Saturday, December 31, 2011

terlantar. terbaring.

Alhamdulillah.
walaupun belum cukup sihat.
abc sudah mampu membuat kerja2 abc kembali. ;)

D5100- try and error ^^v


harini sudah masuk hari ke 3 abc demam.
moga sehat sebelum isnin, kalau tidak... kena buat blood test! hohoho

inilah nikmatnya sakit, kita lebih ingat pada DIA. kalau sihat? ingat. tapi... erm...
sakit ini menyedarkan abc daripada kelalaian. Alhamdulillah.

maaf. blog abc tinggalkan.

janji terpateri abc tinggalkan.

semua abc terpaksa tinggalkan. 

abc tak sempat dan tiada kudrat.
insyaAllah. abc akan konsistenkan cara kerja abc lepas ni. insyaAllah. ;)

doakan kesembuhan abc ye. SELASA 03 JAN 2012, abc sudah mula final exam untuk semester ni. (satu semester lagi...!!!)


p/s: bangun pagi dengan tekak perit. sangat tak best. =.="

Tuesday, December 27, 2011

sibuk lagi.

abc sibuk lagi. entah bila tak sibuk.
beberapa hari lagi sebelum final exam tapi kerja belum settle. Allah!
cukupkan masa bagi kami. amin.


doakan abc ye.

Monday, December 26, 2011

3 hari 2 malam - bercuti dengan famili

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.
selesai percutian yang dinanti2kan. ;)
percutian berhajat jugak kut. hajat ape? nanti-nantilah diceritakan.





mama dengan kaca mata baru. abc tak perasan mula-mula, mak lak tegur. hehehe ^^v

abc share gambar-gambar aje la eh. ;)



gambar yang di snap sebaik sahaja abc turun dari bilik ;)


ayer hitam. makan duluuuu




rambang mata mama i. hehehe
my adik2 also. semua yang ada nak dibeli. hohohoho


ini baru hari pertama pagi, tengah hari ;)

nak kongsi banyak gambar lagi. hehehe. so excited.
yelah, famili nak datang johor bukan senang. jauh tuuu
ni dah final year famili datang hehehe ;)

semoga perjalanan famili abc ke rumah selamat dan lancar. amin.

nanti2 abc share lagi pictures.




pictures taken by:  Nikon D5100


Saturday, December 24, 2011

kekasihku, barah otak peringkat akhir.

Alhamdulillah. masih berjaga.
ada misi yang belum selesai.

abc sekadar nak berkongsi kisah.
mungkin abc tak tahu sepenuhnya.
tapi nak kongsi rasa.

sepanjang menulis novel Janji Terpateri.
sukar sebenarnya nak mendalam jiwa Mustika.
seorang wanita muda yang kehilangan suami tatkala dia hamil.
sukar bukan.
abc belum berkahwin, belum juga hamil
bagaimana rasa itu mahu hadir???

inilah gunanya bacaan dan pengalaman orang lain.
orang kata, penulis suka berimaginasi.
ada masanya. mungkin masa yang jenaka2 atau yang romantika
tapi ada yang sebahagiannya melalui pengalaman dan bacaan.


sepetang menaiki bus untuk pulang ke kolej dari perpustakaan.
radio, tak tahu siaran apa (naik kereta kawan)
DJ tengah baca ucapan2 daripada pemanggil

ada satu mesej yang berbunyi.

"teman lelaki sedang koma di hospital, dia menghidap barah otak peringkat akhir"

kami yang mendengar hanya mampu mengucap panjang. tak pernah terlintas dalam minda.
bagaimana jika insan yang aku cinta sakit sebegitu???

bagaimana hari-hari yang bakal aku lalui?
erm....

teringat waktu zaman di matrik. selalu nak dapat 'bf' yang sakit.
masa tu terpengaruh cerita2 luar yang tayang kisah macam tu.
nampak sweet and sedih kononnya.
entah. mungkin waktu2 pra-matang. 


sekarang?
tak tahu nak komen macam mana.
tak sanggup nak berada dalam situasi sebegitu.

korang macam mana?


picture: favim.com

Friday, December 23, 2011

Jumaat keliwon.

abc men'download' cerita hantu.
memang seram =.="


ni tengah tengok Flat 3A. huhuhu
seram giler tengok dia gugurkan kandungan.
macam tak logik pun ada.. hohoho


lepas ni nak tengok citer antu siam... =.=" lagik serammmmmmmmm

30 hari bersama gambar - day 13

sudah hari ke 13.

esok hari yang menggembirakan bagi abc.
my mama will come here, Johor!
can't wait for them.=)

hari yang ke tiga belas.

Day 13


kerja gila. banyak kerja gila abc buat masa abc kat matrik. with whom?





rindu sangat nak jumpa diorang ;)
semua dengan haluan masing2. nak borak pun takat dalam FB. huhuhu


JANJI TERPATERI - BAB 4


BAB 4

                Perjalanan pulang ke rumah penuh dengan kesepian. Tiada lagi riak bahagia, atau rasa tidak sabar untuk tiba ke destinasi. Cukup berbeza dengan situasi sebelum ini, semua rasa ada, hati terlalu mahu bertemu dia, Mustika. 8 tahun berpisah tanpa berita langsung daripada Mustika, cukup membuat hidup Irham terseksa. Saban malam merenung gambar Mustika. Raut wajah Mustika tak pernah padam daripada hatinya. Irham mengakui, dia bersalah. Dia telah mengecewakan Mustika dahulu, tapi bukankah semuanya kehendak Mustika sendiri? Setelah 8 tahun mencari khabar daripada Mustika, kedatangan Shamsul Hadi hari itu benar-benar memberikan cahaya buat Irham. Tapi sayang, cahaya itu kian pudar. Mustika sudah menjadi milik orang! Masih terasa jantungnya tersentap kuat melihat Mustika yang berbadan dua. Allah, kuatkah aku menerima semua ini?

            “Kenapa tak di siasat dulu sebelum jauh kita pergi meminang?” Soal Puan Zahirah tiba-tiba, menyedarkan Irham yang tenggelam dalam arus perasaan kecewanya. Irham mengeluh lemah. Baru terfikir perkara yang sama. Biasalah, orang lama selalu cakap, ikut hati mati. Benar, sekarang dia sudah mati, mati akal.

            “Tak sangka jadi macam ni Mama.” Puan Zahirah menggeleng kepala, tak bentah melayani sikap anak sulungnya yang nampaknya belum cukup matang dalam kehidupan.

            “Lain kali siasat dulu. Ayah Chik bising jugak tadi, mujur dia tak marah lebih-lebih, kalau tak masak la kamu.” Ayah Chik merupakan saudara Irham yang memang tinggal di Kedah. Ayah Chik kononnya tadi mewakili pihak lelaki, tak tahu pula akan jadi macam ni. 

            “Tak masak dah mama, dah hangus.” Kata-kata itu mengundang ketawa Lisa di belakang. Irham hanya menjenggil matanya melalui cermin pandang belakang. Puan Zahirah turut ketawa bersama Lisa. 

            “Padan muka kamu. Erm…”

            “Is mintak maaf mama…” Irham tahu ibunya sedikit kecewa dan tebal muka dengan apa yang berlaku hari ini. 

            “Nak buat macam mana, hal dah jadi. Puan Salmah tu baik orangnya, takde lah mama malu sangat. Puan Salmah pulak yang beria-ria mintak maaf tadi.” Jelas Puan Zahirah. Hati anaknya perlu dijaga juga, takkan mahu ditambah tekanan dan kecewanya?

            “Abang, kira tak jadi ke ni, Kak Mustika jadi kakak Lisa?” Lisa mencelah. 

            “Tak la Lisa. Lisa pun tau kan apa yang jadi tadi.” Irham menjawab, garang. Kecewa dengan persoalan daripada Lisa. Memang sebolehnya dia mahu Mustika menjadi isterinya, tapi sekarang…

            “Ye tahu la. Tapi apa masalahnya? Abang kahwin aje la dengan kakak.” Irham mendengus kuat, Lisa seolah mencucuh api ke minyak petrol.

            “How? Lisa jangan mengarut lagi okay. Mana kakak nak letak suami dia, ayah baby dia tu?” Lisa mengerut dahi.

            “Hah… buat muka pulak.” Irham yang mengintai dari cermin belakang menegur Lisa yang membuat muka pelik. Takkan Lisa ni tak faham kut, getus hati Irham.

            “Abang yang mengarut,” ujar Lisa. Malas nak layan, Lisa nak tidur.” Lisa menjawab, dalam fikiran gadis kecil itu masih berpersoalan, bukankah perempuan yang kematian suami boleh berkahwin lagi? Akhirnya soalan itu tinggal soalan pabila dia sudah dibawa pergi oleh bahtera lenanya. Irham hanya menggeleng kecil. Payah nak bersoal jawab dengan adik kecilnya itu yang kini kian bijak dalam berkata-kata. Ada sahaja yang ingin disoal dan dijawabnya. Kadang kala hilang juga kesabaran dia dalam melayani Nuralisa.

            “Betul kata Lisa, kamu yang mengarut. Lain kali siasat habis-habisan. Erm…” Irham terpangu dek kata-kata ibunya. Siasat lagi? Apa lagi yang harus disiasat? Mustika sudah bahagia, biarkan dia. Aku harus memulakan hari yang baru. Mustika harusku biar pergi dari hati ini, tekad hatinya.

+++++++++

            Aku berdiri di jendela rumah. Angin malam ini terasa sungguh dingin, aku peluk tubuhku kejap. Perut yang kian membesar, memberikan aku semangat setiap hari, untuk aku buka mata dari lena. Inilah hadiah terakhir Amzar, suamiku. Jika dulu aku bangun pagi, aku takut untuk membuka mata, aku takut untuk menghadapi hari-hari tanpa Amzar. Takkan ada lagi bisikan cinta dari dia setiap pagi. Takkan ada lagi ciuman darinya setiap malam sebelum aku tidur. Takkan ada lagi waktu-waktu yang terhenti tatkala Amzar tersenyum penuh cinta dihadapanku. Takkan ada lagi segala detik indah bersama Amzar. Amzar telah pergi, kembali pada DIA yang memilikinya. Aku redha, dan aku bersyukur. Kami tahu waktu untuk kami berpisah, dan kami cuba jadikan waktu-waktu yang ada itu penuh dengan kenangan-kenangan yang membahagiakan. 

Cukup, hanya dengan menutur namanya, aku bisa tersenyum bahagia. Mohd Amzar, anugerah terindah untuk aku. “Mustika adalah hadiah terindah yang Allah berikan untuk abang. Abang sangat bersyukur. Kasih dan cinta Abang hanya untuk Mustika seorang” Masih terngiang-ngiang bicara Amzar tatkala nyawanya kian dipenghujung waktu.      

Mata aku pejam erat. Cuba menepis tangisan yang mahu terhambur, dan cuba mengukir senyuman bahagia. Amzar tenang di sana, dan aku telah berjanji dengan dia, aku takkan menangis lagi kerana sudah tiada dia untuk memberi bahu kepadaku, untukku lepaskan segala tangisan. 

“Jangan menangis Mustika.” Suara itu membuat aku tersedar daripada mainan perasaanku. Ibu berdiri disebelahku dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Tubuh ibu aku rangkul. Aku mahukan sedikit semangat. 

“Mustika rindukan Abang Amzar bu.” Ibu mengangguk, memahami gelodak hatiku.

“Amzar sudah tenang kat sana Mustika. Banyakkan berdoa dan sedekah al-fatihah buat dia.” Ibu memberikan nasihatnya. 

“Setiap kali solat ibu. Mustika sentiasa teringat waktu-waktu Mustika dan Abang Amzar solat berjemaah. Tenang rasanya. Sekarang pun sama, cuma kurangnya tiada imam. Tak salahkan ibu kita rindu dia.” Ibu menarik aku ke sofa. Kami duduk di situ, ibu menarik tanganku ke dalam genggamannya.

“Tak salah, tapi jangan terlalu ikut perasaan. Jangan seksa dia di sana dengan tangisan-tangisan kita. Ibu ingat lagi Amzar pesan dengan Mustika. Dia tak bagi Mustika menangis kan? Dia pesan, Mustika mesti jadi ibu terkuat kepada anaknya.” Aku tersenyum dan mengangguk. Amzar minta aku berjanji di depan keluargaku, dia takut aku mungkir janji aku kalau janji itu hanya dibuat depan dia sahaja. 

“InsyaAllah bu. Mustika ingat lagi.” Ibu menggenggam erat tanganku.

“Apa yang berlaku hari ini, anggap satu ujian. Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya. Bukan menyeksa, tapi melihat sejauh mana kita yakin dengan Dia. Ingat tu.” Ibu, sejak pemergian Amzar empat bulan lalu, banyak kata semangat yang ibu berikan kepadaku. Tak nak bagi aku lemah, tak nak bagi aku rebah. Ibu masih macam dulu, dengan nasihat ibu, buat aku terkenang arwah abah. Abah, abang, Mustika rindu!

“Lusa ni jadi pergi KL?” soal ibu.

“InsyaAllah.. Angah kata lusa dia nak balik dah, so Mustika ingat nak ikut angah aje.”

“Baguslah, ibu pun tak risau Mustika nak jalan jauh.” Ujar ibu dan menarik aku ke dalam pelukannya. Siapa boleh menandingi kasih ibu kepada anaknya? Aku kini kian memahami erti kasih ibu dan naluri keibuan kian tertanam dalam hatiku, gerakan bayi dalam rahim membuat aku bahagia dan tidak sabar menanti kehadirannya. 

+++++++++



            Pintu pejabat ditolak lemah. Beberapa hari ini, Irham seakan hilang semangat. Sejak pertemuannya dengan Mustika beberapa hari lalu, mengubah cuaca hari-hari Irham. Entah kenapa, dia rasa tidak senang. Bagai ada sahaja tidak kena. Perlahan-lahan mata dipejam rapat, mencari semangatnya kembali. Baru beberapa saat memejam mata, pintu pejabatnya dikuak dengan kasar dari luar.

            “Hoi cik abang… diam-diam hang noh…” Shamsul Hadi terus sahaja menerjah tanpa salam.

            “Assalamualaikum Encik Shamsul Hadi.” Ujar Irham dengan nada menyindir. Shamsul Hadi hanya tersengih dan tergaru-garu janggutnya yang nipis itu.

            “Waalaikummussalam. Amboi macam tak suka aku datang sini je.” Shamsul Hadi menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Irham Syakir.

            “Aku penat sikit la.” Shamsul Hadi berkerut kening. Bukannya patut bahagia? Bisik hati Shamsul Hadi.

            “I thought you are happy right now?”

            “Happy? Why?” Irham menyoal kembali dengan mata masih terpejam dan tubuh tersandar ke kerusi.

            “Yelah, kau pergi meminang Mustika kan?” Irham terus sahaja membuka mata setelah nama itu disebut. Dia mengeluh berat.

            “Kenapa ni? Mustika tolak?” Shamsul Hadi meneka sendiri setelah melihat wajah Irham yang mencuka.

            “Tak tolak, tak terima.”

            “Then?”

            “Tak boleh la, she’s already married. Dah pregnant pulak tu!” Shamsul Hadi menjungkit kening.

            “Tunggu dia bersalin aje lah, so apa masalah?” Irham bangun dari kerusi dan melangkah ke tingkap pejabat. Kereta kian sesak di jalan raya, sama sesak dan semak seperti hatinya sekarang.

            “Gila ke apa kau ni, fikir dulu sebelum cakap!” Ujar Irham tegas. Shamsul mendekati Irham dan menepuk kuat bahu Irham sehingga tergerak sedikit tubuh Irham.

            “Aku dah fikir, sebab aku dah fikirlah aku datang minggu lepas, bagitau dekat kau pasal Mustika. Kalau tak fikir, ada mau aku nak bagitau?” Irham mengalih tubuh memandang Shamsul Hadi dengan pandangan menikam.

            “Bagitau, tapi tak cerita habis!” Marah Irham. Shamsul Hadi ketawa sinis.

            “Macam mana aku nak cerita habis, kalau dah kau terus laju balik rumah bila aku bagi alamat Mustika?” Irham kembali memandang keluar tingkap. Ya, memang dia sangat teruja apabila Shamsul Hadi menghulurkan alamat Mustika kepada minggu lepas, terus sahaja dia pulang ke rumah untuk menguruskan hal peminangan. Salah dia sendiri. Irham mengeluh berat.

            “Entah kenapa la aku over excited bila dengar pasal dia minggu lepas, lepas tu kau bagi pulak alamat dia, lagi la aku teruja. Aku dah lama cari dia. Lama sangat.” Shamsul Hadi menepuk bahu Irham memberi semangat kepada dia.

            “Kau tak dapat nak terima dia?”

            “Macam mana aku nak terima dia, dia milik orang Sham.” Lirih sahaja suara Irham.

            “Kalau dia janda kau boleh terima?” Irham memandang Shamsul.

            “Apa kau mengarut ni? Aku tak sejahat tu, aku redha. Aku nampak Mustika sekarang sangat bahagia.” Shamsul ketawa lagi.

            “Kau ni kenapa asyik gelak aje?” Marah Irham. Rimas dengan ketawa sinis Shamsul Hadi.

            “Nak kata kau ni bodoh or dungu, tak boleh. Engineer tu… tapi… entah la.” Shamsul ketawa lagi. Irham menolak tangan Shamsul yang masih dibahunya, tanda protes.

            “Sudah hampir 4 bulan Mustika kehilangan suami dia Irham. Kehilangan yang dia sendiri tahu dia akan hadapi.” Irham terpana. 

            “Hari tu aku nak cerita, tapi kau laju sangat. Terus aje blah…” 

            “Kau biar betul.” Shamsul Hadi hanya mengangguk dengan muka yang serius. Kisah Mustika bukan sesuatu yang bisa membuat orang tersenyum. Hanya Mustika, hanya dia yang tersenyum dengan kisahnya. Kehilangan Amzar yang sememangnya dia sudah jangka. Pemergian Amzar tanpa ada setitis pun air mata. Pemergian Amzar tatkala kandungan berusia 2 bulan. Anak penguat Mustika, penguat Mustika untuk terus menghadapi hari-hari tanpa suaminya yang tercinta.

Jumaat.

bukak google dan tersenyum.

pretty + cute + colorful


betulkan? hehehe... menaikkan mood untuk berehat dengan internet (selalu rehat dengan katil ^^v)

Thursday, December 22, 2011

30 hari bersama gambar–day 09, 10, 11 and 12.

 

abc dah lama stop. and sekarang abc kumpul 4 hari yang tertinggal. so, entri bergambar!

gambar cantik

 

day 09: abc nak dunia melihat abc sebagai diri abc sendiri. abc seorang yang suka menyendiri. tak suka tempat yang bingit, walaupun kadang2 abc suka gelak besar. ^^v

just i am

 

day 10 : berubah. ya. abc sekarang dalam proses berubah. saat itu buat abc menyesal seumur hidup. seriously, even this picture make me hurt and pain.

aku insaf

gambar kadang2 menipu. nampak ketawa, hati yang menangis tak pernah diendahkan. Allahuakbar.

day 11: ramai kawan. dalam setiap stage kehidupan abc, ramai kawan baik. tapi… entahlah… I choose to be alone. mungkin…

all alone

day 12 : gelak. terlalu banyak gambar yang bila abc tengok memang akan gelak besar. ini salah satunya, waktu sukaneka yang sesaja dibuat sebelum exam Winking smile

kami suka-gelak

 

siap untuk empat hari. Hot smile

hebat tak? erm… lama tak guna WLW ni. hehehe

so… abc nak rest kan kepala hotak ni kejap, sebelum menjengah Irham dan Mustika.

 

with love…. abc Red rose

selesai. mari bergumbira!

Alhamdulillah.
test-test-test
abc dapat buat dengan baik.
^^v

syukur.
terima kaseh kepada yang mendoakan abc.
Alhamdulillah.

sekarang boleh fokus sikit dekat novel dan cerpen. ;)


gambar ni snap dengan eos D6** abc lupa sebab bukan abc punya. hohoho
D5100 akan datang ;) yeah!

Tuesday, December 20, 2011

test/quiz/exam?

Assalamualaikum.

sori girls/boys and everyone. ^^v

sori, i will not update my blog for a few days. (mungkin la.)
because, i will have my test/quiz and so what ever.
very tough one!!!

I already half-finished my novel "JANJI TERPATERI"
insyaAllah.
after my test, (malam =,=") i will post it here. yeah!

miss my blog. ;(

snap with eos d6*** (taktahu hehehe)

doa kan abc!

Sunday, December 18, 2011

JANJI TERPATERI - BAB 3







BAB 3

Aku menghayun kuat raket di tangan, bola terus melantun laju ke sebelah kiri, baru hendak berlari ke arah kiri, bola sudahpun dipukul. Aku tergamam seketika. Apa dia buat kat sini? Aku pusing tubuh ke belakang mencari Misha. Kelihatan Misha dalam wajah yang takut-takut dan Mizan asyik tersenyum sama juga dengan mamat kambing sebelah aku ni. Bola aku biarkan sahaja tidak disambut, mamat kambing sudah berubah wajah. Dari tersenyum, kini tiada riak.

“Tak sudi nak bermain dengan saya?” Irham bersuara. Aku hanya mengeluh kecil dan mengelap peluh di dahi dengan belakang tangan. Malas melayan dia, aku terus melangkah keluar.

“Mustika…” Irham memanggil. Aku berhenti dari terus melangkah keluar dari gelanggang. 

“Saya tak tahu apa salah saya yang buat awak seolah-olah membenci saya. Apa yang saya dah buat?” Aku menarik nafas perlahan. 

“Soalan tu tak sesuai.” Masuk kali ini, baru kali kedua aku bertemu dengan dia. Macam mana dia boleh kata aku benci dia.

“Tak sesuai?”

“Saya tak kenal awak. “ Aku terus sahaja melangkah keluar dari gelanggang. Entah apa yang dimahukan Irham dari aku. Aku tak faham!

“Aku balik dulu Misha.” Ujarku setelah barang-barangku, aku ambil. Misha tidak sempat berkata-kata atau mungkin juga dia takut untuk cakap apa-apa. Aku terus melangkah keluar dari situ. Langkah aku atur cepat, aku sedar Irham sedang mengejar. Ada-ada saja dia tu.

“Mustika, kejap.” Laung Irham. Aku tetap melangkah laju. Biarkan dia memanggil. Malas. Malas nak melayan.

“Mustika kejap!.” Hampir sahaja aku melanggar dia yang berlari dan berhenti tepat di depanku. Jarak antara kami yang terlalu hampir aku jarakkan. Terkejut! Riak wajah Irham agak berlainan. Serius.

“Saya nak cakap kejap aje, boleh? Five minute will be enough.” Ujar Irham begitu serius. Aku mendengus kasar. Jawab tidak, lari pun tidak.

“Saya mintak maaf kalau buat awak tak senang, tapi saya nak kenal dengan awak Mustika.” Aku menggeleng kepala mendengar pengakuan Irham. Ketawa sinis aku berikan sebagai balasan jawapan.

“Saya serius.” Ujar Irham lagi.

“Maaf. Saya tak berminat.” Aku cuba melangkah pergi dari situ, tapi Irham masih menghalang.

“Apa lagi?!” Ujarku sedikit keras, bagi menandakan aku tidak suka.

“Belum cukup 5 minit lagi.” Irham cuba bergurau. Aku hanya mengeluh berat.

“Saya tak masa nak dengar awak mengarut lagi.” 

“Mengarut?” Irham ketawa kecil, ada nada kecewa di situ. Aku pandang wajahnya, namun tak lama. Takut memandang lama-lama. Takut nanti… ah! Mengarut.

“Saya nak balik bilik. Assalamualaikum.” Cepat-cepat aku berlari dari situ. Bila aku rasa, Irham tak lagi mengejar, aku mula berjalan seperti biasa. Nafas aku atur perlahan. Letih. Letih dengan macam-macam hal. Dari hal Maya, kini datang si mamat kambing pulak. Dalam langkah yang aku atur, tiba-tiba tubuh itu membuat aku berdiri tak bergerak. Kaku seketika. Wajahnya yang serius membuat aku jadi serba salah. 

“Maya, kau buat apa kat sini?” Soalku kepada Maya yang tercegat di tepi padang dengan baju kurung yang tidak bertukar dan buku-bukunya. Maya memandangku tidak berkedip. Wajahnya tampak seperti orang yang sedang marah. Maya terus melangkah pergi tanpa menjawab apa-apa.

“Maya…” aku menyaingi langkah Maya dan menyekat jalannya. Maya mendengus kasar. Matanya menjeling tajam melihatku.

“Cuba cakap dengan aku apa salah aku sebenarnya?” Aku mula menyoal Maya. Biarlah apa pun yang berlaku, aku hanya mahu tahu. Maya ketawa sinis, membuat hatiku terasa pedih.

“What else to say?” Maya cuba melangkah pergi. Kenapa dia mesti bersikap macam ni? Aku cuba menghalangi langkahnya, namun ditepis, dan ‘mungkin’ tanpa dia sengaja, dia tertolak aku hingga terjatuh.

“MAYA!!” jerit satu suara. Maya dan aku berpaling kepada suara tersebut. Irham?

“Saya…” Maya tergagap-gagap pabila dijerkah sebegitu. Wajah Irham kelihatan bengis sekali, tangannya digenggam seolah menahan marah.

“Aku dah jelas semua dekat kau, tak faham lagi?” Irham memarahi Maya, aku hanya memerhati. Aku tak faham sebenarnya, kalau diikutkan cerita Maya dulu, Irham tak kenal dia. Sekarang ni macam kenal rapat aje. Tak faham betul!

“Kenapa dia? Kenapa mesti dia?!” Maya menjerit melawan kemarahan Irham kepadanya. Aku begitu terkejut dengan reaksi Maya yang tiba-tiba menggila. Aku bangun dari jatuhan tadi. Tanganku yang terkena tar jalan mengalami luka-luka kecil. Maya yang sudah berlinang air mata dengan wajah yang penuh amarah, dia melangkah pergi dan melanggar kuat aku yang baru cuba untuk bangun. Sekali lagi, aku terjatuh!

“Mustika…” Kelam kabut Irham menghampiri aku dan cuba untuk menahan aku dari terjatuh. Tak sempat, aku terus terduduk sekali lagi. Aku hanya mampu mengaduh kecil. Kenapa sampai macam ini sekali? Apa sebenarnya yang terjadi? Allah, permudahkanlah. Irham beriak risau bercampur marah. Mungkin marahnya pada Maya belum reda. Tapi kenapa? 

“Jangan!” Tegas aku pabila Irham cuba memegang tanganku ketika aku bangun dari kejatuhan. Irham mengangkat tangannya tinggi ke atas dan meminta maaf. 

“Drastic reflect. Sorry.” Aku bangun dan menepuk seluarku yang kotor berpasir. Irham masih berdiri dan memerhati. Aku pandang Irham sekilas.

“Tunggu apa lagi?” Soalku.

“Tunggu awaklah.” Aku mencebik. Meluat pulak tengok muka mamat kambing yang asyik tersengih. Tadi bukan main garang, getus hatiku.

“Saya mintak diri.” Terus sahaja aku melangkah pergi. Irham hanya memerhati, tidak menghalang dan tidak berkata apa-apa. Setelah jauh aku kembali berpaling memandang Irham, dia masih berdiri tegak di tepi padang. Berdiri dan meraup wajahnya. Tiada senyuman namun penuh riak kerisauan dan kecewa. Tapi kenapa? Kenapa beria nak berkenalan dengan aku? Siapa dia? Dan kenapa dia dan Maya seperti musuh? Bukan ke Maya peminat setia Irham Syakir? Berfikir seberapa ketika, dan aku mula melangkah. Melangkah mendekati dia yang kini sudah mengambil tempat di kerusi batu tepi padang itu.

            “Awak kenal Maya” Aku menyoal Irham yang tika itu sedang mengikat tali kasut sukannya. Tak sangka, aku memeranjatkan dia.

            “Astagfirullah.” Irham beristighfar, sambil mengurut dada. 

           “Maaf-maaf… lupa bagi salam, Assalamualaikum.” Aku tak sengaja, mana nak tahu dia nak terkejut. Irham hanya mengangguk-angguk. Lemah semangat betul mamat kambing ni, hatiku mengutuk.

            “Mujur saya ni masih muda dan sihat. Belum ada lemah jantung. Fuh, semangat!” Irham seolah-olah berseloroh. Aku nak gelak tapi, ehem… jual mahal sikit.

            “Awak tak jawab soalan saya lagi.” Aku tak mahu melayan Irham ni lama-lama. Dari segi gaya, dia ni otak macam ‘ting-tong’. Nanti tak pasal asyik aku terkena dengan dia. Jadi lebih baik aku buat-buat serius.

            “Apa ye awak tanya tadi?” Irham kembali menyoal. Aku mengeluh perlahan, melangkah menghampiri dia, dan melabuhkan punggung ke bangku batu bertentangan. Boleh selesai ke semua persoalan? Tapi Irham seakan mengetahui segala-galanya dan seakan ia berkaitan dengan dirinya. Tapi aku? Disabitkan kesalahan tanpa tahu jenayah apa yang telah aku lakukan. Allah, Ujian!

++++++

            “Apa yang awak nak lagi?” Irham kelihatan sungguh keliru. Wajahnya agak pucat dan kelihatan riak tidak mengerti, binggung dan buntu. Aku memeluk tubuh. Keluarganya masih di dalam rumah, ada juga yang sudah pulang dahulu. Yang tinggal, hanya Ibu dan adik perempuannya.

            “Saya datang menuntut janji!” Irham bersuara tegas dan penuh amarah. Untuk apa marahnya itu? Untuk apa? Cerita zaman remaja, kenapa harus percaya sampai setia untuk 8 tahun lamanya?

            “Janji? Janji apa? Cerita lama. Saya sendiri dah lupakan awak!” aku menjawab dengan bersahaja. Aku tahu jawapan itu bisa mengundangkan kemarahannya lebih lagi. Tapi apa yang mampu aku soalkan? Aku sendiri sudah tidak ingat janji apa yang dia maksudkan sedari tadi.

            “Janji untuk kita bernikah. Janji untuk menyatukan cinta kita secara halal. Awak dah lupa?” irham meraup wajahnya lagi, dan terus sahaja memandang aku yang masih berdiri di tepi pokok mempelam itu.

            “Pernah wujud ke janji tu? Kalau pernah, masakan saya lupa, atau janji itu hanya mainan mulut awak?” Irham mendengus kasar.

            “You are the one who made that promise Mustika!” 

            “Kalau saya buat, kenapa saya lupa?!”

            “Sebab awak dari dulu tak pernah percaya pada saya.” Aku mengukir senyuman sinis di bibir. Aku kalih tubuhku menghadap dia.

            “Percaya? Well Mr. Irham Syakir. Saya percaya. Percaya yang awak ni memang lelaki tak guna!”. Jerkahku. Tak menunggu lama. Aku terus melangkah masuk ke rumah. Irham aku biar dengan wajahnya terkejut. Ya aku lupa siapa dia pada awalnya. Aku lupa kerana aku perlu melupakan. Jika tidak, Amzar tidak akan berjaya menakluki hati ini dan terus memadamkan memori-memori luka yang ditoreh insan sekejam Irham Syakir!

            Siapa mahu percaya pada kekasih, andai kekasih itu dilihatnya sendiri bermesraan dengan gadis lain. Percaya yang ada, juga boleh hilang sekelip mata, dengan hanya satu kecurangan. Percaya juga boleh hilang, andai setiap malam, air mata membasuh ia sebersih-bersihnya. Janji dalam sebuah cinta. Ikhlas atau sekadar pura-pura, pemanis mulut tatkala dilamun cinta? 

            “Mustika…” Panggil ibu sebaik aku melangkah ke dalam rumah. Ibu menggamit aku supaya mendekati dia dan Ibu serta adik perempuan Irham. aku mengawal riak emosi marah dan sedih aku tadi, dan mula menghampiri mereka. 

            “Sudah bincang elok-elok?” Ibu mula menyoal. Ibu Irham memerhatikanku dengan wajah yang tenang.

            “Belum ibu. Mustika mintak maaf. Mustika tak boleh. Berbincang dengan dia macam menoreh luka lama. Mustika tak boleh.” Aku menjawab dengan air mata yang mulai berlinang di pipi.

            “Mustika, ibu mengandung ni tak boleh stress tau. Sudahlah. insyaAllah semua akan selesai dengan baik.” Ibu Irham menghampiri dan menggosok belakangku memberikan semangat. Aku ingat Ibu dia akan marah sakan sebab, peminangan mereka kepada seorang wanita mengandung, kelihatan agak memalukan. Ialah, seolah macam tertipu dan dimainkan.

            “Kak Salmah, saya mintak maaflah ye. Irham memang macam tu, garang tak bertempat.” Ibu hanya mengangguk-angguk dengan senyuman, tanda tidak kisah.

            “Mama, akak ni akan jadik akak ipar Lisa kan?” Adik perempuan Irham mula bersuara. Ibu berpandangan dengan aku kemudian saling berpandangan dengan Ibu Irham. Kami semua senyap seketika.

            “Tak, Ma, jum kita balik.” Irham yang tiba-tiba muncul di situ dengan wajah bengis, memecah keheningan yang terbina sebentar tadi. Lisa mencerut dengan jawapan Irham.

            “Irham…”Ibu Irham bersuara, lembut tapi tegas. Pandangan wajah ibunya juga menandakan dia sedang memberikan amaran.

            “Kak Salmah, saya mintak diri dulu ye. Nak balik jauh pulak ni.” Puan Zahirah meminta diri. Ibu mengangguk.

            “Nak balik Selangor terus la ni?” Ibu bersoal. 

            “Macam tu gayanya. Irham, lusa dah kerja.” Ibu hanya mengangguk dengan jawapan yang diberikan. Aku menyalami Ibu Irham dan adiknya. Lisa, comel, manis bertudung. 

            “Akak, Lisa nak facebook akak boleh?” Lisa yang menarik aku ke belakang sedikit daripada mereka semua, mula berbisik. Aku mengerutkan dahi, tiba-tiba?

            “Kenapa?”

            “Nak add la. Boleh ye kak?” Ujar Lisa sambil memberi telefonnya untuk aku menulis emel facebookku. Aku ambil dan mula mencatat alamat emel.

            “Nama akak dalam facebook, CahayaAmzar.” Lisa tersenyum dan mengangguk-angguk. 

            “Terima kasih akak, nanti boleh kita chatting.” Aku hanya tersenyum dengan tingkahnya.

            “Awalnya ada facebook. Umur berapa ni?” Lisa yang sedang asyik dengan telefonnya, memandang aku dengan sengihan. Ah! Dah serupa dengan Irham a.k.a Mamat Kambing.

            “Dah 11 tahun dah, abang bagi. Dulu dia kata Lisa umur 11 tahun baru boleh. Sebab tu Lisa baru dapat telefon ni.” Lisa menayang telefonnya di mataku. Aku mencubit pipinya yang gebu itu. Irham Syakir, bijak mendidik adiknya. 

            “Lisa, jom.” Puan Zahirah menjerit memanggil Nuralisa. Lisa terus sahaja menarikku, memelukku, dan mencium pipiku.

            “Lisa suka dengan akak, Lisa doa akak akan jadik kakak Lisa satu hari nanti.” Lisa berbisik lagi dan kemudian terus berlari memasuki kereta. Dari dalam kereta, dia melambai-lambai dengan senyuman yang tak lekang. Aduhai, beratnya doa dia. Andai benar, andai Allah makbulkan, bagaimana? Mampukah aku menerima kembali dia, bukan sebagai luka namun penawar jiwa yang lara, mampukah?