lagi! berbakti sebelum kembali jauh dari keluarga huhuhu~~~

abc mintak maaf, abc tau ada yang marah dan kecewa. tapi semua ini diluar kemampuan. Kepada yang memahami terima kasih :) kepada yang akan marah lagi, maaf sangat-sangat. abc tak mampu!

abc bukan berhenti terus. cuma tak dapat ikut jadual tu untuk sementara ni. masih dalam kelam kabut. :) kalau ada masa abc akan menulis jugak. menulis ni sudah jadi sebahagian diri abc ^^

abc teruja untuk ke Ipoh! Akhirnya, abc akan bekerja setelah lama tanam anggur sambil berjiwang-jiwang. heheheeee~~

note: abc jatuh dalam lopak cinta. :( tulis cerita cinta tapi hati sendiri tak pandai jaga.

p.s: do follow me @wathiqahmahlil (tweet) nurwateeqa (instagram) ABC Page (FB)

MUCH LOVE READERS!

Thursday, February 21, 2013

Pointer: 3.5 and above, Practical: A

Assalamualaikum!
selamat pagi Malaysia (tiru RTM lak)

abc setiap pagi lepas hantar mama dan adik2 ke sekolah,
akan terus bukak Mr.Dell abc untuk check status temuduga abc.
bukan kecewa, tapi gelisah.
Utara hari ni terakhir untuk temuduga, tapi nama abc belum keluar lagi.
ke mana nama abc pergi?

Rupa-rupanya, ada kumpulan khas dalam hal temudugu ni.
pelajar2 yang dapat "seperti tajuk" akan terus di postingkan.
Alhamdulillah.
Tapi! senarai nama belum keluar.
takut sesuatu yang menguji berlaku. Allah, permudahkanlah!

setiap pagi abc baca berita gembira yang hilang sedikit resah (resah selagi tak tengok nama)

kalau tak kena temuduga memang Alhamdulillah, lega sikit.
sebelum masuk U dulu pun dah di temuduga ^^
kepada pelajar2 pendidikan dekat U, belajar sungguh2 bagi dapat 1st class 
dan usaha banyak2 masa latihan mengajar ^^

ada yang dah dapat panggilan.
bergantung kepada kekosongan :)


Tahniah kepada semua yang ada nama untuk ditemuduga.
kepada golongan yang namanya belum tersenarai seperti saya.
sama-sama kita berdoa, yang terbaik untuk kita.
Yakin dengan Allah, insyaAllah dapat yang terbaik daripada yang terbaik ^^

kepada readers, doakan abc ye.
insyaAllah, kalau sudah selesai segala isu, abc akan terus aktif dalam bidang penulisan.
mungkin akan lebih aktif :)

Allahuma Ameen.
Allah sebaik-baik penolong.


 

Wednesday, February 20, 2013

Mini Novel : Pengganti 2








PART 2

Suha memeriksa latihan yang baru sahaja selesai disiapkan oleh Imtiyazz sebentar tadi. Setelah hampir dua minggu mengajar, menjadi guru tuisyen peribadi kepada gadis cilik itu, Imtiyazz sudah menampakkan peningkatan. Imtiyazz berlalu ke dapur, mahu mengambil air membasahkan tekak yang kering sedari tadi.

Suha yang kelihatan sendirian di penjuru ruang itu membuatkan Haikal yang baru sahaja menuruni tangga sudah tersenyum penuh makna. Langkah yang mulanya mahu diatur keluar dari rumah kini berubah arah.

“Hai sayang.” Haikal terus sahaja melabuh duduk di sebelah Suha, membuatkan Suha terus sahaja menjarakkan tubuhnya. Suha tergamam.

“Kenapa ni Encik Haikal?” Suha menjauhkan lagi jarak antara mereka berdua. Bukan kali pertama Haikal berkelakuan begitu, sudah banyak kali dia bersikap demikian. Suha sudah tidak terlayan.

“Kenapa? Takde apa-apa. Saja nak teman sayang saya.” Haikal tersenyum lebar, matanya tepat memandang ke arah Suha yang sudah berkerut seribu.

“Siapa sayang awak?” Suha bersuara, ada ketar dalam nadanya. Jarak yang dibina kini kian dihapuskan oleh Haikal yang semakin mendekatinya.

“Awaklah, cikgu Suha.” Haikal mengenyitkan matanya, membuatkan Suha terus mengangkat tangannya ke arah Haikal. Menghalang Haikal dari terus mendekatinya.

“Sejak bila saya jadi sayang awak?” Suha menyoal, setelah Haikal sudah statik ditempatnya. Haikal tersenyum lebar, tidak langsung rasa serba salah seperti mana yang dirasakan Suha ketika itu.

“Sejak awak kerja dekat sini.” Selamba sahaja Haikal menjawab. Suha mengerut keningnya yang sedari tadi sudah pun berkerut seribu.

“Jangan nak mengada, saya tak selesa kalau Encik terus macam ni.” Suha terus bersuara, menyatakan perasaannya.

“Siapa nak awak selesa?” Selamba sahaja Haikal menyoal begitu. Suha menarik nafas sedalamnya.

“Encik tak suka saya di sini?” Suha kembali menyoal. Haikal yang mula bermain dengan alat tulis yang ada di meja tersenyum hujung bibir. Bahu dijungkit sekali. Membuatkan Suha masih tertanya-tanya.

“Encik nak saya pergi dari sini?” Suha menyoal lagi, biarpun persoalannya tadi masih belum berjawab.

“No. Just stay here, be beside me.” Haikal kembali mahu merapati Suha, membuatkan gadis itu bingkas sahaja bangkit dari duduknya. Haikal ketawa perlahan, berjaya mengenakan gadis naïf itu.

“Kalau Encik tak suka saya, saya harap Encik dapat bersabar untuk sebulan lagi. Selepas selesai tugas dan tanggungjawab di sini saya akan pergi.” Sebaik sahaja kata-kata itu dilafazkan, Suha terus sahaja melangkah ke dapur. Danial yang kebetulan baru menuruni anak tangga memandang ke arah Suha yang melangkah laju ke dapur dan Haikal yang baru berdiri dengan ketawa yang tak sudah. Fahamlah Danial dengan apa yang berlaku.

“Kesianlah dia Kal.”Suara Danial sebaik melabuh duduk di sofa. Haikal yang sudah siap mengambil kunci kereta sekadar tersenyum penuh makna.

“Bagi dekat aku yang ini.” Suara Danial lagi, terus memberhentikan langkah Haikal. Haikal terus memaling wajah memandang tepat ke arah Danial yang tersenyum namun pandangan Danial masih ke arah televisyen yang dipasangnya.

“Jangan cakap yang kau dah...”

“Kalau ye kenapa?” Danial memintas kata Haikal yang tidak sempat dihabiskan.

“Dalam diam-diam.” Haikal ketawa kecil. Danial mencebik dan menjungkit bahu.

“So deal? Bagi peluang dekat aku?” Danial menyoal lagi, kali ini dia memandang ke arah Haikal yang masih berdiri di pintu rumah.

“Nope. The best man win!” Haikal bersuara yakin, membuatkan Danial tersenyum lebar dan mengangguk laju. Fahamlah dia, Haikal juga mahu yang sama! Haikal terus masuk ke perut kereta dan memecut laju ke jalan raya.

“I will be and always the winner.” Danial tidak mengalah!

            Suha meneguk laju air sejuk yang dihulurkan Imtiyazz. Imtiyazz memandang dengan riak wajah penuh kehairanan.

            “Kenapa akak? Im banyak buat salah ke latihan tadi?” Imtiyazz menyoal. Suha menggeleng laju dengan gelas yang digenggamnya erat.

            “Dah tu kenapa macam bengang semacam aje?” Imtiyazz menyoal lagi.

            “Im, Abang Kal tu dah ada girlfriend kan?” Suha menyoal, membuatkan Imtiyaz mengangkat keningnya dan mengangguk.

            “Yes, Shaha Rose. Kenapa?” 

            “Diorang ada masalah ke?”

            “Sentiasa, tapi kenapa tiba-tiba akak tanya pasal diorang?” Imtiyazz kian kehairanan.

            “Abang Kal tu macam nak mengorat akak aje.” Suara Suha membuatkan Imtiyazz menekup mulutnya. Mujur tidak tersembur air yang diteguknya tadi.

            “Akak! Perasannya.” Suara Imtiyazz dengan ketawa mengekek.

            “Akak cakap aje, bukan perasaan. Abang Kal tu suka kacau akak, macam nak mengurat akak aje.” Suha mula diserbu rasa malu setelah berkata begitu. Imtiyazz masih bersisa ketawa.

            “Abang Kal tu pemain cinta. Semua yang keluar dekat mulut dia 1 daripada 10 yang betul. Akak tak nampak tebu dekat bibir dia? Sebab tu manis aje ayat dia.” Imtiyazz menempelak Khaliff Haikal biarpun lelaki itu tiada di situ. Suha mendengar dan kemudian dia mengeluh perlahan.

            “Habis tu, dia tak suka akak dekat sini? Akak tak selesalah.” Suha meluah rasa. 

            “Jangan layan, biarkan dia. Akak buat-buat macam dia tak wujud.” Imtiyazz cuba menyelesaikan masalah yang dialami Suha.

            “Akak tak layan pun dia, tapi dia tu payahlah!” Bentak Suha, perlahan.

            “Nanti Im report dekat mama, akak sabar ye.” Imtiyazz menggenggam erat tangan Suha.

            “Akak memang bersabar, kalau tak sabar memang akaklah flying kick dia.” Suha bersuara dengan mengetap bibir, menahan geram.

            “Amboi anak dara, ganasnya!” Danial yang baru memasuki ruang dapur terus menyampuk. Suha menggaru kepalanya yang tak gatal, mukanya mula memerah. Imtiyazz sudah tersenyum melebar.

            “Abang Dan, Kak Suha ni dah tak tahan kena ganggu dengan abang Kal.” Imtiyazz mula mengadu. Danial menjungkit kening.

            “Suha ni lembut sangat kut, cuba marah dia sikit.” Ujar Danial. Suha sekadar mengangguk perlahan.

            “Saya tak reti nak marah orang.” Ujar Suha. 

            “Tadi yang nak flying kick tu siapa?” Danial mengusik membuatkan Suha mula memerah muka. Imtiyazz kembali ketawa.

            “Cakap aje, buat tak.” Suha bersuara perlahan. Danial tersenyum melebar.

            “Garang sikit, mesti Haikal tak berani.” Ujar Danial lagi.

            “Nantilah saya cuba.” Suha bersuara, nasihat Danial itu didengarinya.

            “Tak pun, Suha kawan dengan saya. Nanti Haikal tak beranilah ganggu Suha.” Suha mengerut kening, kurang memahami.

            “Maksud Encik Danial?” Soal Suha setelah lelaki itu hanya tersenyum sedari tadi.

            “Kita kawan?” Soal Danial, tidak menjawab lagi persoalan Suha. Suha mengangguk, lambat-lambat.

            “Jadi panggil saya Dan, bukan Encik Danial.” Danial membetulkan. Suha mengangguk sekali lagi, namun lambat-lambat kerana teragak-agak dengan permintaan itu. Tidak sukar tapi kekok di dengarinya.

            “Tak susah pun kan.” Ujar Danial lalu terus melangkah keluar daripada dapur. Suha masih tercegat di situ dengan mata terus memandang Imtiyazz yang sudah tersengih sendiri.
           
            Sesi pengajaran hari itu habis seperti biasa, jam 5 petang. Suha sudah siap solat Asar dan berkemas untuk pulang. Beberapa latihan ditinggalkan kepada Imtiyazz sebagai kerja tambahan untuk meningkatkan lagi kefahaman gadis cilik itu. 

            “Jom saya hantarkan.” Entah daripada datangnya Danial, tiba-tiba sudah tercongok di pintu rumah sewaktu Suha sedang menyarung sandalnya. Suha berfikir beberapa saat sebelum menggeleng dengan senyuman.

            “Terima kasih sajalah Encik Danial.” Danial berkerut dahi dan terus mengangkat jari telunjuk dan menggoyangkannya di hadapan Suha.

            “Buanglah Encik tu. Dan aje.” Danial mengingatkan, Suha menggigit lidah, terlupa!

            “Okay.” Suha menjawab ringkas.

            “Betul tak nak saya hantarkan?” Soal Danial lagi.

            “Betul, terima kasih banyak. Saya balik dengan bas aje.” Suha menolak lagi. Danial sekadar mengangguk perlahan dengan penolakkan itu.

            “Hati-hati, jumpa esok!” Danial melambai tangan, Suha tersenyum dan turut melambaikan tangannya sebelum melangkah menjauhi rumah itu. Suha tidak mahu menyusahkan, sudahlah gaji yang diterima melebihi yang dijangka. Makan dan tempat yang selesa diberikan oleh Puan Johanna kepadanya. Itu sudah lebih daripada mencukupi, takkanlah sekarang mahu berhantar pula oleh Danial, walaupun lelaki itu tampak ikhlas menawarkan khidmatnya. Suha berfikir sendiri sewaktu berjalan menuju ke arah perhentian bas.

Khalif Haikal memandu laju pulang. Agenda hari ini tidak mahu dilepaskannya, mahu dilaksanakan sebaiknya. Pedal minyak ditekan kuat apabila melihat Suha sedang melangkah menghampiri hentian bas di seberang jalan. Laju sahaja dia memusing stereng dan terus meluncur laju ke arah hentian bas itu. Brek ditekan sehingga mengeluarkan bunyi yang agak kuat, menarik perhatian semua yang ada dihentian bas ketika itu. Haikal terus memaling wajahnya ke arah Suha yang berdiri dan kelihatan tercengang melihatnya.

“Gila ke.” Getus Suha perlahan.

Haikal keluar daripada kereta dan terus berdiri menghadap Suha, membuatkan Suha mengerut dahinya dan sesekali gadis itu memandang ke arah orang sekelilingnya yang sudah berbisik sesama sendiri dan memandang pelik kepada mereka berdua.

“Jom sayang, saya hantar balik.” Selamba sahaja Haikal bersuara. Dahi sudah bertambah kerutnya.

“Takpe, terima kasih Encik Haikal. Saya boleh balik sendiri.” Ujar Suha perlahan, hanya mahu Haikal yang mendengarnya. 

“Alah! Janganlah merajuk lama-lama dengan saya sayang. Penatlah nak pujuk.” Haikal menguatkan suaranya, sengaja! Suha mengetap bibir dan menggenggam jarinya erat. Geram dengan tingkah Haikal yang mengada-ada itu.

“Terima kasih Encik Haikal, tapi saya tak nak! Tolong faham!” Ujar Suha mengetap giginya menahan daripada bersuara tinggi. Haikal mencebik bibir, langsung tidak endah dengan penolakan Suha itu.

“Sayang, cepatlah. Pukul berapa nak balik? Saya dah janji dengan ayah, nak hantar sayang balik rumah hari ni. Jom sayang, jom.” Haikal memaut lengan Suha, namun sempat sahaja Suha menepis.

“Stop it Haikal!” Amarah Suha akhirnya meletus. Haikal terkedu dengan kelantangan suara Suha ketika itu. Haikal terkaku di tempatnya berdiri. Beberapa saat kemudian dia kembali sedar dan memandang ke sekelilingnya. Senyuman di bibirnya sudah mati, kini dia memandang tajam ke arah Suha yang mencuka wajahnya. Senyuman sini terukir di hujung bibir. Haikal memeluk tubuh dan berdiri menghadap Suha sekali lagi.

“Sayang, sayang. Jangan cabar saya, menyesal nanti.” Haikal yang merapatkan wajahnya ke arah Suha kini berbisik, ada tersirat ugutan di situ. Suha masih mencemberut wajah. Malu juga dengan pandangan orang yang berada di situ.

“Bas saya dah sampai, saya balik dulu ENCIK Haikal.” Suha sengaja menekankan perkataan encik itu menggambarkan hatinya yang terbakar dek perlakuan lelaki itu. Haikal yang sudah terasa tercabar, terus memaut erat lengan Suha menghalang gadis itu melangkah ke arah bas yang sudah berhenti di belakang kereta Haikal. Orang ramai yang turut menunggu di situ sudah pun berlari-lari anak ke arah bas tersebut. 

“Lepaslah, bas saya dah sampai tu!” Suha cuba menarik lengannya daripada pautan Haikal namun gagal. Haikal mengeratkan pautannya. 

“No! Saya akan pastikan hari ini awak naik kereta saya.” Suara Haikal, Suha sudah gelisah. Beberapa dia mencuba merentap pautan Haikal yang kian terasa kuat memaut lengannya.

“Saya tak nak!” Suha menolak lagi. Beberapa minit Haikal dan Suha berdrama di hentian itu sehingga bas sudah mula bergerak mahu berlalu pergi. Suha makin gelisah.

“Lepaslah Encik Haikal, tu bas terakhir ke rumah saya!” Suha meninggikan suaranya, sudah penat meronta cuba melepaskan diri daripada lelaki itu.

“Say good bye to the bus.” Haikal mengangkat tangan ke arah pemandu bas itu setelah bas tersebut melintasi mereka dan terus bergerak menjauhi hentian bas. Suha mengeluh lemah. 

“Jom, saya hantar balik.” Haikal melepaskan lengan Suha yang dipautnya tadi. Suha mengurut lengannya yang terlalu kuat digenggam oleh Haikal. Suha mengetap bibirnya menaham kemarahan yang meluap-luap kepada Haikal. Nafasnya ditarik perlahan. Beg sandangnya dibetulkan ke bahu dan kemudian terus melangkah laju menjauhi Haikal. Haikal terkejut dan tercengang.

“Hey, where are you going?” Soal Haikal setelah Suha melangkah pergi. Setelah beberapa meter Suha menjauhinya, Haikal mula berlari menuju ke arah Suha yang langsung tidak berpaling ke arahnya walaupun jenuh dia memanggil nama gadis itu.

“Bila saya kata saya hantar balik, tiada siapa yang boleh menolak termasuklah awak sendiri.” Ujar Haikal yang sudah berdiri berdepan dengan Suha yang masih mencuka. Tanpa banyak soal atau menunggu penolakkan Suha yang seterusnya. Haikal sekali lagi memaut lengan gadis itu yang berlapik baju kurung yang dipakainya dan terus menarik gadis itu mengikut langkah ke arah kereta. Suha tidak dapat bersuara atau mengeluarkan suara, dia terlalu terkejut dengan tindakan Haikal yang langsung tidak dijangkanya. Sesampainya di kereta Haikal terus membuka pintu dan menolak Suha masuk ke dalam kereta dan terus menutup pintu itu kembali. Haikal kemudian masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju. Suha masih terdiam dan terkaku.

“Bear in your mind, no one go against my will including you!” Haikal bersuara setelah dia menghampiri kawasan perumahan Suha. Suha masih berdiam diri, langsung tidak bersuara. Haikal sekadar memandang sekilas sebelum memandang terus ke hadapan. Setelah kereta diberhentikan, Suha laju sahaja turun daripada kereta itu tanpa sempat Haikal mahu bersuara. Pintu terus ditutup setelah jelingan tajam diberikan kepada lelaki itu. Hati Suha membengkak menahan marah. 

“Terima kasih.” Haikal bersuara sendiri di dalam kereta, sebelum meluncur laju ke jalan raya. Suha langsung tidak berpaling ke arah sebaik melangkah pergi. Haikal merengus kasar melepas lelah.

“Don’t play with her heart Haikal.” Haikal menutur kata sendiri kepada dirinya sendiri. Tahu gadis itu tidak menyenangi perlakuannya dan itu yang dimahukannya. Sedar gadis itu langsung tidak menyukai kehadirannya dan itu juga yang dimahukannya. Haikal mahu Suha membencinya dan dia mahu benci itu akhirnya menjadi cinta. Haikal tersenyum sendiri, rancangannya itu berjalan seperti yang dijangkakannya. 

“One week to go to make her fall to my knees!” Getus hati Haikal sehingga membuahkan senyuman penuh makna di bibirnya. Keretanya terus dipandu laju pulang ke rumah dengan perasaan yang penuh dengan kepuasan. Puas, rancangan hari ini berjaya seperti dimahukan. Esok pasti akan turut berjaya!

Suha melangkah memasuki kawasan rumah dengan perasaan yang masih sebal. Hatinya belum reda dengan kemarahan terhadap tindakan Haikal yang baginya sudah keterlaluan. Sesekali dia mengeluh lemah. 

“Awat dok mengeluh sangat tu?” Suara tua Ayah menyapa telinga Suha membuatkan Suha tersentak dari lamunannya. Langsung tidak disedari akan susuk Ayah yang sedang berehat di pangkin depan rumah. Dalam langkah longlai Suha menghampiri Ayahnya.

“Suha penat sikit hari ini yah.” Ujar Suha sebaik sahaja menyalami tangan Ayahnya. Ayah menarik Suha supaya duduk bersebelahan dengannya.

“Penat dari berkebun tengah panas?” Ayah mula menyoal, menyentap tangkai hati Suha. Kalau dibandingkan kerja ayah dan ibu dengan kerja yang dilakukannya sekarang, pastinya kerja yang dilakukan orang tuanya lebih memerah keringat. Suha menjatuhkan kepalanya ke ribaan ayah tercinta.

“Maaf yah, bukan maksud macam tu. Sebenarnya Suha penat dengan sikap anak Puan Johanna tu.” Suha meluahkan yang sebenarnya. Lagi pula dia sememangnya tidak pernah menyembunyikan apa-apa dengan ayah dan ibunya. Untuk apa disembunyikan? Hanya dialah satu-satunya anak kepada orang tuanya. Merekalah teman kala suka dan dukanya selama ini.

“Dia buat apa dekat Suha?” Ayah menyoal, keningnya mula bercantum dek kerutan di dahi.

“Tak buat apa-apa, tapi dia suka menyakat Suha. Suha rimas.” Suha bangun dari pembaringannya dan memandang ke arah wajah tua ayahnya.

“Dia saja nak melawak la tu. Sabaq pi la, sat saja lagikan.” Ayah cuba memujuk, Suha mencebik manja.
“Letih nak layan dah yah. Tak larat dah.” Rungut Suha.

“Kalau lagu tu, beghenti. Dok rumah, tolong ayah dengan ibu usaha kebun. Mau?” Ujar Ayah membuatkan Suha terdiam. Niatnya bekerja untuk menambah duit poket untuk semester akan datang ini. 

“Diam pulak. Sabaq ja Suha. Apa pun yang jadi dalam hidup kita ni, Allah sudah lukis. Tapi orang kata takdir ni kita boleh ubah kepada yang lebih baik. Yang penting usaha. Dia nak kacau Suha, biaq kat dia. Kalau dia kacau lebih-lebih, habaq dekat ayah tau.” Ayah memberi nasihat, bukannya dia tidak risau. Resah hati tuanya mendengar rungutan anak gadisnya itu. Namun, tiada jalan lain selain terus bersabar dengan apa jua yang berlaku. Zaman sekarang kerja bukan mudah untuk diperolehi walau setinggi mana sijil yang kita ada. 

“Suha minta maaf ayah, buat ayah risau.” Suha memeluk erat lengan ayahnya. Ayah sekadar mengangguk perlahan dengan senyuman kecil terukir di bibir. 

“Ayahnya, dah nak senja ni masuklah. Bawa anak dara awak tu sekali, apa lagi nak di sembangnya tu.” Ibu sudah melaung dari muka pintu. Tidak tunggu lama, Suha dan Ayahnya terus mengemas dan melangkah masuk ke dalam rumah. Suha mendapatkan ibunya dan menyalami tangan ibunya. 

“Sudah-sudah mengumpat tu, cepat mandi dan siap untuk solat maghrib.” Ujar Ayah setelah melihat Suha dan ibunya pula berbual di meja dapur sambil mengelap pinggan mangkuk. Suha dan ibunya ketawa kecil mendengar sindiran ayah.

“Malam nanti kita sambung lagi, Suha pi mandi dulu satgi ayah bising lagi.” Bisik ibu sebelum mereka melangkah ke bilik. Suha mengangguk laju dengan senyuman terukir. Suha terus mengambil tuala dan melangkah ke bilik air. Apa yang berlaku hari ini, dibiarkan berlalu. Sebolehnya Suha tidak mahu mengingatinya walaupun sesaat!

Hari ini Suha berat hati untuk bekerja, namun kerana amanah dia tetap perlu bekerja sehingga tamat tempoh yang dijanjinya dahulu. Suha menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melangkah ke rumah Puan Johanna. Baru beberapa tapak, deheman di belakangnya membuatkan Suha lantas berpaling. Suha terkedu.

“Tak payah nak tarik nafas dalam sangat.” Haikal sudah berdiri bersebelahan dengan Suha, siap berpakaian sukan. Mungkin baru pulang dari bersenam. Hari ini hari sabtu mungkin dia tidak berkerja, telah hati Suha.

“Kenapa pandang saya macam tu?” Suha menyoal setelah melihat Haikal memandangnya atas bawah. Haikal terdiam, matanya dihentikan terus ke mata Suha yang turut memandang ke arahnya. Mereka saling bertentang mata, lidah kelu tanpa suara. Beberapa saat kemudian malu mula menyerbu wajah. Kedua-duanya terus sahaja melarikan pandangan ke arah bertentangan. Setelah itu, keadaan antara mereka berdua jadi begitu asing. Haikal hilang petahnya, Suha hilang suara tegasnya.

“Saya jalan dulu.” Suha mula melarikan diri daripada keadaan yang janggal yang dirasakannya ketika itu. Haikal hanya mengangguk kepala, langsung tidak bersuara sehinggalah Suha sudah jauh ke hadapan, Haikal akhirnya bernafas seperti biasa.

“I’ve met her before.” Bisik Haikal perlahan, matanya masih dilepaskan memandang ke arah Suha yang sudah jauh melangkah ke rumahnya. Haikal meraup wajahnya beberapa kali. Jubah merah itu tidak akan pernah dilupakannya. Takkan!

“Ini pen awak. Saya nampak jatuh dekat tangga PSZ tadi.” Suara itu kembali terngiang-ngiang di telingannya. Haikal mengeluh perlahan, orang yang sama? Tak mungkin! Tak mungkin orang yang sama!

++++++++++++

MAAF!
terlalu lama abc menyepi.
abc kembali, yeah!
maaf kalau sikit dari yang pertama, semua baru nak refresh semula, cuti lama sangat ^^

baca dan komen ye.

much love readers!







           

Saturday, February 16, 2013

Belum Tersenarai.

Ah! Urgh! Allah!

itu keluhan-keluhan dari semalam.
keluhan bila nama belum tersenarai.
Allah sedang menguji, abc tahu itu, tapi hati tak lepas dari kerisauan Allahuakbar!

ada yang sudah naik nama, 20hb ni sudah temuduga. bila giliran abc? Allah sahaja yang tahu sekarang ini. rumate sudah keluar nama, banyak kali dia bertanya. tapi abc belum lagi terima apa-apa. =="
bukan abc seorang, ramai lagi belum ada nama. mungkin Allah mahu berikan yang lebih baik :)

abc harapkan doa kalian. insyaAllah. mungkin memberikan sedikit masa untuk abc belajar lebih mendalam dan lebih bersedia untuk temuduga yang akan abc hadapi kelak :)

doakan abc, berjaya dalam temuduga dan juga bidang penulisan.
jangan lupa doakan abc lebih banyak diilhamkan cerita yang baik dari masa ke semasa.
rindu mahu baca komen anda semua! ^^

much love readers!

p.s: abc sudah pulang dari Kelantan. ada kisah misteri yang boleh jadikan impian abc nak tulis cerita seram hampir termakbul hehehe!

Saturday, February 9, 2013

BERCUTI!

Assalamualaikum!
Maaflah. lamaaaaaaaa sangat tak pos cerita baru.
tau ada yang marah dan sudah stress dengan abc.
maaf ye, walaupun abc penanam anggur tegar tapi abc masih ada banyak hal yang perlu diuruskan.
abc sudah siapkan jadual cerita, tapi abc hanya mampu merancang.

abc terfikir nak 'beku' akaun blog abc.
takut abc dimarah lagi sebab tak pos cerita.
sekarang abc dengan famili berada di Kelantan Darul Naim.
bercuti selama seminggu, tapi abc tak bercuti sepenuhnya.
risau dengan hal PTPTN dan temuduga yang masih lagi belum selesai =='
doakan abc ye.

abc akan temuduga bermula 19hb ini sampai bulan Mac. abc belum tahu tarikh dan tempat
insyaAllah, selesai sahaja temuduga, mungkin abc akan kembali aktif menulis dan sebagainya.
abc pun kelam kabut dengan manuskrip yang masih ditengah jalan :(
ingatkan awal bulan siap huhuhu

maaf sangat.
maaf untuk kesekian kalinya.
abc memang tak dapat nak lari dari kesibukan ni.
maaf maaf maaf.

jadual tu akan terus seperti biasa apabila abc sudah keluar dari kepompong kesibukan dan hal2 semasa :)
terima kasih kepada yang memahami.

Selamat Bercuti!

Friday, February 1, 2013

Melodi Cinta : Dosa




Pelita menyala
Bukan tiba-tiba
Ada yang mencucuhnya
Terang menerangi malam gelita

Salam Jumaat 20 Rabiulawal 1434. Sentiasa, sentiasa dalam doa solat fardhu saya meminta semoga hari depan lebih baik daripada hari yang saya tinggalkan semalamnya. Untuk apa? Untuk kehidupan yang lebih baik dari hari ke hari. Untuk hari ini yang muncul seperti biasa, laju dalam masa yang berlari jauh dari saya, saya tetap meminta yang sama. Meminta semoga saya lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. Saya mahu menjadi lebih baik dalam payah yang saya lalui belakangan ini. Datanglah segala apa yang menguji, dengan adanya Allah dalam hati, di sisi. Saya mampu menempuh apa sahaja. Alhamdulillah. Yakinlah kepada Allah, segalanya pasti mudah. Yang payah menjadi terlalu mudah, yang sukar pasti takkan melelahkan. Percaya dan yakin. Usahalah sebaik-baiknya. Allahuma Ameen, Allah sebaik-baik penolong.



Semalam saya masih dalam belengu dosa yang payah untuk saya atasi. Allah, lemahnya hambaMu ini. Saya pernah beberapa kali berjanji tidak akan melakukannya, namun terus terusan melakukannya. Hati saya cuba menghalang, namun lincah sahaja nafsu mengatasi. Allah Allah Allah. Tidak guna air mata saya menangisi, kerna ada masanya dosa itu tetap saya lakukan. Tidak guna saya meraung, salah diri sendiri. Saya tertanya sendiri, sampai bila dosa itu akan terus saya lakukan? Keampunan Allah itu seluas langit walaupun dosa selautan. Namun sampai bila? Sampai bila saya akan terus mengulangi yang sama? Kerana Allah Maha Pengasih, jadi saya tidak getar? Allah! Ampunkan hamba...

“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi” (Surah an-Nisaa: Ayat 106)

Ada satu masa, saya malu untuk sujud kepada Allah. Malu, Allah memberikan apa sahaja yang saya mahu. Lambat atau cepat, pasti saya akan miliknya. Saya mahu DSLR, hati saya hari-hari mahukannya. Tahun lepas saya memilikinya. Saya mahu telefon yang lebih baik, sebaik habis konvokesyen saya perolehinya. Saya mahu kelas pertama dalam pengajian, Allah berikannya kepada saya. Saya diberikan apa sahaja yang saya mahukan, walaupun saya pernah memarahi Allah kerana menguji saya. Namun saya tetap diberikan apa yang saya pinta dariNya. Allahuakbar!

Wajar bukan saya berdoa saya mahu menjadi lebih baik daripada sebelumnya? Saya pernah mendengar, ada yang mengatakan, Orang yang mudah memperolehi apa yang dimahukannya adalah orang yang kurang dipandang Allah. Oleh sebab itu Allah terus sahaja memberikan apa sahaja yang diingininya. Saya takut, saya mahu Allah memandang saya, melihat saya, mencintai saya. Rindu akan rintih tangis saya. Allah Allah Allah.



Tidak ada manusia tanpa dosa. Bedanya besar kecil, sedikit atau banyak. Hasilnya terlihat di akhirat sana. Allah hamba takut, hamba tidak mahu ke neraka MU. Azabnya tidak tergambar oleh hamba, pedih perit sakit. Hamba tidak mahu. Jika di dunia ini hamba berjaya, mampukah hamba berjaya di akhirat sana? Mana yang akan hamba diami? Syurga atau neraka? 

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud: Ayat 3)

Saya masih mencuba, menerangi diri dengan kebaikan bukan lagi keburukan. Saya masih mencuba kembali mendekatkan diri dengan amalan-amalan wajib dan sunnah. Saya masih cuba berubah. Saya masih dalam usaha. Sesuatu yang terjadi dalam diri, bukan secara tiba-tiba atau tidak sengaja. Pasti ada yang memulakannya. Samada diri atau memang Allah sedang menguji. Saya masih lemah dalam menguatkan diri mencari Ilahi. Saya masih lemah dalam mencari keimanan agar lebih tebal, lebih cekal menghadapi hari mendatang. Hayat saya entah sampai bila, kerana itu saya harus berubah, berubah kepada yang lebih baik. Allah itu ada, sentiasa melindungi hamba-hamba. Allah tidak pernah lupa, tidak pernah tidur. Sentiasa ingat akan Allah, selama itu DIA akan memberikan kebahagiaan dan ketenangan kepada kita.

Saya mencari sumber kekuatan, dalam meneruskan kehidupan. Kekuatan itu datangnya dari Allah, yang saya tagih cintaNya. Hari ini saya menetapkan satu titik, mencuba untuk berubah. Untuk tidak mahu lagi mengulangi dosa itu. Saya mahu lebih tekad dan nekad. Allah itu ada, Dia melihat. Saya pasti mampu melaluinya. InshaAllah.

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran: 135-136).

Saya tinggalkan warkah Melodi Cinta kali ini dengan satu potongan ayat 41 surah Ibrahim;

“Wahai Tuhan kami berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”



FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders