Monday, October 31, 2011

monday blues....



no words.
happy and stress in one. =.='









note: Mr.Google lend me his pictures. ^^

Saturday, October 29, 2011

I met Shaheizy Sam!!


sangat excited sampai update tengah malam!
while in the library.. rumate abc a.k.a kak ina bagi satu berita hot! Sam on the ke JB and will be at Angsana at 8pm...

terus mesej kak liza a.k.a akak keta viva JME hohoho, and she said that she's busy.
kami pun lupakan hasrat nak pegi face to face dengan Sam.
bila dah kat bilik, around 7.45pm, kak liza datang and said, akak dah siap semua keja!
OMG, kita boleh pegi angsana jumpa sam! hahahha



mula-mula kami pergi pameran buku.
grabbed 2 new novel, siti nur dhuha punya!
next entri abc boh ye novel apa..

kami terus ke stage bila dah siap bayar.. cari pintu nak ke stage pun tak jumpa
nampak sangat jarang gila pi Angsana =.="

tercongok depan stage berharap ada Sam.. tapi... takde.. ada Anje dia dalam bini-biniku gangster!
YANA SHAMSUDIN

Yana nampak kurus aje.. but dia memang comel!

ramai lagi artis lain and pengarah2 malaysia.
Datuk Yusof Haslam memang hensem kan..
anak dia in real mesti hensem macam dia kan3 ^^v


 adik Mia pun ada <3
 kila feri punya heel sangat seksi! stiletto hitam ^^

sam yang hensem! hohoho er yang baju melayu biru tu sapa eh?

+++

ada farah wahida. tapi tak amek gambar, sebab kami dah dahaga sangat sebab gelak banyak
ada artis yang kami tak kenal.. huhuhu

hantu mak limah pun segak malam nih..^^

enjoy sekejap selepas sehari stress pikir PSM =.="


p/s: abc and kak liza tersenyum aje lepas dapat tengok the real Sam.. hehehe

Friday, October 28, 2011

copy-cat! nasihat untuk newbie!

salam petang yang barakah.

hilang nyawa sekejap. bila terbaca email yang dikirimkan. aish.. tak sangka "bodo" abc dulu. membuat sesuatu sesuka hati.. aish.. ni lah akibat tak dengar nasihat mr.Ben! (masa tu tak reti lagi berblog, mr.ben pun abc tak kenal =.=")

email daripada blogger.com, abc ada satu entri yang copy dari satu laman web, and terus post dalam blog abc. mujur2.. kalau terus kena terminate blog macam ne? aiyakk.. nak sampai tahap lemas-lemas hidung ni pun payah!

fuhh.. mujur-mujur! lepas ni beringat. apa pun kita copy, mesti letak dari mana kita ambil. (abc selalu post gambar and tak letakpun dari mana abc dapatkan.. =.=') serik kut!






klik untuk pembesaran!

aish.. bukan mudah dalam nak jadik blogger. banyak kena jaga. hohoho.. bukan syok sendiri aje tau.


p/s: jangan buat macam abc nih. lemah jantung baca! hohoho

spontaneous friday!





shhhh! silent please.

currently at the library (PSZ UTM Skudai)

Saturday, October 22, 2011

Friday, October 21, 2011

wonderful friday!

ate this 'jajan' till sakit perot, but after all it was 'heaven'!

kept reading novels.. make me such in 'fairy-tale!"




hoping your Friday as wonderful as mine!

saranghaeo ^^

spontaneous Thursday!


Tuesday, October 18, 2011

abc tak cukup gadis?

menulis dengan rasa agak sebal.

kegadisan? owh! bukan maksud abc perawan. =.=' of cos la abc anak dara sunti lagik.
ni semua al kisah KEAYUAN, KEWANITAAN, KELEMBUTAN.

masa tengok gambar nih, pe gadis-gadis akan kata eh?

" wah.. sedapnya.."

"erm.. rasa nak gigit-gigit aje lappy nih!"

tapi abc akan kata:

" euw.. tak lalu ah!"

teringat lagi masa pesta PC + chocolate last sem.
semua gadis-gadis + isteri orang, semua berebut nak pegi DSI (dewan sultan iskandar)
sebab nak makan chocolate and nak beli strawberi choc!

abc?

pegi dengar bual bicara dengan penulis buku, UTM Press nye kut.
=.='

abc tak suka chocolate.


penah abc kena sound dengan adik lelaki abc; abc tak ayu! tak romantik. orang makan coklat slow2, tapi abc =.=' nak nikmat ke kalau memang tak suka coklat?

oh.. I'm really not that kind of girl! OTOKE (what to do)???


semua terliur dengan kek-kek coklat, plus Secret Recipe punya, abc? no feeling at all.


p/s: kalau tak suka benda2 di atas memang tak cukup gadis eh? =.='

Friday, October 14, 2011

mental workLoad!

over load dah otak ni. sampai jam!

Allahuakbar.

entahlah, dalam gembira, ada pulak sedihnya. mungkin Allah taknak abc terus bersuka ria, lupa pada ibadah kepada DIA. Allahuakbar!

terlalu banyak berfikir harini, entahlah, kenapa kawan2 tahun akhir ni dah banyak pentingkan diri? sebab sudah tercucuk ubat 'senior' ke?

bukan ke sepatutnya, diakhir tahun pengajian ni, lebih banyak bunga yang patut kita mekarkan daripada duri yang tercucuk ditangan?

siapalah kita nak tentukan.. abc sendiri banyak kekurangan. mungkin sudah begitu cara mereka. ;)

seronok tengok keletah orang. kadang yang buruk itu mematangkan. usia bukan lagi ukuran tapi pengalaman. erm.. semester nih, yang dulu malas belajar, sekarang berebut nak grad dengan 1st class.. Alhamdulillah. inilah yang patut diamalkan dari sem 1 dulu lagi ;) abc tercabar! sangat tercabar! hehehe

abc sudah ada topik untuk abc kaji. lepas atau tidak, nanti kita lihat. moga Allah permudahkan. amin.




Wednesday, October 12, 2011

me myself and I

salam malam penuh barakah.

bulan waktu malam, 2 3 hari ni sangat mengujakan.. teringat kisah " kita kongsi bulan yang sama". rindu pada si dia. masih ingat ke dia pada abc? erm..

manusia itu punya hati
sangat dipinginkan hadir.
hati dia penuh pada kita
pada saat ketemu penawar lain.
hati dia terus berpaling

manusia itu punya mata
tatkala dia buta
kita lah segalanya
saat mata yang pejam celik berjaga
kita laksana aksara, bisa padam dengan semudahnya.

;) mengarut sikit. lama tak berkarya, ^^v

abc banyak benda nak kena settle by this November. hohoho
i really hope that i can make it.

abc rindu kalian. rindu pada jejak2 rakan blogger. aduh! bilalah abc nak kembali aktif berblog??? erm.. masa itu ada, cuma abc suka membuang dengan sia-sia. ;(

p/s: doakan abc ya?

Tuesday, October 11, 2011

Love Is Forever akan diterbitkan?

salam tengahari yang barakah,

sedari membaca emel dari pihak penulisan2u semalam, abc tak lekang dari senyuman. biarpun ianya hanya belum pasti tapi ia cukup menggembirakan hati seorang penulis amatur macam abc ;)

walaubagaimanapun, abc masih menunggu jawapan kedua daripada pihak penulisan2u. sebabnya, novel LIF dah pun habes, either dalam blog or dekat penulisan2u. ;) masih valid kah?

jadinya, kita tunggu jawapan daripada pihak berkenaan.

tak kisahlah tak boleh terbit dah ke, abc tetap happy (happy for mySelf), novel itu dilamar untuk diterbitkan. huhuhu.. terharu!

oleh sebab itu, abc tak boleh nak publish 2 episod istimewa LIF yang sedang abc siapkan.. (ada halangan untuk sesuatu yang baek kan?)

bukan abc mahu wang untuk novel yang terjual tapi, abc hanya mahu hasil penulisan abc dibukukan, ia macam dihargai dan disayangi oleh semua orang. perasaan tu susah nak digambarkan. hehehe KEPUASAN, it is something like that. ;)

abc pun tengah semangat untuk menulis NOVEL SAINS FIKSYEN anjuran UTM. idea and ilham tu dah penuh dekat sisi otak kecil abc nih, bila nak dihaluskan ke huruf-huruf pun taktahu lagi, lappy (microsoft word) buat hal! ;(

p/s: doakan yang terbaek buat abc ye!

Monday, October 10, 2011

currently at N30

salam tengahari!

abc dekat N30, bangunan tertinggi dekta UTM, i guess.. hehehe

menunggu kawan-kawan and Dr.Amir untuk perbincangan projek akhir.. =.='
masih keliru dengan topik yang nak dijadikan kajian.

abc mintak maaf, abc dah seminggu tak online, apatah lagi BW. sori ye kawan-kawan.

tott and ottie makin nakal. dah besar sikit! =)

p/s: see u next time.

Friday, October 7, 2011

currently at library.

assalamualaikum.

abc sekarang dekat library. seems like abc terajin and tersemangat untuk fokus dengan 'final year projek'. still in searching a good topic.. and i'm quite berminat nak mendalami ilmu psikolgi.. aish.. macam jauh dari course aje? tak jugak.. i am teacher to be..

abc quite busy lately. menulis langsung tidak. =.='

maaf. but right now, abc sedang cuba menghabiskan ayat-ayat terakhir. kisah haikal dan zulaikha masih lagi tergantung. =.='

abc terasa macam dibayangi kisah dongeng ciptaan abc sendiri. ah! nanti abc ceritakan. buku dah bertingkat nak dibuka ni, sampai sini dulu

rindu korang bloggers semua. <3

Tuesday, October 4, 2011

adik dah sehat!

Alhamdulillah.
syukur pada Allah.
adik dah boleh keluar wad. Alhamdulillah.

now i can focus on my quiz and what so ever. =.='

kenapa semester ni awal-awal dah stressssssss????

Sunday, October 2, 2011

doakan adik abc cepat sembuh.

Assalamualaikum.

hujung minggu yang penuh dugaan. dugaan kakak diperantauan.

sepetang khamis lalu, abc masih lagi dihambat gembira dengan khabaran keluarga di kedah dalam keadaan baik-baik sahaja. namun siapa tahu takdir Allah.

seawal pagi jumaat, Along call dan memberi kejutan. Adik dimasukkan ke wad. abc kurang jelas tentang sakitnya pada mula namun tahu pasti teruk keadaannya. apa yang boleh kakak yang jauh ini lakukan, hanyalah solat hajat dua rakaat, supaya Allah berikan kesembuhan kepada adik tersayang.

hari ini abc gembira dan berdebar menunggu khabar adik boleh keluar dari wad. namun Allah jua tahu apa rancanganNya. Adik demam, dan terus ditahan, result ujian belum lagi Dr. khabar. mungkin ini kelemahan hospital walaupun canggih peralatan dan mewah tempatnya. mungkin adik patut ke hospital swasta walaupun agak mahal? Allahuakbar.

menurut cerita mama, seawal jam 5.30 pagi hari jumaat, mama seperti biasa bangun untuk ke surau untuk solat sujud sajadah. namun bunyi bising seperti cakaran membantutkan mama untuk terus mandi. bila mama keluar dan periksa bukan kucing atau apa-apa. bunyi dengusan kuat mama dengar, mama periksa adik. Allah! hanya Allah yang tahu perasaan mama sewaktu melihat adik ketika itu. mata putih kelihatan, tangan kaki nya seperti tertarik. mama mula panik, adik mahu kancing gigi, namun mama pantas merawat adik semampunya, buih putih mula keluar. adik ada sawan?

menurut ateh, keadaan adik pagi itu membuat mama terfikir mungkin masa adik telah tiba, keadaan adik teruk dan lembik. walaupun adik sihat tapi bibirnya biru. badannya kian kurus dari biasa. adik memang kurus tapi makin kurus.

kakak ini masih mencari masa untuk pulang ke kedah. perjalanan cuma 9/10jam, tapi kakak ada tanggungjawab di sini. menunggu masa untuk pulang. sangat menunggu masa. Allah!

moga Allah memberikan kesihatan yang baik buat adik. kakak hanya mampu berdoa dari jauh. moga sakit adik biasa-biasa sahaja. masih menunggu khabaran dari sana.

anda-anda yang membaca. boleh tolong doakan?

Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat adik Ashiff.
berikan hamba kecil Mu itu kekuatan dalam menghadapi kesakitannya
moga dia tabah mengharungi ujianMu itu.
sembuhkan sakitnya, kembalikanlah dia seperti sediakala
Amin.