Wednesday, March 30, 2011

cara Wardina latih anak, lekat solat 5 waktu!

abc dapat ni daripada FB. daripada Wardina Saffiyah kepada semua

ibu-ibu dan bakal ibu, juga peringatan buat kita!

Semoga semua mendapat manfaat..

bERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all

my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th

birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi

dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat

since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is

SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very

important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong

signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun

lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau

tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu

Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -

lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and

say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her

never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik

cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni

melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik

cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how

we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,

bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK

solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua

kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!

I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will

NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask

her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do

it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak

tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love

her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3

kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar

dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau

TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna

solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for

her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i

wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy

and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi

cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im

sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims

that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the

world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as

how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak

boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

 

++++

solat itu tiang AGAMA!

abc nak jadik Ibu yang baek untuk bakal anak2 abc ^^v

amin.

Tuesday, March 29, 2011

i love my girlfriend-part 2

jom sambung tengok gambar ex-cikgu (cikgi2) sekolah maen sukaneka!

+++

lepas abes maen kendong2 tu.. kami sepatutnya maen tuju kasut.

tapi disebabkan ada 3 kumpulan so.. susah nak abeskan game tu. jadi game tuju kasut ditukar kepada

game BOLA BERACUN.

kami bahagi kepad 2 kumpulan besar. abc kumpulan no 1 jugak!

DSC_0221

DSC_0224

dasat kecik melompat! hahaha

DSC_0235

ada 3 game untuk game ni jek. mula kumpulan satu, kemudian dua kemudian final!

yeah! abc memenangkan kumpulan abc. abc tak kena bola dari awal game sampai habes.

FYI: ni game abc suka maen dari kecik, time sekolah ^^v

DSC_0289

pose untuk game seterusnya, BALING BELON AIR.

basah la kalau tak tangkap belon tu. hehehe

DSC_0290

DSC_0302

kumpulan pelawok (abc punya group) kalah untuk game ni! huhuhu

DSC_0343

sesi jahat. hahaha.. abc dapat 2 belon and dua2 baling belakang orang.hehehe

DSC_0364

ini game last.

^^v

cari GULA2 DALAM TEPUNG

yang ni best sangat3 sebab… ni la 1st time abc maen game ni. 1st time ever!

DSC_0373

dah abes maen.. semua otak dah jahat jek.. maen tepung la apa lagi!

DSC_0402

DSC_0408

hebat tak gaya abc lari dalam tepung.hahaha

memang kena terok abc kali ni.huhuhu

DSC_0419

menci abe jedi!!!

DSC_0426

hasilnya…

===

dah abes game.. sesi bergambar

DSC_0435 DSC_0429 DSC_0431

dari kiri: pelawok, teletubbies and gaban

DSC_0464 DSC_0459 DSC_0460

cikgi-cikgi yang bakal cikgu.. yang akan mewarnai arena pendidikan tahun depan!

sangat seronok.. tambah satu kenangan before grad!

nak lagi!!!

MAHER ZAIN UTM.. erk?

pesta konvo dah abes dah. ^^v

malam last yang nampak meriah sikit.

semester ni paling banyak kali abc pergi pesta konvo. selalu pergi sekali jek.

kali ni pergi banyak kali la jugak. tapi tak beli pape kecuali.. =.=”

okay. stop cerita tu.

masa pesta konvo kali ni. abc berkesempatan nak tengok live artis-artis Malaysia. (poyo jekk)

black and man bai!!

man bai

Black mentor

dua-dua artis peberet abc lah..

tapi tengok dari jauh je la. jeles dengan si semut hijau yang gedix2 tu.. huhuhu

dia boleh sepentas and bermesra dengan diorang..waa…

and ada kumpulan akapela.. yang nama nya susah nak disebut.. di..?? entahlah.

tapi sangat best!!!

hebat lah korang!

tak rugi kalau nak jemput diorang lagi. sangat best..

+++

baca blog nad si itik kuning.. maher zain UTM??

sapa eh? ada jugak baca dekat iklan-iklan kat fakulti,

“penampilan istimewa Maher Zain UTM”

tertanya-tanya sampai sekrang siapa tu Maher Zain UTM? student UTM eh?

kenapa nama dia Maher Zain UTM?

ni dia.

(nad2 pinjam eh gambo abg Maher Zain ni!)

mzUTM2

stail sama kut.. hehehe.. nad dah pernah dengar and tengok persembahan dia..

sini

+++

Maher Zain UTM, nak dengar kamu nyanyi ^^v

waktu dolu-dolu (back to school)

assalamualaikum.

menulis selepas maen comment dengan kawan sekolah ^^v.

abc terkenang waktu zaman sekolah asrama.

sekecik 13tahun abc dah duduk asrama.

bayangkan.. abc yang tak pernah sesaat pisah dengan mama ni, nak duduk asrama.

nak urus diri pun tak reti =.=”

tapi bila abc pikir2 + ingat2.. abc lupa samada abc takut or tak.

yang tahu, abc ada memarah adik abc before diorg balik. tu tanda abc tengah stress + takutttt!!

+++

dolu2

masuk asrama, banyak yang abc belajar, yang ketara.. abc dah mula solat penuh 5 waktu.. (kantoi solat tak penuh..huhuhu)

kat umah suka menipu solat. asar suka leboh (tinggal) sebab pukul 4 lebih dah pi maen.

kat asrama abc mula jadi sedikit matang walaupun tak matang. (pikirla maksudnyeee)

abc mula mencari identiti sendiri.

kenal batas aurat seorang perempuan. ^^v

alhamdulillah. abc jumpa dan kekal sampai sekarang. tapi maseh kena belajar.

+++

36913_137383902947374_100000272955424_310152_5698944_n

sebab abc pakai tudung agak besar. abc dilantik jadi ahli jawatankuasa badan dakwah dan ibadah (badri)

abc taknak. abc tak layak untuk memimpin dalam agama ni..huhuhu

tapi ustazah tak bagi tolak. jadi je lah.

best jugak.

sebab dapat conduct usrah. ^^v

masa junior kita diconductkan.. sekarang kita pula jadi kepala.

dapat adik2 yang best and nak aje dengar cerita.

++++

banyak ilmu yang abc dapat dari asrama. amalan banyak sangat masa sekolah.

sekarang ada yang masih diamalkan dan ada yang dah tinggal. Allah!

masih ingat sebelum keluar sekolah. ada kawan abc cakap:

“macam mana ye kita nanti, kita dah takde siapa yang jaga diri kita, semua benda kita yang tentukan sendiri”

walupun duduk sekolah asrama, penuh peraturan, tapi bila dh nak abes.. memang rasa lagik takut daripada sebelum masuk sekolah.

+++

dulu selalu bercerita ilmiah. sekarang ke sutau pun susah. =.=”

mujur maseh ada yang sefikrah. ^^v

 

p/s: abc selalu dikecam (dipandang sinis) sebab berkawan dengan orang free hair. abc ada cara sendiri dalam berdakwah!

Monday, March 28, 2011

tiada yang ilmiah?

assalamualaikum.
masih mood gementar + ketaq lutut.
LI maseh dalam penantian. =.="

apa yang ilmiah tak ilmiah ni?

abc punya blog la.
hohohoho

maaf sekali lagi.
abc memang tak pandai nak beri sesuatu or tulis something yang ilmiah.
which is.. yang korang boleh guna dalam kehidupan.
abc hanya pandai memberi sedikit pandangan dari balik kaca mata seorang gadis yang masih dalam belajar and mencari identiti sendiri.

abc hanya mampu berkongsi apa yang abc baca dalam tempoh hayat abc.
share and give some opinion.
^^v

so.. kepada yang datang sini, and menyampah dengan kisah2 setiap hari abc.
harap korang maklum.
abc menulis tentang hari-hari sepanjang kehidupan abc dekat dunia ni.
so.. memang cerita abc je la. hehehe

entri abc ada jugak pengisian kan?
iktibar and nasihat sikit2.

+++

nak makan nasik beriani lagikk!!

Sunday, March 27, 2011

ya Allah cukupkan daku!

Ya Allah.
terasa sungguh pantas masa berlalu.
hanya beberapa minggu sebelum study week.

abc tak sempat nak buat entri. ^^v
sekadar kongsi apa yang jadi dalam hari2 abc.

alhamdulillah.
tadi petang bertamu ke walimah abang kepada kawan kelas.
cantik and hensem pengantinnya.
makanannya pun enak banget
bestnya dengan johor.. kenduri mesti nasi beriani!!

abc perlu siapkan beberapa report and portfolio sebelum minggu ke 14.
mohon Allah cukupkan masa.
mohon Allah sehatkan diri abc sepanjang beberapa bulan ni.
amin!

++++

takziah buat Abang Yus atas kepemergian Bonda tercinta.
moga tabah and kuat.
Moga Allah menempatkan bonda dikalangan orang2 beriman.
amin.









p/s: mama and adik demam kat rumah. doa kan kesihatan diorang.

aku hilang permata berharga?

assalamualaikum.
entri tengah pagi buta. =)

terasa kehilangan.
bagai hilang permata berharga
yang aku simpan setelah sekian lama.

aish.. apa berpuitis pulak ni.
2.59 am
waktu kena tidur.

++

sedikit cerita kehilangan.
abc hilang seorang teman
seorang penasihat
seorang imam

entah, dia dah berubah ke?
laen aje sekarang...

moga dia tetap dia yang dulu.
jangan kerana dunia dia berubah.
jangan kerana ujian Allah dia berubah.
jangan kerana lemah dan goyah dia lemah.

Allah.. izinkan hambaMu ini merungkai satu persoalan.
saat aku bertarung hebat dalam ujianMU
dia yang kuat meyokong daku dibelakang.
masih ingat.
" jangan pernah putus asa dengan rahmat ALLAH"
daku pegang sampai sekarang.

Allah.. izinkan aku bertemu satu jawapan.
amin.

++
tak semua boleh kita jelaskan dengan sejelas-jelasnya.
moga dia tetap yang sama.

aku berubah jadi dia?
dia jadi aku?
jangan!

aku mahu sebaik dia yang dulu. =.="

sehari tanpa nasik.

harini hari paling penat abc.

dari pagi sampai ke petang dok kat ladang, mengecat.

waaa~~~ penat!

al maklum, minggu untuk penilaian tinggal lagi seminggu aje. huhuu

keadaan yang letih buat kita minum air banyak dan kenyang!

jadiknya, balik mandi terus tidur.

letih1

makan?

tak. breakfast dengan kuih burger malaysia..hohoho

bangun tido dah rasa pebih perut and nak termuntah aje.

badan lemah gila!

lepas isyak terus ke arked k9 carik makanan.

makan nasik malam ni. ^^v

lapar punya pasal.

+++

esok makan kenduri. hooyeah! (er..nasik lagi?)

Saturday, March 26, 2011

pesta konvo + black mentor!

walaupun busy, tapi malam ni sempat pulak pegi pesta Konvo. ^^v

waaah! sangat seronok malam ni,
boleh tengok black mentor live. hehehe
ingat orang karaoke lagu black je.
sebab ada dengar sore black + sore sumbang mana ntah..hehehe
rupa2 black mentor!!!

rugi kak farina tak bawak kamera..huhuhu
abc takde kamera..heee~~

abc taklah fanatik.
abc suka black sebab suara dia.
suara dia boleh dengan semua jenis genre.
sapa setuju?
like banyak2 hahahha

hepi-hepi jugak, tapi...
alah.. abc sangat kalah dengan promoter.huhuh
tak pasal2 melebuh duet RM20 beli Lotusnow punya produk..

ingat nak try satu botol aje.
promoter tu promote2
abc beli 2 botol.
hohoho
putih la abc lepas nih!

abc search dalam internet, ada kawan blogger kita jual produk ni. berminat?

DIDIE

cuba la.. abc nak try jugak, produk ni boleh buang sel mati.
nanti kita tengok hasilnya. ^^v

+++

terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. =.="

Friday, March 25, 2011

tak dapat update.

kesibukan melanda minggu ni.
abc akan ada banyak presentation next week.
semua nya no 1!!!

semangat!
hehehehe

pencarian penyelia pembimbing untuk PSM (projek sarjana muda)
telahpun selesai.
alhamdulillah.

okay. ini je.
banyak report kajian kes yang perlu disiapkan segera.
=.="

+++

jenguk FB orang yang abc SA dulu.
jeles bila ada aweks yang tegur dia,
hope dia tetap dia yang dulu. ^^v

(abc sangat jiwang siwang sawang~~)

Thursday, March 24, 2011

i learn something tonite!

penatnya maen game mr.ben.
ini first time abc maen game yang memerlukan komunikasi pantas antara blogger.
internet buat hal malam ni. nak kena babab celcom BB ni!

dalam kelam kabut.
i do learn something.

mesti korang-korang yang join pun belajar menda sama.
kita kena ramah tamah and get close to each other.
kalau dah close.
selalu join segmen mr.ben.
mesti senang nak cari group kan?

mesti tak terkapai-kapai macam abc tadi. hehehe

oh! abc kena amek suntikan untuk merajinkan jari ini meng'klik' blog kawan2.
merajinkan diri mnegur blogger lain.
meramah tamahkan diri.

boleh dapat manyak kawan.
senang nak dapat geng untuk join segmen mr.ben lagik.
hehehhe

am i rite?


SEGMEN GAME ANTARA BLOG

NAMA KUMPULAN : GENG LEKATLEKIT
NAMA KETUA : LEKAT LEKIT GURL ( http://lekatlekitgurl.blogspot.com/ )
Nama Ahli :

  1. http://woahhhpelangi.blogspot.com/2011/03/segmen-game-antara-blog.html
  2. http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/03/segmen-game-antara-blog.html
  3. http://brassgirlz.blogspot.com/2011/03/segmen-game-antara-blog.html
  4. http://akubersamacahya.blogspot.com/2011/03/segmen-game-antara-blog.html
  5. http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2011/03/segmen-game-antara-blog.html

Ok.. cukup syarat yang di kenakan oleh Ben Ashaari. Terima kasih pada Geng Lekat Lekit dan all the best!


Wednesday, March 23, 2011

game mr.Ben: siapa nak group dengan abc ni?

pening weh..
sana sini nak pegi.

siapa-siapa?


BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !



game apa?
taktau. nanti kan jap ag..
sempat ke ni???

try and error.

suami = teman baik?


Abiyah hanya mahu cinta selepas lafaz akad.
Cinta Abiyah diduga hebat.
Qaiser adalah suami tapi hanya sebagai teman baik?

nantikan cerpen terbaru abc ^^v

(promote nih.. ngeee~~)

+++

CINTA vs cinta.

cinta lahir kerana CINTA.

kuliah Dr.Rohana ( Industri dan PTV)
we learn about L.O.V.E!!


when a girl in love with girl.

i do have a girlfriend!

lorh! apa pulak yang salah?

i love all my girlfriend.. ^^v

lari topik la abc!

+++

20hb Mac 2011.

uu

sangat best! sukaria puteri-puteri 3 SPH!! (semua bakal cikgu tau)

entri kali ni. takmo banyak celoteh (orang pun taknak baca ang cakap manyak tau abc!=P)

kami maen sukaneka untuk release tension! memang release.

venue: pavilion K9 and padang tepi K9

aktiviti:

  • aerobik
  • selipar berirama
  • isi air dalam botol
  • kendong2 (taktau nama)
  • bola penuh racun
  • cari coklat dalam tepung

+++

seawal 7.30 pagi kami berkumpul. awal2 gini memang beberapa je la yang turun, tapi tetap happening! apa boleh buat bila cikgi jumpa cikgi.. ^^v

abc belom ada gambar aerobik. nanti abc letak.

selepas aerobik, main ramai yang datang. kami bahagikan kumpulan. campur2 antara kelas teknikal, pertanian dan ERT.

abc punya group, group satu, namanya pelawok!

kedua gaban, dan ketiga teletubbies (diorang kumpulan banyak angin..ngee~~)

abc letak gambar aje la eh.. korang pun taknak baca pepanjang gini kan.

enjoy!

DSC_0127

when music was in shoes.. hahaha

DSC_0129

she cheat in front of me! =P

DSC_0135

    muka-muka tak dapat selipar!
     
    DSC_0141
going to padang!!!
 
DSC_0146
posing dulu!
 
this camera girl, snap gambar dengan DSLR idaman abc! Nikon!!!
 
DSC_0149
blubb-blubb..
 
DSC_0159
posing dulu dengan rumate abc.. kak farina.
 
DSC_0162
ipah.. group abc.. leading this game! (we won this game!!)
 
DSC_0189
ni acara lepas abes acara. simbah menyimbah!!!
sapa tak mandi memang best la ni.. =P
 
DSC_0192
at first, diorang planning nak maen ikat kaki, tapi tak jadik sebab tali takde. hahaha
so tukar jadik…
 
.
.
.
DSC_0206
kendong mengendong..
again our group win this game!
pelawok memang hebat!!!
 
DSC_0213
saat abc sampai ke garisan and hepi bila menang.
act.. orang yang dikendong abc hampir tersembam, tapi tetap bertahan utk menang!
hehehhe
 
+++
 
ni part 1 nanti abc sambung part 2.
 
*kami memang pelawok tapi kami tak melawok*

petua: menghilangkan karat gigi!

oh! tidak. gigi berkarat.

susah la nak senyum dekat orang. malu!

teeth-stem-cells

(abc takleh tengok gigi yang terok2 dalam Mr.Google tu jadi abc buat sendiri karat nye..hehehe)

kalau la gigi korang berkarat macam tu? macam mana nak buat eh?

ha.. mesti asyik masam aje kan. yelah nak senyum nanti orang kata:

eiii!! gigi karat weh!

malu tak? malu kan3?

senang aje nak selesaikan masalah korang tu!

semudah abc =P

petua mama abc :

1. cari arang kayu, bukan arang batu ye.

2. hancurkan sedikit.

3. gosok arang tu dekat gigi yang berkarat.

4. lepas tu gosok gigi macam biasa.

pastinya gigi anda akan kembali sexy!

whiten-teeth-300x300

kalau amalkan, insyaAllah gigi anda akan putih berseri tau, tak payah pakai pemutih gigi tu, mahal!

ni free aje. ^^v

*senyumkan satu sedekah*

DSC_0135

abc in blue shirt! abc senyum memang nampak gigi. hehehe

korang ada cara petua putihkan gigi?

share tau!

 

 

sumber pix: Mr.Google and my Desktop!

bila mula ber "PSM"

yeah!
sedar tak sedar.
setahun aje lagi untuk abc habeskan pengajian dekat UTM ni.

i'm teacher to be.
^^v


petang ni sepatutnya free tanpa aktiviti. (ada discussion jek)
tapi tetiba tengok dekat pejabat tadi ada perjumpaan
"taklimat PSM I"

wahhh... abc akan sibuk dengan menulis tesis sem depan. hoooyeh!
itu tandanya...
abc dah nak abes belajar.

*orang stress kan dengan tesis?*

i just can't wait!

abc nak cepat2 habes belajar!!!!


p/s: LI pun belom ada jawapan.. hohoho

Tuesday, March 22, 2011

khasiat ayat SERIBU DINAR

Assalamualaikum.

malam ni abc nak berkongsi sedikit dengan korang khasiat ayat seribu dinar.

kalau dulu zaman sekolah, minggu exam aje cikgu akan bagi satu kad (penanda buku) yang ada ayat seribu dinar. kami boleh bawak masuk dewan.

ayat seribu dinar:

ayat-sejuta-dinar

kisah disebaliknya:

salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya, seorang lelaki datang kepadanya lalu berkata:

“beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin yang banyak berkeliaran meminta-minta”

kerana mimpi ini berulang kali dialaminya, maka dilaksanakan apa yang diimpikan itu, iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar.

pada suatu malam dia bermimpi pula, lelaki yang sama datang kepadanya dan mengajarkannya beberapa kalimat ayat-ayat alQuran (ayat seribu dinar). lelaki terbabit mengalakan si hartawan tersebut mengamalkannya pagi dan petang, maka dengan itu Allah akan melepaskan dari bahaya yang menimpa diri.

setelah hartawan itu bangun dari tidur, dia memikirkan dengan perhatian apa yang ia dapati dalam mimpinya seolah-olah ada hubungan dengan mimpinya yang terdahulu.

maka dengan tidak ragu-ragu dibacanya dan diamalkannya kerana kalimat itu adalah ayat-ayat Al-Quran yang tidak diraguikannya lagi kebaikannya.

tidak lama kemudian hartawan tersebut berada dalam suatu perjalanan melalui laut menumpang sebuah kapal layar membawa barangan dagangannya. setelah kapal itu berada ditengah-tengah laut yang luas, bertiuplah angin taufan yang sangat dahsyat, gelombang semakin besar, kapal terumbang ambing. penumpang mereka cemas dan takut, hari mulai malam, hujan turun dengan lebatnya, tetapi hartawan tetap tenang mengharapkan pertolongan Allah s.w.t sambil membaca ayat-ayat yang didapati dalam mimpinya. nakhoda kapal dan anak kapal berusaha sekuat tenaga menyelamatkan kapal dan penumpangnya tetapi keadaan bertambah dahsyat. kapal terhempas diatas sebuah batu karang dan akhirnya pecah. disaat itu penumpang dalam keadaan kelam kabut, kapal dipenuhi air dan tidak dapat diselamatkan lagi, anehnya si hartawan yang mengamalkan ayat-ayat tadi telah terdampar ditepi pantai dalam keadaan selamat bersama harta dagangannya.

demikianlah khasiat ayat yang didapatinya dalam mimpi kerana dia beramal sebanyak seribu dinar, lalu ayat-ayat tersebut disebut dengan ayat-ayat seribu dinar.

al-quran

khasiat:

1. Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan

2. Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka

3. Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah

4. terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

*jadikan sebagai amalan selepas setiap kali solat*

+++

al-quran2

ada banyak lagi khasiat dan kebaikan ayat seribu dinar ni.

korang boleh tengok di;

a. http://alivewire.wordpress.com/2007/06/13/hikmat-ayat-seribu-dinar/

b. http://mindaislam.blogspot.com/2008/07/ayat-seribu-dinar.html

+++

al-quran3

yakin pada Allah.^^v

abc amalkan ayat ni setiap kali hati rasa resah dan gelisah.

insyaAllah, Allah akan beri ketenangan.

*dengan mengingati Allah jiwa2 akan tenang*

 

 

sumber rujukan: buku Doa dan wirid oleh Abdul Aziz Ismail

sumber gambar: Google.