Sunday, October 6, 2013

Novel : Cinta Atas Paksa (CAP) 2






PART 2
Adra Malaeka menangis lagi. Sejak tersedar dari lena yang dipaksa semalam, dia hanya tahu untuk merayu dan menangis. Bilik ini terlalu asing baginya. Di mana dia berada, dia sendiri tidak pasti. Beberapa kali dia cuba membuka pintu dan tingkap biliknya, mencari jalan keluar. Namun semuanya terkunci rapat. Aku diculikkah? Itu persoalan yang sentiasa berada difikirannya.

            Bunyi kunci di hadapan pintu bilik itu membuatkan Adra tersentak dan terdiam. Tombol pintu yang mula dipulas dari luar, mendebarkan hati Adra. Dari atas katil, Adra lari ke arah sisi katil, menyembunyikan tubuhnya. Kelihatan lelaki sasa semalam yang memaksa dia masuk ke dalam kereta sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri. Kelibat wanita pertengahan umur kelihatan memasuki bilik dengan menatang dulang yang penuh dengan makanan. Melihat sahaja makanan yang terhidang, perut Adra terus sahaja mengeluarkan bunyi. 

            “Cik...” Wanita itu bersuara. Matanya dilepaskan pada Adra yang ‘bersembunyi’ di sisi katil.

            “Cik, tuan suruh cik makan. Dari malam tadi cik sampai, cik tak makan apa-apa lagikan?” Wanita itu terus bersuara, lembut dan penuh prihatin. Adra membatukan dirinya dibalik katil itu. Selesai meletakkan dulang berisi makanan ke atas meja yang ada di dalam bilik itu, wanita pertengahan umur itu mula melangkah keluar.

            “Kak...” Adra menahannya daripada melangkah keluar. Adra Malaeka bangun daripada tempat persembunyiannya itu. Matanya memandang sekilas ke arah lelaki sasa yang memandangnya penuh bengis sebelum menjatuhkan pandangan pada wanita yang menghantar makanan itu.

            “Saya dekat mana sekarang?” Adra menyoal penuh risau. Wanita itu hanya tersenyum.

            “Cik selamat. Jangan risau.” Ringkas sahaja jawapan wanita itu. Menambahkan resah dan gelisah pada Adra Malaeka.

            “Selamat? Saya dekat mana? Kenapa saya dikurung?” Persoalan daripada Adra itu membuatkan wanita itu berubah wajah, dari ceria kepada muram dan membukam.

            “Cik selamat. Itu saja yang boleh saya katakan.” Wanita itu terus melangkah keluar. Adra cuba menahan namun dihalang oleh lelaki sasa itu. Pintu bilik yang didiami sejak semalam itu ditutup dan dikunci semula dari luar. Adra jelepok jatuh ke lantai. Dia lemah kembali. Selamat? Jawapan wanita itu begitu mengelirukan. Bagaimana dia mahu berasa selamat, jika sedari semalam dia dikurung di dalam bilik itu? Selamatkah bila dia dibawa ke sini dalam keadaan paksa?

            Adra memandang makanan yang dihidangkan wanita tadi. Sekadar memandang. Walaupun perutnya sudah berkeroncong, namun nafsu makanan seolah-olah sudah mati. Dalam lemah yang kian terasa, Adra Malaeka cuba bangun dan melangkah. Waktu ini, ketika ini hanya Allah yang menjadi pelindung bagi dirinya. Ya, selamat! Allah itu ada, sememangnya aku selamat! Hati Adra menjadi kuat.

            “Allah, andai ini ujianMu. Kuatkanlah aku....”Doa Adra Malaeka dalam hati. Dia mula menyelongkar almari yang berada di dalam bilik itu. Kosong, yang ada sehelai sejadah dan senaskhah Al Quran. Adra Malaeka mengeluh perlahan. Baju kurung dan tudung yang dipakainya sejak semalam sudah agak berbau, tidak senang untuk solat dalam keadaan itu. Pintu bilik dihampirinya, lalu diketuk sekuat hati.

            “Nak apa?!” Lelaki sasa itu menyoal Adra dengan riak bengis sebaik sahaja pintu yang bagai hampir pecah diketuk Adra itu dibuka.

            “Boleh bagi saya sehelai tuala, sepasang baju dan telekung. Saya seorang muslim dan saya perlu tunaikan tanggungjawab saya pada DIA.” Ujar Adra tegas sambil telunjuknya di tunding ke atas. Lelaki sasa itu sekadar mengangguk tanda faham sebelum menutup kembali pintu.

            “Semua yang kau nak ada di sini.” Lelaki sasa itu menyerahkan segala yang dipinta Adra Malaeka beberapa minit kemudian. Adra mengambilnya dan tanpa sempat dia berterima kasih, lelaki sasa itu kembali menutup dan mengunci pintu bilik tersebut.

            “Ini ke rasanya diculik?” Adra mengumam sendiri. 

            “Aku ada Allah!”Adra bersuara perlahan, bagi mengusir rasa takut yang hadir apabila dia kembali memikir bahawasanya dia sekarang diculik dan dikurung entah di mana. Semua pakaian dan kelengkapan solat yang diserahkan lelaki tadi, diletakkan di atas katil. Tudungnya dibuka. Adra mahu membersihkan diri dan cepat-cepat bersujud kepada Yang Maha Esa. Ketika ini hanya Allah yang ada untuk dia, hanya Allah. Adra Malaeka mengukir senyum dibibirnya dalam hati yang mula mengusir gundah dan gelisah.

            Dalam senyap yang melenakan tidurnya. Telinga Adra mengesan desah nafas yang kuat dicuping telinganya. Desah itu kian kuat dan dekat. Terasa hangat hembus nafas dipangkal lehernya. Adra Malaeka yang masih terpejam matanya, hanya menolak sesuatu yang melata ditubuh. Namun tak lama, Adra tersentak bagai direnjat elektrik apabila terasa ada beban yang menghempat tubuhnya. Matanya terbuka luas dalam kelam, terlihat oleh pandangan matanya satu ‘lembaga’ yang besar di atas badannya. Tangannya cuba untuk meronta, namun kuat dipegang oleh ‘lembaga’ tersebut. Bibirnya yang cuba menjerit meminta pertolongan ditekup rapat dengan bibir rakus lembaga itu. Hanya air mata yang mengalir laju bagai empangan yang pecah. 

            “Allahuakbar.... lepaskan saya.... tolong lepaskan saya...” Adra meraung selepas beberapa minit bergelut dengan ‘lembaga’ yang langsung tidak mampu dilihat jelas itu. Lembaga itu hanya ketawa penuh sinis kepada rayuan Adra. Sekali lagi Adra ditindih. Terasa perit pangkal lehernya digigit rakus ‘lembaga’ yang bagai dirasuk nafsu serakahnya!

            “Demi Allah... saya merayu... tolong lepaskan saya.” Adra merayu lagi. Tangisannya kian menjadi-jadi. Fikirannya tidak mampu berfikir apa lagi, yang ada cuma ketakutan!

            “Allah! Allah! Allah!”Laung Adra sekuatnya, setelah rayuannya bagai tidak diendahkan oleh ‘lembaga’ itu. Adra Malaeka tidak mampu untuk meronta lagi, tidak mampu melawan. Hanya bibir dan hatinya yang kuat dan yakin pada perlindungan daripada Allah. Allah ada untuk dia, hati Adra Malaeka sangat yakin.

            “Arghhhh!” ‘Lembaga’ itu merengus kasar dan kuat lalu menampar kuat pipi Adra Malaeka sehingga gadis itu pengsan tidak sedarkan diri. ‘Lembaga’ itu kemudian turun dari katil dan terus melangkah keluar penuh sebal. Sebal nafsu tak terpuaskah?

            “Almost do the most stupid things in my life!” Daffa Jawhar meraup wajahnya dengan telefon yang terlekap ditelinga. 

            “Kau memang... kan aku dah pesan, jangan ikut amarah kau. Mujur tak jadi apa-apakan?” Suara dihujung talian itu mentertawakannya.

            “Aku geram. Aku marah, sangat marah! Kalau ikut hati, dah habis dah dia aku kerjakan!”Ujar Daffa penuh marah!

            “Chill man! Chill! Aku rasa kau bukan ikut marah kau, kau ikut nafsu serakah kau tu!” Daffa ditertawakannya. Nabil, sahabat paling rapat Daffa Jawhar sedari sekolah rendah lagi.

            “Kau Nabil, jangan tambah sebal aku!”Daffa memberi amaran. Nabil masih dengan sisa tawanya.

            “Relax la bro. Ingat Allah, istighfar...”Nabil membidas sinis. Daffa merengus marah. Rambutnya dicengkam erat, bagai cuba membuangkan rasa marah yang membelengu dirinya.

            “Sebab dia Papa mati tau tak. Sebab dia jugak Mama terlantar dekat wad sekarang. Semua sebab perempuan bernama Adra Malaeka tu!” Daffa masih melempias marah. Amarahnya pada Adra Malaeka tinggi melangit, bagai gunung berapi yang sudah berasap tebal, tunggu masa meluahkan semua lavanya!

            “Kau yakin dia memang bersalah?” Nabil kembali menyoal, membuatkan Daffa menarik nafas dalam-dalam.

            “Dia ada masa tu, kau pun nampakkan?”

            “Bro, as I have said before, Adra bukan perempuan yang ada pada majlis akad nikah tu.” Nabil bersuara memberikan penjelasannya.

            “Kau pun tak sure kan?” Daffa menyoal lagi.

            “Yes dan kau pun tak kenal Adra Malaeka yang mana satu. Betul?” Nabil kembali membidas. Daffa mengendur sedikit dengan persoalan yang diajukan sahabatnya itu.

            “Ye memang aku tak kenal. Tapi aku ada gambar dia, gambar yang bapak dia bagi dekat papa. Adra Malaeka tu ada dalam rumah aku sekarang!” Jawab Daffa dengan giginya diketapkan. Sahabat baiknya itu seakan tidak menyebelahinya.

            “Okay-okay. Nasihat aku, kau jangan buat benda bodoh. Dapatkan penjelasan Adra Malaeka dan kemudian baru buat keputusan akhir kau. Aku akan cuba bantu kau.” Nabil bersuara lebih lembut, tidak mahu menegangkan keadaan. Tahu benar Nabil dengan sikap baran Daffa. Dalam keadaan marah Daffa boleh lakukan apa-apa sahaja yang ‘bodoh’!

            “Aku tengok muka dia pun aku dah menyampah, aku rasa marah.” Daffa mengeluh kuat.

            “Sabar bro, semua tak selesai kalau kau ikut emosi kau. Ikut aje apa yang aku suruh, dapatkan penjelasan daripada dia dulu.” Nabil menasihati Daffa lagi.

            “Okay aku dengar cakap kau. Esok kau datang sinilah, jadi polis pencen kejap.” Nabil tersenyum sendiri dengan jawapan Daffa. 

            “Everything for you bro.” Jawab Nabil sebelum mereka mematikan talian. Daffa Jawhar mengeluh perlahan. Dari bawah rumah, dia memandang bilik yang gelap itu. Mujur sahaja imannya yang sedikit itu menahannya daripada melakukan perkara bodoh. Mujur sahaja laungan takbir itu mengusir pergi nafsunya yang terkinja-kinja dengan bisikan syaitan. Mujur, Allah masih melindungi gadis itu daripada nafsu buasnya. Daffa meraup wajahnya buat kesekian kali, lalu beristighfar perlahan.

12 comments:

ArifahLee's said...

Beginikah rasa diculik? LOL! Lawak betul Adra ni.

Anonymous said...

sambungan?

Liza said...

apa sebenarnya antara mereka ya? semakin teruja! nak lagi...!

Anonymous said...

hero mane satu la ek..hehe

Anonymous said...

best betul tema dendam jd storyline haha..tapi nak tunggu 10 org komen penatlaaa ~nurul~

scorpiongirl ajaar said...

nk lagi plzzzz

Anonymous said...

saya ni silent reader...blh bg sikit sinopsis tak?

atyn iefa said...

nak lagi :(((((

atyn iefa said...

nak lagi :(((((

atyn iefa said...

nak lagi :(((((

Anonymous said...

Next please.. 😊

baby mio said...

ada apa sebenarnya....