Sunday, July 31, 2011

Isytihar….Ramadhan Al Mubarak

salam ramadhan.

sudah siap niat puasa?

niat siap2 sebulan. senang kalau terlupa, dah siap niat. ^^v

++

berebut turun tangga dengan adik abc pukul 8 lebih tadi.

nak tengok pengumuman puasa, even dah tahu bila puasanya.

itukan suasana bila puasa dan raya. mana ada perisytiharan hari merdeka atau sebagainya. =)

lagi semangat nak tengok, sebab Along kata orang yang istytihar dah bertukar.

ye betul. rindu orang lama tu. penyimpan mohor besar raja2. hehehe

tapi wajah mereka hampir serupa je kan3

penyimpan mohor besar

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

ni berita persaraan beliau.

here

beliau bekerja as penyimpan mohor besar raja2 ni selama UMUR ABC!!!

since 1989 – 2011

+++

so esok puasa.

kome dah niat?

masak belum nasik nye.

jam dah konci?

kang ada yang terlepas sahur pertama. ^^v

selamat menjalani ibadah puasa

Maafkan hamba...

mengambil kesempatan harini untuk memohon kemaafan daripada anda semua.

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan
puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
melakukan hal-hal yang berikut ::-

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
+++

abc manusia biasa
ada segala cacat cela
ada segala salah dan silapnya.

maaf
maaf
maaf

andai pernah ada penulisan abc yang mengguriskan hati anda yang membaca

abc mungkin tidak sempurna
tidak salah andai maaf anda abc pinta, kan?

moga ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua
insyaAllah



Friday, July 29, 2011

mereka telah berusaha, TERIMA!


Terima Kaseh Pemain2 Malaysia yang telah gigih berusaha sebaeknya.

abc bukan peminat bola.
cuma semangat untuk menyokong tu ada ^^v

1-1
mata yang seri sama malam tadi
membawa kekecewaan kepada para peminat, yang sangat mengharapkan kemenangan kepada Malaysia.

kita kecewa, mereka?
mesti lagi, lebih kecewa bukan?

jadi, kenapa nak maki dan marah2?
komen segala2nya.
kita tidak ditengah padang, bukan kita yang menendang bola
tapi mereka.

pressure!
semua mengharapkan kemenangan
mereka lebih lagi.
tentu mereka merasa lagi pedih dengan kekalahan malam tadi.
yelah, dah kalah, pasti semua orang akan komen semuanya.

abc copy komen seorang rakan di Facebook:

Punca Kekalahan
1. main macam budak sekolah. 2. taktik tidak bijak 3. defend hancur, leka, tidur
4. passing x pandai.. kurang latihan 5. strategi takde halatuju
6. disiplin.. banyak eksyen/gaya daripada main.. tapi kurng pandai.
7. rambut kuning/merah.. ini bola.. bukan tempat tunjuk fesyen rambut.
8. tak dengar nasihat penyokong 9. surat khabar byk cakap besar kononnya harimau nak belasah nak baham singa

alahai, kesian pasukan Malaysia.
mereka mewakili Malaysia, tentunya mereka pemain yang hebat.
cuma bukan rezki kita untuk menang.
mungkin waktu lain kan.

++

abc bukan mempertahan kerana mereka hensem atau segala lain. ^^v
cuma, sekadar perkongsian.
kenapa nak marah, andai sudah bukan rezki kita.
bukankah segalanya telah ditentukan?

mereka telah berusaha,
kita telah berdoa.

adat permainan
ada Kalah-Menang

Malaysia Boleh!


p/s: semua gambar entri tentang Bola abc cilok dari google dan seperti yang tercatat pada gambar. =)




Thursday, July 28, 2011

mereka sedang usaha, kita DOA!


para pemain sedang berusaha bersungguh2nya

kita?

jangan marah, andai ada yang mereka leka ditengah padang yang seluasnya

DOA

doakan mereka berjaya.

Para pemain kita hebat semuanya!

InsyaAllah.



mereka hebat

handsome lagi bergaya ^^v

kalau dapat player bola sepak, mama bagi tak? huhuhu (poyo =.=")

takut HANTU!


abc nak kesah hal adik bongsu abc.
haiii la... penakut sangat!
geram kami dibuatnye
kalau umah besau tak ape la jugak.
ni kechik benau.

(opss. melaka la plak)

+++

mungkin masih kecik dan terpengaruh cerita2 hantu dekat tv dan sebagainyakan.

kalau muka hantu macam gambar kat atas, idaknye takut kan.
cute sangat!

Hantu?
ada.

tak percaya?

kena percaya.

sebab, alam ghaib itu ada kan.

sesetengah orang tak percaya. tahyul la katanya.
kena percaya, sebab syaitan itu ada.

Hantu ni syaitanla. sengaja menakutnakutkan manusia.
melihat iman manusia yang kadang sekelumit cuma.

korang dah tengok filem KARAK?


kalau dah tengok.
apa korang dapat?

ha.. dalam cerita ni, dia kisahkan tentang iman kita.
tak kuat iman
tak dapat nak lari dari gangguan iblis dan syaitan
tengok akhir dia, bila shira yakin dengan Qursi
dia dapat dengan mudah menghapuskan gangguan tersebut.

Yakin Pada Ayat Allah.
Yakin pada Allah.

kenapa syaitan/iblis ni takut dengan Ayat Allah?

sebab, dia mengaku Allah itu Ada dan Maha Kuasa.
dia pun tunduk pada Allah.
cuma dia tidak mahu tunduk kepada Adam.
kerana, dia rasa dia lagi hebat dari Adam.

+++

abc selalu pesan dekat adik,
jangan takut sangat, lagi hantu suka.
yelah, dah kita lemah.
kalau takut, simpan dalam hati.
luar buat2 berani.
kerana Hati Allah sahaja yang boleh tahu.

Allah dan Syaitan
mana yang harus kita takut dan tunduk?

fikir, renungkan.

Wallahualam =)

++

ramadhan dan dekat.
Syaitan kena ikat.

yang tinggal nafsu kita, ha.. boleh buat ujian diri nanti! ^^v





BEN ASHAARI CARI BLOG.. CEPAT!


Ben Ashaari cari blog.. Cepat!

+++

cepat-cepat. Mr Ben perlukan 200 blog untuk segmen beliau yang seterusnya.
even abc dah lama tak join Mr.Ben punya segmen.
abc tetap sokong 200% setiap segmen yang mr.Ben anjurkan.

bukan bodek! no-no-no
sebab abc join segmen2 Mr.Ben lah abc banyak tahu / kenal dunia blog ni sebenar2nye
boleh kenal orang yang selama ni tak kenal. ^^v

siapa sokong?

sokong kan.. cepat! Mr.Ben bukak sampai 3 petang ni jek.

untung-untung trafik naek masa segmen dijalankan! (niat sebenar, hahaha)

++

rindu nak join segmen Mr.Ben!




yang menggembirakan.

Salam 'alaik.
moga hari ini lebih baek dari semalamnya, dan moga esok lebih baek daripada hari ini.

rumah siap dikemas.
menunggu siLori datang, membawa meja Mama.

sambil menonton Cinta Untuk Ain buat sekelian kalinya.
cinta yang menarik dan banyak konflik.
terkadang abc terfikir, biar mewah tapi hati tidak tenang.
jangan fikir orang kaya itu hidupnya bahagia.

Ramadhan Terakhir
samarinda terbaru selepas Annisa.
sangat menarik.
lawak jugak

" tahun lepas puasa bulan ogos, tahun ni bulan ramadan pulak, mazhab mana u guna?"

persoalan bodoh isterinya, =.="
abc takkan miss cerita ni.
mesti sampai before raya kan.

kakak senior sekolah bertunang dengan abang senior sekolah.
sweet!
Jodoh semua ditangan Allah.

"Tahniah buat Kak Ifah and Abg Oney"

+++

hari mama kebelakangan ini menggembirakan.
moga ia berterusan
mama sudah sehat sepenuhnya Alhamdulillah
kesian mama, banyak sungguh dugaan
tapi takpe, orang yang memfitnah mama sudah terima akibat kejahatannya
moga dia tahu Allah sedang memberikan kesedaran buat dia.


abc gembira dengan kegembiraan mama! ^^v


semua menanti kegembiraan masing-masing
pastinya kan tiba, yang penting sabar dan berdoa
Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya

love u'ols!





Tuesday, July 26, 2011

cinta si LIDI =.="

bila nak buat baru teringat.

alahai.

abc kan format laptop.

habes semua komik cinta si LIDI hilang sekali.
ala!

ni post pasai cerita ni

SINI

erm.. makan masa nak buat semula

atoi!!


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…

 

masa terlalu pantas geraknya

tak terkejar oleh kita kepantasannya

tinggal beberapa hari cuma sebelum umat islam seluruh dunia menunaikan kewajiban berpuasa.

Syaaban akan berlalu, tibalah Ramadhan yang ditunggu-tunggu.

datangnya ia dinanti

perginya ia ditangisi

bulan penuh barakah.

bulan penuh kemuliaan

bulan penuh rahmat Allah.

Ramadhan.

CIMG2050 copy

++

sudah bersediakah kita?

bersedia untuk menunaikannya sebaik mungkin?

atau hanya sekadar nama berpuasa

sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga?

bagaimana pula dengan penghayatannya?

apa yang bakal kita peroleh untuk ramadhan kali ini?

+++

abc cuma berharap, Ramadhan kali ini lebih baek dari sebelum-sebelumnya

moga lebih banyak ibadah yang akan abc tunaikan

dan moga abc benar-benar menikmati tiap saat puasa abc kali ini.

dan harapnya Ramadhan ini memberi 1001 makna dalam kehidupan abc kali ini.

Amin.

+++

anda bagaimana?

apa yang anda harapkan?

sudah siap rencana apa yang bakal anda lakukan?

janganlah terlalu taksub dengan HARI RAYA.

ibadah puasa perlu dinikmati sepenuh. baru terasa kenapa penghabisannya Ramadhan diberikan sebuah keraian.

Waallahua’lam.

Bila aku dewasa…

Assalamualaikum

entri sepetang sebelum senja menjengah kita.

abc menulis sambil mata menahan sisi terik cahya mentari yang masih menyinari bumi Alor Setar.

petang yang penuh barakah, setelah ampunan Allah aku pinta, dari kelalaianku sendiri.

moga Allah perkuatkan iman.

+++

bila aku dewasa?

ya pabila kita sudah dewasa pastinya saat girang, ketawa kanak-kanak kita rindui, kan?

abc sudah 22 tahun kini. sudah jadi seorang gadis dewasa.

remaja? ya remaja, tetap juga seorang dewasa.

terkadang terfikir.

penatnya aku menjadi dewasa.

penat memikir segala masalah yang ada.

ah! peningnya jadi dewasa.

18_6_orig

teringat kisah waktu aku masih dalam rahim mama.

makin aku dewasa, mama semakin cerita kisah abc dulu-dulu.

kisah yang abc sendiri taktahu dan tak sedar.

Mama kata sepanjang mengandungkan abc, rezki mama banyak.

ada sahaja rezki datang, Alhamdulillah. Moga abc terus membawa kebaikan buat Mama, moga jauhkan musibah dan kegagalan.

masa kecil segala benda kita buat, langsung tak fikirkan sebab dan akibat.

buat aje, kena marah kira belakang.

bila dah masuk alam kanak-kanak

lagilah bertambah akalnye.

macam-macam nak dicuba.

lengan abc pernah terbakar tau, masih ada parut. ni sebab perasaan ingin tahu yang kuat!

kenangan. bila tengok parut ingat lagi kejadian tu, angah lah hero yang menyelamatkan.

masih ingat waktu dapat basikal. sehari untuk boleh membawa basikal! hebat bukan?

usia kian menginjak, abc mula meninggalkan zaman kanak-kanak, zaman main-main.

budak perempuan kan cepat matang ^^v

zmn kecik!

malu mula ada.

masa ni mula la suka-suka dekat boys yang agak ada rupa

tapi dulu abc tak layan sangat.

memang agak jeles bila kawan2 yang lawa ada orang bagi surat cinta

kita? tak pernah merasa. =)

bila ke sekolah menengah, masih lagi jiwa budak2

maen-maen lagi

tapi mata boleh tahan!

usha senior yang hensem2

tapi bila pikir, memang hensem2 pun. hahaha

last day in school2

rindu dengan tudung tu. masa mula pakai ada juga yang mengata. biarkan siapa kita nak menghalang orang laen dari bersuara?

lagi terasa dewasa bila dipenghujung form 5. abc menjalani detik2 perasaan cinta.

hampir berbalas tapi tak jadi.

alahai. kecewa sampai bawak diri.

kebetulan pelbagai masalah timbul. dari situ wujudlah abc yang teguh seteguh nama ^^v

no me & frenz

masa matrik, lagi banyak dugaan.

lagi hebat ujian.

Dugaan hati. Dugaan dalam berkawan.

Allah sahaja yang tahu.

benar! susah menjadi dewasa.

sentiasa perlu waspada.

erm…

++

bukan mengeluh tentang susahnya dewasa tapi terpikir.

kalau dulu zaman kecik2 nak cepat-cepat besar.

tapi bila dah besar rasa nak kembali umur 15 =.=”

DSCF0113

bila dah dewasa, 1001 benda kena pikir, contohnya;

  • cantik. ya! dah 22 tahun, masih belum dalam berat badan idaman. yang laen dah oke. alah!
  • kerjaya, insyaAllah sudah dalam tangan, belajar pun Alhamdulillah oke =) tapi kalau yang belum stabil pelajaran? alamak!
  • cinta dan pasangan? ini lagi lah masalah, ada kawan abc merungut di FB, aku dah 22 tapi belum ada awex. orang tanya perlukah? memang tak perlu lagi, jodoh semua ada ditangan Allah ^^v

abc pening hal ni. mama tahu dulu abc dengan XXX (he isn’t cinta anymore!)

mama still ingat abc dengan dia, macamna nak gitau? ramai yang bertanya ma kata abc dah berpunya, melepas! hahaha

masanya akan tiba kan? sayang mama! <3

+++

banyak lagi perlu difikirkan oleh seorang dewasa.

kadang-kadang boleh jadi gila

stress

abc perempuan kira okelah juga, sebab tak perlu pening pikir nak minang anak orang. hahaha (tak berkaitan kut?)

entri ni ditulis sebab dok pikir cara nak gtau mama, i’m not with him anymore. cinta separuh jalan selama 4 tahun. huh.

ini kisah abc yang sudah terasa sangat dewasa. korang?

tunai atau hutang?

Assalamualaikum

bicara petang, sambil bersantai dengan angin yang agak kuat, tiada sepoinya. cuaca agak kelam bagai tiada cahyanya.

mungkin Allah mahu turunkan hujan? Alhamdulillah.

tatkala terkibas-kibas kepanasan, kami di sini, dikurnia cuaca petang yang sungguh nyaman, ibarat sepetang ditepi lautan.

nyaman sekali.

+++

bukan bicara tentang wang

jauh sekali hutang piutang.

tapi kali ini, tentang salah dan kesilapan.

pernah dengar istilah “ Allah bayar tunai?”

mungkin pernah bukan. abc bukan mahu memandai.

bukan membuat fatwa sendiri.

kita di sini mahu berkongsi, kisah dan teladan.

cara mudah nak tahu dan paham, tentang salahnya sesuatu perbuatan itu

apa maksud manusia-manusia itu tentang Allah bayar tunai?

abc berikan contoh yang berlaku di sekeliling abc;

Jiran mama tidak suka dengan kemewahan yang mama ada. kami hanyalah sedikit mewah dari dia.

bukan mewah dengan rumah atau kereta besar. kami cukup segala benda. Alhamdulillah.

akibat dengki, dan marahnya pada mama, dia menabur fitnah pada mama. ada percaya, ada tidak.

mama? marah juga pada awalnya. tapi kerana ilmu yang ada, mama cuba kata, biarlah, orang bukan percaya.

mama teruskan kehidupan mama seadanya, dengan kami anak-anaknya.

tak lama, si jiran ini ditimpa musibah, musibah apa? abc pernah cerita, cuba selak entri-entri sebelum ^^v

abc terfikir, munginkah itu balasan fitnahnya? mungkin.. kerana doa seorang yang teraniaya dimakbul Allah.

satu lagi, yang lebih jelas. jiran yang sama,

sewaktu mama melintas dihadapan rumahnya untuk ke surau.

dia mengata seolah-olah mama tunjuk alim.

salahkah nak ke surau? memang terpaksa melintas rumahnya kalau hendak ke surau. nak buat macam mana lagi?

tengah malam itu juga, dia dibawa ke hospital dengan ambulans kerana minyak panas tertumpah atas badan. teruk keadaannya.

mama cuma mampu berkata; itulah balasan, kita ke surau hendak baca yassin disindir-sindir. ambil pengajaran.

+++

mungkin itu maksudnya dengan “ Allah bayar tunai”

tunai di dunia terus.

besar dosanya memfitnah!

andai pernah lidah kamu-kamu memfitnah sesiapa cepatlah memohon ampun pada manusia itu dan Allah.

Allah itu Maha Adil.

yang salah tetap salah, yang benar tetap benar.

++++

hidup mama penuh ujian.

tapi mama seorang wanita yang tabah.

mama selalu kata, mungkin sudah ditulis macam ini, mama redha. Apa yang penting, doa pada Allah.

Sayang Mama. ^^,

tak Boleh!

Alamak.

I've tried so many time. but i can't!

why?

i don't know.

Maaf ye bagi yang follow abc tapi abc belum follow.
mesti korang marahkan
mesti kata abc tak jengah blog korangkan?
mesti kata abc sombong kan?

kalau tak kata?
maaf ya.

abc nak pergi blog korang, tapi tak boleh-boleh.
mungkin link tu tak boleh access

mesti ada salah kat mana-mana.

abc akan terus mencuba! ^^v

++

Thanks to Itik Kuning @ Nad
sebab promote blog abc secara tak langsung promote ABC kampung Melayu Majidee. =)

Wanna read it?

Here!

Monday, July 25, 2011

Gila!

gila!
semua ini gila.
tak masuk akal

ah! fikiran aku kacau.

++

sori

i'm so buzy

semua rasa jadi 1

try lah!

happy-sedih-stress-lonely-konfius

cuba try.

then jadi macam abc

GILA.

=.="

Friday, July 22, 2011

kisah sepagi abc.

permulaan hari yang baik.

Alhamdulillah.

terjaga dengan berita gembira dari adik.

Mama bawak pulang seekor kucing bertompok oren.

abc hanya mengangguk dan kembali lelap, tapi tak terlelap.

hati menggesa bangun, dan bertemu empat mata dengan si tompok oren.

ternyata!

comelllllllllll

sikucing jantan, dan abc memberi nama, “PokYen”

kucing jantan.

kecik lagi. mama kata ada seekor lagi warna kelabu, tak sempat nak tangkap sebab ada budak lain kejar.

aih.. kalau yang itu adik boleh amek petang ni. nak letak nama Bubu.

^^v

belakang rumah banyak je kucing, tapi bukan kucing abc and famili.

mama jaga. sangat jaga, mama bagi makan, pinggan kaca lagi. hebat tak?

+++

rindu pada Amir haziq terubat dengan kecanggih teknologi!

thanks a lot kepada pencipta SKYPE

Copy of P410017355

dengan skype, abc dapat bertemu empat mata dengan si comel, anakku amir!

Alhamdulillah.

terubatlah rindu.

moga dapat jumpa terus and peluk-peluk lepas ni.

tak sabar nak ke sana..

flying with love~~

++++

 

indah pagi ni.

anda bagaimana?

moga yang terbaek diperolehi insan seluruh dunia.

insyaAllah

Thursday, July 21, 2011

aku hambaNya yang lalai.

bukan aku tak tahu dosa
bukan aku tak kenal neraka
bukan aku tak sedar azab seksaNya
aku alpa!

+++

dalam setiap bingkisan doa,
tak pernah lekang bibir minta
yang pertama: ampunkan dosa
yang akhirnya: mati dalam suci dari dosa dan noda.

abc percaya dan yakin pada Dia
tapi iman masih lemah.
masih berbuat dosa
masih biar diri dimurka!

Allah. Kuatkan iman hamba.

+++

abc masih dalam walang
masih ada perkara seolah tidak pergi
sebagainya ia terhalang

=.="

Allah. permudahkan hamba.
amin.

Wednesday, July 20, 2011

pangkal akhir hayat.

bilakah masa dan waktunya?

abc sendiri tak tahu.

bagaimana caranya ia berakhir lagilah abc taktahu.

namun yang pasti

diri ini memohon moga ia berakhir tatkala diri dan hati suci dari dosa dan noda, walaupun sezarah.

hayat

abc melihat manusia-manusia berbeda-beda tingkahnya

terkadang abc terpikir, kenapa aku tidak jadi sebaiknya?

kadang juga terlintas, mujur aku tidak sejauh hanyutnya dia..

dan sedarlah diri ini, aku sendiri kadang tidak mensyukuri.

sudah terbaek namun meminta kepada kelalaian. Allahuakbar.

+++

dua

doaku pada tuhan:

moga hari ini lebih baek daripada semalamnya, dan esokku lebih baek daripada hari ini.

insyaAllah.

leisure time..

lama tak guna ayat, leisure time ^^v

Alhamdulillah.
report LI sudah siap diantar kepada Lecturer. (emel jek!)

tinggal nak antar kepada penyelia industri and tolong dia menilai aku semula,
susah betui bila guna sistem online. mudah tanpa kertas tapi macam2 hal la pulak.

+++

abc dah ada masa untuk menulis cerita-cerita abc.
yeah!

LIF dah lama macam terkubur.
cerita pun macam dah tak hot.
so.. abc nak habeskan kisah Zulaikha dan Haikal

kemudian menyempurnakan semua cerpen yang separuh tu.

korang nak baca?

abc pun ^^v

ewww! ketiak kau busuk!

haaaaaaaaashim!

alamak! busuk betui la.
sampai sesak hidung abc nih! =.="

bukan ketiak siapa, ketiak sendiri.
^^v
abc mengupdate blog dengan ketiak berpeluh!
bukan kata abc nih pengotor la.. ish..
abc baru habes bersenam!
syiokk!

berpeluh-peluh nih. punya la banyak lemak =.="

terasa segar lepas bersenam, terus semangat nak update blog.
semalam abc update tentang dance kan..
haa.. itu la jadi amalan abc setiap pagi sekarang
30 minit sudah cukup.

nanti-nanti kita up lagi masanya ye.

+++

demi kesihatan diri sendiri!



syukur.

syukur!
Alhamdulillah.
apa yang diusahakan selesai hendaknya.

ada hikmah kenapa buat last minit, patut macam malas aje ^^v

tak apa lah. janji dah siap.

khamis nak pergi opis.

+++

nak solat and tidur.


Tuesday, July 19, 2011

dance!

logo_dance_online

what I'm trying to babbling about dance?

takde pape lah. abc mana tau apa2 pasal dance.

but i do know about 1 thing!

dance adalah salah satu kaedah senaman yang baek.

menyeronokan dan syiok!

+++

kalau kita rasa terseksa nak berjogging, apa salah kalau kita dance

dance with music.

pasang lagu, lagu pape pun,

kemudian gerak lah ikut muziknya.

fe5337cda0c640_full

lagi best, pasang video klip SUJU!

dance with them..hehehe

abc suka menari. tapi bukan depan orang ramai!

menari dalam bilik.

abc payah sikit nak keluar jog, jadi.. dancelah!

250px-Two_dancers

sorry for this sexy picture. ^^v

i wish if my hubby and i could dance like that.. hahaha

+++

jom menari!

perlu lebih disiplin.


Alhamdulillah.
abc telah merencana sesuatu untuk diri sendiri
apa ya?

mengatur diri agar lebih teratur.
abc dah siap jadual harian

walaupun bukan masa belajar.
jadual tu hanya untuk membantu kita agar lebih teratur.
insyaAllah

bila dah ada jadual.
sekarang yang perlu adalah 'disiplin'

disiplin dalam mengikut jadual tu!

hari ni agak gagal, kurang disiplin ^^v
tapi masih dalam aturan jadual.

bukan untuk apa,
abc taknak buang masa.
tinggal beberapa minggu aje lagi sebelum masuk sem baru.
tak boleh nak malas2 dah!

+++

abc pun kena jaga makan.
walaupun abc tau akan agak terseksa hui3
(abc kuat makan!)

moga perancangan abc berjalan lancar!



Monday, July 18, 2011

bangun setelah jatuh!

Aku bukan seorang gadis yang lemah!

Alhamdulillah. setelah aku terasa terjatuh menjunam,
akhirnya dalam masa 24 jam aku bisa bangun kembali!

Alhamdulillah. terima kaseh kepada yang sentiasa memberi dorongan kepada diri.
sentiasa menasihati tika abc menangis sendiri!

ambil kesedihan itu sebagai penguat masa hadapan,
itu yang abc lakukan.

jangan biar kita hidup dalam telunjuk orang laen.
pedulikan mereka!

kita perlu jadi diri kita sendiri.

kenapa malu dengan diri kita yang kita banggakan ini?

dalam susah kita akan lihat dan tahu,
siapakah sahabat kepada diri kita ^^v

thanks Kak Ida.
iLoveUsoMuch

she always be beside of me
each time i need her!

kak ida dah siap cakap lagi
" lepas dah konvo pun akak ada untuk ika"

Allah menemukan kami, dan merapatkan ukhwah kami

Kak An pun,
kak An ada masalah Line dekat rumah
if not she also would lend her shoulder for me! (betui ka ayat aku ni?)

Kak Ida and Kak An
my precious friends ever!

siapa sangka dalam hanya 4 bulan kami menjadi akrab.
and mereka berdua sangat kenal dengan abc!
hehehe

+++

setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Allah telah merancang segala yang terbaek buat kita.

" Kadang2 Allah tak bagi apa yang kita minta, tapi Allah memberi yang terbaek kepada kita"


Sunday, July 17, 2011

isteri solehah

assalamualaikum w.b.t

terlintas dek minda nak berkongsi kesah isteri solehah.

abc belum berkahwin.
abc belum bertunang,
abc masih sendiri.^^v

tapi tidak salah andainya abc nak berkongsi kisah menjadi seorang isteri solehah.

teringat pulak sewaktu di KMPP, abc dan group buat forum bertajuk:

"Indahnya poligami"

bila buat research dan sedikit pembacaan, ya! ternyata memang indah.
sangat indah!

abc dah pernah kesahkan kut, lama2 dulu ^^v

+++

apakah nilai seorang isteri solehah?

ini yang abc dapat dari cerita stanza cinta tadi:

1. suami yang memiliki seorang isteri yang solehah seolah-olah, memiliki separuh daripada agamanya.

2. belaian seorang isteri yang solehah seolah memberikan kebahagiaan kepada seluruh dunia.

hadis:

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.

+++

menjadi seorang isteri ni memang banyak pahala yang kita tak pernah sedar or tahu.
jadi, kepada semua wanita, ibu dan isteri, banyakkan membaca dan banyakkan belajar agama.

kadang-kadang kita merungut sebab anak kita degil, suami kita asyik kerja.
anak taknak dengar cakap. suami buat perangai.

tak sedar, kalau kita bersabar, ada pahala dan ganjaran besar yang Allah berikan buat kita.

nak baca kelebihan isteri solehah?

SINI

+++

rugilah andai seorang wanita tu memilih untuk tidak berkahwin.
sebab banyak pahala tau bila kita menjadi seorang isteri,

mudah nak masuk syurga!

seorang wanita mudah nak masuk syurga Allah pabila:

1. menjaga solatnya
2. berpuasa
3. menjaga kemaluan (tidak curang kepada suaminya)


ustazah/ustaz abc pernah bagitau, abc juga pernah baca, perempuan ni
sangat mudah nak masuk syurga.

macam mana yang dok kata mudah?

taat kepada suaminya.

^^v

mudah bukan?


+++

abc share kan link2 untuk pembaca bersama

isteri solehah


isteri solehah





Saturday, July 16, 2011

Ampunkan hambaMu ini Allah.

Allah.
aku menulis tika hati penuh duka.
aku tahan air mata dari mengalir.
bukan disini untuk aku menangis bukan?
sebentar nanti, tika aku sujud kepadaMU

Allah.
aku pingin coretkan disini.
bukan untuk membiar orang membaca.
tapi sekadar menghambur rasa kecewa dan duka
benar, aku benar2 terasa.

Allah.
salahkah aku memilih cara hidup begini?
Salahkah aku untuk tidak jadi seperti mereka?
dan salahkah aku kerna punya sedikit rasa suka, pada kaum bukan sejantina?

Allah.
aku sedar ini dugaanMu
aku sedar ini ujianMu
namun aku leka dalam keseronokan hiburan dunia
sehingga aku tidak dapat menerima inilah nyata!

Allah.
aku pinta, agar Kau padamkan rasa ini.
matikan rasa ini
biar aku hidup hanya kernaMu
biar aku berjalan didunia kernaMu sahaja
jauhkan segala rasa ini dari lubuk hatiku.

Allah.
ampunkan hambaMu ini.
ampunkan daku.

what are words <3

 

 

moga masih ada lelaki seperti dia, setia pada cinta dan janji yang pernah dilafazkan. ^^

chris

 

Anywhere you are, I am near

Anywhere you go, I’ll be there

Anytime you whisper my name, you’ll see

How every single promise I keep

Cuz what kind of guy would I be

If I was to leave when you need me most

What are words

If you really don’t mean them

When you say them

What are words

If they’re only for good times

Then they don’t

When it’s love

Yeah, you say them out loud

Those words, They never go away

They live on, even when we’re gone

And I know an angel was sent just for me

And I know I’m meant to be where I am

And I’m gonna be

Standing right beside her tonight

And I’m gonna be by your side

I would never leave when she needs me most

What are words

If you really don’t mean them

When you say them

What are words

If they’re only for good times

Then they don’t

When it’s love

Yeah, you say them out loud

Those words, They never go away

They live on, even when we’re gone

Anywhere you are, I am near

Anywhere you go, I’ll be there

And I’m gonna be here forever more

Every single promise I keep

Cuz what kind of guy would I be

If I was to leave when you need me most

I’m forever keeping my angel close

Allah, jangan biar aku terlalu kecewa!

Allah.
semua dalam jangkaanku
jadi, jangan biarkan aku kecewa
jangan biar hatiku seolah diramas kaca!

Allah.
aku telah ketahui, inilah jadinya
maka, jangan biar setitis pun air mata menitis kerananya
jangan biar aku memendam rasa.

++

Sila pandang cermin!
sedarlah realiti bukan seindah mimpi!





p/s: mood kecewa.

Friday, July 15, 2011

warkah cinta buat dia <3

Tak salah andai pitisan ini aku mulakan dengan lafaz kata cinta pada yang Maha Esa.

Bismillahirrahmanirrahim.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

+++

P7110134

Syukur pada Allah, atas rasa yang ada dalam hati kecilku ini.

rasa itu datang menyinggah tatkala aku sibuk dengan rasa sedih perpisahan.

Syukur pada Allah, aku kian melupakan.

kisah sedih semalam, dengan kehadirannya.

Allah, aku bertanya jua, adakah ini ujian hati?

adakah ini dugaan Mu lagi?

Aku redha, atas apa jua yang telah Kau rencana buat diri.

Allah, aku tahu duduk diriku ini.

dia hanya datang membawa seri.

menambah isi dan bunga pada perjalanan kehidupanku.

Allah. jangan biar aku lalai dengan perasaan sendiri,

biarlah sekadar suka suka dan sekadar penambah rasa pada yang tawar atau pahit.

+++

Syukur pada Allah, atas rasa yang ada kini.

aku sedar, aku tidak membenci pada kaum yang sering sahaja melukakan hati.

menambah darah yang sedia berdarah

menambah luka yang sedia masih terluka.

namun hadir dia, buat aku ketawa sendiri,

sebagaimana sekarang, aku menulis dengan senyuman.

+++

Gila!

itu sahaja aku boleh katakan pada diri.

tersenyum bila melihat dia dari jauh

malu bila dia dekat disisi

tunggu bila dia tiada

gelabah bila dia mula tersenyum dan bersuara.

Ah!

Aku hanya gadis dengan ada perasaan.

tentulah ianya perkara biasa ^^v

+++

Allah. terima kasih atas kehadiran dia

dan juga saat-saat hanya kami berdua.

semua Kau yang rencana bukan?

menguji kuatnya iman.

segala berlaku aku sedar sebuah ketentuan

jadinya ia seolah-olah kebetulan.

Aku takkan lupa. =)

kejadian yang sama

cara yang sama

cuma pelakonnya hanya kami berdua.

benar!

susah aku nak cerita, apa yang aku rasa waktu itu.

entah berani dari mana.

aku tegur dan menyapa!

pertama kali dalam hayat hidup, aku menegur lelaki asing?

OMG!

itu yang keluar dari bibir tanpa suara bila aku keluar dari bersamanya.

gila!

aku akan ketawa sendiri. ^^

+++

Aku tetap yakin, ia ujian tatkala aku seornok dengan dunia.

Aku sedar. Aku tahu.

moga perasaan rindu pada dia takkan lagi bertamu

biarlah sampai sini.

kerna aku tak yakin, dia cinta sampai syurga ku.

andai benar, aku terima

andai tidak, aku terima

dia, penyeri pertemuan dan perkenalan aku dan kawan baru.

dia, penambah kenangan yang sedia ada.

+++

Bagi kalian yang mendoakan, jika ia terbaek buat diri, aku harap Allah memakbulkan

jika tidak, aku minta diperjauhkan. cukuplah kelalaian yang ada.

biar ini sekadar seri dalam perjalanan kehidupanku.

biar dia kekal sebagai awal dan akhir kesah kehidupanku ^^v

nikmat sebuah pertemuan <3

assalamualaikum.

indah jika kita mulakan hari dengan lafaz cinta dan zikrullah.

dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Penyayang

subhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

+++

takkan kita rasai indah dan nikmatnya sebuah pertemuan itu, jika sebuah perpisahan tidak kita rasai,

abc menenangkan hati dan jiwa yang sedih dengan perpisahan kepada pertemuan yang sesingkatnya masa.

tak pernah terfikir, betapa indah pertemuan ini, sehingga setiap insan didalam perkenalan ini, merasai dan menikmai sedih dan indahnya perkenalan serta pertemuan kami.

Allahuakbar,

betapa indah jalinan aturan kehidupan yang Kau rencanakan buat daku.

P7110139

abc melalui kepayahan sepanjang semester lepas.

banyak sangat dugaan untuk dapatkan tempat LI

MBAS pilihan pertama, tapi bila lecturer kata boleh tukar abc mintak tukar ke tempat lain.

2 bulan menunggu keputusan dari tempat lain, dengan tak dilayan, dilayan buruk! akhirnya sesenang dia reject abc tanpa sebab yang munasabah!

geram dan marah. abc tak tahu ada nikmat dan hikmah yang besar selepas ni. Allahuakbar!

selepas direject, abc kembali kepada MBAS, dan tanya keputusan,

Alhamdulillah! accept, walaupun tak mudah jugak. ^^v

+++

dalam opis, semua kata,

“dia ni awai-awai senyap je.. dok sorang-sorang”

hahahaha

dah meja abc jauh dipenjuru.

huhuhu

kerja banyak.

lepas beberapa minggu, abc dah boleh sesuai dengan keadaan

and akak-akak opis dan abang-abang opis. memang Terbaek!

sempoi and relax jek.

P7110129

kalau orang bagi kerja suruh siapkan segera, tapi diorang

“ ish.. pi rehat, makan dulu, karang stress pulak”

baek kan?

sedangkan bukan buat kerja berat ke apa. menulis or menaip je pun.

i miss them!

P7110126

emma

paling ramah. kerja banyak. tapi relax jek.

hahaha

paling bising jugak la. ^^b

i miss her lah.

P7110127

this is zahirah.

dia bizi dengan fail meja boss je.

dia ni pun lawak gak. aku suka kacau ^^v

P7110076

ni la mariam, the girl in my previous entry.

cuba tengok gambar emma dan abc with zahirah.

kami pakai gelang yang Kak Rozi bagi. cantik gelang tu.

mutiara sabah. thanks kak rozi.

+++

i really miss them

my new friends.. <3

indahnya dapat kenal kawan-kawan U laen. sangat indah!

they will be my new bestfriends. =)

Thursday, July 14, 2011

Jug or Ketchup *Kicap*?

it was a sound problem okay!

haiyak! macam mana abc boleh tertukar dengar antara dua benda yang amat berbeza tu????

dengan penuh keyakinan level tertinggi 10/10. i took the jug instead of kicap that asked by kak Nor.

malu sehhhh!!!!

it was nothing but agak memalukan

seems like i pekak. =.=”

+++

lets say it together.

J-U-G

Jug!

K-I-C-A-P

Kicap

dengar macam sama tak?

dengar dalam jarak 15 langkah.

sama kan3?

+++

i must korek-korek my telinga malam ni.

Tuesday, July 12, 2011

dunia ini berputar!

assalamualaikum.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

abc mulakan penulisan untuk harini.

moga perkongsian ini ada juga terselit ilmu yang tidak seberapa untuk kita ^^v

+++

ya! kalau kita belajar tentang bumi. kita akan dapat tahu, bumi kita berputar pada paksinya.

ya! ada paksi. paksi yang menetapkan kedudukan bumi setiap kali putarannya.

begitu jugalah hidup kita dekat dunia ni. hidup kita juga berputar.

dan amat perlukan satu paksi, dalam putaran yang kita lalui setiap hari dan masa.

kenapa perlukan paksi?

paksi inilah yang akan menentukan dan memastikan kita takkan keluar atau tergelincir daripada jalanan yang sebenarnya.

kadang kala, kita terasa seperti diatas. dan kadangkala, seperti jatuh terus ke bawah.

kita berputar!

jadinya, pabila berada diatas, jangan pikir ianya kayangan.

jangan fikir ia untuk selamanya.

dalam perjalanan waktu atas itu, jangan angkuh, tamak dan sombong.

kelak pabila kita terus terjatuh, natijah kesombongan kita dahulunya pasti memakan kita kembali.

jatuh?

yang berada dibawah. bagai terpelosok ke dalam perut bumi.

tapi jangan pernah putus asa.

kejatuhan kita juga ada masa.

lama mana? tiada dapat kita ketahuinya.

Allah sering menguji.

yang penting, SABAR!

Allah akan membalas satu nikmat yang besar bagi orang-orang bersabar.

Yakinlah!

++++

Nampak?

kita juga ada paksi.

kita juga berputar.

abc selalu katakan, “belajarlah dari alam”

^^v

Monday, July 11, 2011

Awal Ashaari at the office!!!!

awal2

pergh!

siapa yang belum tahu.

ha.. abc memang suka dengan awal. even dia dengan scha sekarang =.=”

apa sebab yang tetiba abc bercerita pasal awal ashaari?

harini abc senyum sampai ke telinga, kebas pipi!

sanggup intai lagik. awal ashaari punya pasal.

even awal nye dari arah belakang je, depan ashaarinye tak ada.. hui3

++++

al kesahnya, ada seorang mamat yang datang opis pagi tadi.

ada latihan ape ntah berkaitan IT.

at 1st he asking me where the place? abc jadik tergamam!

otak takleh berfungsi kut. hahaha

kali kedua pun sama. dia tanya toilet.

gila lah abc angau harini ^^v

bukan hari je tau.

esok sampai hari khamis!

dia buat abc tak sabar nak pergi opis minggu akhir ni =)

hi_02.1

hope esok dia pakai kemeja kaler biru ni gak!

Sunday, July 10, 2011

what happen with my sakit?

dari Allah aku datang, kepada Allah aku kembali.

pelbagai nikmat dunia telah aku kecapi dan rasai.
dalam jarak waktu perjalanan kehidupanku
sedikit demi sedikit, nikmat dunia yang dipinjamkanNYA, diambil semula.

siapalah aku untuk memarahi atau meraung hiba.
itu semua milik DIA.
aku hanya meminjamnya buat sementara.
jadi aku perlu redha bila ia diambil semula.

nikmat apa itu?

itulah nikmat kesihatan
juga nikmat kebahagiaan.

bermula sekolah menengah, abc dah mula sakit-sakit.
bermula dengan kepala yang asyik pening.
akibatnya abc rabun.

kemudian, badan yang mudah letih dan lemah,
abc cepat penat!
akibat daripada tekanan darah rendah dan jenis/nilai hemoglobin yang rendah
abc tak berapa tahu yang ni, tak faham sangat, yang abc tau, sebab darah abc terlalu cair
9.6 gitu, sepatutnya 12.5

makin meningkat dewasa.
abc disahkan mengalami PCOs
masalah wanita.
1/10
doktor kata " nothing to worry"
doktor taktahu, i risau selalu =.="
dan i sendiri tak sedar, bila risau lagilah jadi penyebab!

bila nak gembira sedikit.
abc disahkan mengalami asthma
selepas muntah lendir
batuk sebulan tak berhenti.

dari kecik, abc mengalami alahan kulit
kulit abc tak boleh kena habuk or serangga
nanti naik gatal-gatal and tinggallah parut.
=.="
sampai sekarang. kat opis kawan tanya
"tangan ni sebab demam campak ke?"

malu!

alahan tu makin teruk, bila ada resdung
resdung pun makin teruk.
susah abc nak kemas even suatu ruang dalam bilik
bila berhabuk. habes!
hidung berair. asyik bersin. mata gatal dan mula bengkak.

it's take few days to recover!

+++

banyak bukan.
nikmat yang dulu abc tak hargai dah diambil semula,
abc pernah dengar.
makin hilang nikmat manusia itu, makin dekat dia dengan ajalnya.

abc takut mati! andai dosa-dosa belum diampuni.

abc mahu pergi ke sisi DIA, bila diri ini suci dari sekelumit dosa.

+++

Alhamdulillah, abc dikurniakan kulit muka yang licin dan susah nak naek jerawat!
thanks mama, genetik mama la ni ^^v

apa pun yang terjadi, berlaku dengan kehendakNya.
hamba redha Ya Allah
segalanya pasti ada hikmahnya. amin!

Bertemu kerana Allah, berpisah juga kerana Allah.

dalam kehidupan.
kita tak sedar, kita dianugerahkan dengan nikmat pertemuan.
takkan kenal kita apa nikmatnya pertemuan itu
selagi belum kita rasai sebuah perpisahan.

abc menulis dengan satu rasa yang aneh dalam hati ni.
abc sendiri tak faham, kenapa ada rasa itu sekarang.
mungkin kerana esok abc akan rasai sebuah perpisahan.

sungguh! lama sudah tak mengalami rasa yang abc rasa ni.
penuh emosi.
penuh jiwa-jiwa sedih.

+++

setelah hampir sebulan lebih kami bertemu dan kenal.
abc rasa senang berdamping dengan dia.
abc rasa sekepala.
abc rasa senang nak bercerita
abc rasa mahu bergelak ketawa dengan dia.
abc tak pernah jumpa kawan seperti dia sebelum ini.

ada hikmahnya bila payah abc nak dapat tempat untuk latihan industri dulu.
sampai rasa putus asa.
inilah hikmahnya bertemu kawan yang abc tak pernah ada.

teringat bait kata puitis yang terkemuka ^^v

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dan Allah datangkan hujan. Kita menangis mencari matahari, tapi sebenarnya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

++++

siti mariam bt abdul latif, nama dia.
moga dia beroleh kerjaya yang terbaek buat dia dan keluarganya.
dan abc harap, perpisahan ini bukan perpisahan buat selamanya, tapi permulaan buat persahabatan hingga hujung nyawa.
Amin Ya Rabbal'alamin

++++

esok mariam akan tamat buat praktikal.
abc pulak akan habes khamis ni.

lagi sedih!!!
tak akan ada lagi, sesi gelak ketawa seawal pagi dengan kawan-kawan opis.

tak boleh nak kata kat 'shima'
tak boleh nak berdebat dengan penyelia sempoi!
tak boleh tengok shima and en.shukeri gaduh.
tak boleh nak marah mariam sebab tangan suka meliar, takde dah tarian mariam yang berjaya pengaruh zahirah untuk buat jugak.
and tak boleh nak menjadi 'chenge' dengan zahirah, nak takleh la dengar ayat zahirah yang power untuk en.shukeri =.="

and i will miss them so so so much.

+++

abc happy sangat.
sebab, pedih+ seksa keadaan abc masa cari tempat untuk LI
and terasa nikmatnya sekarang.







Blogwarming’s Award!

niat dihati nak kembali aktif bersama blogger2 semua ^^v

since blog abc seakan suram, muram, gloomy aje.

abc terdetik and terniat nak bagi korang semua, satu award.

award ni abc nama kan, as a

AWARD KASIH SAYANG

page copy

sila ambil dan tampallah dimana2 dalam blog anda ^^v

+++

kenapa kasih sayang?

sebab abc sayang korang yang sudi follow blog abc and selalu bagi komen, dan juga selalu menjenguk ke teratak abc yang selalu jarang update ni.

award ni jugak tanda maaf abc kepada korang semua, sebab lately abc jarang update, jarang blogwalking and jarang sapu sampah kat blog.

bloglist pun baru buat balik (nampak sangat tak jaga blog)

+++

moga dengan award ni, perkenalan kita sesama blogger akan erat dan kekal selamanya.

berkawan biar berjuta

bercinta perlu setia ^^v

 

LOVE U’OLS

chantek atau buruk?

bukan berkaitan dengan duniawi atau manusiawi.

chantek tak layout baru and header baru blog abc?

hehehe

ini lah masalah format laptop. habes semua header2 lama yang abc simpan.

semua hilang, tak pasal kena buat baru.

alhamdulillah, abc semakin bagus dalam mengedit.

hasil belajar semester lepas ^^v

++++

mungkin agak comot.

biasalah tak pro kan. hehehe

however, abc kena panggil korang-korang utk kembali menjengah ke blog abc.

insyaAllah. abc akan cuba mengupdate setiap jam (ewah! setiap hari pun payah!)

abc akan lebih kerap berjalan ke blog korang.

+++

abc mencari blog pemenang contest yang abc buat dulu.

nak tahu beliau dah dapat belum ganjaran?

kalau ganjaran belum dapat, dah dapat ke ganti rugi nye?

i lost her phone number too!

sori kawan!

++++

inilah masalahnya bila semua simpan dalam otak Mr.Lappy!

Saturday, July 9, 2011

akhirnya!

setelah hampir sebulan abc menunggu, LIF keluar di penulisan2u
akhirnya harini tercapai jugak.
alhamdulillah

baru semangat nak sambung kisah Haikal dan Zulaikha!

mungkin lagi 2 episod (sambungan dari dalam blog)
then.. THE END

+++

tak sabar nak habes kan!

doa kan abc diIlhami Allah dengan ilham yang baek.
amin.


Alhamdulillah...

Alhamdulillah.
bloglist sudah hidup seperti sedia kala.

abc selalu ada masalah dengan bloglist. entahlah!

hey! if i miss to put ur blog in my bloglist, please inform.
with love i will put it in!

i am a good blogwalker okey! ^^v

love u'ols <3

Wednesday, July 6, 2011

nikmat air mata

menangis bila hati tak tahan dek emosi tak terkawal
tapi tangisan itu bukan dibuat2
bukan raungan
bukan tangisan menggila, bengkak mata, pening kepala.
bukan!

tangisan penuh nikmat, pabila menangis di depan DIA
nyatakan sedih hati kepada DIA

asar ini, baru aku kenal.
erti tangisan penuh nikmat.
sungguh nikmat.

jika dulu, kalau menangis, kepala akan pening
mata pedih.

asar tadi, nikmat!
air mata laju mengalir, tapi mata tak merah, tak pedih.
kepala yang serabut jadi relax!

alhamdulillah.
aku boleh kembali tersenyum bahagia

betullah jika aku katakan,

'nikmatnya sakit/ujian/kecewa andai hati tetap yakin pada Cinta Allah'

+++

andai kau bersedih.
jangan mengadu pada manusia
tetapi pada DIA

andai kau mahu menangis
jangan menangis depan manusia
tetapi didepanNYA

kau akan rasa, satu nikmat yang kau tak pernah rasa.
Subhanallah!
Indah sangat.
satu rasa yang tak terungkap dek kata-kata.

Allah. aku takkan pernah kecewa dengan ujian yang Kau berikan.
aku takkan putus asa.
kerana aku sentiasa yakin dengan segala janjiMU

FAINNA MA'AL USRI YUSRA



Monday, July 4, 2011

shori-shori.. ala-ala SUJU ^^v

sori kepada kawan2 blogger yang abc belom add blog dia dalam bloglist abc.

maaf ye. lappy tak sehat.

so nak guna lappy umah, tak sedap nak mengedit!
(ni la abc, hak sendiri lagi sedap guna!)

++

abc nak edit header. lama tak buat kerja tu!

Sunday, July 3, 2011

menikmati dunia!

menghadapi dunia dengan senyuman!
apa dikisah kata orang, andai kita ditakuk kebenaran?
apa ditakut godaan syaitan, andai hati kuat beriman?

alhamdulillah.
harini abc terasa sangat senang.

jika semalam, rasa kekurangan.
harini abc rasa kecukupan!

jika semalam rasa kekecewaan
hari abc rasa kebahagian, penuh senyuman.

jika semalam rasa kesunyian
harini abc rasa berteman!

aduhai! indahnya jika kita menikmati kehidupan!

+++

indah bukan jika masalah menjadi gula sebuah kehidupan?

Friday, July 1, 2011

the double 2 day! hooyeahhh!

Alhamdulillah.

syukur pada Allah. harini, jam 2.15 petang, abc sudah genap 22 tahun bernafas dibumi Allah.
Alhamdulillah.

dengan adanya Facebook, semua (almost) kawan-kawan abc wish birthday abc.
penuh kat wall.

kalau dulu, handset line jadik busy aje. hehehe ^^v

+++

abc dah bagitau semua yang abc nak kan?
apa yang abc harap. insyaAllah, moga Allah makbulkan.
yang penting, abc kena banyakkan beribadat!

+++

abc mengharapkan mesej dari 'cinta'
ada, lambat, macam dulu2, tak pernah jadik yang pertama.

erm.. i stalk his FB ^^v
kenapa dia tak tukar password?

he getting close to his lover!
dulu kita kata dia kata kita mengarut. nak marah. sekarang?

abc tak suka lelaki tak jujur.
erm.. mungkin dia ada alasan kan?

"dah lepas biar la lepas"

betul tak?

(kalau dia baca ni, hope dia tukar password dia tu. hik3)

+++

di umur 22 tahun, abc hanya harapkan:

kegembiraan mama dan adik-adik.
mama happy, abc pun happy.
mama senyum, abc pun senyum.

kalau lah ditakdirkan dihadirkan 'imam' untuk abc,
abc hanya mahukan yang JUJUR, yang menerima famili abc seadanya

ada?

insyaAllah. Allah menciptakan manusia berpasangan kan?

^^v

+++

abc suka luah kekecewaan kat sini kan?
ni lah diari + kaunselor abc ^^v