Friday, October 4, 2013

Novel: Cinta Atas Paksa (CAP) 1

Ini lah dia.
baca dan komen.
andai anda mahu yang seterusnya.
katakan nak lagi di kotak komen.
(macam juai barang kan hik3)

+++

PART 1
Suasana hari ini berbeza daripada hari-hari sebelumnya. Meriah! Semua sanak saudara berkumpul beramai-ramai meraikan hari bersejarah Anuar Malik, abang sulung mereka. Adra Malaeka mengesat peluh yang merinik di dahinya dengan belakang tangan. Walaupun penat terasa, tetapi senyuman masih terukir dibibirnya, melihatkan gelak tawa saudara mara yang hadir pada hari ini. 

            “Kak Adra, ada orang suruh bagi ni dekat akak.” Entah dari mana munculnya Safwan dengan sekeping kertas yang berlipat di tangannya. Adra mengambil dengan kening yang berkerut.

            “Siapa?” Soal Adra, kertas itu dibuka dan dibaca. Kening yang sedia berkerut kian bercantum dua. Safwan dipandang, si kecil tujuh tahun itu sekadar menjungkit bahu dan menunding ke arah pintu pagar dewan Dato’ Syed Omar yang menjadi lokasi majlis perkahwinan Anuar Malik hari ini.

            “Safwan tolong kak Adra bawak bakul bunga telur ni masuk dalam ye. Lepas tu panggilkan Abang Qaliff dan Kak Rehan, ada lagi bunga telur dalam kereta tu.” Safwan mengangguk laju, bakul bunga telur di tangan Adra diambilnya lalu dia terus berlari ke dalam dewan. Adra membetulkan tudungnya dan mengemaskan sedikit baju kurungnya. Kepalanya terjengah-jengah ke arah pintu pagar dewan. Siapa? Soal hati Adra, nota yang diserahkan Safwan tadi membuatkan hatinya berdebar tiba-tiba. “Jumpa saya depan dewan. Segera!” 

            Adra Malaeka melangkah perlahan dan lebih perlahan apabila sampai di hadapan pagar dewan. Kepalanya dipusing ke kiri dan kanan melihat gerangan penghantar nota itu. Debar kian terasa apabila susuk tubuh seorang lelaki dalam awal umur 30-an sedang tajam memerhatikannya atas bawah. Lelaki itu elok sahaja menyandar di kereta yang mungkin miliknya sambil menghisap sebatang rokok yang sudah hampir habis.

            “Adra Malaeka?” Soal lelaki itu, agak kuat suaranya dilontarkan memandangkan jarak antara mereka agak jauh. Adra tersentak kecil. 

            “Ye saya. Awak ke yang hantar nota tadi?” Adra Malaeka kembali menyoal. Lelaki itu hanya mengangguk, rokoknya yang sudah terpadam bara, dibaling ke tanah lalu diinjak-injak dengan kakinya.  Adra Malaeka melangkah perlahan menghampiri lelaki tadi, langkah takut-takut. Lelaki itu membuka pintu belakang kereta, lalu dimempersilakan Adra untuk masuk ke dalam kereta dengan riak wajahnya yang serius.
            “Untuk apa saya masuk dalam kereta awak?” Adra menyoal pelik. Lelaki di hadapannya ini memang langsung tidak dikenalinya. Lelaki itu menjungkit hujung bibirnya sinis dan angkuh, kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Hanya dengan menggoyang sedikit kepala dan memberi isyarat mata, entah dari mana datangnya dua orang lelaki bertubuh sasa, erat memegang kedua-dua belah tangan Adra Malaeka. Adra yang terkejut, cuba menjerit namun lebih cepat mulutnya ditekup oleh salah seorang daripada lelaki yang memegang tangannya.

            “Tempat kau dengan aku!” Itu sahaja yang mampu didengari oleh Adra Malaeka sebelum seluruh tubuhnya yang sebentar tadi meronta sekuat tenaga, terkulai layu dan gelap gelita dunianya.

            “Cepat drive, susah pulak kalau ada yang nampak.” Lelaki itu terus memberi arahan sebelum kereta itu meluncur laju meninggal dewan tersebut.

            “Makkkkkkkkkkk!!!” Jeritan itu bergema di dalam dewan. Majlis yang sudah dihujung waktu namun masih lagi ada tetamu, menjadi sedikit gempar dengan jeritan Rehan yang tiba-tiba itu.

            “Kenapa dengan kamu Ann?” Puan Halimah menyoal anak gadisnya itu, mukanya sedikit tegang. Mungkin tidak senang dengan jeritan Rehan tadi. Rehan yang tadi cemas kini bertukar menjadi suram dan sayu.

            “Mak, Kak Adra mak.... Kak Adra kena culik!” Ujar Rehan dalam cemas dan tangisnya. Puan Halimah terperanjat besar. Saudara mara yang ada yang turut mendengar juga terkejut dengan apa yang disampaikan Rehan.

            “Culik? Biar betul Ann?” Azhar Malik menyoal laju. Rehan yang sudah mengalir air matanya mengangguk laju.

            “Tadi Safwan cakap kat An, Kak Adra suruh pergi kereta ambil lagi bunga telur yang berbaki dalam kereta. Bila Ann pergi kat kereta, takde pun Kak Adra. Ann jumpa ni...” Rehan menghulurkan nota yang dijumpainya di depan pagar dewan.

            “Alah, sebab nota ni aje kamu kata Adra kena culik?” Azhar Malik menyoal, wajahnya sedikit tegang.

            “Masalahnya Ann cuba call Kak Adra dari tadi tapi tak dapat-dapat.” Rehan cuba menjelaskan lagi. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan Adra Malaeka kakaknya itu diculik.

            “Abang Ngah, nota tu tadi Safwan yang bagi dekat Kak Adra.” Safwan mencelah. Semua yang ada di situ memandang ke arahnya.

            “Siapa bagi dengan Safwan?” Azhar Malik menyoal Safwan. 

            “Safwan tak kenal. Masa tu Safwan baru nak masuk dewan tadi, lelaki tu tanya Safwan kenal tak Adra Malaeka. Lepas Safwan kata kenal, dia suruh bagi nota tu.” Safwan menjelaskan takut-takut. 

            “Lepas tu Kak Adra pergi mana? Safwan tahu?” Azhar Malik menyoal lagi lebih lembut, melihatkan Safwan sudah agak ketakutan apabila terus menerus disoal.

            “Tak tahu. Kak Adra suruh Safwan panggil Abang Qaliff dengan Kak Rehan dekat dalam dewan.” Azhar Malik mengangguk dengan jawapan daripada Safwan. Puan Halimah sudah kelihatan lemah, terduduk di kerusi sambil dipeluk oleh Rehan.

            “Angah cuba call Adra lagi, mungkin dia ada kat mana-mana ni. Ann cari Qaliff, suruh datang sini cepat. Cik Melah, tolong bawak mak balik rumah ye.” Azhar Malik mengaturkan untuk semua, memberi arahan sebaiknya. 

            “Ngah... cari Adra.” Puan Halimah bersuara lemah. Walaupun belum tahu keadaan sebenar sama ada Adra benar-benar diculik, hati Puan Halimah sudah lemah tidak bertenaga. Fikiran Puan Halimah sudah terawang-awang dengan berbagai andaian yang dia sendiri takut untuk mengandaikannya.

Azhar Malik hanya mengangguk perlahan. Keadaan perlu dikawal dengan baik. Azhar Malik melangkah ke arah Anuar Malik dan isterinya. Ini majlis bermakna buat mereka, tidak boleh beri kejutan yang mengejutkan. Azhar Malik resah, di mana Adra Malaeka? Benarkah dia di culik?

++++++++++++

            Puan Halimah sudah teresak menangis. Rehan yang memujuknya juga sudah basah berendam air mata. Tubuh Puan Halimah di peluk erat. Cik Melah juga sudah hilang kata untuk memujuk. Sudah hampir 26 jam Adra Malaeka hilang tanpa berita. Benarkah Adra diculik?

            “Angah, ada apa-apa berita tak?” Qaliff menyoal, sebaik wajah Azhar Malik tersembul di pintu rumah. Azhar Malik mengeluh perlahan. Langkahnya dibuntuti Anuar Malik di belakang. 

            “Polis suruh bersabar. Mereka sudah mula mencari Adra. Sekarang kita doakan Adra dalam keadaan selamat.” Azhar Malik bersuara perlahan. Anuar Malik menepuk bahu Azhar Malik perlahan seolah-olah memberikan semangat.

            “Kami dah bagi gambar Adra. Sekarang kita tunggu laporan dari polis. Kejap lagi kita buat bacaan yasin dengan solat. Insyaallah semua akan baik-baik aje.” Anuar Malik menambah. Semua yang ada mengangguk kepala perlahan. 

            Baru semalam mereka bergembira menyambut orang baru dalam keluarga. Namun dalam sekelip mata dalam gembira, mereka dilanda berita tergempar dengan kehilangan Adra Malaeka. Setahu mereka, Adra Malaeka tidak mempunyai masalah dengan orang disekelilingnya apatah lagi musuh. Adra Malaeka seorang yang agak pendiam apabila berada dalam kumpulan orang yang kurang dikenalinya, tetapi seorang yang sangat ceria dalam keluarga dan rakan-rakan baiknya. 

            “Ann... ada Kak Adra beritahu kamu apa-apa sebelum ni?” Puan Halimah menyoal lemah sebaik selesai solat hajat yang diketuai oleh Anuar Malik.

            “Bagitau apa mak?” Rehan menyoal, kurang faham dengan persoalan yang diajukan oleh Puan Halimah. Adik beradik yang lain, mula mendekati Puan Halimah dan Rehan. Qaliff anak bongsu Puan Halimah, sudah memeluk tubuh ibunya yang lemah sejak semalam. Anuar Malik dan Azhar Malik hanya menunduk menekur lantai. Sesekali mereka mengeluh perlahan. Kak long yang baru diraikan semalam dalam majlis menyambut menantu, menghampiri bulatan keluarga itu.

            “Mana tahu, Adra ada berkawan dengan sesiapa ke...” Ujar Puan Halimah penuh tersirat.

            “Takde mak. Setahu An, Kak Adra memang takde sesiapa. InsyaAllah mak, kak Adra takkan malukan mak macam tu.” Rehan memujuk hati Puan Halimah, yang mulai mengandaikan yang buruk. Anuar Malik dan Azhar Malik mengangguk menyokong kata-kata Rehan.

            “Sekarang ni macam-macam kes keluar dalam tv dalam surat khabar. Siapa tahu, Allah mahu menguji kita melalui kak Adra.” Puan Halimah bersuara lagi. Cik Melah mula mencelah.

            “Memang kita sedang diuji. InsyaAllah, aku percaya Imah, Adra bukan macam tu. Dia anak yang baik.” Rehan mengangguk bersetuju. Rehan mengesot tubuhnya menghampiri Puan Halimah. Tubuh ibunya itu dipeluk erat. Anuar Malik dan Azhar Malik kemudian turut melakukan yang sama. Ujian ini mengukuhkan cinta mereka. Menyatukan kasih mereka. Dalam ikatan sayang itu, mereka berdoa agar kasih mereka yang satu itu, kembali ke pangkuan mereka berkongsi cinta bersama-sama seperti sebelum-sebelumnya. 
+++++
bersambung selepas 10 orang kata nak lagi :)
terima kasih kerana membaca ^^v

21 comments:

liza said...

nak lagi

Am_Mir said...

kak,nk lagI! =D

scorpiongirl ajaar said...

NK

scorpiongirl ajaar said...

NK LG.... PLZZZZZZ

Anonymous said...

nkkkkk..lgiiiii...hiiiii

Anonymous said...

Nak lg

Happy Mind said...

nak lagi...

Ain said...

ni cerita suspen awai2 dah...

okeh, sambung nak lagi...

Anonymous said...

nk lg....

Laila Mat said...

next entry please...

Anonymous said...

Nak lgi...

Eimma Esmail said...

nak lagggiii..

akubersamaCahya said...

part 2 dah update petang tadi lagi. :)

Anonymous said...

Nak part 3 lak...

baby mio said...

best....saya suka.

Anonymous said...

nak lagiiiiii..pissss..:)..saya selalu bc blog awk tpi untuk mengomen mmg jarang..^^so..keep it up..teruskan berkarya sebab believe it, mmg byk silent readers dekat blog ni..:)

tengku aisyah said...

Salam writer...sy bru jmpe blog ni..crite ni mmg best.teruskn mnulis.. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum...x da sambungan pengganti ka sis part 5..

alifah m said...

Ceritanya bagus

alifah m said...

Ceritanya bagus

alifah m said...

Ceritanya bagus