Tuesday, May 31, 2011

Apekku! I love you…

cerpen terbaru abc.

cerita laju seperti CINTA SKODENG ^^V ENJOY K!
++++

apekku copy

Semua yang berlaku tak pernah kita duga kan? Mak kita selalu pesan, ‘malang tak berbau’. Kalau malang ada bau, kita pasti dapat mengesan. Tapi wajarkah aku katakan apa yang sedang berlaku sekarang adalah suatu perkara malang?

“ Astagfirullah! Ain apa kamu dah buat ni?” Baba beristighfar perlahan. Mungkin tak terduga olehnya perkara ini akan berlaku padaku.

“ Ain tak buat apa-apa Baba, Baba tanya la apek ni!” Ujarku dengan tangisan ditambah dengan amarah pada si sepet disebelahku, William Yun. Si sepet tu asyik menunduk dari tadi.

“ William kenapa kamu senyap?” tegur Baba sedikit tegas membuatkan William tersentak.

“ Saya mintak maaf uncle.” Ujarnya perlahan. William rakan sepejabat aku tapi lain syarikat. Kami akan bertemu dua mata pun waktu rehat, waktu lain, jarang-jarang.

“ Maaf tak boleh buat apa-apa dah nak oii..” keluh Baba, aku tidak mampu berbuat apa-apa selain menangis. Entah macam mana aku dan William dituduh berkhalwat di pejabat. Aku yang baru tersedar dari lena yang dipaksa (pengsan) terkejut bila nampak ramai orang disekelilingku. Sakit dileher aku urut perlahan.

“ Saya akan bertanggungjawab uncle, kahwinkan saya dengan Ain.” Jawapan William itu membuatkan tangisanku kian menjadi-jadi. Gila ke apa William ni, kalau dia islam memang tadi lagi aku dengan dia dah kahwin, tapi dia tu cha ya nun alif!

“ Kamu nak kahwin dengan Ain kamu kena masuk islam William! Sanggup?” Baba macam terpengaruh aje dengan cadangan gila si sepet ni.

“ Sanggup, saya sudah belajar tentang islam hampir 3 bulan sekarang.” Baba mengangguk perlahan, mungkin lega mungkin Baba... Tidak! Aku tak nak kahwin dengan William!!!!!

+++

Aku tenung cincin yang tersarung cantik di jariku. Sudah sejam lebih aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Wafiy Yaseer bin Abdullah atau nama cinanya William Yun. Beria-ria dia suruh aku yang namakan nama islamnya. Aku pun carilah yang sama dengan huruf nama dia, WY.. wafiy orang yang setia dan jujur, Yaseer bermakna kekayaan dan kemewahan. Moga dia kelak, kaya dengan kejujuran dan mewahkan aku dengan kesetiaan. Aku redha walaupun hati aku menolak keras kehadirannya sebagai suami. Bukan aku benci tapi.. aku rasa aku tak mampu nak membimbingnya untuk menjadi muslim sejati.

“ Nur Ain..” suara itu mengejutkan aku.

“ Ye..” Aku memandangnya yang melangkah menghampiriku dibirai katil. Segak dia berbaju melayu, walaupun nampak agak aneh a.k.a pelik.

“ Maafkan saya.” Aku keliru. Kenapa perlu minta maaf?

“ Untuk apa maaf awak Muhammad Wafiy Yaseer?”

“ Untuk apa-apa yang telah saya salah buat.” Jawapan yang menggusarkan dan tidak menjawab persoalan yang terbit dibenak fikiranku.

“ InsyaAllah saya maafkan.. siapalah saya untuk mendendami awak untuk salah awak, semua manusia akan membuat kesilapan biarpun hanya sebesar zarah..” ecewah, sejak bila aku masuk kelas sastera ni!

“ Saya minta maaf juga, our first night kena delay..” Selamba bluehypo aje dia cakap tu. Malu!!!

“ Saya belum bersedia untuk tu..” Aku berterus terang. Aku belum dapat menerima dia sepenuhnya. Aku redha tapi aku perlu masa.

“ Saya pun belum bersedia juga, lagipun kalau kita bersedia pun tetap tak boleh jugak.” Kata-katanya itu membuatkan tawaku terhambur. Dia belum sembuh! Baru 15 hari bersunat. Orang dewasa yang bersunat perlu 30 hari untuk sembuh sepenuhnya. Wafiy sudah tersipu-sipu malu dengan kata-kata sendiri. Seminggu selepas berkhatan aku pergi melawat, boleh dia kunci pintu biliknya sebab malu dengan aku. Aku tersentuh dengan kesanggupannya dia, berkorban untuk aku, demi maruah aku dan keluarga. Boleh sahaja dia buat taktahu dengan kes penangkapan kami tu sebab dia cina, siapapun tak akan kata apa-apa. Siapa sangka dalam diam Wafiy atau dulunya William Yun telah mempelajari agama islam, mungkin dengan pernikahan ini memperlihatkan hidayah buat dia untuk memeluk islam.

+++

“ Dah sebulan kau dengan William.. how is going?” Soal teman serumahku dahulu, Zakiah.

“ Wafiy, His name, Muhammad Wafiy Yaseer..” aku perbetulkan kesalahan Zakiah.

“ Ops.. sorry, Wafiy, okay tak dia?”

“ Alhamdulillah, okay la kut. He still in learning. Learning about islam in the proper way. Tapi..”

“ Tapi apa Ain?”

“ Susahlah, lidah dia tu, lidah cina juga. Aku kan suka pedas, dia mana makan pedas. Vegetarian pula tu.” Aku merungut. Mahunya tidak, sebulan aku duduk serumah dengan dia, sebulan jugak asyik sup sayur. Hari-hari dengar dia puji, “ Sedapnyeeeeeeeeee” Nyampah!

“ Ala kau ni.. itupun jadi masalah. Kau masak yang kau punya pedas, dia punya sayur je.. easy lah! Kau buat salad ke apa ke..”

“ Aku tak berapa pandai masak lah Cik Kiah oiii.” Zakiah ketawan dengan jawapan ku.

“ Belajar.. jom pergi beli buku resipi untuk suami kau yang tercinta tu..” Zakiah menarik tanganku, paksa dan melangkah ke kedai buku yang berhampiran. Dia pula melebih!

+++

“ Kenapa awak pergi situ!” jerkahku kepada Wafiy, walaupun aku tahu berdosa seorang isteri meninggikan suara kepada suaminya, tapi semua kerana marah dan benci!

“ I just go there, kerja sayang, clients, nothing else..”

“ Do nothing?, than what with this smell on your shirt, your body!”

“ I didn’t drank.. I swear.”

“ Pergi mampus dengan kau punya sumpah! Aku benci kau! Pemabuk!” entah jeneral iblis mana yang merasuki jiwaku sehingga aku tegar memaki suamiku sendiri. Allah! Ampunkan aku.

Sebaik keluar daripada kedai buku, Zakiah ternampak Wafiy berjalan beriringan dengan seorang wanita. Aku yang tidak tahu apa-apa waktu itu, ditariknya. Sesampai disebuah lot kedai yang berhadapan dengan sebuah kelab, Zakiah menundingkan jarinya ke arah sepasang kekasih. Wafiy? Apa dia buat dengan amoi tu? Amboi! Mesranya.. hati aku membara, tambah membara bila melihat Wafiy melangkah masuk ke dalam kelab tu. Benci!

“ Sayang.. please, don’t do this to me.” Wafiy merayu-rayu dibalik pintu. Aku kunci pintu bilik setelah bantal dan selimut aku berikan kepadanya. Tidur luar! (Tipikal, adegan ni selalu dalam cerita melayu) Rumah ni ada 3 bilik, so tak perlulah Wafiy tidur dekat ruang tamu.

Aku sakit hati. Entah kenapa, aku menangis. Hubungan suami isteri kami baru sebulan. Sebagai seorang isteri, aku tahu aku cemburu bila Wafiy berpegangan dengan perempuan lain. Sebagai seorang isteri kepada seorang suami yang muallaf, aku benci bila suami sendiri masih meneguk air Iblis tu. Malam ni aku mogok lapar, dia sekali tak boleh makan sebab aku tak masak. Pandai-pandai dia lah!

Tekak yang kering memaksa aku untuk bangun dan mencari air untuk membasahi tekak. Sebaik membuka pintu dan melangkah, kakiku tersepak satu objek besar. Dengan mata yang aku kecilkan (maaf, I rabun!) aku cuba mengamati objek yang duduk dalam gelap didepan pintu bilik, Wafiy? Alahai, kenapa tidur sini? Isteri mana tak sayang suami, hatiku tersentuh. Aku rasa bersalah. Aku duduk bertinggung, rambutnya aku sentuh. Ya aku sayang apekku. Tapi sukarnya aku untuk menunjukkan kasihku, entahlah. Dalam gelap, wajahnya masih dapat aku lihat, tenang sahaja, putih (dah orang cina mestilah putih kan?) berbeza dengan aku yang melayu asli. Yang paling manis, Wafiy ada tahi lalat kecil dihujung bibirnya, menjadikan senyumannya, senyuman yang paling menawan. Keningnya pula terukir kemas, pernah aku soal, takut andai dia yang membentuknya, bila dia kata ianya asli membuatkan aku lega. Apekku ni hensem! Gerakkan badannya membuatkan aku terus bangun dari dudukku. Aku terus ke dapur, biarlah dia tidur situ, nanti aku kejutkan.

Sedang asyik membancuh susu, suara itu membuatkan gelas susu yang agak panas aku pegang terlepas dari tangan. Wafiy!!!

“ Sayang.. are you okay?” Wafiy mula gelabah, melihat aku yang tertunduk memegang kakiku yang luka ditusuk kaca gelas dan melecur dek air susu yang panas. Aku penggemar air panas, semua air yang aku bancuh pasti aku letakkan air panas sampai penuh satu gelas takde air sejuk.

“ Don’t ask lah!” marahku. Dah berdarah boleh tanya lagi.

“ Sorry.. I didn’t mean it. I just..”

“ diam lah..” aku memintas kata-kata Wafiy, aku kembali dengan amarahku, hilang semua kasihanku padanya sebentar tadi. Aku cuba bangun berdiri dan berjalan. Sakit! Terus aku terjatuh, terjelepok ke lantai. Lagilah apekku gelabah!

“ Biar abang angkat sayang..” Pelat sungguh nak sebut abang. Aku ketawa, geli hati.

“ Comel.” Entah kenapa ayat itu keluar. Wafiy memandangku hairan.

“ The way you pronounce ‘abang’ tu sangat pelat, jadi unik, you know weird sikit..” jelasku. Dalam marah dan sakit sempat pula aku gelakkan si apekku yang seorang ni. Wafiy cuba membantu aku bangun, kakiku berdenyut kuat menyebabkan aku kuat memeluk Wafiy. Dia nak cempung aku, tapi aku tak kasi. Malu kut! Bukan malu-malu yang sebab romantik, Wafiy ni memang la tinggi dari aku, tapi aku lagi besar dari dia, dan aku rasa aku lagi berat dari dia, takut dia patah pinggang dan takut aku jatuh dari cempungannya dia. hehehe

Malam tu aku tidak boleh tidur, tersangat sakit. Bayangkanlah, dah la kua, lepas tu melecur. Wafiy jenuh pujuk aku pergi klinik, tapi aku taknak, bukan apa, dah tengah malam, malas nak keluar. Alamatnya Wafiy la yang jadi doktornya, dialah yang mencuci luka, dia lah yang meletakkan ubat. Dia juga yang teman aku yang asyik merengek sakit.

“ I’m sorry..” tuturku perlahan, cukup untuk didengari oleh Wafiy dan aku.

“ Sorry? Sayang tak buat apa-apa pun..” jawab Wafiy dengan tangannya masih memegang kakiku yang sakit. Entah apa yang diteleknya.

“ saya menyusahkan awak..”

“ Salah abang juga kan.. so no need to apologize.” Aku mengangguk perlahan.

“ Maaf juga..” wafiy pandangku buat kesekian kalinya.

“ Untuk apa sayang?”

“ Saya tinggikan suara saya, and buat awak tidur luar.” Aku larikan anak mataku dari terus memandangnya.

“ Tak apa, my fault. But i swear, Abang dah lama tinggal arak, sebelum kahwin dengan sayang lagi. Arak haram, tak boleh minum.” Bila agaknya wafiy boleh lancar cakap melayu, jenuh anak aku nanti jadi macam dia. Eh, anak? Jauh benar aku berangan!

“ Baba cakap, tak baik main sumpah, nanti kena makan dengan sumpah.”

“ Sumpah boleh makan kita ke?” Soalan yang agak bodoh dengarnya tapi dia kan cina, mana pernah dengar.

“ It is mean, benda yang tak elok tu akan jadi atas kita.. macam tu..” jelasku ringkas, Wafiy mengangguk, faham dah kut.

“ Boleh saya cakap sikit?” Soalku. Aku perlu menegur salahnya, moga dia tak ulang laku lagi selepas ni.

“ boleh.. apa dia sayang?” Aku menariknya supaya berada disebelahku. Wafiy hanya menurut tak banyak soal.

“ Dalam Islam, arak tu haram, sebab ia memabukkan, bila mabuk kita akan buat something, out of our control. Dan satu lagi, haram untuk seorang lelaki dan perempuan bukan muhrim berpegangan tangan, macam awak dan amoi petang tadi.” Wafiy sudah berkerut dahi, kening bersambung kening.

“ What is muhrim? And amoi?”

“ Muhrim ni, lelaki dan perempuan yang takde pertalian saudara or takde ikatan perkahwinan. Amoi yang dengan awak petang tadi ke kelab tu..” Hati aku sakit bila terbayangkan Wafiy dan amoi tu petang tadi.

“ Oh.. Jaenny, She is my colleague. Okay, abang dah tahu, lepas ni abang akan jauhkan semua tu, sayang bantu abang ye?” Pintanya dengan tanganku digenggamnya. Aku mengangguk setuju.

+++

Akibat lambat ke klinik, kakiku mula membengkak, dan doktor cakap ada jangkitan kuman. Takut aku mendengarnya, takut kaki kena potong! Aku pula demam panas, akibat kakiku yang sakit tu. Wafiy terpaksa ambil cuti kecemasan semata-mata nak tunggu aku yang kena tahan dekat hospital. Sehari sahaja, lepas doktor aku bebas dari jangkitan kuman, doktor dah benarkan aku pulang ke rumah.

“ Sayang dah okay?” soal Wafiy sebaik memasuki bilik.

“ Boleh la, tapi pening lagi ni.. kaki dah kurang berdenyut.” Wafiy membawa sedulang makanan, ada sup sayur (macam selalu), roti dan susu untuk aku.

“ Dah makan ubat?” Wafiy mengambil tempat disebelahku. Aku hanya mengangguk, perut aku lapar, bila jumpa makanan aje terus aku ngap!

“ Are you that hungry?” Mungkin sebab tengok aku perlahap sangat, Wafiy mula menegur. Aku hanya tersengih. Wafiy menggeleng dengan senyuman. Selepas beberapa minit, aku siap makan. Wafiy membantu aku mengemaskan. Aku boleh aje nak berjalan ke dapur, tapi Wafiy keras melarang,nanti lambat baik katanya. Teringat pula peristiwa aku pertama kali kena marah dengan dia, hanya sebab aku bangun berjalan ke tandas sendiri. Aku yang tersangat nak terkencing berusaha sendiri bangun dari katil dan berjalan ke tandas, Wafiy yang baru masuk bilik terus memarahi aku, aku apa lagi, Baba pun tak pernah marah, menangis! Nampak macam manja, tapi sebenarnya aku terkejut, plus jiwa orang sakitkan, a bit sensitive. Bila aku mula teresak, bukan dia pujuk tapi berleter. Malamnya baru dia pujuk, cakap kenapa dia marah-marah. Muhammad Wafiy Yaseer bin Abdullah, betul-betul buat Nur Ain binti Mohamad jatuh chenta!

“ I got something to give you..” aku baru teringat buku yang aku belikan untuknya tempohari, sebab marah aku simpan aje buku ni dulu. Senaskah buku aku keluarkan dari laci dan berikan kepadanya.

“ Panduan solat lelaki..”

“ Yup, saya tahu Baba dah ajar awak, tapi ini sebagai panduan untuk awak, bagi bacaan dalam sembahyang awak betul, nanti boleh awak jadi imam saya.” Wafiy tersenyum, tanpa aku duga, dia mengucup dahiku. Aku terkedu. Erk!

“ Terima kasih sayang.. InsyaAllah abang cuba yang terbaik.” Aku masih dalam rona warna merah. Malu! Kami tak pernah serapat itu.

“ why are you in red?” Soalnya bodoh, sengaja!

“ No..nothing.. panas..” jawapan paling logik aku boleh bagi, ditambah dengan sengihan.

“ Sayang.. you are not ready yet? Its been a month, and I’m ready..” bisiknya perlahan, wajahnya begitu dekat dengan wajahku. Wafiy nakal! Aku yang tak tahu nak buat apa terus pejam mata, tak lama lepas aku dengar Wafiy ketawa. Bila aku buka, dia dah siap berdiri mengangkat dulang bekas makananku. Jahat!

Sempat dia mengusikku lagi sebelum melangkah keluar dari bilik.

“ Make sure you are ready after your heal enough, mine are heal enough!” Aku rasa macam hilang muka terus dah! Malu kut!

+++

Mak pernah kata suami isteri ni bukan semuanya indah, mesti ada dugaannya dan ujian. Macam lagu P.Ramlee;

Sedangkan lidah, lagikan tergigit

Ini pula suami isteri.

Begitulah juga dengan perkahwinanku dan Wafiy. Setahun, cukup setahun perkahwinan kami, Wafiy mula buat perangai, selalu out station, selalu balik lambat. Bila aku soal, jawabnya acuh tak acuh. Aku dah hampir 6 bulan berhenti kerja, Wafiy yang suruh, sebab dia dah naik pangkat jadi pengurus. Dia nak aku duduk rumah aje, senang katanya bila kami dah ada anak. Aku pun bukan kerja besar, tak banyak soal aku ikutkan aje. Baba pun dah lama pesan suruh aku berhenti kerja, duduk rumah.

“ Ke mana pulak kali ni..” Soalku bila melihat Wafiy sibuk mengemas baju-bajunya ke dalam beg. Aku mengambil tempat disebelahnya.

“ Langkawi...” Aku hanya mengangguk. Wafiy dah tak macam dulu. Banyak senyap dari bercakap, tak macam dulu dah.

“ Ada Ain buat salah?” Aku mahu tahu, tak tahan hidup bagai disish suami sendiri.

“ Tak ada.. kenapa?” soalnya bersahaja, sikitpun tidak dipandang wajahku.

“ kalau tak ada, kenapa abang macam jauhkan diri dari Ain?” Wafiy mengeluh. Tangan berhenti dari mengemas baju. Dia lantas bangun dan menukar baju.

“ I don’t want to talk about it..”

“ Abang nak pergi mana tu..” Aku lihat dia siap memakai jam tangan dan mengambil kunci kereta.

“ Stress la duduk rumah..” Jawapan yang hampir membuat jantungku berhenti berdegup.

“ sampai hati abang... apa salah Ain?” aku mula mahu teresak. Entah apa salah aku, entah apa yang telah aku lakukan.

“ Jangan la menangis! Rimas!” Wafiy meninggikan nadanya. Aku memandangnya dengan mata dikaburi air mata.

“ Just tell me, apa yang Ain buat sampai abang benci tengok muka Ain?” Aku membalas dengan suara yang kuat.

“ Awak tu mandul! I want my own baby, its almost a years but nothing! I dah fed up menunggu!” Wafiy terus melangkah keluar, aku terjelepok jatuh ke lantai. Sampai hati dia, dulu dia kata dia mampu bersabar, kenapa sekarang dia mempersoalkannya? Aku mengaku aku kurang subur, aku salah seorang pesakit sindrom Polycystic Ovary (PCOs). Dalam 100 hanya 10 orang yang akan dapat sindrom ni. PCOs membuatkan wanita ketidakaturan haidnya dan boleh juga menyebabkan mandul. Aku pernah memberitahu dia tentang hal ni dan jawapannya jauh berbeza dengan keadaan sekarang, mana pergi sabarnya yang dia katakan itu?

+++

“ Ain taknak balik? Dah 2 minggu Ain balik kampung. Wafiy tak telefon?” Baba menyoalku, sedang aku asyik melayan perasaan sendiri di pangkin depan rumah. Hatiku lebih tenang di sini.

“ Untuk apa Ain balik Baba.. Wafiy dah tak perlukan Ain..” Baba mengeluh, lalu mengambil tempat di sisiku.

“ Inilah lumrah kehidupan. Bahagia mesti ada dugaannya, Kecewa mesti ada hikmahnya. Banyakkan bersabar. Allah berada bersama hamba-hambaNya yang sabar tatkala ujian melanda.” Inilah sabarku. Aku tidak menyerang Jaenny tatkala si Amoi rambut karat itu sedap sahaja mencium pipi suamiku Wafiy. Wafiy? Entah tiada reaksi. Matanya tajam memandangku. Marahkah dia aku mengekorinya hingga ke Langkawi. Selama ini dia berbohong, bukan kerja tapi bercuti bersama kekasihnya Jaenny. Isteri mata yang tak kecewa. Isteri mana yang tidak akan tumpah air mata melihat suami membuat drama. Masih terngiang-ngiang suara lembut Wafiy tatkala dia mengejar aku yang cuba melarikan diri selepas kehadiranku dikesannya.. “Sayang kenapa datang sini..?” kenapa bagi persoalan? Kenapa bukan jawapan? Aku waktu itu hanya tahu menangis dan menangis. Hati aku hancur, lebur.

“ Inilah sabar Ain Baba.. Ain tunggu Wafiy lepaskan Ain. Ain redha.” Sekali lagi Baba mengeluh, kali ini lebih kuat. Maaf Baba, Ain tak sengaja menyusahkan hati Baba dengan masalah Ain. Mak maafkan Ain sebab buat Baba susah hati, Mak andai mak ada di sini, mesti ada pesanan buat Ain lagi kan mak... Ain rindu mak.

“Takpe la Ain, sabar ajelah.. erm.. Petang ni Cik Ijah datang, dia kata kamu mintak jamu dari dia.. buat apa?” Cik Ijah dukun kampung. Bukan dukun untuk buang saka segala tapi lebih kepada awet muda. Cik Ijah kata dia ada ubat untuk kesuburan, orang yang mandul makan jamu dia boleh mengandung. Aku ingin mencuba, biarpun hubungan aku dan Wafiy sudah entah apa akhirannya, tak salah untuk aku memberikan kesihatan yang baik untuk diriku. Akhir-akhir ini aku selalu sakit-sakit badan..

+++

“ Sayang.. sayang..” Panggilan Wafiy hanya panggilan tiada sahutan daripada isterinya Ain. Wafiy resah, sejak kejadian di Langkawi, Ain langsung tidak menghubunginya seperti selalu. Bukan sengaja dia bersikap demikian, hanya kerana ugutan Jaenny!

Habis satu rumah Wafiy mencari Ain. Namun kelibat Ain langsung tidak kelihatan. Mungkinkah? Wafiy terus berlari ke bilik, almari dibukanya kasar. Sah! Ain sudah keluar dari rumah. Tersandarlah Wafiy di birai katil. Sesalnya dia tidak berterus terang. Mandul? Alasan bodoh yang dia lemparkan kepada Ain. Memang bodoh! Tegarnya aku mengutuk isteri yang paling aku cinta? Paling aku puja! Ain maafkan Abang...

Sedang asyik melayan salahnya, tangannya tersentuh objek tajam dibawah katil. Mujur tidak luka. Diselaknya cadar yang menutupi bawah katil. Buku? Wafiy membelek buku tersebut. Dimuka depan buku tebal itu tertulis,

Kisah Hati Isteri WY

Diari Ain? Teka hati Wafiy. Diselaknya muka pertama buku tersebut. Ada gambar Ain dan gambar dia sendiri. Ada juga gambar pernikahan mereka.

Diselak muka seterusnya, ada catitan tarikh penting mereka berdua. Tarikh Wafiy berkhatan pun Ain catit, Wafiy tersenyum sendiri. Helaian seterusnya diselak. Pada tarikh sebulan selepas perkahwinan Ain ada menulis sesuatu,

- Ada cinta buat suamiku WY. Bukan aku tak mahu mengaku, aku Cuma malu! Apek, awak sayang saya tak?

Apek? Wafiy ketawa lagi. Helai demi helai wafiy selak, satupun tidak dia tinggalkan. Pada tarikh, genap 3 bulan perkahwinan mereka, Ain ada menulis puisi pendek;

Apekku,

Kau suami

Kaulah raja

Malu untuk aku memberitahu

Yang kau terlalu aku cinta!

Apekku. I Love U

Namun pada akhir-akhir nota Ain, semua tulisannya lebih kepada kekecewaan. Tulisan setiap pena kembang, Wafiy sedar, Ain menulis dengan air matanya.

1 Julai 2012

- Hari ni abang balik lewat lagi, baju dia bau arak.. abang.. jangan jadi macam dulu.. Ain sayang Abang, Apekku!

5 Julai 2012

- Hari ni abang balik dari Sabah. Selalu aje abang keluar. Tinggal Ain sorang2, abang tau kan Ain penakut. Ain basuh baju abang, banyaknya gincu. Ain takde gincu kaler terang macam tu.. Ain sayang Abang, Apekku!

6 Ogos 2012

- Abang dah jarang nak makan dengan Ain, dulu abang akan balik awal. Sekarang dah takde, Abang keluar awal subuh, balik lewat malam. Kadang Ain tak tahu abang balik ke tak. Ain sayang Abang.

- Ain kemas beg abang... Ain harap apa yang Ain fikirkan ini tidak pernah terjadi.. kenapa ada kondom? Abang.. jelaskanlah.. Ain sayang Abang..

10 September 2012

- Tak tertanggung hati ini menahan rasa. Isteri mana yang sanggup bersabar tanpa tahu salahnya. Dan salah Ain kerana bertanya, Ain yang kecewa kini. Ain tak mandul! Tak! Dulu abang kata abang sanggup bersabar, kemana hilang sabar tu abang!

- Apek!! Awak jahat! Saya benci diri saya kerana masih sayangkan awak. Apekku! I miss U.

Wafiy teresak sendiri membaca luahan hati isterinya, Ain. Kenapa aku tidak jelaskan sahaja semua. Kenapa mesti dia aku seksa? Tak mungkin dia akan marahkan aku sebab merancang semuanya hingga kami berkahwin. Tak mungkin dia akan membenci aku, sebab akulah Apek yang dia cinta!

Panggilan telefon yang membingitkan itu mengejutkan wafiy yang terlena dipenjuru katil, lena bersama air mata.

“ Waalaikummussalam.. Baba..”

“ Wafiy, boleh balik Kedah dengan segera?”

“ kenapa?”

+++

Perjalanan yang penuh dengan air mata. Allah, apakah dosa yang telah aku lakukan? Ampunkan aku Allah, selamatkanlah isteriku...

“ Wafiy balik, nanti Baba terangkan..”

“ Ain ada Baba..”

“ Balik dulu ye Wafiy..”

“ Baba cakaplah dulu kenapa.. Ain ke Baba? Kenapa dengan Ain?” baba bagai menyembunyikan sesuatu daripadanya. Hati dia gelisah, resah dan bimbang.

“ Ain dihospital, ICU.. petang tadi lepas balik dari kebun, Baba jumpa Ain terbaring didapur, doktor kata tumpah darah, dia keguguran.” Jelas Baba dengan suara menahan tangis. Berita itu bagai kilat yang menyambar hati Wafiy, hangus terbakar. Laju dia memecut keretanya ke Kedah.

+++

“ How is she doctor?” Soal Wafiy sebaik sahaja seorang doktor keluar dari bilik kecemasan.

“ May i know who are you?”

“ I’m her husband.”

“ okay, Alhamdulillah, she is fine, dia dah melepasi tahap kritikal, mujur cepat dia dihantar ke sini.” Jelas Doktor muda itu sambil menepuk perlahan bahu Wafiy.

“ What happen to her?’

“ Dia mengalami pertumpahan darah. Saya rasa isteri Encik tak tahu dia mengandung, jadi dia mungkin ada mengambil apa-apa pil yang membuatkan dalamannya panas, embrio yang baru nak membesar telah jatuh dari melekat dirahim dan berkemungkinan pecah. Mungkin pada awal sudah ada darah yang keluar tetapi isteri Encik mungkin terfikir yang dia hanya mengalami hadi biasa. Erm.. harap encik dapat bersabar, isteri Encik perlukan kekuatan dan sokongan encik sekarang.

Ain kelihatan tenang diatas katil. Tangan Ain diusap perlahan. Sudah dua hari Ain tidak sedarkan diri. Dua hari juga Wafiy masih setia menemaninya. Bibir Ain yang kering itu dioles perlahan dengan jarinya. Tisu lembap disapu pada bibir isterinya itu.

“ Ain tidur pun cantik.. Abang sayang Ain.. Apek sayang sama Ain..” Wafiy berbisik perlahan pada telinga Ain, berharap Ain mendengarnya. Pipi Ain dibelai. Lepas ini, akan dia pastikan tiada lagi air mata yang akan tumpah dipipi gebu Ain, janji Wafiy pada dirinya.

Azan Asar yang berkumandang membuatkan Wafiy cepat-cepat bangun dan menuju ke Surau. Dia mahu bertemu Allah dan memohon kesihatan yang baik buat isterinya, Ain. Memohon cinta yang kekal hingga ke syurga.

+++

Wafiy menapak perlahan ke bilik Ain ditempatkan. Kedengaran suara ramai orang, apa dah jadi? Ain? Wafiy mempercepatkan langkah, pintu bilik dikuak. Ramai, ada doktor, nurse, Baba dan seorang makcik yang wajahnya bagai tak dimamah usia dan juga... Ain? Ain dah sedar.. terukir jua senyuman dibibir Wafiy. Tapi Ain? Ain terus menutup tubuhnya dengan selimut yang ada. Dia masih marah.. pastilah dia masih marah.

Baba dan lain-lain mula menapak keluar, meninggalkan Wafiy dan Ain sahaja. Sebelum keluar Baba menepuk bahu Wafiy, seakan memberi semangat. Wafiy menarik kerusi ditepi katil Ain dan duduk.

“ Assalamualaikum.. Ain..” Wafiy memulakan acara untuk memujuk Ain. Tiada balasan. Ain masih membelakanginya, tak terkutik sedikitpun tubuh Ain.

“ Ain.. Mak pernah pesan, berdosa kalau tak jawab salam..” Wafiy cuba menarik Ain untuk bersuara, sungguh dia rindu suara Ain. Mulut yang susah nak tutup bila sudah bercakap. Perlahan, kedengaran Ain menjawab salamnya. Wafiy tersenyum.

“ Ain.. masih marahkan Abang...” Ain senyap lagi. Masih tidak memberi balas kepada persoalan Wafiy.

“ Ain.. Abang mintak maaf... maafkan Abang..” Ain pantas membuka selimut yang menutup dirinya.

“ Tak semudah, awak tahu tak kenapa nama awak Muhammad Wafiy Yaseer?” Ain mempersoal Wafiy kembali bukan menjawab soalan Wafiy.

“ Sebab Ain nak Abang, kaya dengan kejujuran mewah dengan setia, dan mempunyai akhlak yang terpuji seperti Rasulullah..”

“ Tau pun, tapi apa awak buat? Setia? Jujur?” Ain membidas.

“ I can explain everything sayang..”

“ Then explain.. cepat, saya nak dengar..”

“ Okay, Abang harap lepas abang explain Ain tak marahkan Abang..”

“ Cepat lah!”

“ Okay... abang sebenarnya dah lama menyintai Nurul Ain Mohamad. Lama dah, sebelum kita berkahwin. Abang selalu keluar awal kalau lunch sebab nak lunch tempat yang sama dengan Ain. Abang ingat sesiapapun tak tahu perbuatan abang tapi abang salah, Jaenny dapat hidu. Selepas jatuh hati dengan Ain, abang belajar pasal Islam. Abang pergi Perkim, abang jumpa ustaz. Masa Abang nak kahwin dengan Ain tu, memang abang dah sedia nak masuk Islam. Abang taktahu nak explain macam mana perasaan abang bila Fitri kawan kerja abang pun jatuh hati dekat Nurul Ain, dan dia lebih cekap, abang nampak dia berbual dengan Ain masa dekat cafe. Abang cemburu, dan Jaenny datang dengan idea yang abang rasa cukup membantu abang. Jaenny kata, orang melayu kalau nak cepat dapat kahwin senang saja, tangkap basah. Abang mengaku yang kita kena tangkap khalwat tu abang dan Jaenny yang rancang.” Wafiy memandang Ain. Ain tiada riak, marah atau tidak dia tak pasti. Wafiy menggenggam tangan sendiri. Keluhan dilepaskannya berat.

“ Abang tau Ain akan benci abang lepas tahu semua ni, jadi abang ambil keputusan untuk rahsiakannya. Lepas setahun, Jaenny yang abang langsung tak tahu dia cintakan abang mula mengugut nak ceritakan hal sebenar pada Ain. Sebab itu abang terpaksa ikut cakap dia, abang takut hilang Ain. Jaenny hanya nak abang layan dia as kekasih abang selama satu tahun sahaja. Abang terpaksa setuju, abang taktahu nak buat macam mana.” Wafiy mengeluh, Ain juga.

“ Ain kan dah cakap, arak dan perempuan bukan muhrim tu haram nak sentuh! Ain jumpa kondom dalam beg abang, jangan cakap abang dah tidur dengan dia.?” Ain bersuara tegas.

“ Demi Allah, Abang tak minum arak sepanjang dengan Jaenny apatah lagi tidur dengan dia. Demi Allah abang tak buat semua tu. Kecuali yang pegang tangan tu abang terpaksa. Abang terpaksa yang itu.”

“ Alhamdulillah..” Ain tersenyum.

“ Ain tak marah?” Soal Wafiy hairan. Ain hanya senyum dan menggeleng.

“ Betul?” Soal Wafiy lagi. Ain senyum lagi dan mengeluarkan sebuah buku dari bawah bantalnya.

“ Apek, lu baca wa punya diari ya.. apa pasat lu taktau yang wa dah tau pasal lu punya rancangan itu. Haiyak apek..!” Wafiy terpinga-pinga.

“ Baba bawakkan buku tu, Ain dah sedar malam tadi, Ain minta Baba bawa diari Ain. Ain ada perasaan diari ni dalam beg abang semalam. Cuba abang buka page last sekali..” Wafiy serta merta menyelak muka akhir buku tersebut.

25 Mei 2012

Jaenny call aku dan nak jumpa aku. Aku terpikir juga tentang apa. Rupanya dalam diam dia menaruh hati pada suamiku. Mana boleh! Bila aku menolak untuk melepaskan Wafiy dia mula mengugut akan mengganggu rumah tanggaku. Aku lawan, ingat aku takut? Malaysia ada undang2 la! Bila aku tak hairan, dia membuka rahsia dia dan suamiku. Apek! Jahat la awak.. Apek yang rancang kes tangkap khalwat tu, Jaenny yang pukul aku bagi pengsan masa otw nak balik. Apek.. kerana cinta awak sanggup buat saya macam tu. Apa saya nak buat dengan awak? Dah tau dah, i cook pedas2 for you harini biar you sakit perut!!

“ Ain.. I’m sorry.. abang tak sekuat sayang untuk lawan Jaenny, abang takut hilang Ain..” Ujar Wafiy setelah buku itu ditutup. Ain mengangguk, masih dalam senyuman.

“ patutlah haritu sayang masak pedas gila, denda ek sayang..” Ain hanya ketawa. Memang dia sengaja, pengganti marahnya. Buat apa nak marah-marah, perkara dah jadi. Hati aku juga dah tak boleh baiki, sebab Wafiy dah melekat dekat hati. Nak marah pun dah tak jadi.

“ Ain nak marah tapi.. hati ni kata tak payah.. Ain cuma terkejut masa dengar Jaenny cerita. Tak sangka sampai macam tu sekali abang buat..” Ain menggenggam erat tangan Wafiy. Teringat pula kandungannya yang keguguran. Menyesal pula dia mengambil jamu dari Cik Ijah, tapi tak baik nak salahkan apa-apa,takdir Allah tiada siapa boleh lawan.

“ kenapa ni sayang..?” soal Wafiy apabila melihat redup wajah Ain yang tiba-tiba.

“ Ain dah gugurkan baby first kita..”

“ Ain tak tahu kan.. not your fault, but my fault..”

“ Baba dah cerita , Ain ambil jamu untuk kesuburan. Abang tak bermaksud nak kata Ain mandul. Abang cuma taktahu nak cakap apa bila Ain terus mendesak nak tahu. Abang takut abang terbongkar semua dan Ain terus hilang dari hidup Abang.” Pengakuan Wafiy membuatkan Ain terus memeluknya. Tidak disangka begitu hebat cinta Wafiy buat dia. Allah telah merancangkan segala yang hebat disebalik segala dugaan.

“ why you love me Abang?” Soal Ain, masih lagi memeluk suaminya.

“ because you are Nurul Ain binti Mohamad”

“ Why you love me Ain?” Wafiy menyoal Ain kembali. Ain ketawa dan menjawab...

“ Because you are my apek... Apekku.. I Love You!!!” Jawapan yang membuatkan Wafiy ketawa besar. Dibalik awan mendung yang menutup mentari yang cerah masih lagi ada mentari yang bersinar. Kita hanya perlu sabar menanti si mentari tu muncul kembali selepas perginya awan mendung itu.

“ Sayang, kalau keguguran ni, pantang kena berapa hari?” soal Wafiy sebaik sahaja mereka sampai dirumah Baba.

“ seminggu kata Cik Ijah. Kenapa?”

“ seminggu je kan...”

“ Ye. insyaAllah seminggu, kenapa ye?” Wafiy sudah tersenyum penuh makna. Ain menjegilkan mata.

“ Apek!!”

“ hahaha.. ye saya, apa pasat Amoi?”

“ Gatal!”

Apekku...... I love you...

+++

Cerita rekaan semata-mata! ^^v KOMEN ANDA DIALU2KAN.

bunuh diri sebab tak bagi makan?

kisah benar.

lokasi: depan rumah abc, bawah kereta.

sebab musabab: mama takde kat rumah.

al kesahnya:

my mum pergi bercuti sempena cuti sekolah ni. jadinya tinggal abc dengan adik aje kat rumah.
disebabkan kebizian abc dan adik abc, kami jarang masak dekat rumah. makan kat luar, malam beli jugak. ^^v adik belanja seh!

kucing2 di belakang rumah mula merungut dan mogok. Puan pergi bercuti cik kat rumah tak masak!

akhirnya ada jiwa terkorban dibawah kereta mama.

=.="

kucing terbabit bukan hanya meninggalkan mayatnya akan tetapi muntahnya juga,
kematian kucing terbabit masih dalam siasatan.
menurut saksi iaitu adik abc, kucing terbabit mungkin mati disebabkan 2 perkara:

1. termakan makanan beracun
2. bunuh diri akibat mogok tak dapat makan.

mayat kucing terbabit sudah siap dibuang.

+++

maaflah kucing. daku tak sempat nak masak untuk diri sendiri. tadi baru i bagi makan, tapi U pergi dulu. I sayang u sebab u comel. ^^v
moga roh u aman di sana. doakan mama i yang sgt2 syg kan korang semua.

+++

to my mum:

mama, kitorg yang nak masuk bersamamu, tapi akhirnya kucing2 yang mama dok bagi makan tu yang kami rasa akan kuar kat bersamamu rabu ni. huhuhu

jangan lupa souvenir ya! miss u lah mama!

Monday, May 30, 2011

love is forever ~ 24

LOVE IS FOREVER

“Mama... nak inum...” rengekan Asyaaf membuatkan aku berhenti daripada menyapu habuk-habuk yang ada. Sudah seminggu aku dan Haikal mencuci rumah yang baru kami diami sebaik sahaja tiba di Johor tempohari. Rumah ini yang mulanya akan aku diami sendiri, siapa tahu rancangan Allah, aku akan diaminya bersama Haikal dan anakku, Asyaaf. Biarpun ada saudaraku yang tidak berapa suka dengan tindakan aku dan keluarga menerima Haikal semula, dan dengan adanya Asyaaf, aku redha, dan seikhlasnya aku menerima insan yang ada tika maruahku dilambung-lambung manusia lain yang penuh hasad. Asyaaf? Tak salahkan aku menerima seorang anak kecil yang tiada kasih ibu sendiri? Hidup aku penuh kasih sayang, tidakkan kurang jika aku kongsikannya bersama Asyaaf.

“ Nah air ribena yang sedap..” Aku menyuangkan segelas air kepada Asyaaf. Asyaaf menerima dengan senyuman tak lekang. Senyuman yang sama ada pada Haikal. Dari cerita ibu dulu, Asyaaf bukan anak Haikal, tapi kenapa banyak persamaan antara Haikal dan si kecil itu? Aku pernah nak bertanya pada Haikal tapi takut nak suarakan, takut peristiwa kena marah dulu berulang. Bila taring Haikal keluar, siapa yang berani nak tenangkan?

“ Asyaaf...” panggilku tika Asyaaf leka menikmati air ribenanya.

“ erm..”

“ Asyaaf love Mama tak?”

“ yofe..”

“ How much?”

“ niiiii...” jawab Asyaaf dengan mendepakan tangannya luas-luas. Aku ketawa dengan tingkahnya. Aku dukung Asyaaf dan mencium pipinya bertalu-talu. Kami berkongsi gelak tawa, dan ia menarik perhatian Haikal yang berada di depan.

“ Happynya dua beranak ni..” Haikal turut mencium pipi Asyaaf dan mengucup lembut dahiku. Aku tersenyum kepadanya.

“ Asyaaf love mama.. so I’m happy..” ujarku pada Haikal sambil memandang kepada Asyaaf yang belum lekang dengan senyumannya.

“ Asyaaf love Ayah tak?” Soal Haikal kepada Asyaaf lalu mengambil Asyaaf dari dukunganku. Kami bertiga melangkah ke ruang tamu. Aku membawa sekali air minuman buat kami dan cookies yang kami bakar malam tadi bersama-sama.

“ yofe.. yofe ma yofe yah..” Pelat lidah Asyaaf untuk bertutur. Sudah dekat 4 tahun tapi masih tidak boleh bertutur dengan lancar.

“ Mama love Ayah tak?” Soal Haikal kepada Asyaaf, Asyaaf hanya ketawa kecil dan menunjuk kepadaku. Aku disebelah Haikal hanya tersenyum.

“ Mama yofe ayah tak?” Soal Asyaaf lalu menarik tanganku ke tangan Haikal.

“ Love.. Mama love ayah..” Haikal sudah tersenyum melebar. Tanganku digenggam erat, kami saling membalas pandangan. Tak sedar perbuatan kami di kesan oleh anak kami, Asyaaf. Sekejap sekejap Asyaaf memandangku dan sekejap sekejap Asyaaf memandang Haikal.

“ Ma an Ayah, atai..” Asyaaf ketawa terkekek. Terkedu aku dan Haikal seketika, malu! Kantoi dengan anak sendiri. Dan akhirnya meletus ketawa aku dan Haikal. Jika semalam aku menolak rasa cinta, namun sekarang aku minta lebih banyak cinta hadir buat diriku dan keluarga. Aku mahu begini, macam ini untuk selamanya. Janganlah bahagia hanya buat seketika.

“Mama love Ayah?” Soal Haikal sebaik kami bersedia untuk tidur. Aku memandang wajahnya dengan riak hairan. Kenapa dia ni?

“ I ask you, Mama love Ayah?” Soal Haikal, penuh serius.

“ I do love you Ayah.” Ujarku. Haikal tersenyum lebar.

“ Then, lets make love..” Ujarnya dengan ketawa. Aku mencubit lengannya. Gatal!

++++

“ Okay. Dalam hujung minggu ni kami balik Kedah. Terima kasih Along.” Haikal mematikan telefon. Apa yang disampaikan Along tadi? Wajah Haikal kelihatan sangat serius. Aku menunggu haikal kembali ke meja makan. Deringan telefonnya ketika kami sedang menjamu selera mematikan suapannya.

“ Ada apa Along call?” soalku sebaik sahaja Haikal kembali duduk semeja. Mulut Asyaaf yang comot dengan kicap. Nasi berlaukkan telur rebus dan kicap memang favourite Asyaaf, ayam tak dilayannya.

“ Police had caught Zhamry and his Boss.” Allah! Syukur.

“ Alhamdulillah, tapi Boss tu siapa?” Setahu aku yang kami ingin sangat ditangkap hanya Zhamry Sabri, tapi siapa pula Bossnya yang turut ditangkap?

“ The one who setup all the plan, sayang..” Aku mengangguk, dalang di sebalik semua kejadian telah turut sama ditangkap. Ialah bila sudah ditangkap, pastinya diseret semua yang terlibat.

“ How ‘bout all my pictures?’ Aku teringatkan ugutan Zhamry tentang gambar-gambarku.

“ Don’t worry, everythings are settle.” Jawab Haikal dengan senyuman. Tangannya lantas menggenggam tanganku, aku mengangguk perlahan dan membalas genggamannya lebih erat.

“ Selagi B ada dengan Zu, Zu tak risau.” Ujarku spontan. Ayat itu keluar setelah aku rasa tenang melihat redup wajahnya yang memberikanku seribu ketenangan.

“ Selagi B bernafas, B akan sentiasa berada disisi Zu, insyaAllah. Hujung minggu ni kita balik, kalau boleh Zu mintak cuti seminggu.” Aku menggangguk lagi. Baru sebulan lebih aku bekerja tapi telah banyak kali aku bercuti, kecemasan. Bukan aku sengaja tapi ia tanpa aku duga. Moga selepas ini aku dapat bekerja dengan sebaik-baiknya.

+++

Pang!!!

“ Kurang ajar kau Alisya! Aku tak sangka kau sehina ni!” begitu kuat Haikal menampar pipi Alisya yang gebu itu setelah keluar dari mahkamah. Mahkamah menjatuhkan hukuman 11 tahun penjara kepada Alisya dan Zhamry. Ikat jamin tidak dibenarkan kerana perbuatan mereka telah melampaui hak kemanusiaan. Aku tidak berdaya menahan Haikal dari menyentuh Alisya. Aku bukan cuba berlagak baik, tapi tak manis bila lelaki memukul perempuan.

“ Aku buat semua ni sebab kau Haikal, sebab kau!”

“ Apa salah aku dekat kau hah?!!!”

“ Aku sayangkan kau.. aku sayangkan anak aku!!! Aku benci perempuan tu!!” Aku tahu, akulah perempuan yang amat dibenci oleh Alisya. Aku tidak pernah ada salah kepada dia, aku yang sepatutnya membenci dia kerana meruntuhkan rumah tangga kami.

“ Ini memang anak kau! Tapi kau dah buang dia, kau tinggalkan dia sebaik sahaja dia tengok dunia, ibu jenis apa kau ni! Jangan harap aku akan sayang kau lepas apa yang dah kau buat dulu!!!” Haikal betul-betul marah.

“ Kau sayang aku.. kalau tak kau takkan pergi US untuk cari aku kan..” Alisya masih merayu cinta Haikal dengan tangisan yang tidak berhenti-henti.

“ Itu sebab aku sayangkan Asyaaf, anak yang kau nak buang! Selepas kau putuskan pertunangan kita dulu, cinta aku, sayang aku pada kau dah lama terkubur Alisya, dah terkubur!”

“ Asyaaf bukan anak kau Haikal kenapa kau ambik peduli, dia bukan anak kau!”

“ Itu dulu sebelum dia dilahirkan, tapi sebaik sahaja Asyaaf keluar dari rahim kau, dia adalah milik aku, mahkamah pun dah sahkan, Asyaaf anak jagaan aku, anak aku!” Alisya masih meraung-raung, merayu cinta dan melempiaskan marahnya. Aku yang sedang mendukung Asyaaf hanya mampu melihat dan menyaksikan dan dengar segala perkara yang selama ini aku cuba mahu tahu. Hari ini aku tahu semuanya.

“ Haikal, maafkan aku.. terimalah aku kembali. Please...” Pegawai yang mengawal Alisya menarik Alisya supaya berjalan ke arah truck polis yang telah menantinya sedari tadi. Haikal melangkah ke arahku dan terus memelukku dan Asyaaf. Dahiku dikucup, lama. Marahnya hilang, wajah yang merah kini kembali tenang. Along menepuk perlahan bahu Haikal memberikan semangat. Semua sudah terjawab. Alisyalah dalang semua ini. Hanya kerana hasad dengki kepada kebahagiaan Haikal yang selama ini disangkanya Haikal akan menderita sebaik dia meninggalkan Haikal. Sangkaannya meleret dengan kedatanganku dalam hidup Haikal.

Pertemuan aku dan Haikal sebaik sahaja aku tiba di Malaysia telah dihidu oleh Alisya yang kebetulan pulang ke Malaysia tika itu. Kegembiraan aku, Asyaaf dan Haikal di taman Jubli telah menyebabkan dia menyangka aku dan Haikal sudah kembali bersama. Bodoh Alisya, kalau dia tidak merancang penangkapan aku dan Zhamry mungkin kini aku dan Haikal belum lagi kembali menjadi suami isteri. Zhamry Sabri atau nama sebenarnya Affendi Jusaoh adalah warganegara Thailand yang menetap secara haram di Malaysia selama 10 tahun. Affendi telah lama berkhidmat dengan Alisya sebagai anak ikan kepada Alisya semasa Alisya di Malaysia. Kerana benci kepadaku, dia telah mengupah Zhamry dengan wang bernilai RM 200 000 jika dia dapat buat aku malu seumur hidupku dan jijik dengan diriku sendiri. Waktu aku diculik Affendi dan konco-konconya, Affendi memang cuba untuk merogol aku tapi pegawai agama datang lebih cepat dari dijangkanya. Allah sangat sayang pada aku! Alhamdulillah, syukur! Segala teka-teki telah terjawab, namun hanya teka-teki antara aku dan Haikal. Aku masih ingin tahu lebih mendalam dari mulut Haikal sendiri, bukan seperti kejadian tadi. Masanya akan tiba, pasti!

++++

“ B tak patut tampar Alisya.” Rungutku setelah kami menaiki kereta. Asyaaf ada bersama ibu, pulang lebih awal, kerana sebentar tadi pihak pendakwaraya ingin berjumpa aku. Tiada apa yang disampaikan, hanya tahniah dan pesanan untuk lebih berhati-hati dimasa hadapan. Zaman sekarang sesiapapun boleh jadi musuh, walaupun saudara sendiri.

“ I hate her so much sayang, I can’t stop my anger that time.” Haikal memberikan alasan.

“ Sabar la sikit, pantang cuit nak meletus, pantang cuit nak meletus. Mana Haikal yang sabar tu..”

“ Ada ke Haikal yang sabar?” Haikal mula cuba mengenakan aku. Aku mencebik. Malas nak layan. Haikalkan pemimpin autokratik!

“ Kita pun kena discuss juga, banyak benda Zu nak tahu..” Ujarku setelah beberapa ketika kami menyepi. Haikal mengangguk perlahan, matanya masih pada pemanduan.

“ So.. are you ready to know all of it?” Haikal menyoalku. Mungkin, mungkin aku telah sedia, sebab hati aku sudah terlalu banyak mempersoalkannya.

“ InsyaAllah.”

“ Okay, malam ni kita pergi dinner, Asyaaf kita suruh Ibu jaga kejap. Then kita bincang.” Haikal cepat membuat perancangan. Kenapa dia selalu cepat?

“ That fast?’

“ Tadi kata ready?”

“ Tak la, ingat nanti-nanti ke..” Haikal mula mendengus, nak marah dah! Dengusannya itu ala-ala asap permula kepada letusan gunung berapi.

“ Nak tahu ke tak.. kalau nak malam ni, tak nak, tahun depan la jawabnya.” Ah! Pemimpin kuku besi ni!!

“ Yela-yela, malam ni.” Aku sentap! Haikal boleh pula ketawa. Geramnya!

“ B..” aku menarik tangannya, menghalang dia daripada keluar daripada kereta, ada perkara yang tiba-tiba aku ingin tahu.

“ ye.. kenapa sayang?” mukanya berubah melihat riak wajahku yang mulai mendung.

“ B sanggup tak buat Zu macam B buat Alisya tadi..” Haikal mengerutkan dahinya. Mungkin tak faham.

“ Do you mean, slap?” Aku mengangguk, aku larikan anak mata dari panahan mata Haikal yang tajam.

“ Yes.” Aku terkedu dengan jawapannya. Aku tidak tahu apa yang patut aku katakan. Aku terus keluar dari perut kereta dan melangkah ke dalam rumah. Tak sempat melangkah, Haikal menarik tanganku, mendekatkan aku dengan dirinya.

“ Yes, i do have to touch you, but not to hurt you, it is more to teach you. I do have to touch you with my hand, to make you feel how much i love you.” Ujar Haikal sambil tangannya menyentuh lembut pipiku, dielusnya perlahan dan membuatkan aku memejamkan mata perlahan dan terasa indah dibelai.

“ B akan buat macam B buat Alisya tadi, kuat juga, tapi bukan dengan tangan, tapi..” aku terus membuka mata dan memandangnya.

“ Tapi dengan apa?” Soalku. Haikal sudah muncungkan bibirnya. Apa kes?

“ dengan ni..” Haikal memuncungkan lagi bibirnya. Aku mengangkat kening, bermaksud menyoal, apa?

Terus sahaja, cupp!!

Bibirnya terlekap dipipiku. Aku merona merah. Malu! Ada ke cium aku dekat luar rumah, kalau jiran nampak macam mana. Haikal cuba lakukan sekali lagi, terus aku berlari jauh daripadanya.

“ cepat la sayang, B nak tampar sayang ni.” Ujar haikal dengan bibir yang sengaja dimuncungkan dan mengejarku.

“ B.. taknak... ei.. macam angsa bibir besar jek..” jeritku sambil berlari mengelilingi kereta. Haikal masih setia mengejar. Kami berkongsi gembira. Bahagia. Tentu sahaja aku bahagia!

Tapi jauh di sudut hati, aku takut ada mendung yang melindungi cerahnya mentari…

sayangnya… anak bangsaku..

bismillahirrahmanirrahim.

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

+++

abc sedih dengan melihat perlakuan dan tingkah laku anak bangsa kita, melayu.

apa nak jadi dengan generasi muda kita? layakkah mereka nanti memimpin sebuah negara yang aman dan sedang membangun ini?

kenapa abc emo? kenapa tiba-tiba patriotik?

Nilai Patriotik perlu ada dalam hati setiap anak Malaysia. biarpun sikit sangat, asala ada, dan itu akan cukup buat dia sedar pentingnya negara yang aman dan membangun kepada dia dan anak-anak dia nanti.

al kisah bermula:

semalam abc pergi lunch dengan kawan-kawan LI kat opis. pergilah kat satu gerai. almaklum cuti sekolah ramai sangat budak-budak muda. mak tak masak kat rumah ke dik.. erm.. tak kesahlah.

yang kesah sangat tu.. tahap KESO-SIALAN mereka.

lelaki perempuan, takde batas! mungkin itulah zaman era kemajuan kut.

si perempuan merokok!!! Ya Allah, apa nak jadi dengan anak melayu? kecik lagi. masih bersekolah kalau lihat gaya diorang.

mencarut jangan cakaplah. macam perkara yang biasa dan tak salah.

si lelaki pula. muka pun nampak tak berapa baligh lagik, merokok. asap kepul2,

dik.. mana dapat duit beli rokok tu? duit belanja sekolah adik menabung ye?

abc memang cuba tak ambil kesah, tapi hati kata abc ada tanggungjawab.

abc bakal seorang guru kelak, tak mustahil antara mereka-mereka itu ada yang bakal menjadi anak didik abc.

Allah!

+++

teringat dengan Dr.Rohana, kuliah PTV.

memang kuliah Dr jauh dari isi kandungan, beliau lebih kepada pengisian rohani untuk anak didiknya. dan salah satu perkara yang melekat dalam hati abc tentang satu isi dalam kuliah dan nota.

tugas seorang guru:

bukan hanya menyampaikan pengetahuan dan isi ilmu dunia akan tetapi mendidik jiwa mereka terhadap apa yang bakal mereka lalui dalam kehidupan mereka. apa yang boleh mereka gunakan dengan ilmu yang mereka belajar itu.

kalau kenal abc, pastinya tak boleh ditipu orang lain

kalau tahu 123, pastinya tak dikelentong harga barang.

kalau tahu sejarah negara, pastinya kisah lama takkan pernah berulang lagi.

++++

abc sentiasa berdoa pada DIA, moga adik2 abc dijauhakan dari segala tipu daya dunia.

moga adik2 abc tidak jadik salah seorang seperti mereka. amin!

Sunday, May 29, 2011

rasa diri, sebelum tidur

abc belum solat.
inilah lemahnya seorang gadis bernama abc,
suka lewatkan solat huuhuhu

bukan membuka aib tapi tegur diri sendiri.

selesai menjenguk kawan2 sekolah.
mungkin diorang tak sedar, biarlah. abc cuma nak tahu alkisahnya mereka.

sangat rindu pada mereka, dulu rapat sekarang jauh sangat.
abc bukan pandai berkawan, bila dah baik, abc mula buat perangai.
sedar lemahnya diri ini.

abc rindu mereka2 yang pernah dkat dalam hati. ^^v

macam kurang kaseh sayang je kan?

hehehe

teringat banyak perkara malam ni.
kenangan masuk asrama. susahnya masa tu. hampir2 tak dapat masuk.
rancangan Allah kita tak dugakan.

kenangan masuk matrik, susahnya masa tu.
tapi abc insaf pada mula.
entahlah. bukan tak cuba, abc cepat lalai dan cepat hanyut,
mujur masih kuat pada hijab yang menutup diri. Allah!

kenangan masuk UTM. sedih.. sedih nak tinggal famili.
susah jugak, tapi mama berusaha sehabesnya. sebab tu sayang sangat dekat mama.
alhamdulillah. abc maseh kekalkan rasa nak berjaya. kurang sikit malasnya untuk belajar. masih dekan untuk kali ke 6 (insyaAllah untuk 8 sem) ^^b

tapi boros!

erm.. abc cepat lupa. mujur ada DIA yang tak jemu menyedarkan.
Allah ada tika abc memerlukan. siapa kata DIA tak sayang.
ujian tu kan tanda sayangNYA . ^^v

Allah kuatkanlah imanku. amin.

jom solat dan tidur.

Saturday, May 28, 2011

selsema dan pening

bangun subuh pagi tadi,
abc pening kepala sangat2.
terasa perit.

gagahkan jugak bangun.
sebab mama takde kat rumah.
so i'll be the 'mum' hehehe

basuh baju, pinggan mangkuk
semua kena buat,
takkan nak biar sampai busuk kan.

pening-pening
ubat petang baru ada (baru suh adik beli)

lepas telan 2 biji activefast, lega.

moga esok sehat sahaja,
kerja-kerja!

doakan kesihatan abc.
moga cepat LIF siap. ^^v

love is forever ~ 23i

LOVE IS FOREVER

Malam itu, terasa seperti ingin tahu akan hal yang lama. Tika indah bahagia, tak salah andai aku cuba menggali sedikit kisah sedih kami dahulunya. Mungkin bisa selesai sebaik-baiknya kan? Setelah siap menidurkan Asyaaf, aku masuk ke bilik. Haikal sudah siap baring di atas katil sambil membelek beberapa kertas kerjanya, satu benda yang baru aku tahu. He some kinds of workaholic! Ummi ada cakap sebelum ni, tapi aku tak nampak sifat tekun bekerjanya tu sepanjang aku kenal dia, dan Ummi ada cakap juga, selepas aku ada dalam diari hidup dia, sifat itu kurang sedikit daripada biasa.

“ Sayang.. abang nak buat kerja sikit..” tegurnya setelah dokumen yang sedang asyik dibeleknya aku ambil. Aku menjelir.

“ Abang?”

“ Opss.. i did it again... sorry, B nak buat kerja kejap boleh honey?” Aku ketawa riak wajahnya. Kalau orang lain aku rasa dia dah marah, dengan aku dia kurangkan tegasnya itu. Aku serahkan kembali kerja-kerja itu kepadanya. Haikal kembali menelek kerjanya, berkerut-kerut dahi. Siang tadi ada aku dengar perbualan Haikal dengan pekerjanya di Kuantan, mungkin ada masalah.

“ Ada masalah?” Aku menyoalnya setelah, selimut siapa aku tarik membaluti tubuh. Haikal memandangku sekilas dan mengangguk. Aku mengangguk tanda faham.

“ Esok kita singgah la Kuantan dulu, b boleh selesaikan dulu.” Aku cuba berkompromi.

“ No, its okay, tak besar sangat pun.” Jawabnya tak sedikitpun pandangannya dikalihkan daripada kerjanya.

“ Tak besar la sampai ke katil nak beleknye semua tu.” Aku mencebik. Kata-kataku membuatkan dia memandangku dengan senyuman.

“ Aik.. merajuk ke sayang..”

“ Taklah.. cakap aje..”

“ ke malam ni nak buat test lagi?” Ujar Haikal, nakal! Aku membuntangkan mataku. Tanganku pantas mencubit lengannya. Dia ketawa terkekek.

“ Gatal!”

“ sayang ni.. spesies ketam ke apa, tajam betul cubitnya.” Haikal masih menggosok-gosok lengannya yang aku cubit. Aku hanya menjelir, bantal aku betul, sedia untuk tidur.

“ Sayang..” Panggil Haikal perlahan. Aku mengalih tubuhku menghadapnya.

“ Sayang tak marahkan b lagi?” Soalnya, aku hanya tersenyum, aku hampir terlupa niatku pada awalnya. Aku ingin tahu sesuatu.

“ Tak marah, tak pernah marah, sebenarnya lebih kepada ingin tahu tapi taknak menerima kebenaran.” Jawabku berjela.

“ Uish.. ayat sasterawan tu...”

“ Main-main..” marahku. Aku serius dia main-main pula.

“ Okay-okay, sorry.. want you really want to know?” ujar Haikal dengan sisa tawanya.

“ erm.. banyak la.. yang pertama dan sangat pertama.. kenapa B sanggup buat Zu macam tu?”

“ Buat Zu? I do what?”

“ Tinggalkan Zu.. kembali kepada Alisya..”

“ Bukan kembali pada Alisya, no I’m not!, Yes i do left you but i didn’t mean it. I really-really regret what i have done to you sayang.” Jelas Haikal. Aku mengangguk-angguk. Haikal meletakkan semua kerjanya ke atas meja ditepi. Ditariknya aku agar tidur berbantalkan dadanya, tanganku digenggam kemas.

“ B ke UK untuk mencari Alisya. Tapi Allah ada perancangan yang lebih besar, DIA pertemukan B dengan sayang. Somehow, our love are forever. Kemana kita pergi, kita tetap akan bersama, insyaAllah.” Aku mengangguk tanda setuju dengan kata-katanya.

“ But, kenapa B curang dengan Zu, dekat KLCC tu..” Soalku lagi.

“ Kan B kata, B tak curang... Susah nak jelaskan dekat sayang. Tapi betul B tak curang.. yang sayang nampak tu semua salah faham, ye memang nampak macam B curang, tapi B tak curang, betul!” Bersungguh Haikal mahu menjelaskan.

“ yelah – yelah, tak curang...”

“ Tak caya la tu..”

“ Tak kata apa-apa pun..”

“ With your ‘yelah’ i know that you are not believing me sayang..”

“ Bukan tak percaya.. curious aje..” Aku ketawa kecil, manja. Haikal mencium dahiku.

“ Bila B rasa sudah sampai masanya, B akan cerita dekat sayang from A to Z. Takkan tinggal even satu titik atau koma pun..” Kata-kata Haikal itu membuat aku sedikit lega, kiranya akan tiba masa kami akan membongkar segala-gala. Mungkin bukan sekarang, kami baru mahu membina kepercayaan dan keserasian dalam diri kami masing-masing. Kami baru membaja cinta belum lagi tahap menjaga atau membelai manja. Masa itu akan tiba..

“ I wait for it..”

Friday, May 27, 2011

lambat

salam buat semua.

abc terlambat dalam meng'update blog
agak busy lately. dan letih,

mungkin sebab seharian dalam aircond.
mulut pun dah pecah2.
kulit dah berjerawat, (b4 ni tak macam ni pun)

+++

LIF? abc akan post malam nih.
wait for Haikal and Zulaikha!

Wednesday, May 25, 2011

love is forever ~ 23

 

LOVE IS FOREVER

Usai siap bertudung, aku melangkah ke bawah untuk sarapan. Haikal lebih awal lagi turun ke bawah sementara aku sedang mandi. Aku ke bilik Ibu untuk mengambil Asyaaf yang telah siap dimandikan oleh Kak Julia, isteri kepada Angah. Kedua-dua mereka belum lagi dikurniakan anak. Mereka berdua baru sampai ke Malaysia sejam sebelum aku bernikah. Kak Julia menyambung pelajarannya ke Australia, jadi Angah tidak mahu berpisah dengan isteri, mengikut kak Julia dan turut menyambung pengajian di sana. Cinta zaman sekolah hingga je jinjang pelamin, jadinya kasih mereka sudah terlalu erat, bak kata orang, cubit peha kanan yang kiri juga terasa sakitnya.

Aku mendukung Asyaaf ke bawah, demamnya sudah kebah. Sudah semakin aktif jadinya. Ibu kata, budak kecil memang selalu demam, demam sebab nak membesar, betul ke? Dari anak tangga, aku melihat Along, Angah dan Haikal khusyuk berbincang yang aku agak berat, sebab semua muka serius aje. Haikal sempat berpaling dan memberikan senyuman yang manis tapi penuh makna. Ah! Terasa panas menyerbu muka.

“ Amboi pengantin baru kita, tersenyum-senyum depa..” Usik Angah melihat kami berdua yang berbalas senyuman. Aku menjelir. Malu!

“ Angah jeles la tu, pengantin lama..” Usikku kembali. Along dan Haikal hanya ketawa. Angah, abang yang paling suka mengusikku. Masa kami masih kecik, Angah selalu mengusikku hingga aku menangis, akibatnya Angah akan dimarah oleh ibu, tapi dia tak hairan pun, lagi menjadi-jadi adalah.

“ Untung Zu kan Long, baru semalam nikah, tup-tup pagi ni dah dukung baby.” Geram aku dengan usikan Angah. Ayah dan Ibu turut ketawa, Along jangan katalah, Kak Long dan kak Ngah hanya tersenyum-senyum. Haikal turut ketawa, langkahnya di atur menghampiriku. Asyaaf aku turunkan, berlari-lari si kecil itu ke arah meja makan. Haikal datang dan terus menarik tanganku ke dalam genggamannya, aku hanya tersenyum dengan tindakannya. Tak aku duga, Haikal pantas mencium dahiku penuh mesra. Aku sendiri terkejut dengan tindakannya. Mulalah suara-suara sumbang Along dan Angah berbunyi, dan tak di duga Ayah yang mengusik.

“ Amboi pengantin, tak cukup lagi ye semalam.” Ibu ketawa mengekek dengan usikan ayah. Malunya! Aku membuntangkan mata pada Haikal, geram! Haikal hanya tersenyum penuh makna. Sangat penuh makna! Kejadian pagi tadi masih terbayang, memalukan!

Sebaik azan subuh kedengaran, aku mula tersedar. Tersedar yang aku berada dalam dakapan suamiku, Haikal. Aku fikir Haikal masih belum bangun, jadinya, aku mengambil kesempatan ini untuk menilik wajahnya. Teringat saat kali pertama kami bersama dahulu. Kekacakan wajah Haikal membuatkan aku terasa kerdil pabila bersamanya. Mungkin kerana rasa itu membuatkan aku sentiasa dalam keadaan curiga. Siapa tak takut suaminya yang kacak digoda? Wajah melayu asli, tiada campuran mana-mana. Bukan Pan- Asia dan bukan juga seperti hero-hero korea kegilaan gadis remaja. Jemariku asyik membelai wajahnya, senyuman terukir dibibir Haikal. Aku terkejut melihat reaksinya yang tiba-tiba dengan mata yang masih rapat terpejam. Haikal mengeratkan pelukannya, dahiku dikucupnya, turun ke mata, pipi dan berhenti lama dibibir. Haikal membuka matanya, cepat-cepat aku tundukkan pandangan, malu! Haikal tersenyum lagi, perlahan dia bisikan;

“ Terima kasih sayang..” Ah! Segan aku dibuatnya. Merona merah wajahku. Mujur masih gelap, kalau tidak pasti Haikal dapat lihat betapa merah wajah aku sekarang. Perlahan dia bangun dan melangkah ke bilik air. Beberapa ketika aku melayan perasaan sendiri, Haikal terpancul di muka pintu bilik air.

“ Sayang, jangan lupa tukar cadar ye.” Ujar Haikal lalu kembali ke dalam bilik air. Sengaja! Baru aje aku hilangkan rasa malu dan segan aku dengan Haikal, sengaja dia wujudkan rasa itu kembali. Aku bangun dari pembaringan, rambut aku sanggulkan. Baik aku segera menukar cadar sebelum Haikal keluar, kalau tidak lagi segan! Bisik hatiku sendiri. Subuh kami solat berjemaah suami isteri. Inilah indahnya perkahwinan, dan inilah yang selama ini ingin aku rasakan kembali, saat kami berdua bergelar suami dan isteri. Haikal seorang yang menjaga solat, dan aku yang dulunya liat hendak bangun subuh sudah terbiasa bangun dengan sendiri selepas menjadi isteri Haikal. Kadang-kadang aku ada terfikir. Aku mungkin matang awal dari usia aku kerana aku punya suami seperti Haikal. Aku jadi sematang dia. dan aku rasa, jika Haikal bukan suamiku, aku tidaklah sekuat mana menjeruk hati ditempat orang. Semua bagai ada hikmahnya.

++++

“ Kejap lagi Abang nak pergi buat report tentang ugutan Zhamry tu, sayang kena ikut sekali.” Ujar Haikal semasa kami semua sedang menikmati sarapan pagi beramai-ramai.

“ Dia ganggu kamu berdua lagi ke?” Soal Ayah dengan riak penuh persoalan. Bukan Ayah saja, semua yang ada. Aku mengangguk perlahan.

“ Dia jerat diri sendiri Ayah. Kami dah tahu dia akan buat ugutan. Kalau dapat tangkap dia, kita akan tahu dalang sebalik kes ni.” Sampuk Along yang berada di sebelah Ayah. Semua mengangguk dengan penjelasan Along.

“ Zu tak payah balik Johor lagi, duduk sini dulu, Ibu risaulah.”

“ Tak boleh lah bu, Zu baru seminggu lebih mengajar, dah la daftar hari tu lewat, kesian students Zu.” Aku membantah cadangan ibu. Bukan sengaja, tapi memang aku ada terfikir, tapi apa nak ditakutkan, akukan dah pakai bodyguard a.k.a suami!

“ Takpe bu, Haikal akan ikut Zu balik sana, Asyaaf sekali, Haikal kerja sendiri, jadi senang nak ambil cuti.” Haikal seolah-olah membaca fikiranku saat ini. Ibu hanya mengangguk perlahan. Aku tahu ibu risau.

“ Ibu jangan risau eh.” Ujarku sambil memeluk bahu ibu. Ibu mana yang tak risaukan anak? Aku tahu hati ibu, sebab akukan Mama Asyaaf.

++++

Menurut maklumat pihak polis, Zhamry Sabri menggunakan kad pengenalan palsu semasa memberikan maklumat kepada pihak Jabatan Agama tempohari. Nombor kad pengenalan yang digunakan adalah milik seorang lelaki berbangsa cina. Namun begitu, Zhamry tidaklah sebijak mana, wajahnya di kad pengenalan adalah milik dia sendiri. Pihak polis sudah mengesan kedudukannya, dalam tempoh 24 jam mereka akan memaklumkan penangkapannya. Moga Allah permudahkan urusan pihak polis, moga kebenaran dapat ditegakkan!

“ B ingat nak beli rumah dekat Johor.” Haikal bersuara sebaik kami berada di dalam kereta. Kalau berdua, Haikal akan biasakan dirinya dengan panggilan B dan kalau dihadapan orang lain, dia senang bahasakan dirinya dengan abang. Hendak bermanja hanya bila berdua katanya. Aku hanya ikutkan, tapi ada baiknya, malu juga nak bermanja walaupun depan keluarga kan?

“ Beli? B memang nak duduk Johor? JB pulak tu.”

“ Habis tu, sayang nak sewa? Lagi mahalkan, RM650 sebulan?”

“ Tak lah, I mean, kita memang nak menetap dekat JB?”

“ Sayang kan kerja dekat UTM, pensyarah, as u wish. B boleh bukak cawangan dekat JB. Dulu dah buka bagi orang jaga, tak jalan, terus tutup.” Haikal menjalankan perniagaan membekalkan alat tukar ganti bagi barangan elektrik. Kalau dekat Pahang, lagi banyak perniagaan yang dia buat, yang paling besar, membekalkan daging lembu dan kambing. Perniagaan yang dibuat untuk membantu belia kampungnya.

“ Sayang ingat nak duduk kampung, pindah Pahang ke..” cadangku. Aku lagi suka suasana kampung dari bandar. Aku mahu Asyaaf dan bakal anak-anakku membesar dalam suasana kampung yang lebih tenang, tak sangka aku dah pasang angan-angan sendiri, hatiku ketawa sendiri.

“ Erm.. B ikut aje, but for this while, kita jadi orang bandar dulu eh. Nanti kita fikirkan lagi ye sayang..” Ujarnya sambil sempat jarinya mencuit hidungku.

Inikah bahagia yang aku dambakan? tatkala hatiku menjeruk seribu rasa benci pada dia. Kini dia suamiku secara sahnya. Mana hilang benci itu? Mana hilang marah itu? Lenyapkah? Atau aku hanya mempergunakan dia untuk menutup aibku? Dia.. benarkah dia cinta? Benarkah dia setia? Aku telah serahkan segala-galanya pada dia suamiku, tanpa aku tahu punca seksanya kisah semalam. Setelah aku mula rasa bahagia dan cinta, perlukah untuk aku kembali menyoal kenapa dan mengapa, perlukah aku membangkit perang dunia untuk sekian kalinya?

Aku menggenggam erat tangannya, tanpa sedar. Spontan tatkala hati berdebat sesama mereka. Hati! cepatlah umumkan pemenangnya, aku tak mahu resah setiap masa, curiga setiap kali bersama. Aku cuma mahu tahu, yang kami akan bahagia di akhir segala cerita.

hari kedua (2)

harini, abc sambung buat keja semalam.
masih banyak lagi yang belum selesai.
buku rekod banyak tak jumpa, huhuhu

jari-jari abc jadik biru, sebab main stamp biru tu.
but i'm enjoying my job, something new to learn kan?

hari ada lawatan audit, untuk 5S.
apa tu 5S? try google na.. nak terang panjang kut.
short form dia, kemas dan bersih. hehehe

esok? sambung lagi dan habes!
yeah..

masuk pukul 7.45 (sebab kena punch card, salah eja kut..)
tengok jam, mengira bila nak pukul 5 petang. hahahaha

my office mate, yang sama buat LI, dah abes LI esok. bestnyeeeeeee
abc? bulan 7, 14 hari after my besday. ^^v

+++

tak sabar nak pergi esok.
sebab nak tunggu hari khamis.

hope esok ada lagi benda baru yang abc belajar tentang pengurusan sumber manusia.

salam ukhwah! bye


korang mesti tunggu LIF kan? me too!

Monday, May 23, 2011

hari pertama (1)

bolehkan kalau abc menulis (sambil menghitung) hari-hari abc LI?

sekadar membuatkan abc tak terlalu stress kena bangun pagi dah tak boleh tido petang.

+++
hari pertama:

malam tu abc tak boleh tido, nervous.
dan apa yang abc ramal berlaku.

kenapa cikgu kena masuk LI?

susah nak jawab. dan harapnya jawapan abc memuaskan semua pihak.

kerja hari pertama, kemas kini rekod. first time buat kerja pejabat. takut jugak nak buat perangai selamba.
mujur ada budak-budak LI dari U lain, kira tak lah abc jadi kera sumbang,
but, encik-encik dan puan2 ofis baek-baek belaka. tak lokek untuk menegur dan menyapa,
membuatkan abc yang sedia pendiam ni boleh bertegur sapa dengan diorang.

abc buat kerja sepantas boleh, sebab banyak lagi yang kena selesaikan. huhuhu
ingat bila siap yang bertimbun akan lega, rupanya ada lagi setimbun.
but okay la dari takde keja kan?

+++
esok?

sambung buat kerja la!


Sunday, May 22, 2011

bila cikgu masuk opis!

assalamualaikum.

abc belum update LIF. kinda busy, utk bersedia masuk LI

abc akan mula LI bermula esok!

neves,nebes,sebes! semua adoooo

+++

macam mana cikgu buat keja opis?

erm. nanti kita tengok! hahaha

Saturday, May 21, 2011

fiction but i do love it!

after watching Narnia at tv3 (even i had watch it before), membuat abc tak sabar

menanti Narnia 4 katanya akan ditayangkan 2013. wuahhhhhh..!

but Harry Potter 7 pun belum tengok. hehehe

narnia-4

+++

kenapa suka?

sebab cerita dia sangat menguja.

yes, cerita tu agak mengarut bagi sesiapa yang tak suka, but sangat best.

luar imaginasi kita. dalam imaginasi penulisnya.

abc tak pernah baca buka Harry Potter or narnia.

mesti lagi mengujakan kan?

Harry_Potter_and_the_Deathly_Hallows_Part_2 (9)

++

i can’t wait to wacth Harry Potter 7 ( 2 episod kan)

and Chronicles of Narnia.

sapa ada DVD, nak pinjam!

Friday, May 20, 2011

jom karok!

Align Centeri'm in the middle of no way.
hahaha
macam tajuk lagu kan?

jom karok? huhuhu
abc banyak kerja utk dibuat sebelum masuk LI this monday.
tapi malas dowh!

abc sedang membuang masa, merakam suara sendiri.
adik abc kata: abc la komposer, abc la penyanyi nye.
hehehe

abc belajar mendeklamasikan puisi sendiri.
ah! tak pandai la.
but i love to bersajak!
pernah buat persembahan tau, hahaha

^^v
karok bila hilang idea untuk menulis.

i love dancing.

what kinds of dancing?
dunno.
traditional? classic? jazz? cha-cha (faqir!!) hipHop?

entah. abc bukan tau.
tapi abc suka tengok orang dancing.
sangat suka (even tau tu perkara yg lagho.. =.=")

u'ols tengok SHOWDOWN?
i love it so much!

last year wakaka crew menang. (dah tau dari mula!)
abc suka tengok wakaka and giler battle.
wakaka some kind of cute.
giler battle macho!
hehehe

tahun ni?
abc baru nak tengok.
tak kenal group mana lagi.
baru tengok episod kedua. ^^v

+++

kalau diberi peluang, abc nak belajar makyong and tarian ngajat.
abc lebih suka tradisional. ^^v

korang minat dance?

you think you can dance?

Thursday, May 19, 2011

Anugerah Blog Paling Popular?

anuar (penganjur) ada datang and mesej abc di shoutbox,
lagi 5 blog untuk memenuhi percalonan.
anda dah join?

abc?

tak kut, sebab abc punya blog tak cukup fofular.
update pun jarang.
and takut termenang (perasan!)
hahahaha

kalau abc menang, komfem blog abc kena bakor
yelah, menipu benar lah. hahaha

eh.. korang-korang blogger yang hebat, traffic blog yang selalu tinggi
jangan tak join.
nanti kalau kena undi, text abc, kompem abc undi korang!

^^v

semua kena bersungguh!

teringat kata2 ex-pengetua sekolah dulu
Encik Khalid Bin Dan

"makan sungguh2, main sungguh2, tidor sungguh2, belajar sungguh2"

dalam erti kata lain, semua benda yang kita buat kena bersungguh
setiap perkerjaan yang kita buat kan satu ibadah.

+++

oleh sebab itu, abc nak mulakan azam untuk bulan yang baru, sebelum abc genap 22 tahun july nanti.

semua perkara abc nak buat SUNGGUH-SUNGGUH.
^^v

menulis dengan bersungguh2, jangan minat separuh jalan.
belajar bersungguh2, jangan rajin setengah jalan
diet sungguh2, jangan untuk setengah bulan.

banyak cerpen tertangguh (tiada ending)
sebab tidak bersungguh2.
=.="

okay. ABC AKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH!

Wednesday, May 18, 2011

blogger malas update blog!

that is me! not some one else.
=.="

malas kut.
tak lah.

takde mood kut
entahlah.

abes tu, hang pasaipa abc?
erm.. aku..aku.. aku takdak idea la. pala aku runsing ni.

runsing? pasaipa plak dah aih?
erm.. aku nak kawen!

la.. awat lagu tu plak?
erm.. taktau perasaan tu datang.

pi la habaq kat mak hang, kan selesai masalah.
aku.. aku tak berani.. mak aku komfem tak bagi.

la.. awat plak tak bagi.
calon suami aku tu.. aish.. susah la

kenapa? dia takmau kawin ngan hang?
A'ah...

dah tu? pelik la hang ni.. awat dia taknak kawen?
dia ada Elena.. Nora Elena

Cilakak!

+++

abc merapu. hahaha
lately, abc takde idea menulis, just ikut apa yang ada.
nak bergosip, bukan blog gosip
nak baca berita, abc tak baca paper.
nak bagi tazkirah, ilmu cetek sangat.
erm..
so taktau nak tulis apa. ^^v

love is forever ~ 22i

Lewat malam, aku terjaga apabila terasa badanku tidak selesa, bagai ditimpa sesuatu yang agak berat. Bila aku cuba pusingkan badan, terasa tersekat. Ada rasa erat dipeluk oleh tangan seseorang, peluk? Aku cemas bangun sedayanya dan menolak tangan yang erat memeluk pinggangku. Kejadian basah menerjah ke laman minda, Allah selamatkan aku! Sekujur tubuh lelaki yang hanya tidak berpakaian disebelah, membuatkan aku sedaya upayanya menepis tangannya yang memeluk erat tubuhku. Aku mula teresak bila si lelaki tersebut makin mengeratkan pelukannya.

“ lepaskan saya.. lepaskan!” aku menjerit apabila lelaki itu masih tidak melepaskan pelukannya. Haikal yang sedang tidur terkejut jaga dengan jeritan Zulaikha yang tidak semena-mena.

“ Sayang, kenapa ni sayang, mengucap sayang..” Ucap Haikal setelah membuka lampu tidur di sisi. Aku terpana memandang wajah Haikal. Haikal? Kenapa dia ada di sini? Soal hatiku sendiri.

“ Why are you here? In my room, hugging me?” Soal Zulaikha dengan marah dan penuh kehairanan.

“ Sayang? Mestilah b tidur sini... are you forgot something?” Soal Haikal kembali sambil menunjukkan cincin di jarinya. Aku memandang jariku, eh? Sama cincinnya, jadi.. Pap! Aku menampar dahi sendiri. Macam manalah boleh lupa. Aku tersengih pada Haikal yang sudah menggeleng kepala.

“ Terlupa la b..” Aku pun tak pasti kenapa aku boleh panggil Haikal dengan hanya panggilan ‘b’? Haikal tersenyum.

“ Bergetar jiwa b dengan sayang panggil b..” Mula dah Haikal ni, aku terus menarik selimut menutup seluruh tubuhku.

“ Zu ngantuk la b, night!” ujarku pantas.

“ You make me woke up early in the morning, then just like that?” Haikal soal dengan tidak puas hati, aku yang di dalam selimut dah terkekek gelak, perlahan. Selimut aku selak dibahagian kepala.

“ Zu terkejut, b seksi sangat, tidur pakai la baju, sejuk!” Aku mengusik Haikal. Pelik juga dia tak pakai baju, panas ke?

“ Sejuk tapi b ada pemanas..” Ujar Haikal dengan kenyitan mata. Aku mengerut dahi, tidak faham. Haikal ketawa.

“ Bestnya kahwin... ada pemanas semula jadi.” Ujar Haikal sambil cuba menghampiriku. Pelukannya aku elak.

“ Ei.. gatal ni..” Aku mencebik, aku segan sebenarnya, malu!

“ Dah kahwin boleh gatal-gatal Ummi kata..” Lagak Haikal macam orang kahwin muda.

“ Ayat tak sesuai, we are not that young kut?” Ayat aku cuba memerlinya, teringat kata-kata Haikal semasa di UTM tempohari. Haikal ketawa lagi. Kami berkongsi ketawa. Namun tak lama, tiba-tiba telefonku berdering. Siapa yang memanggil pada waktu begini? Jam pada telefon aku belek sebelum panggilan itu aku angkat. 2.30 pagi, siapa?

“ Helo.. assalam..” belum sempat aku memberi salam, suara pemanggil menerjah ke telingaku.

“ Indah malam ni Zulaikha?” suara itu seakan menyindir.

“ Siapa ni” Soalku penuh hairan.

“ Siapa bukan soalnya..” Suara itu menegah aku dari bertanya. Aku terkedu.

“ Apa awak nak ni?” Giliran aku untuk marah. Suara itu seakan cuba menakutkan aku.

“ Kau takkan dapat senyum lagi selepas ni..” Suara itu mengugutku, dia ketawa seperti orang gila.

“ Siapa kau ni? Apa kau nak dari aku hah?!” Aku mula menengking, marah bila diugut begitu. Haikal sudah bertanya siapa dan kenapa. Aku hanya menjawab dengan gelengan.

“ Tubuh kau yang cantik tu, aku dah tengok, dan aku akan bagi satu dunia tengok.” Suara itu ketawa lagi. Apa maksud dia? mungkin kah? Zhamry?

“ Kurang ajar, Zhamry! Kau Zhamry kan?” Tiada jawapan, talian diputuskan. Aku tergamam sendiri. Mungkin dia cuba mengugutku dengan gambar aku yang.. Ah.. dugaan apa lagi?

“ Sayang, kenapa ni? Zhamry telefon tadi? Dia nak apa?” bertubi-tubi soalan Haikal. Makin cemas persoalannya apabila aku mula mengalirkan air mata.

“ He threat me. Dia kata dia nak sebarkan gambar Zu..” Tubuh Haikal aku rangkul. Haikal membalas pelukanku erat. Wajah Haikal menunjukkan yang dia juga terkejut. ‘Zhamry ni dah kurang ajar’ bentak hati Haikal.

“ Don’t worry, B akan handle hal ni, just don’t cry honey.” Pujuk Haikal. Bagaimanalah Haikal boleh jadi se ‘cool’ begini?

“ I do worry b, he have my picture, maybe nude picture of mine. I do have to worry!” Bentakku, dada Haikal aku pukul sekali. Geram!

“ Yes, honey, i know. Just be cool.”

“ I don’t understand why you can act cool, just cool!” Haikal menarik aku kembali ke dalam pelukannya setelah aku menjauhkan jarak kami tadi. Mahu tidak, boleh dia selamba dengar orang lain ada gambar xxx isteri sendiri. Pelik!

“ I knew Zhamry will threat you like this, Along and I already thought about it. Sebab sayang sendiri yang cerita, that day bila sayang bangun, sayang dah tak pakai apa-apa, so kami dah tahu dia akan mengugut macam ni, dan kami dah pun bersedia.” Haikal sentiasa pantas dalam tindakannya, tak sangka!. Aku memandang wajahnya meminta kepastian, Haikal mengangguk. Aku membalas kembali pelukan Haikal.

“ You just don’t worry too much. B akan sentiasa ada di sisi sayang. Ini janji b.” Kata-kata yang membuatkan hatiku bagai disiram dengan ais. Sejuk dan bahagia. Terharu! Terasa tunas cinta mula berputik dan terasa kelopak bunga cinta seolah-olah makin terbuka.

“ I should do the test.” Ujarku sambil mengesat air mata dengan hujung baju, badan masih lagi bersandar pada Haikal yang setia memelukku.

“ What test?”

“ Ujian nak check, if i really was raped by him, to check my virginity.” Ujarku perlahan, dan perlahan-lahan aku menjauhkan tubuhku dari Haikal. Aku jatuhkan kaki ke bawah dari atas katil. Aku terasa diriku kotor bila teringatkan peristiwa tersebut.

“ sayang, kenapa ni..” Haikal menghampiriku, dipeluknya aku dari belakang, satu ciuman hangat diberikannya dihujung dahiku. Aku memejam erat mataku. Takkah dia terasa jijik denganku?

“ Zu terasa kotor dengan diri Zu sendiri.” Aku mula teresak perlahan.

“ Eh, kenapa cakap macam tu? I hate it.” Tegur Haikal tegas. Pelukannya dieratkan.

“ Zu takut, Zu sendiri tak pasti Zu ni masih suci ke tak.”

“ Zu suci, if you was raped, Still! Zu masih suci. Is not you that willing that to be happen. So stop with your tears sayang, you hurt my feeling..” Pujuk Haikal bersungguh. Aku menarik tangannya yang memelukku untuk membolehkan aku menghadapnya.

“ I’m sorry B. Everything happen too fast. Its like yesterday kita bergaduh di Tanjung Piai, Zu mentah-mentah tolak B untuk kembali dalam hati Zu. Tapi bila semua berlaku, B still setia datang pada Zu bawa cinta B untuk Zu. Tanpa perlukan penjelasan tentang kisah silam, Zu terima B, bagai untuk menutup malu dan aib Zu. B dah macam jadi pak sanggup.” Setelah kata-kata itu aku lafaz, Haikal menekup bibirku dengan bibirnya. Aku terkedu. Panas bibirnya terasa.

“ Don’t say that ever again! And for your information, B tau satu ujian yang cepat dan Zu boleh dapat jawapan serta merta..” Ujar Haikal dan aku sungguh teruja. Aku perlu lakukan ujian, bukan hanya untuk memeriksa ‘virginity’ ku tetapi untuk membuang rasa bersalah terhadap Haikal. Dia terlalu baik untuk menjadi seorang ‘pak sanggup’.

“Ujian macam mana?” Soalku pantas. Haikal sudah tersenyum-senyum setelah aku memberikan reaksi sepantas itu. Ditariknya aku kembali ke tengah katil, dan aku hanya menurut. Aku menantikan jawapan daripadanya. Haikal kembali memelukku erat. Aku hairan. Kata nak bagitau tentang ujian, tapi ni lain macam aje, bisik hati kecilku sendiri.

“ B, Ujian apa? Nama ujiannya?” Soalku penuh rasa ingin tahu.

“ Nama ujian tu, Ujian... Malam Pertama..” ucap Haikal perlahan-lahan, jawapan Haikal membuatkan mukaku terasa panas. Hatiku berdegup laju. Merasakan aku yang terkaku tiba, Haikal ketawa dengan pelukannya dieratkan lagi pada tubuhku.Haikal ni nakal! Terasa deru nafasnya ditelinga, aku senyap tak bersuara. Hinggalah setelah aku mendengar bisikan doa dari bibir Haikal; Bismillah, Allahumma jannibnaa asy-syaithana wa jannibi asy-syaithana ma rozaqtanaa”.

Aku memejamkan mataku erat, pelukan Haikal aku balas dengan pelukan yang lebih dan hangat. Terasa kelopak cinta dalam hatiku telah mekar, semekarnya ia kembang. Ya Allah, redhalah aku dengan cintaku kepada suamiku. Jadikanlah kami pasangan suami isteri yang sentiasa dibawah lembayung cintaMu. Moga apa sahaja yang terjadi selepas ini, menguatkan lagi cinta antara kami. Amin Ya Rabbal’alamin!

---------------------

Tafsir doa’:

Bismillah, Allahumma jannibnaa asy-syaithana wa jannibi asy-syaithana ma rozaqtanaa

Dengan nama Allah, Yaa Allah jauhkanlah syaitan dari kami dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami.

Tuesday, May 17, 2011

surat khabar lama!

skodeng blog sendiri.

hey, not bad lah kan, i can write very well. (well la sangat, perahsan ni hehehe)

have a time?

come, click and read these.

1. bila sudah malas

2. perempuan melayu terakhir.

+++

abc masih belajar menulis ^^v

hey guys out there, please answer me.

assalamualaikum.

bismillahirrahmannirrahim.

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

elok benar. andai abc mulakan coretan kali ini dengan zikrullah dan puji-pujian buat Yang Maha Esa.

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

topik kali ini, terlintas semasa abc sedang membaca buku 7 habits, dan sebaik habes tengok drama tv3, Nora Elena.

abc nak tahu, apa pandangan seorang lelaki tentang seorang perempuan yang telah dirogol?

kecewa

mungkin dan memang sebelum ini, ramai blogger dah pernah bangkitkan isu ini. dan entah kenapa jari ini pantas juga menulis tentang isu ini. sebenarnya tanpa sedar isu ini memberi impak besar buat yang bernama gadis.

mana tidaknya, perkara paling berharga bagi seorang gadis adalah mahkota kesuciannya.

abc sendiri tertarik hati untuk memberi sedikit pandangan dan ingin sekali andai ada yang bisa memberikan pandangan anda.

dan abc juga ingin memberi satu dua atau lebih soalan untuk jejaka-jejaka diluar sana.

+++

sebelum abc memberi pandangan abc.

abc nak tahu isi hati insan bernama LELAKI

andai takdir, anda dipertemukan seorang gadis yang mempunyai peristiwa gelap ini, apa agaknya detik pertama hati anda?

apa perkara pertama yang terlintas di kotak minda anda?

apa pandangan pertama anda pada si gadis?

apa yang anda rasa, andai gadis itu, terlalu dekat pada hati anda?

+++

anda boleh katakan apa yang anda rasa, dan mungkin ada diluar sana pernah berhadap dengan situasi ini,

kongsikan bersama.

andai ada antara pembaca yang tidak suka dengan isu ini. maaf. abc hanya ingin tahu.

tanpa kita sedar, perkara ini berlaku disekeliling kita, tapi apa yang kita lakukan?

1. marah dengan si perogol.

2. kasihan dengan yang dirogol

3. membuat spekulasi sendiri

4. hanya menggeleng dan mengeluh

pernah terlintas dihati anda, bagaimana si gadis meneruskan hidupnya?

Elena membuka mata abc, biarpun dulu lagi abc sudah membaca novelnya.

dan dulu lagi abc sentiasa bertanya, andai gelap itu datang, kuatkah gadis2 menghadapinya?

++

kecewa7

tak salahkan dengan entri ini? abc hanya ingin tahu.

LOVE IS FOREVER ~ 22

LOVE IS FOREVER

Pada mulanya aku membantah untuk bernikah pada hujung minggu ini. Terlalu cepat dan nampak tergesa-gesa, biarpun aku tahu ia adalah satu perkara yang baik. Tapi aku mahu ia dijalankan selepas majlis Aida dan Hariz. Majlis mereka kurang dari tiga minggu sahaja lagi. Ummi menolak, kata Ummi kalau aku bernikah dahulu dengan Haikal, di majlis Aida nanti boleh disambut sekali untuk kami berdua juga, tidak perlu bersanding tapi menyambutnya dengan doa selamat. Apa boleh buat bila orang tua sudah bersuara. Aku hanya mampu turutkan. Haikal? Lagi cepat lagi bagus katanya. Aku tidak tahu apa yang aku rasakan sekarang. Ternyata hanya kosong! Bahagia kemarilah, aku ingin punya rasa dan gembira!

“ Zu boleh terima saya... dengan rela hati?” soal Haikal lambat-lambat, sewaktu dalam perjalanan pulang selepas selesai mencari persalinan akad nikah esok malam. Aku hanya mencari jubah moden dan baju melayu warna sedondon untuk Haikal. Coklat lembut, cair menjadi pilihan.

“ InsyaAllah, saya hanya ikut apa yang di depan saya. Mungkin sudah ditetapkan untuk kita kembali bersama, saya terima.” Hanya itu yang aku mampu untuk menjawab. Jawapan apa lagi yang bisa menyenangkan hati dia dan hatiku sendiri? Haikal mengangguk perlahan. Diam sepi mengiringi perjalanan kami pulang ke rumah. Ummi, Baba, Asyaaf dan Aida akan tiba di Kedah petang nanti, mereka akan menginap di Homestay berdekatan rumahku. Seperti sebelumnya, mereka akan menolak untuk menginap di rumah kami, mungkin takut menyusahkan.

“ Zu..” Panggil Haikal belum sempat aku keluar dari perut kereta. Aku memandangnya.

“ Betul Zu okay kita bernikah semula?”

“ I thought I already answer that question..” Kenapa perlu dia mempersoalkannya berulangkali?

“ I just want to make sure of it.. if it is hard for you, then we should cancel it.”

“ To be truth, it is hard, really hard, but i’m going to follow the flow.” Aku berterus terang. Aku menghadapi hari yang sukar kebelakangan ini dan sekarang aku terasa penat untuk mengelak daripada sesuatu untuk terjadi. Salahkah aku untuk ikut apa yang sedia dirancang untuk aku?

“ And to be honest, I’m happy that we are going to be husband and wife tomorrow, really happy.” Sampuk Haikal, membuatkan aku terdiam sendiri.

“ Tapi buat apa kegembiraan ini, andai bakal isteri saya terasa beban dengan perkahwinannya.” Aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Aku mengeluh. Malas untuk terus berbicara mengenai rela atau terpaksa aku bagi mengahwininya, aku terus keluar dari kereta. Haikal turut keluar, masih tidak puas hati lagikah dia? soal hatiku.

“ Zu..” panggilnya. Aku yang malas dan panas hati, menjawab dengan kasar.

“ What else you want to know?”

“ Eh, jangan la marah, saya just nak tanya, upacara batal air sembahyang esok nak pakai apa? Cincin pun tak beli kan?” Ah! Kenapa cepat sangat aku nak mengamuk? Kan dah tersilap menilai Haikal. Erm! Tak pasal-pasal kena sindir.

“ Kita guna cincin kahwin kita dulu boleh? Saya ada simpan lagi, awak ada?”

“ Cincin kahwin dulu?” Soal Haikal, hairan ke?

“ Yup, kenapa?”

“ I bought a couple ring for us tomorrow” Jawabnya dengan senyuman penuh bangga. Aku terkejut dan sedikit teruja.

“ Really? Platinum?” Aku sekadar bergurau. Tapi Haikal mengangguk.

“ You guess it or Aida dah cakap?” Biar betul, platinum!.

“ Platinum? Mahal tu, simple-simple dah la, I’m not demanding okay.” Dalam hati ni, tak sabar nak sarung. Haikal suka buat aku teruja macam ni.

“ You will love it, see you tomorrow... wifey!” laungnya sebelum memasuki ke dalam perut kereta dan memecut pergi. Aku hanya menggeleng. Wifey? Jadi Haikal hubby la? Aku ketawa sendiri. Haikal sangat pandai mengawal keadaan, yang suram boleh jadi terang benderang, yang panas bisa jadi sejuk membeku, tapi bila marahnya meletus, aku sendiri kecut perut.

+++

Riuh rendah rumahku malam ini. Biarpun kami hanya sekadar bernikah dan dalam waktu dua hari perancangannya, Ayah dan Ibu tetap mahu ianya meriah. Ibu kata, biar orang yang asyik mulutnya terbuka mencanang cerita aku yang bukan-bukan tu senyap. Aku hanya mampu bersetuju. Sebenarnya segan, sebab dulu orang tau aku kahwin tapi tak ada kenduri pun. Tau-tau aku dah cerai, itu pun sebab diorang dapat selepas aku ke US. Kawasan kejiranan aku ni banyak wartawan gosip, jadinya, kisah aku antara yang ‘hot’ dalam majalah diorang. Aku tahu Ibu terasa dan malu, tapi Ibu senyapkan dan selalu kata ‘lama-lama diorang senyap la..’

Aku belek baju yang tersarung ditubuhku. Cantik! Haikal yang pilih, sebab aku tiada rasa untuk memilih. Sungguh Haikal bersabar dengan aku semalam, aku menyepi tak bersuara, diajak makan aku menolak minum pun taknak. Bukan aku sengaja tapi fikiran aku jauh melayang, panggilan semalam masih terngiang-ngiang. Biar tiada suara, hanya desir nafas yang kasar. Berkali-kali aku memanggil tapi tetap tiada suara. Aku takut, aku takut jika lelaki bernama Zhamry itu masih mengganggu.

“ Kak.. dah siap?” Suara Aida dibalik pintu menyedarkan aku dari lamunan. Aku memandangnya, senyum dan mengangguk. Aida melangkah menghampiriku.

“ Akak cantik malam ni.” Pujinya, lantas duduk dikatil bersamaku.

“ Hari-hari akak cantik.” Aku bergurau membuat Aida tergelak kecil.

“ Sebab tu Abang angau dekat akak..” Ujar Aida lagi, pandai betul dia menyakat aku, malu!

“ Takde lah.. ada-ada je Aida ni..” Aku cuba menafikan, segan pula rasanya. Ala-ala pengantin baru. Walaupun dulu aku pernah berkahwin, dengan orang yang sama, tapi rasanya sangat lain, lain! Mungkin dulu aku hanya galang ganti tanpa cinta untuk diri, tapi kini cinta ada dalam hati, rindu ada bersembunyi hanya ego yang menghalangi.

“ Apa pula takde? Akak mesti taktau kan?”

“ Tau apa?”

“ Cincin malam ni, Abang dah tempah lama dah, since he came back from US with Asyaaf. He told Ummi and Baba that he love you and he regreting that he left you.” Aida mula membongkar rahsia. Aku hanya mendengar. Aku agak teruja untuk tahu cerita Aida. Cerita yang aku tak tahu, dan mungkin cerita disebalik apa yang terjadi.

“ Abang datang kedah bukan nak ambil kereta aje tau, nak ambil akak sekali, kiranya doa dia makbul... walaupun keadaannya nampak tak best.”

“ What do you mean? He planned it?” Ujarku, gusar. Takkan Haikal yang rancang?

“ Ish! Gila apa akak ni, Abang tu baik tau, Abang dah cakap dekat Ummi, dia nak minang akak tapi sebab takut akak reject dia, so dia datang dulu melamar akak ala-ala romantic proposal la..” Patutlah haritu Haikal suruh jumpa dekat Taman Jubli, katanya ada benda yang dia nak bagi. Lega hati ini mendengar penjelasan Aida, aku sudah fikir yang bukan-bukan.

“ Romantic proposal.. lain yang jadi..” Bisikku perlahan, kenapa begitu banyak dugaan? Astagfirullah, aku tak patut menyoalkan kerja Tuhan!

“ Sabar ye akak, semua dah ditentukan, bahagia menanti akak, Aida boleh jamin. 100% that Abang Haikal memang terlalu cintakan akak.” Aida memujukku. Aku hanya mengangguk. Ya, bahagia mungkin sedang menantiku. Aku perlu cuba membuka pintu hati ini untuk menerimanya.

+++

Dengan hanya sekali lafaz, aku kembali menjadi isteri kepada Muhd Haikal Hazimi. Semua yang ada memanjatkan syukur dan kadi juga menyelitkan dicelah doanya, moga pernikahan kami kali ini adalah yang terakhir dan hingga ke syurga. Amin! Cinta yang lama boleh disiram dengan baja kasih serta sayang supaya ia mekar dan kembang bagai cinta bru bak di alam remaja. Rindu yang lama boleh dipetik di antara bintang-bintang rasa dilangit bahagia. Aku juga mahu ini perkahwinan aku yang terakhir kalinya.

Para tetamu sedang asyik menjamu selera dengan juadah yang tersedia. Aku belum berkesempatan dan masih belum ada rasa untuk makan. Aku belek cincin yang tersarung. Memang betul, platinum. Kalau dulu, berangan-angan nak kahwin suami Dato’ sebab nak cincin mahal, sebenarnya tak perlu pun kan? Cantik, sangat unik rekaan cincin ni. Ada ukiran bunga mawar kecil dan perkataan. Pada cincin yang aku sarung ini tertulis loveHaikal dan pada cincin Haikal pula tertulis perkataan loveZulaikha. Menurut Aida, Haikal yang membuat design cincin ini, kreatif! Tapi bila lama-lama aku belek, aku terasa ada sesuatu yang kurang.

“ Dari tadi abang tengok Zu asyik belek tangan, tak cukup besar ke cincin tu?” suara Haikal mengejutkan aku yang asyik mengelamun sendiri. Aku jeling Haikal yang masih lagi menyindir aku dengan cincin. Boleh pula masa upacara membatalkan air sembahyang, Haikal berlakon seolah-olah cincin ini berat sangat sampai kena angkat dengan dua belah tangan, semua orang gelak. Geram!

“ Perli la banyak-banyak sikit.” Ujarku geram.

“ Ala.. isteriku ni merajuk pula, habis la suami kena tidur luar malam pertama.” Meremang segala bulu mendengar perkataan ‘malam pertama’ yang keluar dari mulut Haikal. Bagi mengawal keadaan yang aku rasa serba tak kena, aku hanya mencebik.

“ Apa yang kurang sayang?” Soal Haikal sambil menarik jemariku ke dalam genggamannya. Diusap perlahan dan dibeleknya.

“ Zu tak pakai inai, macam pengantin-pengantin lain.” Aku mengeluh. Aku sedar yang aku tidak akan berpeluang merasa fasa merisik dan meminang, fasa bertunang, malam berinai, khatam al-quran dan kadang bila aku terfikir buat aku rasa tersisih. Buat aku terfikir sendiri, kenapa aku bukan macam orang lain?

“ Abang pun tak pakai juga ape..” Ujar Haikal sambil menunjukkan jarinya. Dia suka buat main-main.

“ Awak lain la, pengantin lelaki..”

“ Awak? Tukar eh, panggil abang, sayang pun oke.” Haikal bertitah dalam nada yang tegas dan aku hanya mengangguk tanda faham. Haikal tidak boleh dibantah, kalau tidak perang antara aku dan dia akan meletus seperti selalu.

“ Masa kecik-kecik, Zu selalu ikut Ibu pergi malam berinai, tengok pengantin dipakaikan inai oleh mak andam, saudara-saudara perempuan dia. Cantik, ada yang lukis bunga-bunga. Zu selalu berangan, nanti Zu kahwin Zu pun nak lukis juga, mesti Zu jadi cantik dan ada orang admire untuk jadi macam Zu. Tapi sekarang bila dah kahwin,dua kali kahwin, Zu tak dapat pun macam tu.” Entah kenapa aku petah untuk bercerita malam ni, dengan Haikal pula tu. Aku dengar Haikal mengeluh kecil. Aku bukan sengaja membuat dia susah hati, tapi aku sendiri tak pasti kenapa memberitahu semua tu. Kami berdua melayan perasaan sendiri. Senyap sepi antara kami hinggalah Ibu memanggilku untuk ke dapur. Aku baru teringat yang aku belum makan. Aku ajak Haikal untuk makan bersama, tapi dia sudahpun makan dengan Baba dan Ayah tadi.

+++

Di dapur masih ada ramai lagi kaum ibu menyiapkan kerja-kerja pengemasan. Ada yang mengisi lauk yang lebih ke dalam plastik untuk dibahagikan dan ada juga yang sedang rancak berbual sambil membasuh pinggan termasuklah Aida. Aku mengisi pinggan dengan sedikit nasi dan lauk yang ada, aku makan sendirian. Sempat juga aku bertanya tentang Asyaaf, kata Ummi, Asyaaf sudah pun tidur. Asyaaf tidak berapa sihat, demam. Sejak datang petang semalam, si kecil itu tidak aktif seperti selalu, tidak diajaknya aku untuk bermain, hanya merengek kecil untuk tidur diriba. Sedang asyik memikirkan Asyaaf dan menjamu selera, ada suara sumbang yang telah mematikan segala gerak lakuku.

“ Aida ni dah bertunang la ye? Cantik orangnya, berkenan la Cik Yah.” Ujar Cik Yah a.k.a Joyah kepada Aida dan Mak Long Haikal yang kebetulan turut membantu membasuh pinggan.

“ Cik Yah lambat sikit aje, kalau tak dapat la..” Sampuk Mak Long, Aida hanya tersenyum malu.

“ Tu la.. lambat pula, ingat solo lagi, baru perasan ada cincin.” Ujar Cik Yah lagi.

“ Ala Yah, cincin ni takleh boleh juga tanda bertunang, dah kahwin pun cincin juga kan. Tengok pengantin kita malam ni udah le, dah dua kali kahwin, mana ada tunang-tunang.” Kata-kata Mak Long yang aku tahu sengaja diucapkan untuk membuatkan aku terasa. Entah bila aku akan diterima baik oleh dia?

“ Yelah, tunangkan syarat aje, sebagai tanda, tak buat pun tak ape.” Ummi mula menyampuk bila Mak Long sudah berkira-kira untuk menambah kata.

“ Yelah tak buat pun takpe, tapi kalau merisik meminang pun tak ada macam mana pula tu.” Semua yang ada menggelengkan kepala dengan sikap Mak Long yang sering cuba memalukan orang lain. Tak sudah lagi ke benci dia pada aku? Aku berhenti dari makan, tangan aku basuh dengan kendi air yang tersedia di meja. Aku langkah laju ke bilik. Aku tidak sekuat yang disangka, aku juga manusia biasa punya banyak kelemahan. Air mata yang mula berlinang aku seka dengan jari. Bila bahagia untuk aku akan tiba? Bila semua cerita akan berakhir? Aku sudah penat dengan semua permainan dunia. Allah kuatkan aku untuk semua ini? Aku sembam wajahku ke bantal. Aku menangis semahu-mahunya. Tahukah mereka, bahwa aku juga inginkan semua seperti mereka?

“ Sayang.. biarkanlah Mak Long tu.. jangan peduli dia kata apa ye..” entah bila Haikal masuk ke bilik dan duduk disebelahku. Aku angkat muka dan memandang Haikal dengan juraian air mata.

“ Awak cakap senangla, yang dia kata tu saya, bukan awak!” entah kenapa Haikal menjadi mangsa amarah dan sakit hatiku.

“ Ye abang tahu, jangan berawak saya, panggil abang..” Tegur Haikal lagi, dalam masa macam ini pun sempat untuk dia menegur.

“ Abang-abang, awak suami saya bukan abang saya.” Ayat bodohku terkeluar waktu-waktu begini, Haikal hanya ketawa kecil.

“ Ye lah, panggil b, singkatan for Hubby.”

“ Taknak!” bantahku dalam tangisan. Haikal hanya menggeleng perlahan.

“ Okay-okay tak payah.. dah la Zu, jangan nangis.” Pujuk Haikal lagi. Aku masih lagi berlagu dengan tangisan.

“ Kenapa Mak Long benci sangat dengan Zu? Apa Zu buat dekat dia? Sakit hati ni, Mak Long ingat Zu nak ke jadi macam ni? Dia ingat Zu tak teringin ke rasa kena risik kena pinang, Zu nak rasai semua, nak sangat rasa macam perempuan lain. Tapi Zu tak dapat, Zu tak rasa semua.” Haikal memeluk aku yang disisinya erat, memberi kekuatan. Aku menangis semahu-mahunya. Tidakkah mereka tahu bahawa aku juga mahu seperti gadis-gadis lain, yang tertunduk malu tika dirisik, tersenyum malu bila dipinang, terserlah ayu tatkala jemari mereka dihiasi warna inai, aku juga mahu seperti itu, tidakkah mereka tahu?. Aku rasa tangisan malam ini bukan untuk kata-kata Mak Long tapi untuk semua yang terjadi. Selama ini aku menangis hanya kepada DIA. Bukan ini yang aku pinta pabila aku membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Bukan ini!

“ Sabar sayang, abang tau, abang cuba untuk rasa apa yang Zu rasa, izinkan abang untuk kembalikan senyuman dalam hari-hari Zulaikha Azra, please honey..” Haikal cuba memujuk. Dia mengatakan hal yang sama seperti sebelum ini. Haikal mahu menjadi penyembuh duka ku, mampukah dia? bolehkah aku memberikannya satu kesempatan? Ya Tuhan, berikan aku kekuatan, moga hadirnya dia memberikan aku sebuah kebahagiaan yang selama ini aku impikan.