Tuesday, October 8, 2013

Novel : Cinta Atas Paksa (CAP) 3








PART 3
Cahaya yang menerobos masuk ke bilik melalui daun tingkap itu menganggu tidur Adra Malaeka. Beberapa kali matanya digosok-gosok dengan jemari halusnya, begitu payah untuk dia membuka mata. Kenapa terasa penat dan begitu lemah? Adra Malaeka masih mamai dalam rasa mengantuk yang menyelebungi dirinya. Jari yang tersentuh dihujung bibir, terus sahaja membuka mata. Perit!

Adra Malaeka bangun mengejut dari pembaringannya. Namun kepala yang terasa berat bagai ada batu berat yang menghempap menghalanginya. Adra Malaeka menggagahkan dirinya untuk bangun dari pembaringan dan turun daripada katil. Cermin meja solek dihampirinya. Adra Malaeka terpempan. Bibirnya bengkak, lehernya penuh kesan lebam. Koyakkan dihujung kolar t-shirt yang dipakainya itu merawangkan ingatannya kepada kejadian malam tadi yang benar-benar dia terlupa! Laju sahaja Adra Malaeka memeriksa wajah dan tubuhnya. Terduduk Adra di kerusi meja solek itu. Fikirannya terus merawang kepada kejadian malam tadi. Apa yang berlaku? Siapa? Adakah dia sudah.... Adra Malaeka menggeleng laju, tak mahu berfikiran buruk. Dia tidak pasti, dia tidak tahu apa yang berlaku. Air matanya bertakung ditubir mata. Beberapa kali kepalanya digeleng-gelengkan, mengusir bisikan dan fikiran buruk yang cuba hadir. Kolar bajunya digenggam erat.

“Jangan risau. Aku acah aje malam tadi.” Suara yang muncul dari balik pintu yang baru dibuka itu mengejutkan Adra Malaeka. Laju sahaja tuala yang tersidai dikerusi dicapai dan menutup rambutnya yang terdedah. Adra Malaeka berundur merapati dinding.

“Apa awak cuba buat dekat saya? Kenapa saya dikurung? Apa awak nak hah?!” Laju sahaja Adra Malaeka menyoal lelaki dihadapannya. Daffa Jawhar ketawa sinis. Tubuhnya dilabuhkan di birai katil, bertentangan dengan Adra Malaeka.

“Kenapa soal aku? Bukan ke kau dengan bapak kau yang mulakan semua ni?” Daffa menyoal kembali dengan wajah bengis. Adra Malaeka tersentak. Bapa?

“Apa maksud awak?” Adra menyola lagi. Daffa merengus kasar, terasa bagai marahnya dibakar dengan sikap tidak bersalah gadis di depannya ini. Dia kemudian berdiri dan melangkah menghampiri Adra yang sudah melekat belakangnya di dinding.

“Kau yang ada jawapannya, kenapa kau nak soal aku lagi hah perempuan!” Rambut Adra di balik tuala yang dipakainya dicekak kuat oleh Daffa, membuatkan Adra Malaeka hampir menjerit. Adra Malaeka cuba meleraikan cengkaman itu namun gagal.

“Demi Allah, saya tak tahu apa-apa. Lepaskan saya!” Adra menjawab dengan suara yang hampir menjerit dek kerana terasa perit dengan cengkaman Daffa.

“Jangan berlagak baik depan aku. Kau kebas duit papa aku, kau tipu keluarga aku, sekarang kau nak jadi baik, nak jadi alim!” Daffa bersuara lantang, jelas menghentak gegendang telinga Adra yang masih terkial-kial dalam cengkaman Daffa. Daffa menolak kuat Adra Malaeka sehingga gadis itu terjelepok jatuh terus ke lantai, kepalanya mengenai bucu kerusi membuatkan dahi Adra terluka. Adra menekup dahinya dengan tangan, bibirnya diketap kuat. 

“Demi Allah, saya tak tahu apa yang awak cakapkan. Saya tak tahu...” Suara Adra Malaeka dalam lemah menahan sakit yang kian perit terasa. Kepalanya yang sedia berat kini makin berdenyut-denyut.

“Hishhh! Kau jangan buat tak bersalah! Kau dengan bapak kau tipu papa aku sampai dia mati, kau lari dengan duit yang papa aku bagi dekat kau sampai mama aku jatuh sakit sebab tertipu dengan lenggok alim kau tu!” Daffa terus menerus melontar marahnya pada Adra Malaeka. Bagai tiada langsung rasa kasihan kepada gadis itu yang sedang lemah menahan sakit. 

“Demi Allah encik... saya dah lama tak jumpa ayah saya, percayalah saya tak tahu apa-apa...” Suara Adra kian perlahan. Mata Adra berpinar-pinar. Daffa dihadapannya kelihatan bergerak atas bawah sebelum pandangan kelam, gelap gelita.

“Kau...!” Baru sahaja mahu memekik marahnya pada gadis didepannya, Daffa terdiam, gadis itu sudah terkulai layu. Daffa melutut di sisi Adra, tubuh gadis itu digerak-gerakkan beberapa kali.

“Hoi...!” Jerit Daffa kuat. Namun masih tiada reaksi. Gadis itu diam, kaku tidak berkutik sedikit pun. Daffa meneguk air liurnya sendiri. Mati? Soal hatinya sendiri. Jarinya dibawa ke bawah hidung gadis itu. Masih terasa haba yang terhembus keluar dari saluran pernafasan Adra Malaeka. Daffa melepas lelah kelegaan!

Tubuh gadis itu diangkat perlahan dan diletakkan di atas katil. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar dan kemudian mula mendail.

“Doktor sila datang cepat. I lost my control again and I almost killed her.” Daffa bersuara tanpa rasa bersalah. 

“You what?!” Nabil dihujung talian mula terjerit kuat.

“Tak sengaja.”

“Kau dah gila. Pergi daftar hospital tanjung sekarang.” Nabil bergurau dalam tegas.

“Nonsense! Cepatlah, karang mati pulak budak tu.” Nabil mengeluh kuat. Penat dengan baran Daffa Jawhar yang kian menjadi-jadi. Daffa mematikan talian, belum sempat Nabil berkata apa. Mahu atau tidak, nyawa gadis itu lebih penting sekarang. Nabil mula mengubah haluan keretanya. “Dia tidak bersalah!” Hati Nabil berbisik kuat.

“Apa kau buat ni Daff?”Nabil menyoal, penuh tegas.

“Aku tak sengaja, berapa kali aku nak cakap?” Daffa melawan.

“Aku dah kata sabar. So sabarlah! Kalau mati budak ni macam mana?” Nabil kian hilang sabar dengan sikap Daffa yang terlalu mengikut emosi.

“Kalau dia mati, aku jadi duda. Simple.” Daffa masih sempat bergurau. Stetoskop yang dipegangnya diketukkan ke kepala Daffa. Tidak sempat mengelak menyebabkan Daffa mengaduh sakit.

“Kalau dia mati, kau masuk dalam. Sampai matilah kau membujang!” Bidas Nabil.

“Aku ke kau yang bujang. Ingat bro, aku dah kahwin okay.” Daffa mengangkat-angkat keningnya, bibirnya tersenyum bongkak. Nabil mencebik, dengan riak tidak endah.

“She is now my patient. Kau jangan memandai nak buat benda-benda bodoh macam ni lagi. If not, aku buat police report. Tak teragak-agak walaupun kau kawan baik aku Daff.” Tegas Nabil bersuara. Daffa Jawhar mencebik, tangannya memeluk tubuh. 

“Saya tak salah....” Suara Adra Malaeka yang mencelah tiba-tiba mengejutkan kedua-dua sahabat itu. Mereka berdua berpaling memandang ke arah Adra Malaeka yang cuba untuk bangun daripada baring. Nabil lebih bertindak pantas menghampiri Adra namun tingkahnya yang mahu membantu Adra duduk dengan lebih selesa dihalang oleh deheman Daffa yang memerhati dari hujung katil.

“Saya tak bersalah. Demi Allah...” Suara Adra Malaeka begitu lemah. 

“Takpe, awak rehat dulu. Nanti awak jelaskan.” Nabil selaku doktor yang merawati Adra cuba menasihati.
“No! Biarkan dia jelaskan dari A sampai Z. Aku takut aku terbunuh pula dia nanti!” Daffa bersuara kasar dan begitu tegang. Nabil mendengus perlahan menahan sabar. Adra menelan liur, payah dan perit.

“Biarkan dia dulu Daff...”Nabil cuba mengawal situasi dan baran Daffa. Adra membetulkan duduknya. Dahinya yang terasa perit, disentuhnya perlahan.

“Dia isteri aku, jadi hak aku untuk tentukan!” Daffa yang sudah dikuasai marahnya mula menggunakan kuasa vetonya. Nabil menggenggam erat jemarinya. Adra Malaeka terpempan dalam sakit yang ditahannya.

“Apa maksud awak? Isteri? Saya isteri....” Adra Malaeka tidak dapat meneruskan kata. 

“Ye. Kau isteri aku? Lupa? Dah dapat duit terus lupa? 25 November lepas kau sah jadi isteri aku!” Ujar Daffa jelas dan kuat. Adra ternganga, cuba mengingati tarikh itu. Setahunya waktu itu dia masih belajar dan yang paling dia tahu dan sedar dia tidak pernah berkahwin dan dikahwinkan.

“Saya tak tahu apa-apa, sumpah!” Adra menjawab, tangan kanan diangkatnya tanda bersumpah.

“Saya ada semua dokumen nikah, nih!” Ujar Daffa Jawhar, dokumen yang diambil dari fail yang sedari tadi dikeleknya dicampak ke arah Adra Malaeka tepat mengenai muka gadis itu sebelum jatuh ke atas selimut yang menutupi bahagian kaki. Adra Malaeka mengambil semua dokumen yang diberikan lelaki itu.

“Masa 25 November 2011, Cik Adra dan Daffa dinikahkan di masjid dekat kampung Cik Adra. Wali Cik Adra sendiri yang nikahkan. Selepas selesai majlis nikah di masjid, Cik sekeluarga bersiap pulang ke rumah, sebab majlis pembatalan air sembahyang akan diadakan di rumah. Malangnya, sebaik kami rombongan pengantin lelaki tiba di rumah keluarga Cik Adra, seorang pun tak ada.” Nabil memulai peranannya sebagai ‘polis pencen’. Nabil menjelaskan satu persatu kepada Adra Malaeka, sambil Adra membelek semua dokumen yang ada.

Kejutan demi kejutan. Sudah dikurung tanpa tahu apa salahnya. Ditampar dan dicampak tanpa belas. Kini dia dikejutkan dengan dokumen nikahnya sendiri! Kalau mengikut kiraan, dia sudah hampir 8 bulan menjadi isteri kepada lelaki yang tiada belas itu. Tetapi tanpa pengetahuannya sendiri. 

“Saya tak tahu apa-apa, sungguh!” Adra bersuara. Daffa tersenyum sinis, tidak mempercayai kata-kata Adra. Nabil hanya mendiamkan diri. Daffa yang patut membetulkan keadaan dan situasi antara dia dan Adra. Nabil sekadar membantu yang sepatutnya sahaja.

“Tapi kau ada masa tu, macam mana kau tak tahu?” Daffa menyoal kasar, matanya menyala penuh kemarahan. Berapi!     

“Kalau awak nak saya sumpah depan Quran saya sanggup. Saya betul-betul tak tahu apa-apa, demi Allah!” Adra bersuara penuh yakin, menegakkan kebenaran. Daffa meraup wajahnya beberapa kali. Daffa malah Nabil sendiri terdiam, tidak mampu mahu berkata apa.

“Tapi Cik Adra Malaeka, masa hari nikah tu, Cik Adra ada di situ.”Nabil bersuara lagi. Mereka sendiri buntu. Adra Malaeka beristighfar perlahan.

“Memang saya di situ? Muka saya?” Giliran Adra menyoal Daffa dan Nabil, mereka berdua terus saling berpandangan. Minda mereka menerawang mengingati hari kejadian.

“She’s wearing....”Nabil tidak meneruskan kata, sekadar membuat gaya menutup muka. Daffa hanya mengangguk perlahan.

“Saya pakai purdah?”

“Papa aku bersungguh mahu bermenantukan kau. Kononnya kau ni perempuan baik-baik! Tapi dia salah, kau ni manusia bertopengkan syaitan!” Pekik Daffa, tangannya menunding ke arah Adra Malaeka yang terkaku, takut dan gerun berdepan dengan baran Daffa.

“Saya tak tahu nak jelaskan macam mana lagi dengan awak berdua. Percayalah, saya tak tahu apa-apa dan bukan saya yang berada masa nikah tu.” Adra bersuara lagi, merayu mereka mempercayainya.

“Tapi IC, gambar ni memang kau kan? Semua butir-butir dalam dokumen ni betulkan?” Daffa menyoal lagi.

“Ye, semua betul dan memang IC saya. Tapi saya tak tahu apa-apa pasal pernikahan tu.” Adra menafikan lagi. Daffa merengus kasar. Nabil menggigit bibirnya cuba memikirkan penyelesaian dan kebenaran dibalik kata-kata Adra Malaeka.

“Bapak kau yang nikahkan kau, apa kau nak nafikan lagi?” Adra terbeliak, terkejut dengan kenyataan itu.

“Bapak? Ayah saya?” Adra kembali menyoal. Nabil mengangguk perlahan.

“Ye, ayah Cik Adra yang nikahkan Daffa dan Cik Adra hari tu.” Adra beristighfar lagi.

“Saya dah 10 tahun tak jumpa ayah saya.” Kenyataan yang keluar daripada mulut Adra Malaeka itu membuatkan Daffa dan Nabil saling berpandangan sesama mereka. Kenyataan yang diluar jangkaan mereka berdua dan mungkin juga jawapan kepada penjelasan yang mereka tunggu selama hampir 8 bulan ini. 

++++
sila komen ye.
untuk penambahbaikan :)
much love readers!

13 comments:

Anonymous said...

Makin menarik...misteri...
- ila

ChentaHati said...

saya suka... cik abc, nanti updet lagi ya...

AiMI HuDa said...

best,..smbg cpt2 tau..hehee..

baby mio said...

best nak lagi cepatlah sambung ya tq.

Am_Mir said...

wah!! kak,nak lagi kak! ngeee

ArifahLee's said...

orang lain atay adra hilang ingatan?

zue said...

I loike!!

Anonymous said...

Nak lagi..
-syafiqa-

Liza said...

rahsia mula dibongkar! best2..
nak lagi

Anonymous said...

Ayah dia guna kuasa sebagai wali mujbir ke apa? Tapi kalau x pernah jumpa hmpir 10 tahun mcam mna ayah dia boleh ada salinan ic dia semua tu?Pelik sikit kat sini.

Sya

Anonymous said...

Berdebar2 lak baca entry nih.. Rasa mcm saya lak jadi Adra tu.. Hadoilaaa...

Happy Mind said...

part "doktor, sila datang sini..." macam pelik je... skema?

oh~ saya rasa bnyk suspen kat sini.
ayah dia tu yang jahat sebenarnya kan?

Aina Nasuha said...

Ish..scary betul laπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…