Tuesday, November 30, 2010

hensem + pandai + macho = market tinggi??

salam malam rabu!
=)

tetiba aku teringat kat kawan sekolah aku
lelaki.
dia sangat selumber.
dan keadaan dia masa sekolah amat tak matang.
eh.. aku tak kutuk dia.
ini cerita benar.

apa kaitan tajuk entri??

nak cerita la nih.
cerita penuh persoalan dan perlukan jawapan.
=)

+++++

masa tu kami kelas biologi.
tajuk genetik kut.
yela, macam ayah mak putih
anak mesti putih.
mesti korang ade belajar kan3.

cikgu kata,
lelaki mewariskan kehensemannya pada anak,
manakala perempuan mewariskan kepandaian.
so cikgu kata nanti nak kawen cari lah yang terbaek untuk
baby anda!
* aku metafora okeh*

belajar punya belajar
tiba lah sangat untuk bersoal jawab.
semua tanya.
dan
tetiba si kawan aku pun tanya
soalan yang macam bodoh aje.
* semua gelak tapi terfikir jugak*

soalan dia agak terkeluar tajuk:

cikgu, kalau lelaki ensem, perempuan nak,
ensem + bijak lagi la perempuan nak
lelaki tak ensem tapi kalau pandai mesti pompuan nak jugak,
jamin masa depan..
abes tu kalau yang tak ensem + tak pandai macam mana??
sapa nak???

haaa.. jawab-jawab.
kalau korang jadik cikgu tu korang nak jawab pe???

+++
walaupun tu kejadian 4 tahun dulu.
dia pun gelak kalau ingat soklan bodoh dia nih.
aku lagi la bantai gelak.
dah la kena satu U.
tengok dia je aku teringat.
apa punya Questionnaire lah!
keh3


korang ada jawapan??









reminder: kalau aku jadi cikgu bio tu aku jawab gini je, awat ang takut ang tak laku ka??





panas = kering kontang

salam malam yang amat sejuk.
tapi aku panas la~~
jiwa agak kacau.
bila jiwa kacau
otak aku kering
walaupun aku perah semahu-mahunya.
tetap takde hasil!
last-last
aku jadik sakit kepala.
aiyoo~~
no idea lah.

kadang-kadang bercambah bak cendawan lepas hujan
*fulamak ayat!

sehari kadang ada entri
kadang takde.
macam mana nak maju nih???

apa yang aku mahu.
hanyalah
.
.
.
=)






reminder: masalah-problem-masalah-problem

abc - 123???

instruction: fill out these questions and make a new note called ABC about you, then tag 25 people, if you got tag by me, you have to take survey and re-post it..!!!

A. AVAILABLE = nope! But still single.. ngeh3
B. BIRTHDAY = 01 July 1989
C. CRUSHING ON = ????
D. DRINK YOU HAD LAST = sunQuick
E. EASIEST PERSON TO TALK = some1 older than me!
F. FAVOURITE SONG AT THE MOMENT = permataku!
H. HOMETOWN = alor setar, Kedah
I. IN LOVE WITH = *cinta*
J. JUNGGLE = where tarzan live happily
K. KILLED SOMEONE = ???? wut do u mean by that??
L. LONGGEST CAR RIDE = erm.. 5 hours rest 5hours
M. MILKSHAKE FLAVOUR = ontah lew,,tak minat!
N. NUMBER OF SIBLING = 8, I’m the 5th
O. ONE WISH = I have my own legacy!! Amin!!!!
P. PERSON YOU CALLED LAST = *cinta*
Q. QUESTION = bila nak abes belajar???
R. REASON TO SMILE = nak amek gmbar. =)
S. SONG YOU LAST HEARD = mine-taylor swift
T. TIME YOU WAKE UP = 6.15a.m subuh.. tid0.. 11 pulak. hehehe
U. UNDERWEAR COLOUR = ishhh.. marah bakal suami aku nanti, blue sangat nih!
W. WORST HABIT = byk sgt kut… hik3 dirahsiakan!
Y. YOYOS ARE = sumting dat goes upside n down
Z. ZODIAC SIGN = Cancer bukan sakit kanser tau!!


nak tag orang ramai2 susah seh.. aku cuba~~

pengembara yang terbaek!

award dari enchik L.
the best traveller
=)

am i?

apa-apa pun.
terima kaseh daun keladi.

++++

soalan-soalan yang perlu dijawab:

1. Dalam banyak-banyak tempat didunia nie, kat manakah tempat yang ingin anda pergi?

>>> aku sangat teringin nak ke mekah dan madinah =), melawat makan rasulullah.
melihat kaabah. indah!

2. Apakah benda yang anda impikan dan ingin anda dapat dalam hidup anda?

>>>> menjadi bos dan ada perniagaan sendiri! =)
i'Allah. moga Allah perkenankan.

+++

nanti aku tag penjelajah setia blog aku eh.
=)

lelaki + perempuan = kawan baik, mustahil??

maseh berjaga?
lewatnya korang tido eh.
=)
++++



korang pernah ada kawan baek, lelaki?
sedang berkawan?
rapat tak?
siapa dia dihati korang?

selalu kita dengar,
lelaki dan perempuan ni mustahil
hanya "kawan baek"
atau "teman tapi mesra"
mesti ada perasaan lain yang menyelinap.
kan3


ni pengalaman aku sendiri,
bagi aku perempuan dan lelaki
boleh jadi best friend forever.
tapi aku tak tau la bagi orang lain.
korang macam mana???

aku story sikit kesah sedih aku
=(

i'm use to have a very good friend or
aku boleh cakap best friend.
dari kecik aku kawan dengan dia.
dari aku darjah 2.
aku baru aje pindah dari sekolah laen,
sama jugak dengan dia, tapi dia lewat
masuk sikit.
aku duduk meja sorang-sorang, bila dia masuk
aku kena duduk sebelah dia.
at first, aku bagi macam2 alasan kat cikgu
sebab *malu* nak duduk dengan budak laki.
hu-hu-hu

hari tu, mula lah persahabatan kami.
dia defend aku.
tapi aku buli dia.
kami masuk pertandingan selalu berdua, menang pulak tu.
dia sangat rajin, cute dan pandai.
*aku pun. =)
tapi masa tu maseh sekolah rendah, aku takde perasan pun.
hingga la aku tak faham perasaan dia.
=(

darjah 5 adalah tahun akhir kami berkawan.
masuk aje darjah 6 aku dah tak jumpa dia.
dia pindah langsung tak cakap dekat aku.
aku lose sangat2.
yela dia aje yang aku rapat.
mula darjah 6 aku dah jadik gadis.
dan aku dah mula kawan baik dengan perempuan aje.
dia?? aku tak dengar khabar,
hingga lah masuk sekolah menengah,
kebetulan ada kawan sekolah baru dia satu kelas dengan aku.
happy weh! =)
aku cari alamat, aku tanya banyak hal dia.
dia?? aku taktau.

++++

jodoh pertemuan di tangan Allah.
aku masuk matrik.
kuasa Allah. Dia satu kuliah dengan aku.
aku langsung tak cam dia, sampai lah suatu hari,
aku tanya nama dia dekat kawan aku, yang kebetulan satu sekolah
dengan dia. aku terkejut.
*aku tanya nama dia sebab, asyik mencapub je dalam kuliah*

bermulalah pertemuan kedua kami,
aku malu, siapa la aku.
tapi kawan2 aku sangat "jahat"
malu aku masa tu, dah rasa muka aku
kena tampal simen!

pertukaran nombor berlaku.
2minggu, dia luah perasaan.
aku masa tu tak boleh terima.
kenapa ada cinta tu??

kata dia, 6 tahun dia setia dekat aku.
boleh percaya??
setia sampai orang kata dia gay.
ya Allah.
aku betul-betul tak boleh.
kawan adalah kawan.



mula la pergaduhan kami.
aku tak faham.
apa aje perempuan boleh buat.
menangis aje lah.

tak lama.
kami jadik asing,macam baru kenal.
it is okay.
asal tiada benci.

yang paling aku terharu.
dia maseh simpan kicin yang aku buat untuk dia.
dia ingat setiap peristiwa antara kami berdua.
=)

tapi sayang, kami jadi asing.
aku nak sangat kami jadi macam dulu.
mustahil ke?

+++++

susah ke menjadi kawan kalau lain jantina??
kenapa perlu ada cinta tu?







reminder: dia dah jumpa pilihan hati dia, aku? aku ada cinta =)

Monday, November 29, 2010

25 things i love 'bout u sayang!

propaganda dan sungguh hyperbola
tajuk entri aku.
=)

kena taq dengan Asyraf dan Fiqah actually.
*baru jumpe apa yg fiqah tag*

kena cerita 25 tentang aku?
fulamak, terlalu banyak.
diri kita nih, kita tak nampak
apa yang baek dan buruk.
kan3.
so aku just cakap apa yang aku tau
tentang ABC.
=)

++++++


1. aku gadis, bakal jadi wanita
2. berumur 21 tahun 3 bulan.
3. aku anak jati kedah.
4. aku sekarang belajar di UTM Skudai.
5. jurusan Pendidikan.
6. baru saja abes praktikal, jadik cikgu tau.
7. aku garang tapi blurr ( kawan2 yang cakap)
8. aku suka memasak, walaupun tak sedap. =)
9. aku gemok sebab suka tidur and makan aje, senaman malas.
10. aku suka makan sushi ( pandai buat jugak tau)
11. aku suka menulis.
12. baru aje tak malu untuk bagi orang baca.
13. pernah beberapa kali karya aku, jadik pilihan dlm
segmen nukilan@ikim. =)
14. aku sangat gila kamera,
15. maseh sabar untuk dapatkan DSLR. (bila??)
16. aku sangat geram dengan baby, (tak sabar nak ade baby sendiri.hik3)
17. aku suka jugak tgk movie.
18. aku suka dengar muzik+lagu
19. aku tak pernah boleh hafal lagu even yg aku minat. mengapakah??
20. aku sangat tak pandai berfesyen. ketinggalankah???
21. aku suke beli alat make-up, tapi tak guna.
22. persoalan no 22 rujuk no 21 okeh.
23. aku gila kasut.
24. kasut yg selesa aku pakai sampai mama kata, beli la kasut baru.
25. suka heel tapi pakai untuk sekali saja.

++++++

dah habes. best jugak
waaaa.. belum masuk peveret food kan.
hehehe

pape pun tu lah ABC.


simple and cool.
cool???


Sunday, November 28, 2010

ABC punya contest!

salam petang.
hai

abc hanya terfikir
act, dah lama nak buat.
tapi takut kurang sambutan.


kalau abc buat contest korang nak join??

=)

++++

give me ur support!

*malu*



reminder: more than 10 persons agree, contest will start!

award dan anugerah????

aku jadi pengumpul award.
kemudian buat satu entri.
hehehe
sori pada yang bagi.
aku lupa la~~
maafkan ABC ye.
ada pulak yang aku dah tak jumpa dah awardnye.
jahatnye aku kan.

++++

award pertama:

dari fatin yang study kat jepun sekarang,

tQ, soalan2 cepu mas tu aku dah penah jawab,
tengok *sini*
=)


award kedua dan ketiga adalah untuk blog kedua aku:

inilah seni hidupku.

entri sebelum aku dah jelaskan kepada
aku letak award tu kat sini.
=)

pertama:
BoldmatikaLove

soalan dia:
apa pendapat abc tentang blog dia?

jawapannya: entri yg best untuk di baca, simple, nice
and tak boringlah untuk singgah! =)
tQ for the award ya.
laen kali bagi lagik.
he-he-he


kedua:

mis twit

award nih bling-bling
nak tengok ke'bling'an dia
jom tengok kat
sini

tq mis twit!!
=)


++++

terima kaseh
daun keladi
nanti jangan lupa
bagi lagi!

=)




air batu campur, ek?

salam.
alahai hujan lagi.
mudah-mudahan tak membawa kepada banjir la ye.
amin.

+++

ABC and ais kacang same tak??
masa nak tulis entri nih baru aku tepikiaq.
erm.

aku pun google la..
sama aje rupenya
hehehe
buta makanan betui!

+++++

abc nickname blog aku,
tapi bukan maksudnye
air batu campur
seperti yang digembar gembur oleh
L bukan Laici atau Laicikang tuh
=P

abc is known as akuBersamaCahya
nama blog aku.
=)
sesedap ABC
and semudah ABC

caya lah~~

++++

eh.. hadiah aku untuk Mr.Ben
*sini*

antara hadiah yg Mr.Ben tertarik,
*sini*

moga-moga berkenan and melekat dihati lah ye.
=)

+++++

blog karya aku:

inilah seni hidupku

ada dapat awards.
so.. aku rasa
aku buat entrinya disini saje lah ek
sebabnye blog tu, lebih kepada karya2 aku and
karya yang aku minat.
=)

boleh kan??

aku akan link kan ke blog tu nanti.

TERIMA KASEH DAUN KELADI!







reminder: aku dah banyak masuk contest, susahnye nak bertuah ye?

love is forever~ 11





Tidur yang panjang. Selepas solat sunat semalam, Haikal adakan sesi pillow talk dengan aku. Banyak yang dia tegur. Dia faham, aku belum sedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sepenuhnya. Dia juga faham, aku menjadi isteri pada usia yang muda dan keadaan yang memaksa aku menjadi isteri kepada dia. Menangis aku malam tadi. Sebab itulah lena aku panjang dan hampir saja nak terbabas subuh. Nasib! Haikal sedar cinta aku pada dia. Dan dia nak aku tahu yang dia sangat cintakan aku. Walaupun aku bukan cinta pertama tapi aku cinta terakhir dia. Dia sanggup tunggu aku terima dia sepenuhnya. Aku terharu, sungguh! Dia dah senarai apa yang aku kena dan boleh buat dan yang tidak boleh. aku tak tahu bila pula dia sempat buat list do’s and dont’s ni. Tapi aku geram bila baca, main-main betul!

Sayang kena:

1. Tidur satu katil, sebantal lagi bagus! ^^,
2. Bahasa diri sayang! Bukan Zu. Ingat tu! =P
3. Dengar cakap abang. =)
4. Bagitau orang sayang isteri orang dah! ( taknak sayang kena ngorat, =,( )
5. Tidur peluk abang. =P
6. Mandi dengan abang. Hehehehe

Sayang tak boleh:

1. Pakai tudung bila dengan abang dalam rumah! Aurat lagi ke? =P
2. Tidur tanpa abang. ^^,
3. Makan tak tunggu abang =)
4. Mandi tanpa abang.
5. Solat sorang-sorang.
6. Pegi mana-mana tak ajak abang, ingat yang nih.
7. Tak pegang tangan abang waktu kita jalan-jalan tau! =)

Sayang boleh:

1. Tidur peluk abang. =)
2. Ajak abang mandi sama-sama. =P
3. Cium abang kalau rindu + cinta + nak pujuk. =*
4. Bermanja-manja dengan abang setiap masa =)
*p/s: abang akan tambah dari masa ke semasa oke. Love u sooo much. Muah-muah!


List ni dia bagi masa aku tengah siapkan tempat tidur. Katanya apa yang ditulis tu, bermula malam ni, sengajalah tu, tahu-tahu aku nak tidur bawah lagi. Berpeluh aku malam tadi, malu! Walaupun sudah pernah sekatil dan dipeluk Haikal masa di hotel dulu, tapi kali ini rasanya lain dari yang lain. Mungkinkah kerana cinta?

+++++++


Sehari sebelum berangkat pulang ke Johor, aku sempat mengikut ummi ke rumah Mak Long Haikal yang mengadakan kenduri untuk perkahwinan anak sulungnya, Suria. Dari situ, aku sedar yang kehadiran aku ke dalam keluarga Haikal amat tidak dialu-alukan. Rupanya Mak Long sangat berhajat Suria dijodohkan dengan Haikal. Selepas bekas tunang Haikal memutuskan pertunangan mereka disaat akhir, Mak Long mencadangkan Suria sebagai pengganti. Haikal menolak dan memilih aku. Kebencian Mak Long terserlah dan jelas semasa aku turut serta membantu untuk kenduri Suria, habis-habisan aku diperli di celah penduduk kampung yang ada. Malu. Terasa hina. Aku dikatakan gatal, kerana berkahwin diusia muda. Penduduk kampung yang tidak tahu apa-apa hanya ketawa, kerana Mak Long menyindir dalam gurauan. Ada yang mengerti hanya menggelengkan kepala. Ummi hanya mampu menggeleng dan menyuruh aku memekakkan telinga. Hendak dijadikan cerita, aku yang leka melayan perasaan malu, habis kuih karipap yang aku goreng hangus. Bertambahlah sindiran untuk aku, kononnya aku tidak pernah masuk dapur, tidak pernah memegang senduk, dalam erti kata lain, aku tidak pandai memasak. Aku tebal muka, oleh kerana aku orang luar dan dia orang tua, aku sabarkan diri. Air mata yang sudah lama bertakung, mula mengalir ditubir mata. Sedih! Ummi mengajak aku pulang lebih awal yang dijangka, Baba dan Haikal hairan. Ummi bercadang mahu pulang malamnya, tapi kami pulang pada petang itu juga. Terima kasih ummi. Air mata aku mengalir tanpa malu sepanjang perjalanan. Ummi hanya mampu meminta maaf dan menyuruh aku bersabar. Malam itu aku tidur awal. Haikal hairan. Setiap pertanyaannya aku biar jadi persoalan. Aku terluka.



CONTEST MANISNYA SENYUMAN

*klik gambar utk ke page contest*


aku nak join contest lagi.
=)
gambar yang aku pertaruhkan ialah:



ni dekat taman negara kukup, johor.
atas bot!
=)

ayat kreatif untuk gambar nih:

~ hidup ini indah, lagi indah jika dihiasi dengan senyuman~

+++

untuk info lanjut tentang contest: sini!

aku tag:

ika puk-puk

aqmaR

tiada-none



no entry for today.
busy makan kenduri.
=)

Friday, November 26, 2010

marilah mari pergi mengundi!


walaupun aku tak tersenarai ( ceh! ada hati.)
tapi aku sangat teruja dengan BPM2010.
apa tunggu lagi?
jom pegi mengundi!

undian peringkat pertama

yoys.net Domain Giveaway.


mesti ada yang teringin nak ada domain sendiri kan?
nak?
jum join yoys.net Domain Giveaway.

+++++

ini sedikit sedutan kata-kata penganjur =)

"aku nak buat satu contest berupa giveaway domain. Mudah dan senang je. 1 Domain (.com/.net) akan jadi milik pemenang. Pengguna blogspot dialu2kan untuk menyertai. Yang dah ada domain pun boleh join.:)"

ada 3 langkah mudah aje untuk join Domain GA nih.
nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan diblog Yoy ye.
=)

++++

~~domain giveaway dibawakan dengan jayanya oleh Yoy’s Network~~



kasi potong sama dia!

ini bukan iklan 'ah-long'
atau pun ceti haram.


dan ini juga bukan
iklan TM



ini entri pasal aktiviti cuti sekolah.
eh. bukan disney school holiday punya cerita.
cerita budak lelaki punya aktiviti
musim cuti sekolah la~~

berkhatan
atau lebih familiar
bersunat!


=)

+++++

adik-adik lelaki aku semua dah selamat.
abang-abang aku memang dah lama selamat.
he-he-he
jangan mare!
=)

anak-anak jiran aku dah selamat
berkhatan semalam.
hari-hari aku dengar budak menjerit
macam kena dera.
aiyoo!

esok ada kenduri diorang,
ni pun dah sebuk memasak.
aku cuma lihat dari jauh,
hehehe.
esok aku pegi makan aje.
=)

kenapa perlu berkhatan?

Allah itu suka akan kebersihan.
oleh sebab itu, setiap lelaki muslim
diwajibkan berkhatan.

budak-budak akan bertanya, kenapa
perlu potong???
mak-mak akan kata, nak kawen kena lah potong.
pas potong boleh la ada awek,
haa.. kan femes jawapan tu..

tak bersih ke kalau tak potong?
yela.. kalau bersih buat ape kena potong ye tak?

aku pernah dengar pendapat dan pernah terbaca,
kulit lebih yang dipotong tu, kalau tak potong akan
terkandung air kencing. macam bertakung la.
so.. kotor la, kita nak solat apa semua kan.
jadinya perlu dibuang.

nak jelas panjang aku tak berapa tahu sangat, tapi masa aku
skodeng mR.gOO, aku jumpa artikel kelebihan berkhatan dekat website
ehoza.com... kalau nak tau klik sini.

++++

dulu-dulu guna tok mudim.
dengan batang pisang, pisau dia.
memang seram. aku pun rasa nak lari!!

sekarang dah lain.
siap ubat kebas.
tak la rasa sakit masa dipotong.
(adik aku cerita)

masa adik yang lepas aku,
dia tak pakai tiub pun,
tapi adik bongsu aku sunat 2tahun lepas
dah dipakai tiub, dan aku rasa
lebih sakit.
aku pun tak tau tapi dari cara aku jaga diorang.
adik lepas aku takde nak nangis-nangis.
cool aje.
tapi yang bongsu nih, nak cuci pun takut
seram tiub tu, apa lagi menjerit menangis la dia.
plus manja jugak kut,
=)

even orang bukan islam (kebanyakan matSalleh)
dah banyak yang berkhatan, baby boys yang lahir
doktor akan tanya nak dikhatan ke tidak.
ada kelebihan lain katanya??
++++


apa kes aku perempuan cerita pasal berkhatan kan.
jangan tak tau.
perempuan pun bersunat jugak!
=)






pictures>>> Mr.Goo's Stor =)

reminder: aku tau perempuan bersunat pun sebab adik perempuan aku bersunat masa dia 6 tahun!aku???



Thursday, November 25, 2010

his day~~

ini hari dia tiba ke dunia.
matanya cerah disimbah cahaya
oh! dunia, aku tiba
mungkin itu kata-kata dalam tangisan pertama
mama terima dengan senyum bahagia

beberapa hari sebelum
kami sebuk mencari nama
perlu baik makna
perlu mudah menyebutnya

beberapa hari sebelum
mama duka
dunia mengejek
mama hamil usia tua
kenapa?
itulah rezki namanya.
kami mahu adik mama. =)

muhammad nur ashiffuddin


kau lah permata
kau lah segalanya
kau terakhir dalam keluarga
kau lah nyawa

selamat hari lahir!
moga kau akan berjaya
dunia dan akhirat sana~~







reminder: a beefsteak for his day! =)

Eiii… Lucah!

 

kartun nih lucah untuk kanak-kanak!
jangan bagi diorang tengok.
ha-ha-ha
kartun ape yang lucah tu?
.
.
.
korang penah tengok sin chan?
baca tak komiknye?


dulu.. cite tu tak berapa sesuai la untuk
kanak-kanak
walaupun tajuknye
"Crayon Sin Chan"
sekarang dah okay pulak aku tengok.
even dulu, dekat jepun pun tak galakkan kartun nih
untuk kanak-kanak.
tapi lepas tuh boleh pulak.


+++++


sin chan- spongeBob- doraemon
ni kan kartun-kartun yang popular dulu dan sekarang.
menjadik ikon budak sekolah.
sapa takde kichin sin chan? doraemon? spongeBob?
bukan kanak2 bawah umur aje,
mak bapak budak habes umur pun minat.
* aku la tu =)
tengah buat entri ni pun aku tengah tengok spongeBob.
=)


++++

 
sebenarnya kartun-kartun tu ada kebaikan dan keburukan.
keburukan nampak jelas
kebaikannya lebih tersirat.
aku bagi contoh untuk setiap kartun eh.

 

shin_chan

1. sin-chan: budak kecik yang gatal, pantang nampak pompuan cantik dan seksi mesti menggatal, suke tunjuk bontot bahagian belakangnye. itu black side die, tapi kalau yang baik, dia sentiasa membantu orang keluar daripada masalah,walaupun berumur 6 tahun. sentiasa yakin atas orang laen.

 

 doraemon

2. doraemon: nobita yang malas + bodoh kurang pandai sikit, sentiasa perlu pertolongan nobita, tak pernah amek pengajaran! tapi pengajaran yang dia tak amek tu lah yg kita kena amek. nilai persahabatan yang ada sangat baik, walupun giant suka membuli, tapi bila nobita ada masalah dia pun akan risau.

 

 spongebob

3. spongeBob: aku taknampak buruknye lagi, kecuali patrick yang tak berapa cerdik tuh, nama pun tak ingat. cuma bila tupai tu tak pakai baju, lucah jadik seksis! nilai murni banyak la, spongeBob sangat baik, walupun sotong buruk tu tak suke die, dia sayang jugak. dia takboleh tengok kengkawannya dalam kesusahan. biar dia susah tak ape, baeknye dia.. tapi dia lurus bendul la.. =)

mama dulu tak berapa bagi kami tengok doraemon, sebab nobita pemalas. aku umur dah 21 tahun, aku nampak la yang baek tu, tapi budak-budak umur 5, 6 tahun nampak ke? yang tak elok tu sangat jelas.

jadinya, bila anak-anak kita, adik kita tengok apa-apa cerita, kita kena duduk sama. tengok sama-sama. bila yang tak elok tu kita cakap dekat diorang, jangan tengok tu, jangan buat macam tu. haa.. lepas tu, bila dah habes cerita aje, tanya la apa yang diorang dapat dari cerita tu, tak pun korang terus je bagitau.

 

 

reminder: aku ade anak patung spongeBob, Patrick and Doraemon =)

GiveAway Domain From MelRomeo.COM

salam tengahari.
blogwalking sambil tengok WHI
=)

+++++

walaupun tak bertuah untuk dapat GA dari paris.
tapi aku tetap nak cuba naseb!
.
.
.


GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM

Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS


1.
L bukan Laici
2. Iennah
3. Cekgu Ima
4.
Sakinah
5. Fatin

MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM

+++++

tarikh tutup: 30 November 2010
so.. cepat! join.. mana tau ade domain sendiri.
=)

nak tau lebih jauh klik sini

wow! seksi~~~

I'm, so, so, so hot hot !
=)

seksi la no nih!



+++++

tunggu 202 + 222!!
=)






reminder: hot itu panaskan?

Wednesday, November 24, 2010

cikgu atau cek gu?

guru ibarat pelita yang membakar diri.

hebat nya guru itu sentiasa dihormati,
diberi layan kelas VVIP.

+++++

cikgu..cek gu.. guru.. teacher.. sir.. lau se..
sifu..sensei.



bahasa lain-lain, tapi maksudnye same.
=)

ada orang penah tanya, apa perasaan jadik cikgu nih?
masa tu aku jawab, tanpa ada pengalaman mengajar.
aku just kata taktau, taknak pun jadik cikgu.

bila dah mengajar, dipanggil dengan gelaran cikgu and lau se nih,
aku sedar.
indahnya jadik seorang cikgu!



pada hari pertama aku digelar guru, aku tersenyum.
happy semacam aje. entah!
orang kata aku garang, masa aku jadik cikgu, aku control sangat-sangat.
aku senyum aje, tapi sabar itu ada batas!!
ha-ha-ha
aku marah + jerit kut.

aku tak guna rotan tau.
tak sanggup.

++++

aku teringat masa interview,
mereka tanya kenapa nak jadik cikgu?
jawapan aku?

1. nak elak kes guru dera pelajar.
2. nak elak kes guru ponteng.
3. nak elak guru mengajar sebab gaji je.

betui, aku betui2 nak elak tu semua.

pastu ada lagi dia tanya, dan ini memang soalan common la:

sanggup untuk ke pedalaman?

aku jawab:

ye saya sanggup, itu tujuan utam saya nak jadik cikgu, kebanyakkan guru
sekarang mengelak untuk ke pedalaman, saya dah biasa bersekolah dengan
orang asli, sebab mak saya dulu ajar anak-anak orang asli.

++++

aku sedih tengok bakal-bakal guru, tak jaga
adab, disiplin.
malas belajar. perangai yg langsung tak nampak macam cikgu.
macam mana dia nak mendidik?

aku tak cakap aku terbaek. bagus or else. tapi
ini yang aku nampak.
kalau korang nampak, korang akan cakap yang sama jugak.
=)

++++

aku tak pandai mengajar. aku pandai berkongsi ilmu.
dan itu yang aku buat.
nasihat dengan menggunakan pengalaman sendiri.

mama sebagai mentor.
mama yang ajar cara menjadi guru dedikasi.
guru yang disayangi.

++++

guru oh guru!






reminder: tak sabar nak jadik cikgu ika lagik!!!



love is forever~ 10




Malam itu, Baba pulang sendirian. Aku tanyakan Haikal, Baba kata Haikal hanya beritahu Baba yang dia ada hal lain yang hendak dibuat. Aku gelisah dan tidak senang duduk. Aku tahu, Haikal masih terasa hati dengan aku. Hal petang tadi salah dia, bukan aku. Takkanlah dia serius petang tadi? Ah! Aku masih belum sedia untuk ke arah itu. Ya Allah, ampunkan aku, aku isteri yang berdosa.

Tepat jam 10.30 malam, Haikal sampai ke rumah. Di hantar oleh Samad, anak ketua kampung, Haji Ali. Samadlah yang membantu Haikal membawa motor Baba yang pancit ke kedai dan menghantar motor tersebut ke rumah. Samad mengalami kecacatan fizikal, namun sikapnya yang ramah dan ringan tulang menyenangkan semua penduduk kampung. Aku menyambut kepulangannya, Haikal masih marahkan aku. Riak wajahnya aku mengerti. Aku yang tercegat dipintu tidak diendahkan. Penat aku senyum! Langkahnya terus ke dapur, di tangannya memegang sebungkus beg plastik. Aku hanya memerhatikannya, sampai hati buat tak tahu dengan aku, getus hati kecilku. Aku mengeluh perlahan dan menutup pintu. Ummi dan baba sudah pun masuk tidur, esok Baba dan Ummi hendak ke Qiamulail. Aku pun teringin nak pergi, maklumlah, nak buat sendiri takkan jadi punya. Aku menapak ke dapur. Dari anak tangga atas, aku melihat Haikal membancuh air, langsung tak pedulikan kehadiran aku. Sedih!

” Turun sini, makan.” suara Haikal, secara tiba-tiba. Hampir tersentak aku dibuatnya. Tanpa menunggu lama, aku melangkah menuruni tangga dan menapak ke sisinya. Aku tidak yang aku tersenyum sedari tadi. Mungkin gembira dengan respon yang diberikannya. Beli makanan rupanya, ingat apalah yang ada dalam bungkusan tadi. Mee goreng mamak, sedapnya.
” Abang tau sayang lapar, tadi lepas solat isya’ abang pergi kedai makan Pak Shuib dengan Samad, kebetulan dia pun nak ke sana.” ujar Haikal tanpa aku bertanya. Aku mengangguk dan mengambil tempat disisinya. Mee di isi ke dalam satu pinggan, satu garfu diberikan padaku dan satu sudu untuk dia. Aku belum sempat hendak bertanya, Haikal sudah memberikan jawapan. Hebat betul riak wajah aku ya?

” Kita makan satu pinggan aje, berkat suami isteri kongsi makanan, lagipun jimat la air rumah ummi.” ujarnya bersahaja. Jawapannya yang akhir membuat aku ketawa. Banyak mana lah air yang digunakan untuk basuh satu pinggan, Haikal memang pandai memberi jawapan. Aku agak kekok berkeadaan begitu. Sebelum ini, aku yang hidangkan, jadinya dua pinggan. Nak tak nak aku jamah juga, tapi tunggu dia ambil dahulu. Kalau dekat hostel aku pun biasa berkongsi makanan dengan kawan-kawan jadi aku tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkongsi makanan dengan sesiapa, tetapi keadaan sekarang lain dengan keadaan aku dengan kawan-kawan. Haikal sedar yang aku kekok, tetapi dibiarkan sahaja. Mungkin mahu aku biasa dengan keadaan begini. Air juga satu cawan. Kalau orang tengok, memang kata kami pasangan paling romantiklah. Selepas dia minum, cawan itu diberi pula kepadaku, aku pun minum. Kalau aku menolak, takut rajuknya kembali. Dan aku mengaku, aku senang dilayan begitu. Masa yang ada aku guna untuk meminta maaf tentang hal petang tadi. Mahu tak boleh tidur aku malam ni. walaupun belum mencecah umur 20 tahun, aku tahu dosa pahala isteri. Aku wajib tahu setelah aku bergelar isteri kepada seseorang.

” Abang marah Zu lagi?” soalku perlahan, dan tersusun.
” Marah? Bila pulak abang marah? Kenapa pulak nak marah?” jawabnya bersahaja.
” Hal petang tadi, maaf ya, Zu tak bermaksud nak kecik kan hati abang.” ujarku lagi, tidak melayan marahnya dan tidak juga melayan ego wanitaku.

” Tau pun, salah.” ujar Haikal sinis. Menusuk ke jantungku. Sabar Zulaikha!
” Maaf, Zu belum biasa macam tu.” jawabku lagi. Aku dengar Haikal ketawa sinis. Masih marah! Aku hanya menundukkan wajah. Suapan aku terhenti. Hilang selera. Susah ke nak maafkan aku? Haikal menghabiskan makanan yang ada. Dibiar aku yang melayan perasaan. Air diminum beberapa teguk dan diberikan padaku. Aku ambil tidak minum. Apa yang aku boleh buat untuk dia maafkan kesilapan yang bukan berpunca dari aku?

” Malam ni tidur dengan abang.” ujar Haikal, tegas, lantas bangun dan terus bilik air. Aku? Aku kaget. Macam mana ni, apa aku nak buat. Ya Allah, aku belum bersedia. Jawapan itu masih terngiang-ngiang ditelingaku. Aku masih dikerusi. Tidak tahu hendak berbuat apa. Haikal yang keluar dari bilik mandi, memandang ke arahku. Serius aje muka dia.

” kemas cepat, ambil wuduk, kita solat baru tidur” ujarnya bersahaja tetapi tegas. Haikal terus melangkah ke bilik. Aku hanya mampu mengikut arahan. Kalau aku mengelak, buat helah, pasti marahnya makin meletus. Aku belum sedia!

love is forever~ 09


Seminggu di Kuantan, banyak memberi erti dalam hidup aku. Cinta buat Haikal kian mekar dan aku tidak lagi menyembunyikan rasa cinta itu. Aku dapat rasakan cinta Haikal walaupun kadang-kadang dia seperti bermain tarik tali. Orang kata kalau asyik bermain tali bahaya. Takut terputus tengah jalan. Tapi aku? Aku tak pasti dia. Hati aku terlalu mencintai dia. Sangat! Kenangan seminggu dirumahnya takkan aku lupa walau sedikit. Hari kedua di rumah, bisa membuat aku tersenyum dalam tidur. Mana tidak. Petang itu, setelah membantu ummi dan baba mengemas kebun kecil dibelakang, aku segera mengambil tuala, cadangnya hendak membersihkan badan. Miang dan berpeluh. Ummi dan baba pula membakar sampah dan rumput yang dikumpulkan. Haikal? Asyik membasuh kereta dia aje. Suruh kaitkan kelapa, malas katanya. Geram aku! Mahu tak geram, jawab sudahlah pendek, siap nak jelir-jelir lidah pula. Sakit hati betul aku dengan sikap manja yang dibuat-buat. Menyampah!

Tudung yang aku pakai, aku sangkut dengan baik. Haikal pengemas orangnya. Aku? Kemaslah juga. Cuma kurang sikit dari sikap Haikal. Sekurangnya umur aku dengan dia. Aku belum lagi membiasakan diri tanpa tudung dihadapan Haikal dan Baba. Masih belum biasa. Setelah tuala aku ambil, aku segera ke bilik mandi yang berada didapur. Haikal entah hilang ke mana, aku pun tak tahu. Mungkin dengan baba dan ummi kut, detik hatiku. Biarlah. Belum sempat aku mengunci pintu bilik mandi.

” Haaaa!! Awak buat apa sini!!!” aku terkejut, Haikal belakang pintu?
” hehehe... sayang.. jum mandi sama-sama eh.. ” ujar Haikal sambil ketawa, mungkin melihat reaksi aku yang memang dijangkakan.
” Eii! Keluarlah.. ape awak nih... jangan mengade-ngade!!” marahku, tangan aku tak dapat menahan dari memukulnya. Geram!
” sayang ni.. sunat tau suami isteri mandi sama-sama..” Haikal menjawab dengan nada yang gatal dan geli untuk telinga aku mendengar. Haikal mula memegang tanganku dan cuba nak memeluk aku. Aku meronta-ronta sambil menjerit menyuruhnya keluar dari bilik mandi.

” Haikal! Saya tak suka macam nih...” bentakku.
” ala sayang.. boleh la..” rengek Haikal sambil menahan rontaanku. Tak boleh jadi ni, kena cari jalan, kalau tidak, habis aku! Sepantas kilat, idea menjengah kotak minda yang sedari tadi asyik ’refresh’ aje cari idea nak lawan idea jahat si Haikal.
” ummi!! Tolong... ummi!!!” jerit aku sekuatnya. Haikal terkejut dengan jeritanku, cuba menutup mulut aku dengan tangannya.

” Baba.. ummi tolong!!!” jeritku sekuat-kuat hati!..Aku selamat akhirnya, Haikal mengalah dan melepaskan tanganku. Mengeluh keras dan keluar dari bilik mandi. Ummi dan Baba pun dah terpacak depan pintu bilik mandi. Ummi seperti selalu, ketawa. Baba menggelengkan kepala, penat dengan karenah kami berdua yang macam kanak-kanak umur setahun. Haikal keluar dengan muka tak puas hati dan terus ke bilik. Aku cuma tersengih-sengih kambing, dan menutup pintu kembali. Selamat!

++++++++++++++++++++++

Selesai membersihkan badan, wuduk tak lupa untuk di ambil, sudah hampir waktu maghrib pun. Maghrib dan Isya’ selalunya kami akan jemaah. Baba kadang-kadang ke surau dengan Haikal. Dari ummi aku dapat tau yang Haikal ni, anak kesayangan kampung. Mana tidak, dari sekolah lagi Haikal yang paling cemerlang dalam kampung ni, dalam akademik mahupun kokurikulum. Lepas SPM, Haikal dapat tawaran untuk buat persediaan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang pengurusan perniagaan. 4 tahun belajar di negara orang, tambah setahun bekerja di sana, balik sahaja Malaysia, Haikal mula membuat perniagaan sendiri, sampai sekarang. Pekerja Haikal banyak dari kalangan pemuda-pemudi kampung ini juga. Ummi kata, masa Haikal nak pergi ke luar negara, orang kampung banyak membantu dari segi kewangan, dan sekarang masa Haikal pula untuk membalasnya. Cerita-cerita tentang Haikal memang membanggakan, tapi membuatkan aku terasa tak layak untuk menjadi pendamping dia. Siapalah aku.

Aku masuk ke bilik, gelap. Pelik, Haikal ke mana? Dekat depan ku, ujar hati kecilki. Malas nak ambil tahu lagi sebab waktu maghrib sudahpun masuk, cepat-cepat aku bersiap untuk turut berjemaah. Setelah siap bertelekung, aku melangkah ke bilik ummi, dari jauh ummi sudah menanti.

” kita jemaah berdua aje ye Zu, Baba dengan Haikal dah ke surau pun” ujar ummi, mengejutkan aku. Merajuk ke dia? Tidak pernah Haikal ke surau tanpa tidak memberitahu aku. Sudah! Aku hanya mengangguk tanda mengerti pada ummi. Seusai solat maghrib, kami akan mengaji sehinggalah masuk waktu isya’. Ummi banyak membantu aku memperbetulkan semula bacaan dan tajwid aku. Terasa rindu pada ibu kurang sedikit dengan berada disamping ummi. Ummi melayan aku dengan begitu baik. Katanya dapat juga luahkan rindunya pada Aida.
Seminggu dekat Kuantan juga banyak membantu aku mengenali lebih dekat dengan keluarga Haikal. Mereka jarang makan berat waktu malam. Sekadar kuih-muih yang dibuat ummi atau dibeli sahaja. Aku yang telah biasa makan nasi waktu malam, meranalah juga pada awalnya. Haikal pernah bangun malam masak untuk aku. Perut aku asyik berbunyi katanya. Malu juga aku nak selindung. Hai la perut!

kids & baby photo contest

kids & baby photo contest



contest nih dari L bukan Laici.
macam best hadiahnye.
=)
jum join!

++++++

contest ni di anjurkan oleh cik safiyyah!

aku pertaruhkan gambar myAnak sedare!
=)


gambar nih dia tengah gardening! with his lovely 'mimi'.
gambar amir banyak sangat cumel3, tapi penganjur nak satu aje.
=)
amir haziq sangat pandai posing and he love
camera a lot!

+++++

tak payah cite pasal gambar kite cite pasal contest,
sesyaratnya:

1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya. http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.
8. tarikh tutup : 30 November 2010 ( kena cepat, penganjur kata dia leh awalkan tarikh tutup)
9. hadiah!!!! >>>>> earring dari lazo diamond jewellery.white gold.

++++

aku tag:

shekechik
feezcucutokaji
aisyah
fiqah
cekguIma
sakinah
fatin
izzati
aqmar

apa yang diorang nampak?

hah! apa yang korang nampak?
and apa yang diorang nampak?
siapa diorang?
adakah mereka-mereka?
=)
pening betui ayat aku kan.

+++++

diorang dalam maksud aku adalah kanak-kanak.


yup. kids!!
kalau korang perasan kalau budak-budak tengah main, macam seronok sangat.
kalau maen kereta, macam diorang tengah drive kereta tu. apatah kalau maen robot, dah sama
macam dalam tv. kalau transformers, diorang pun jadik transformers.

apa yang diorang nampak?

aku pun taktahu, even aku dulu juga kanak-kanak!

imaginasi kanak-kanak meluas. meluas. seluas langit. ye?

*cintaku seluas awan
aku selalu tanya adik aku. maen ape? dia akan sengih aje, pastu aku usha-usha. aku tau dia maen ape. jadik kamen raider!! hebat betui la~~




tapi benda baek selagi kita jaga. baek sebab ini proses pembesaran kanak-kanak.
tapi kalau tak jaga, akan jadi bahaya.

macam mana? korang penah tau kes kanak-kanak jatuh dari tingkat berapa entah, sebabnya dia maen-maen jadik superman. konon boleh terbang. kan bahaya tu.




kita, sebagai seorang dewasa, kena mengawasi kanak-kanak yang sedang membesar, sebab kanak-kanak mudah sesangat terpengaruh.

+++++

bukan kanak-kanak je suka berimaginasi.
orang dewasa pun.
betui tak?
tapi kita tak panggil imaginasi, tapi..
berangan!
hehehe




pictures: Mr.Goo's Stor



reminder: seronok jadi kanak-kanak!

sweet nye ABC~


thanks to L.
kemarahan kepada yang berkenaan reda
dengan award dari L.
thank you so much.

++++

setiap award yang diberi,
akan disertakan dengan ucapan!

kena jawab soalan-soalan tersebut:

1. apakah pandagan korunk sal bLog LoLz-L neyh?
- simple and nice! tak jemu pegi blog die, sebab dapat laici, laicikang and lolipop.
eh. gurau aje, hehehe

2. citerkan seket pengalaman sweet korunk?
- pengalaman sweet? semuanye manis je =)
taktau la apa yang pahit.

3. Apa yg korunk impikan dalam hidup?
aku nak sentiasa berada di atas. i mean, berjaya!
yeah!

4. Is it possible for you?
yup. asalkan ade usaha.

5. do you love me ?
- ni soalan maen-maen die. huahuahua
no i dun!
=)

+++

aku akan tag orang laen jugak.
yang kena tag nanti, jawab 4 soalan je ye.
=)

aku memang tak open-minded!!

ye. aku memang tak open-minded.
salah ke?
adoyai!
YM tu tempat berchatting ke tempat melepas nafsu?
astagfirullah!!
~~sabar jela~~

+++++

apa fungsi sebenar YahooMessenger?
nak berkawan?
tambah kenalan?
silakan,
tapi jaga adab.
jaga bahasa.

salah ke untuk tidak bersifat terbuka kepada isu yang
tak sepatutnya?
nak melayan nafsu pelik dia tu?

++++

mujur YM boleh delete contact.
alhamdulillah.
May Allah Bless Him!!!





reminder: aku boleh open-minded untuk perkara yang betul!

Tuesday, November 23, 2010

maaf saya memang sensitif!

salam. haiyakk.. aku maseh dalam keadaan gatal-gatal. ambik ubat kat farmasi jugak. susah betul kulit sensitif nih. penah jugak makan ubat. last-last makin gatal! sensitif betul!



++++

eh.. bukan aku nak cerita pasal kulit aku sensitif. aku nak menaip pasal isu sensitif.
apa yang sensitif?



*of cos bukan gigi sensitif. kalau tu, pakai sensodyne. =)

percaya-tak percaya, dalam hidup seharian nih, banyak isu sensitif. bukan setakat pasal kaum, jenis kulit, bangsa atau agama. keluarga pun isu sensitif. hal peribadi isu sensitif. pekerjaan kita pun kadang jadik isu sensitif. even pemakaian kita boleh jadi isu sensitif.

* isu sensitif membawa kepada pergaduhan!!!

kenapa kita menjadi begitu sensitif? atau hal ni memang sensitif? atau masyarakat kita sangat lembut jiwanya sehingga menjadi begitu sensitif?
* tu dia ayat!

kadang-kadang aku terfikir, bukan orang sengaja mencari pasal dan membukak sesuatu isu sensitif tetapi, sikap orang-orang kita yang tak dapat nak terima kritikan. atau pun!
orang kita terlalu hebat dalam menjadi pengkritik???







pictures: Mr.Goo's stor!


reminder: kritikan membina kadang-kadang jadi langsung tak berguna kan! salah cara la babe!!

my Lucky 100 followers.

setelah lama aku tunggu.
=)
akhirnya aku dapat dah.
followers yang ke100

tahniah GIA!

this is for u!

+++++

Blog Gia sangat comel and interesting!
jum terjah blog Gia!!
=)





reminder: tunggu myLucky200 followers pulak eh
.

BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010!!

salam tengahari!
asyik blogwalking tadi, terjumpa entri nih!
BPM2010
jum kengkawan! blog mana yang menjadi pilihan korang?

nak info lebih lanjut?
klik ke blog AzmanRoslan.

++++

nak daftar blog pilihan nih percuma aje.
even kalau promote pun boleh tersenarai di ruang
"perhargaan BPM2010"
tak caya? klik lah: promosi

jum!
cepat tau. before 25th Nov 2010/ 10 malam


reminder: aku nak pilih sapa ye?

karena wanita!


salam tengahari!
panas kan sekarang.
langit gelap jek, tapi panas.
jom kita panas kan lagi.. =)
semalam kena tag dengan L bukan Laici.
dah siap buat.. tengok hasil~~




RULES :

1. Put your music library on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title as the answer to the question,
no matter how silly it sounds!
Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. Ok, go!
5. When you're done, tag 20 people in this note,
and make sure to tag the person who sent you this.
The answer to #20 is the Title of your note

1.If someone says, “Is this okay?” you say
Matahariku-agnes

2. How would you describe yourself?
Cinta antara kita- Duta feat Baizura Kahar

3. What do you like in a guy/girl?
Ayat-ayat cinta - Rossa

4. How do you feel today?
Permataku- Mirwana

5. What is your life’s purpose?
Bila cinta - Mila

6. What's your motto?
Pudar- Rossa

7. What do your friends think of you?
Berdua lebih baik - Acha

8. What do you think of your parents?
Rimas – Fabulous Cat

9. What do you think about very often?
Dari Hati – 6ixth Sense

10. What is 2 + 2?
Hari ini dan semalam – 6ixth sense

11. What do you think of your best friend(s)?
Mati untukmu – 6ixth sense

12. What do you think of the person you like?
Rayuan Gombal – 6ixth sense

13. What is your life story?
Tak bisa memilihmu- 6sixth sense

14. What do you want to be when you grow up?
Tanpa – 6ixth sense

15. What do you think of when you see the person you like?
Cinta yang sempurna – 6ixth sense ft neo letto

16. What will you dance to at your wedding?
Belaian jiwa- innuendo

17. What will they play at your funeral?
Kasih berubah

18. What is your biggest fear?
Ada cinta – Acha

19. What is your biggest secret?
Baiknya – Ada band

20. What will you post this as?
Karena wanita – Ada band

ini just for fun kan.. sebab korang tengok no 8. kurang ajarnye la kalau aku jawab gitu.
ish3.. weh.. music lib, aku bnyk lagu... so takde jawapan yang berulanglah.. aci?
aci kat india.. toooing3..

aku kena tag 20 orang. wahh.. nanti aku tag korang kat shoutbox!









reminder: suspen je benda nih!

you + tube = youtube?

selamat pagi.
dah lewat kan,
tapi aku baru pos entri. kan?
aku dah tertido lepas solat magrib tadi.
padahnye? takleh tido dah la nih~~
++++
apa kes dengan youtube?
youtube ni sape yang tak kenal tu,
komfem tak bukak internet lah tu,

*mama tau tak ma??youtube_logo

actually, aku baru lepas tengok video TeacherShida.
kenal kan?
entertainer terbaru kan. =)
latest miming die buat lagu, kalau berpacaran. enjoy! ha-ha-ha
aku taknak kutuk, puji or apa-apa yang berkaitan.


just nak cerita-ceriti.
kalau aku komen, ada pulak masalah dibalik tabir.
tabir?
apa-apa je lah. =)


kalau korang bukak youtube, mesti korang tahu kan, betapa banyaknye video-video amatur dalam tuh, dari yang oke kepada tak oke dan kepada yang tak sepatutnya.
alah.. macam "dia pilih KLCC dowh.."
hot stuff tuh.


dengan adenye FB.. video-video amatur nih dapat high ratings kan?
perlu ke kita mengupload video kite untuk tontonan ramai?
bagi aku tak perlulah..


macam video-video bersifat peribadi, kenapa nak hebohkan?
bukan ke video macam tu boleh memalukan diri aje.
kalau diri tak malu, macam mana dengan keluarga kite?


erm. aku selalu ugut adik aku nak upload video aksi die kat youtube, nanges weh!….video ape? hahaha ade lah.


see.. budak kecik pun malu dan takut hal die di ketahui ramai. tapi yang besau-besau?

youtube dibina nak mudahkan kitekan, yelah.. nak tengok klipVideo artis pujaan. =)
nak guna video-video untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

aku banyak guna youtube untuk upload and download. assignment banyak guna, dan wajib pulak tu. markah weh… =P

ingat-ingat la bila nak upload apa-apa video, kesan bukan pada kite aje. orang terdekat pun kena tempias. dah kena nak salah siapa?







reminder: kalau sedia buruk, jangan tambah buruknya, sebaliknya baikkanlah ia!