Tuesday, August 31, 2010

general cleaning~ on merdeka's day!!

salam merdeka buat semua rakyat Malaysia!!

dalam tak sedar dah 53tahun kite merdeka... tapi macam mana pun.. jiwa dan minda kite maseh dijajah..

betul? ye.. tepuk dada tanya iman... betul ke kita merdeka?? merdekakah pemikiran kita? pakaian kita? minat kita?? tak kan??

bangga sungguh saya dengan pejuang-pejuang kemerdekaan.. moga roh mereka aman.. bagi yang masih bernafas.. panjangkan umur mereka dan limpahkan mereka dengan rezeki yang terbaek...
..................................................................

ishh.. melalut daH... nak cite hal kitorg kat rumah nih ... pagi-pagi ( pukul 12??) lagi dah mengemaS rumah.. menyapu..mengemop.. mencuci and menjemur... ala-ala macam kan asrama dulu... hehehe.. tak de la penat pun.. seronok!! ahaks...

..... ni lepas dah cuci..rumah kosong jek.... weeeee~





reminder: lapaq ayaq!!~


Monday, August 30, 2010

love is forever~ 02


Alhamdulillah dapat jua aku menjejakkan kaki ke menara gading. Impian pertamaku telahpun tercapai.. alhamdulillah syukur pada Allah… Universiti Teknologi Malaysia terima kedatanganku, moga lebih banyak kejayaan yang bakal ku perolehi.. amin… walaupun banyak yang menduga sepanjang aku belajar dahulu…

Aku selamat diijabkabulkan dengan Muhd Haikal Hazimi bin Muhd Anuar, seminggu selepas kedatangannya ke rumahku. Ibu dan ayah akur dengan rayuan keluarga Abang Haikal. Abang Haikal telahpun berjanji untuk membenarkan aku mencapai segala cita-citaku. Aku sepatutnya rasa bahagia, namun entah mengapa hatiku begitu sayu, mungkin kerna aku pernah kecewa terhadapnya. Aku redha.. aku hanya mengikut ceritera yang telah tertulis buat ku. Aku terima seadanya.

“ Woi cik kak, hang berangan pa?” sergah yuni teman bilikku, tersentak aku dari lamunan panjang..

“ Hang ni. Mana ada pa… saja rindu kat mak aku la..” bohongku, buku yang sedari tadi di hadapanku ku selak.

“ rindu mak?? Ke rindu suami hang tu??” sengaja yuni mengusik hatiku.. Dialah tempat aku meluah segala suka duka ku. Dia juga satu-satunya teman yang tahu aku sudah bersuami seawal usia ku kini.

“ ye tak ye juga kan… aku dah ada suami..” gurauku pada yuni.. yuni yang geram dengan tingkahku mencampakkan bantal ke arahku, aku hanya mampu ketawa dengan tingkahnya. Di fikir-fikirkan sudah hampir satu semester aku di Universiti namun, selama itu juga aku tidak pernah menghubungi Abang Haikal walaupun sekejap. Bukan aku lupa atau terlupa. Aku sengaja, aku takut untuk jatuh cinta padanya. Aku sebenarnya masih ragu-ragu dengan perkahwinanku. Aku tidak pasti samada dia ikhlas mengambilku sebagai isterinya atau tidak.

“ Baiklah Puan Zulaikha, Cik Ayuni nak keluar kejapnya, banyak lagi nak kena selesaikan..” ujar yuni menghentikan tawaku yang masih bersisa.

“ Ok Cik Yuni!” sengaja aku tekankan perkataan Cik, aku tahu dia menyindirku..

Aku tidak suka ditinggalkan sendirian, pasti aku akan mengenangkan insan yang telah menjadi teman hidupku… belum sempat aku mengumpul angan-angan, telefon bimbit ku berdering, lantas ku menjawab panggilan yang ku tak ketahui pemanggilnya, nombornya tiada dalam simpananku…

“ Helo….”
“Assalamualaikum… sayang…?”
“siapa??’ ujarku agak hairan si pemanggil itu memanggilku dengan panggilan sayang…
“ ni Haikal la..” jawabnya sambil ketawa kecil
“ oh, abang Haikal.. zu takde nombor abang, sorry..” jawabku ikhlas
‘ takpe… erm… zu sihat?”
“Alhamdulillah… abang?” ujarku kembali
‘sihat juga… zu..” ujarnya seakan ada suatu yang ingin disoalnya
“ ye.. kenapa?”
“ dekat mana sekarang?” hatiku berdegup kencang.. aku tidak pernah memberitahu padanya yang aku telah pun menyambung pengajian di Universiti
“zu.. dekat UTM…” jawabku gugup
“kenapa abang tak tahu?” soalnya lagi
“Zu tak sempat nak cakap…” jawabku berdalih
“ abang rasa dah lima bulan Zu kat UTM kan.. takkan tak sempat nak cakap lagi..” ujarnya menjeratku
“ perlu ke zu cakap?” ujarku geram, dia sengaja mencari marahku
“ abangkan suami Zu… abg kena tahu” suaranya lagi, aku dihempap rasa geram dan marah..
“ sekarang abang dah tahu kan… so apa lagi… nak Zu cakap juga? Ok.. abang, Zu dekat UTM Skudai, ambil jurusan Pendidikan.. puas??” jawabku geram.
“ apa ni sayang…? Abang cakap elok-elokkan…”
“Stop calling me ‘sayang’” jawabku lalu terus mematikan talian.. aku sendiri tak mengerti mengapa aku perlu memarahi dia, dia tak bersalah, dia hanya bertanya.. aku dihambat rasa tertekan lagi.

Telefonku berdering lagi. Aku ragu-ragu untuk menjawabnya. Aku tertekan setiap kali aku mendengar nama Haikal apatah lagi suaranya. Aku sebenarnya tak tertahan menanggung rasa rindu padanya. Cinta yang telah lama berputik dulu kini telah kembali mekar dalam hatiku. Cuma aku malu untuk mengakuinya, kerna aku tahu cintanya bukan milikku. Selepas seminggu aku bergelar isteri kepada Muhd Haikal, aku tidak sengaja mendengar perbualan telefonnya, tidak tahu siapa tapi yang pasti ia nya dari seorang wanita. Haikal mengatakan rasa rindu dan cintanya pada si pemanggil, kala itu hati ini seakan-akan hancur. Apa makna perkahwinan kami ini pada dia? Sehingga kini persoalan itu tak lagi terjawab. Di sebabkan hal itu aku kini memendam rasa, aku ragu dengan tiap kata-katanya.

Telefon ini masih berdering, entah untuk yang ke berapa kali. Aku membiarkan sahaja. Aku tak mahu hati aku dipermainkan oleh seorang lelaki yang telah sah menjadi suami kepadaku. Deringan telah berhenti, lalu ku matikan terus telefonku biar tiada yang menggangguku saat ini. Aku perlukan suatu ketenangan.

layan hitam~

salam ukhwah..

dalam melayan gambar-gambar black and white.. aku pun syok la plak.. orang kata cewi sat..
=) so banyak la gambar hitam putih macam dolu-dolu.. cantik kan... ( aku tau aku memang cantik!..)


first!second!
third!

fourth!


reminder: gambar ne yang korang suke? aku suke yang first!!

black n white contest~

salam.

masa dok jenguk-jenguk blog orang terbaca pasal contest nih..
buat pertama nak.. hati ni kata jum la join!

so.. jum la korang kite masuk contest ni.. suke-suke =)

leh tgk kat link nih... black and white contest


this my pic!


haa... amacam?? hehehehe... kena tag kengkawan nih...

jum guys join this contest!!

1. fatin

2. aqmar

3. zati

Sunday, August 29, 2010

love is forever~ 01


Keindahan tasik ini menenteramkan jiwaku. Tersandar aku dipohon rendang ini. Mataku leka melihat cahya yang terbias dibalik dedaun hijau. Angin petang yang menghembus menyegarkan diri, seolah-olah membawa pergi segala resah di hati. Angin ini menampar lembut pipiku, sungguh nyaman. Alhamdulillah aku masih dapat merasai nikmat alam ini. Aku melepaskan keluhku perlahan. Sedari tadi tanganku ini mematahkan ranting-ranting pokok yang bertaburan, seolah-olah mematahkan segala debaran yang menyelubungi diriku. Sudah berjam-jam aku di sini, menantikan sebuah jawapan dari dia, insan yang aku sayangi.. suamiku Muhd Haikal Hazimi..

~ tunggu abg nanti abg datang..

Aku terpaksa menikahi dia secara tiba-tiba, tatkala aku masih belasan tahun. Entahlah, keadaan itu tidak dapatku tafsirkan antara paksa atau rela..berlaku tanpa aku duga,tatkala dirinya cuba ku lupa..

Aku mengenalinya selama hampir tiga tahun. Namun kami tidak pernah bersua atau berjumpa, hanya mengenali nama sahaja. Perkenalan yang bermula di dalam internet tidak di sangka kekal begitu lama. Dia menjadi abangku dalam tempoh itu. Dia lah tempat ku mengadu. Dengannya aku rasa bahagia, mudah untukku dekati. Selepas dua tahun perkenalan dia bawa khabar gembira dalam hidupnya. Dia akan mendirikan mahligainya tidak lama lagi. Aku rasai kegembiraannya walaupun ada rasa lain dalam hatiku. Selepas itu tiada lagi khabar berita darinya…


XxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxX

‘Tolonglah dik, abang dah buntu ni.” Rayu Haikal bersungguh-sungguh sedari tadi.
‘Tapi abang, adik baru 19, baru je habis matrik, adik…..”
“tolonglah dik,minggu depan dah majlis, ni semua maruah dik, semua pasal maruah…” rayu Haikal lagi sebelum sempat aku habiskan kata-kataku.
“Ok, abang dengar sini.. adik tak berani nak cakap apa-apa or bagi keputusan, abang datang rumah adik cakap sendiri dengan family adik.” Ujarku lalu aku matikan talian.

Malam itu aku buntu dan keliru. Aku terlalu muda untuk menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan. Patutkah aku khabarkan pada ibu?. Ya Allah, apakah semua ini? Bantulah aku. Bantulah aku untuk menyelesaikan dugaanmu ini.. amin…

Seperti yang dijanjikan dia datang bersama kedua-dua orang tuanya. Ayah dan ibu begitu terkejut dengan kehadiran mereka dan ditambah pula dengan hajat mereka yang begitu besar. Ibu mulanya tidak bersetuju dengan hajat mereka itu, ayah tetap tenang namun dari reaksinya, aku tahu ayah juga tidak bersetuju.. Aku hanya diam seribu bahasa, mana tidaknya, inilah kali pertama aku berjumpa dengan dia secara bersemuka. Pada hari pertama berjumpa dia membawa hajat yang begitu besar.

“ Zulaikha, apa semua ni?” ujar ibu tegas.
“Zu.. taktau la bu, abang Haikal telefon semalam, cakap pasal semua ni, Zu taktau nak buat keputusan, Zu suruh dia datang rumah, jumpa ibu jumpa ayah.”
“Habis, Zu nak la kahwin dengan dia?” soal ibu tegas
“Zu taktau bu, Zu dah anggap dia macam abang Zu, macam Along macam Angah.. Zu taktau..” jelasku dengan mata yang berair.
“ Dah tu, kenapa suruh dia datang rumah?”
“ Abang Haikal terlalu berharap ibu, Zu tak tau nak cakap apa malam tu..” kali ini aku sudah tersedu-sedu.
“ Dah ibu taknak dengar apa-apa lagi..”

Tak ku duga,air mataku mengalir perlahan. Hatiku terasa sayu. Sebelum ini ibu tidak pernah begini denganku. Berdosakah aku?

si BONGKAK?

salam semua..

i kept thinking if there any readers..ahaks..
------------------------------------------------
manusia.. ya manusia.. bila nama je manusia ada je tak kena.. biar la dia berilmu tinggi or beragama segala mesti ada yang kurang and mesti ada dosa... sebab manusia 'tak sempurna'
ah.. alasan... alasan yang dah berzaman... walaupun tak sempurna takkan sentiasa buat dosa.. lupa pahala? takkan sebab tak sempurna habes semua hati nak diluka???
apa guna ilmu? apa guna agama?? kalau hati snediri je nak jaga?? hati orang lain?? kalau dah kata ada agama takkan perkara mudah tak boleh tau??


... melukakan hati orang lain lebih berdosa!!!
...memalukan/mengaibkan orang lain berdosa!!
...marah tak tentu hala berdosa!!
...membenci + berdendam berdosa!!!

...sombong dan bongkak berdosa!!!




Add Video

alah... ilmu tak berapa pun... agama hanya sekadar luaran.. dalaman hanya dia dengan tuhan!

alah... tak sehebat mana pun.. hanya tinggi pada kata-kata dia.. realiti? habuk pun takdak..

alah... baru berangan-angan.. heboh satu dunia....

alah.. buat cerekarama saja... kalut nak masuk TV3!!!


sikap itu.,.. sifat itu... itu lah yang buat orang lain merana...



hal orang.. sebok-sebok bersyarah,salah sana situ sini

hal orang... jangan-jangan..dosa!

hal orang.. sebok merepot sana sini.. salah..buat dosa...

hal orang... dia lagi hebat...dabik dada...


tak sedar.. dia jauh kebelakang.. semua yang dia pandang..orang tak pandang..
konon dia seorang saja berusaha..berjaya dunia.. berjaya kesyurga... orang lain?? katanya masih di takuk lama.. iya?? orang lain itu sudah berjaya dari dia...

hei manusia yang bernama si Bongkak.. sedar la.. sedar... bangun lah dari mimpi..!!! kau yang tak maju!






reminder: kesian mama.. demam aje sekarang... bila mama nak bahagia sebenar2nya??

Saturday, August 28, 2010

aku orang biasa~

salam malam penuh barakah...


makin hari makin terpikir
dan makin hari makin takut...
sebab.. makin hari makin berakhir... usia alam ni..
bila tiba waktu, masa nya.... kita semua kembali ke dunia yang abadi..

bila? siapa pun tak tau.. semua petanda kecil..dah lama ada... petanda besar?? banyak dah sekarang nih... mungkin bumi dah tak dapat bertahan...mungkin bumi hanya bertahan dengan sebatang ranting kecil..... Ya Allah... aku belum siap... aku belum siap..... dosa makin bertambah tiap saat hayatku..




.... nak info surah tentang kiamat sila copy link nih......
http://www.al-shia.org/html/id/quran/tafsir/al-waqiah/01.htm


















reminder: aku belum bersedia... =(

Thursday, August 26, 2010

fikir-terfikir-memikir???

salam.

actually taktau nak letak tajuk pe entry nih...
so.. masa dok pikiaq tu..terus boh macam yang korang baca la.. hik3
yup.. no idea.. kering kontang... same like mase nak wat lesson plan...

alamak..esok ngajar! (alah~relax jek.. =P)
baru pas blog orang.. blog sape ag klu bukan blog yg tengah ngetop kat fb... hahahaha.. teka je la...
malas nk tulis sini ( =) serupa taknak gtau orang ja kan..)

erm,,, cakap pasal lesson plan.. adakah entri2 kat blog pun kna buat macam buat lesson plan...

1. set induksi?
2. perkembangan?
3. penutup?
4. tugasan?
5. refleksi?

adakah begitu sekali?? no komen... huh!

tapi oke jugak la kalau aku wat macam tu kan... komfem berjela-jela aku nye entri... =P
nampak macam penuh pengisian je kan...
eh! sebut pengisian nih... ramadhan kali ni,,, tak banyak pengisian yang aku muat kan dalam blog... astaqfirullah,,,, jauh dah aku nih,,,, erm.. pasni kena cari pengisian... walaupun hanya sebaris ayat kan... i'Allah...

terlupa sangat la... (rasa bersalah sudah mencengkam... y?) sebabnya,,, dulu masa mula-mula wujud kan blog nih... nak banyakkan pengisian untuk orang baca,dapat dan amal.. tapi sikalang suda lain woo... wa manyak cilap jalan ma... waaaaa... ( okeh sudah!)

dah lewat kan.. tapi yelah housemate aku nih...kalau aku kata mengantuk..komfem jawapan yang sama gak aku dapat..

"awal lagi la... baru pukul 3 a.m!" ... pandai diorang kan3....







reminder: baby macam saya perlu tidur 8jam sehari!
*baca dengan nada pompuan gedik!

Sunday, August 22, 2010

aku seakan tidak bersyukur~


salam

makin hari makin jauh aku dari blog ni... bukan apa... sibuk sikit... seronok menulis tapi tak ramai kawan maya nih... huhuhu so.. rasa macam luahkan je tapi no feed back.. heheheh it just oke... =)

entri kali ni mcam sayu sikit.. yelah,,, tak bersyukur... bukan pada nikmat2 Allah.. alhamdulillah segala nya oke... syukur... sehat ag... erm..ni kesah sorang kawan aku.. dia kata bukan nikmat Allah yang lain... cuma... dengan hati...

ni sedikit cebisan luahan dia... aku kan pendengar setia.. =)

==== kes hati kita.. kes cinta....erm...hati ni macam kekacauan sikit... entah... ada orang yang sayang,,,, and kita sendiri pun sayang dia... sayang sangat,,, tapi yelah manusia tak pernah bersyukur... aku pun tak terkecuali... alhamdulilah... ada org syg aku..cuma menanti masa je nk sah kan ikatan.. cuma... kadang2.. bila aku usha gambar-gambar kawan2.. aku mesti jumpa gambar budak tu... erm... yelah dia tak tahu yang aku syok sangat2 kat dia... dia pun tak kenal aku... maybe kenal muka sebab satu kuliah.. tapi nama jauh sekali... erm... yelah dulu aku sedar aku jauh sangat berbaza dari dia.. dia penuh ilmu tapi aku?? aku hari2 cuba jadik yang terbaek.. sebab permpuan baek untuk lelaki yang baek kan... mungkin dengar macam aku tak ikhlas... tapi aku cuba.. aku cuba untuk jadik setanding dia... tapi entah... mungkin sebab dia tak kenal aku... aku pun tak pasti ape yang aku harap.... mungkin aku terlalu mahukan dia... Ya Allah.. aku sedar aku salah...

tu la sedikit cebisan cerita hati dia... ape aku leh cakap??? kalau korang kat tempat aku korang cakap ape eh??? tau aku cakap ape??

+++++ indah cinta ni... tambah2 kalau kita memang inginkan dia jadi pendamping kita... dan bila insan yang menjadi kegilaan hati kita jadi milik kita,,,,tapi sampai bila ye cinta tu??? erm.. sayangnya... cinta manusia tu sementara... kat dunia je.... indah pun dunia je... indah pun bahaya kan... macam2 leh jadi.. tapi ingat la kawan,,, cinta Ilahi selamanya... kenapa tak rebut cinta DIA? ye fitrah kita manusia.. aku pun... aku pun bercinta dengan manusia... aku tak kata salah... tapi ada HAD... BATAS... paham kan... =) ++++++

cinta kan bunga
cantik
namun layu akhirnya

cinta kan manusia
indah
namun tak lama...
sementara..tika di dunia..

cinta kan Allah
abadi..
cinta yang kekal selamanya
indah..bahgia.....






reminder: cik tam suruh selalu doa lepas solat,.. moga hubungan di restui Allah.. penuh rahmatNYa..

Friday, August 20, 2010

cinta pada kerjaya "pendidik"


salam semua...

lama tak menulis kan.. erm... bukan ape.. bizi sgt2... otak hanya pikir students je sekrg...
dulu before praktikal ingat nk wat kesah pegi sekolah dalam blog... hahhahha tapi tgk la.. nothing??? ngeh3...

dalam kesibukan jadik seorang CIKGU ni,, rupa2 nya dah nak masuk 5 minggu dah.. cepat je masa...

dah pernah stress dah penah enjoy.. dan sekarang ramadhan sangat la letih ( letih pakai heel yg xtinggi pun) hohohoohoh... SMKCC Kluang.. memang best... teachers staffs and students memamng terBAEK!! yelah budak2 kadang2 mmg la nakal... tapi students smkcc ni mulut takleh diam.. ada je yang nak diorg cakap... ayohai...

erm.. seronok jadi guru... mengajar kita erti sabar.. mengawal marah,,,

aku ada masalah besar sebenarnya.... aku tak pandai kawal kelas lagi.. tulun3.... budak2 macam nak pijak pala jek,, ( yelah bajet nak jadik cikgu paling sopan kata kan,,,ngeh3)

mungkin pengalaman sepanjang jadik guru ni akan aku mausk kan.... =)