Monday, August 31, 2009

::::erti sebuah kemerdekaan:::::


hari ni genap 52 tahun malaysia merdeka.. berdiri di atas kaki sendiri.. maju dengan cerdik akal rakyat nya sendiri.. pemimpin yang berwibawa.. kita merdeka daripada jajahan negara asing.. bebas.. bebas dari ketakutan, kekejaman.... alhamdulillah berkat usaha.. berkat kekuatan.. semangat cinta kan tanah air pejuang2 dahulu... terima kasih para pejuang kemerdekaan.. anakanda sangat bersyukur mempunyai pejuang2 seperti anda.. tanpa anda anakanda takkan boleh belajar semudah sekarang.. anakanda berdoa agar roh anda aman di sana.. bagi yang masih ada.. anakanda berdoa agar anda sehat sentiasa.. bahgia sejahtera..

tapi.. aku sentiasa terfikir kenapa generasi sekarang seakan tak menghargai kemerdekaan malaysia.. nak ke rasa susah payah macam dulu.. diseksa.. kebuluran.. lari sana sini.. tidur tak nyenyak... bila tanya siapa perjuang negara??? tahu ke?? semua geleng.. kelas sejarah semua tidur.. kenapa???

kenapa kita perlu belajar sejarah???

jawapan yang mudah... supaya kita takkan mengulangi sejarah..

sekarang kita bebas tapi.. kita masih dijajah dari segi pemikiran.. pakaian.. tingkahlaku...

bila kita pakai elok2,sopan2.. dia kata tak up-to-date.. kenapa nak pakai macam mat saleh...?? kata merdeka...

entah la.. aku pun tak paham... aku takut bila kepimpinan bergolak.. takut hilang segala kemakmuran.. aku nak belajar dengan tenang..

bagaimana malaysia 10 tahun lagi????




SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

Serunai Faqir
Wangsa Maju

Sunday, August 30, 2009

marilah TGK jap

http://www.youtube.com/watch?v=hRymKljlFIg

macamManE???



pening la sekarang
banyak lak kena pikir
penat
ni ada lak kontroversi
amendi nih
ya Allah makin banyak lak kontroversi

assignment banyak kena siapkan
test banyak jugak
ya Allah
permudahkan lah bagiku

doa penenang jiwa:

Allahumma inii as-a'luka nafsan muthma'innatan
tu'minu biliqaa'ika
wa tardhaa biqadhaa'ika
wa taqna'u bi'athaa'ika

Ya Allah, aku mohon pada-Mu jiwa yang tenteram
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan ridha atas keputusan-Mu
serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu

Saturday, August 29, 2009

~kueh tapak musang~



kueh tapak musang jgak di panggil kueh sago.. hoho.. enak2.. klu manis ag enak
aku beli kat bazaar tadi
tapi
tawar

akuMASIHnampak...

takut nya....
tu je yang aku leh ungkapkan sekrg..
hari khamis ritu kumpulan ke10 pembentangan islam dan isu semasa wat pasal
hukum hudud..

diorg tayangkan gambar org kena rejam sampai mati..
hukuman keatas suami atau isteri yang berzina..
astagfirullah... aku takut.. seakan hilang semangat lepas tgok..
itu bru seksaan dunia.. syukur diorg kne siap2..
klu malaysia nih.. ne ada hukuman tu.. tak wat.. so.. di akhirat kne ... ya Allah
azab Allah lebih dari tu..

aku terus pikir soal kematian
kematian pasti berlaku
aku pasti mati suatu hari nanti
dapat ke aku masuk syurga???
takut...
cukup ke pahala aku???
takut...
layak aku masuk syurga??
takut...
sempurna ke solat aku??
takut....
aurat aku adakah terjaga???
takut..
kata2 aku.. pandangan aku.. hati aku...
dengki khianat.. maksiat,
ya Allah.. azab mu pedih.. aku takut...

berikan aku keampunan ya Rabb...
bantu aku untuk sentiasa bertaubat...

++KISAHpenyakitSeorangPelajar++



inilah sekolah ku... tension nih.. so nak cite pasal satu cite.. penyakit seorg pelajar.. tau tak cite nih?? tak tau?? so mari-mari.. bace...

+++ kesah ini berlaku kat sebuah sekolah di bandar.. bukan di kampung.. (hikhik) ade seorang pelajar yang bernama shamil (bukan nama sebenar) dia seorang pelajar yang tersangat nakal dan suke mengganggu rakan2 nya. dia juga selalu menyusahkan guru2 nya. suatu hari guru nya, cikgu ika (bukan nama sebenar) telah memberikan satu tugasan kepada semua pelajar termasuklah shamil. mereka semua telah diberikan selama seminggu untuk menyiapkan tugasan tersebut. setelah seminggu cikgu ika meminta semua pelajar menghantar tugasan tersebut. disebabkan shamil ni seorang yang nakal n suke menyusahkan guru dia tak siapkan pun tugasan tersebut..

"alamak cikgu.. saya dengan hebatnya tak siapkan kerja cikgu" ketawa shamil kepada cikgu ika..
dengan tenang cikgu ika menjawab.. "takpe.. cikgu bagi awak perlepasan kali ini shamil"

shamil amat terkejut dengan kata-kata cikgu ika.. "kenapa pula cikgu?? cikgu tak marah?? dengan penuh kehairanan shamil bertanya pada cikgu ika..

cikgu ika dengan tenang menjawab... " kelas.. kasihan kan shamil ini.. daripada cikgu-cikgu yang lain.. cikgu dapat tahu shamil sedang menderita sakit.. sakit yang susah nak di ubati...oleh sebab itu dia diberi pelepasan untuk tidak menyiapkan tugasan nya.."

semua pelajar terkejut... paling terkejut sekali mesti la shamil..
"saya takde penyakit cikgu!" tempik shamil

"kelas.. kamu semua hati2 supaya tak berjangkit penyakit shamil.." kata cikgu ika.

seminggu lama shamil memikirkan apa penyakitnya.. semua konco2 nya telah pergi menjauhinya... penat memikirkan nya..
dan setibanya kelas cikgu ika dia bertanya...

"cikgu apa sakit saya.. mak saya kata saya sehat.." ujar shamil

dengan tersenyum cikgu ika menjawab..

" kamu shamil terkena penyakit MALAS.. penyakit yang tiada ubat dan senang berjangkit"

satu kelas mentertawakan shamil.. shamil terus tergaru2 kepala.. dia sudah terkena...

p/s... cite ni takde kaitan yang hiduo maupun yg telah meninggal dunia..

ayuhai bonda...

bonda...
malam ini anak mu amat merindui mu..

bonda..
malam ini anak mu terasa ingin dibelai olehmu

bonda...
malam ini, anakmu menangis kerna mengingatimu

bonda...
malam ini anakmu terasa ingin mendapat kehangatan pelukanmu..

bonda..
bonda..
bonda..

anakmu terlalu merinduimu...

............. sedih tul malam nih... ramai je yang balik.. erm... first puasa pun tak balik.. ayuhai bonda.. rindu nye...

Friday, August 28, 2009

DuaTestBerjayaAkuTempuh..

Alhamdulillah...
dah lepas dua test...
2hari tido pukul2.30 pg..bangun pukul5.. only 2jam setengah tido..
its ok.. student hnya perlukan 3 or 4 jam tido.. klu dah 8jam, bile kah kita belajar?? hahahah.
selasa nanti (01-09-09) ada lagi test.. pedagogi.. huh! struggle weekend niyH!

"Ya Allah.. Permudahkan Wateeqa dalam menghadapi peperiksaan nanti.. amin!"

P/s: thanks for du'a

adushh... sakitnye


Sakitnye mulut nih.. auw3.. ulser mulut nih.. aduhai.. sakit benaran..
ayuhai... sodih... huahuaha..
tadi g klinik lupe lak nak amek ubat..
auwauwauw.... sakit.. ujian3 bulan pose macam ni.. huuuuu

Monday, August 24, 2009

Wanita..... Insan Istimewa


Aku hamba yang Esa
Sahaya Nya yang hina
Inginku titipkan
Coretan hatiku
Fitrah seorang wanita

Hati kami kecil
Tapi besar dengan kasih sayang

Hati kami halus
Namun penuh kesetiaan
Ketaatan

Dikurniakan Ilahi
Kelembutan azali
Bukan lemah
Tak bermaksud
fitrah kelembutan kami satu kelemahan

Dianugerahkan kami keayuan
Bukan sekadar hiasan duniawi
Bukan pameran untuk lelaki

Lembut kami
Ayu kami
Memacak pada kami
Supaya bersembunyi

Bukan takut
Bukan tidak berani
Tapi malu
Malu pada ilahi

Malu itu adalah perhiasan hidup kami
Benteng keimanan kami
Tembok ketaqwaan pada Ilahi

Dikurniakan juga air mata
Air yang mudah mengalir
Bukan kami sengaja
Bukan kerna simpati
Hanya itu senjata kami
Meluahkan gelodak perasaan
ia bahasa hati kami


Tak mungkin
Tak mungkin semua dapat kami suarakan
Tak mungkin kami mampu khabarkan pada dunia
Segala keinginan kami


Dikurniakan suara yang hebat
Ada merdu
Ada nyaring
Ada pula yang manja
Indah…
Bisa Goyah iman si lelaki

Wanita di beri 1001 perhiasan
Biar zahir mahupun batin

Kami Sembunyikan
Simpan ia
Binakan pagar-pagar duri
Biar tiada siapa yang mampu merentanginya

Pingin sekali
Kami hadiah segala perhiasan ini
Pada lelaki
Lelaki yang akan menjadi pemimpin hidup kami
Imam dihati kami

Ku titip doa pada yang Esa
Agar mudah hidupku didunia
Menjadi wanita yang bertaqwa
Menjadi wanita syurga

Pimpin lah aku ke jalan yang Kau redhai
berikan aku cahya cintaMU Ya Rabbi
Kau berikan aku Rahmat Mu
Jangan lalaikan aku dengan keindahan duniawi
Jangan ditimpakan aku ujian yang tak mampu untuk ku harungi

Jika Kau berikan aku cinta seorang insan
Ku pohon agar dia yang terbaik untukku
Moga dia dapat memimpinku ke jalan Mu Ya Rabbi
Moga dia penuhkan hatiku dengan cinta untuk Mu

Moga impian ku
Untuk menjadi wanita solehah
Isteri solehah
Dan ibu yang solehah
Kau kabulkan…

Kabulkan lah Ya Rabbi
Permintaan hati ini……….. amin..

GeNeraSi PLATINUM




tadi dalam kelas islam dan isu2 semasa ustaz ada sebut pasal generasi PLATINUM.. apa dia tu??? tak tau pun.. tu la feedback aku kat ustaz.. ustaz just kata kamu taktau.. balik je kelas aku cari dalam tenet.. dah ramai yg cakap hal nih.. utk yang taktau jugak meh sini baca skit.. apa itu GENERASI PLANTINUM... aku amek dari ANTARA news...

++ Oleh Yuri Alfrin Aladdin

Jakarta (ANTARA News) - Ketika masyarakat masih terpana dengan kehadiran generasi Y (Milenium), mereka tidak menyadari akan munculnya sebuah calon generasi baru yang lahir pada abad ke-21 yang lebih canggih dari generasi Y. Merekalah Generasi Platinum, yang lahir sesudah tahun 2000.

Seperti apakah ciri-ciri, kesukaan, sikap, aspirasi mereka? Faktor-faktor dan kejadian-kejadian apa saja yang membentuk kepercayaan dan tingkah laku mereka?

Psikolog dari Universitas Paramadina, Alzena Masykouri, kepada ANTARA News mengatakan bahwa generasi itu lahir di masa keterbukaan teknologi, keterbukaan cara berpikir, keterbukaan berperilaku, serta ketersediaan sarana pendidikan yang jauh lebih baik dibandingkan dengan generasi-generasi sebelumnya.

"Penamaan sebagai Generasi Platinum oleh para pakar dunia sebetulnya cuma istilah saja, untuk membedakan generasi ini dari sebelumnya. Platinum sendiri mengacu pada sesuatu yang mewah dan elegan," kata dia.

Dikatakannya, pada awalnya, hidup generasi yang disebut Baby Boomers. Generasi itu merupakan kelompok masyarakat yang hidup setelah Perang Dunia II yaitu antara 1946 dan 1964. Generasi ini diberi nama Baby Boomers karena pada rentang waktu generasi ini hidup, terjadi peningkatan jumlah kelahiran di seluruh dunia.

Anak-anak yang terlahir di generasi ini merupakan golongan masyarakat yang mulai mengenal televisi dengan beragam acara yang berbeda-beda, seperti Perang Vietnam, pembunuhan John F Kennedy, Martin Luther King Jr, dan Robert F. Kennedy. Golongan masyarakat ini mengenal musik, sebagian besar adalah Rock n Roll, sebagai cara untuk mengekpresikan identitas generasi mereka.

Selanjutnya, lahir Generasi X yang lahir antara tahun 1965 hingga 1980. Anak-anak yang lahir pada generasi ini tumbuh dengan video games dan MTV, dan menghabiskan masa remajanya di tahun 80-an.

Anak-anak remaja generasi X memiliki ciri-ciri, kurang optimistis terhadap masa depan, sinis, skeptis, tidak lagi menghormati nilai-nilai dan lembaga tradisional, serta tidak memiliki rasa hormat kepada orang tua mereka.

Di awal 90-an, media menampilkan Generasi X secara fisik sebagai generasi yang senang memakai kemeja flannel, suka menyendiri, banyak tindikan di tubuh, dan lebih memilih bekerja di restoran.

Generasi Y, atau yang lebih dikenal sebagai Generasi Millennium, tumbuh seiring dengan banyak kejadian yang mengubah dunia, di antaranya berkembangnya komunikasi massa, serta internet.

Terminologi Generasi Y diberikan kepada anak-anak yang lahir dari tahun 1981 - 1995. Anak-anak remaja yang lahir pada generasi ini harus merasakan tingginya biaya pendidikan dibandingkan generasi sebelumnya.

Generasi ini cenderung menuntut, tidak sabar, serta buruk dalam berkomunikasi dengan sesama. Survei yang pernah dilakukan menunjukkan bahwa generasi ini memiliki kemampuan mengeja dan bahasa yang buruk.

Generasi Y yang telah bekerja menunjukkan sikap yang cuek dan senantiasa bertentangan dengan peraturan kantor. Namun, generasi ini boleh dipuji untuk energi dan semangat bekerjanya yang luar biasa.

Apakah generasi berhenti sampai di sini? Bagaimana dengan anak-anak yang lahir sesudahnya, yang lahir dengan segala ketersediaan sarana serta kemajuan teknologi?

"Ya, inilah anak-anak Generasi Platinum. Generasi Platinum adalah terminologi yang diberikan kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2000 ke atas atau awal abad ke-21," kata dia.

Menurut Masykouri, jika diamati anak-anak kelahiran tahun 2000 memiliki karakter unik yang lebih ekspresif dan eksploratif selaras dengan arah perkembangan zaman.

Bila diamati, kata dia, anak-anak Generasi Platinum memiliki kemampuan yang tinggi dalam mengakses dan mengakomodir informasi sehingga mereka memiliki kesempatan lebih banyak dan terbuka untuk mengembangkan dirinya. Kelak, mereka pun dapat menggunakan potensinya untuk bertahan hidup. Bahkan juga menjadi manusia yang berkualitas dan produktif.

Generasi sebelumnya memang sudah memiliki tingkat literasi teknologi yang tinggi, namun mereka hanya sebatas sebagai pengguna saja. Generasi Platinum adalah golongan yang memiliki orientasi sekaligus kemampuan berkarya sehingga dapat berperan sebagai produsen, kreator, ataupun inisiator.

"Sesungguhnya ini tidak hanya untuk aspek teknologi saja, tetapi juga dalam setiap aspek kehidupan," kata dia.

Namun, kata Masykouri, jika ditelaah anak yang lahir pada abad ke-21 adalah hasil `produksi` orang tua (lahir di tahun 70-an), yaitu generasi yang sudah memiliki keinginan untuk mengoptimalkan potensinya. Orang tua mereka adalah umumnya orang-orang yang berpendidikan tinggi.

Alhasil, kemunculan generasi yang berbeda tak lepas dari pengaruh orangtuanya yang memiliki pandangan terbuka, dan lebih mudah menerima perubahan, terutama teknologi.

Sementara itu, Ketua Jurusan Sosiologi FISIP Universitas Indonesia (UI) Dr. Paulus Wirutomo mengatakan bahwa pemisahan generasi tidak bisa dipakemkan karena meliputi banyak aspek seperti kondisi sosial, ekonomi, termasuk informasi.

Namun, perkembangan generasi bisa saja terjadi jika terjadi fenomena sosial yang mewabah artinya tidak dilihat dari lingkup yang kecil.

"Karakter manusia di setiap generasi tidak berbeda jauh karena manusia dibekali dengan kemampuan adaptasti. Namun ada perkembangan generasi. Yang membedakan individu di setiap generasi ialah `life skills` yang dimiliki," kata Paulus Wirutomo.

Hal senada dikemukakan sosiolog dari UI Drs Johannes Frederik Warouw MA. Dia mengatakan bahwa wajar terjadinya generasi pada setiap zaman akibat nilai baru dan nilai lama atau modifikasi kedua nilai itu.

Setiap generasi, kata dia, pasti memiliki karakteristik manusia yang berbeda karena mereka selalu berhadapan dengan pandangan yang berbeda pula.

"Perkembangan itu wajar, tetapi keberadaannya perlu diawasi berkaitan dengan nilai. Karena, bila tidak diawasi bisa jadi malah menghancurkan nilai-nilai yang sudah ada," katanya menambahkan.++

p/s: sori la.. just copy jek.. so bahasa indonesia.. tapi still leh paham..

``remajaDanCinta``



Remaja dan cinta... sudah jadi suatu kebiasaan.. erm.. kenapa ye? enta la.. just ada suatu cerita.. entah betul atau tidak.. realiti seorang remaja... jom jenguk kejap cerita nih..

***Aku Insan Biasa

Kehidupan ini suatu pinjaman.. dan ianya adalah sementara.. kehidupan memang indah dengan taburan cinta dan kasih sayang. Dunia ini jua fana, ciptaan Dia yang Esa… kita dihidupkan di atas bumi ini sebagai khalifah yang di amanahkan mentadbir bumi Nya…


Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya….
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Moga disuluh cahaya redhaNya….

Aku insan biasa, aku juga hambaNya yang hina. Tiap hidupku ada suka dan duka. Aku redha, kerna ia tanda cinta Allah yang maha esa pada ku, kiranya aku masih dalam pandangan Nya. Alhamdulillah….

Sebagai hambaNya, aku diduga dengan pelbagai cara. Tak terkecuali soal cinta. Aku wanita yang pingin dicintai dan mencintai. Tanpa aku sedari aku sebenarnya diuji. Tiap yang hadir dalam hati memang mengasyikan namun melalaikan. Aku titip doa pada Dia. Moga aku mendapat yang terbaik, yang membawa aku ke jalanNya. Namun… lelaki yang baik untuk wanita yang baik… selayak mana untuk aku terus mendampingi dia ini, kurniaan Allah yang terbaik untukku… aku diduga dan terus diduga, hanya untuk dilayaknya aku mendampingi dia…..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mulanya ingin aku kisahkan kisah hatiku ini dalam sebuah coretan novel namun ku kira kisahnya akan seakan dongengan. Biarlah aku lemparkan cinta hatiku begini, moga yang baca akan memahami, aku juga gadis biasa….

Aku ketemunya dalam suatu suasana yang indah, dalam keadaan yang sarat kebahagiaan. Aku ketemunya semasa aku berhempas pulas dengan buku dan formula yang perlu aku selesaikan. Indah waktu itu, kerna aku didampingi teman yang begitu aku senangi. Namun tika itu aku juga dalam kedukaan… apa yang melukakan? Biarlah aku yang mengetahuinya dan jua Dia yang di atas sana…..

Dia bagiku bukan insan biasa, aku mengaguminya… jika di tanya adakah aku mencintainya… pasti aku menjawab TIDAK… aku mengaguminya, hati aku begitu menghormatinya… sama sekali aku tidak mencintainya… pasti akan ada yang bertanya, jika tidak mengapa aku menulis kisah cinta ini… ya aku tak mencintainya kerna aku takut cinta aku ini akan menganggu dirinya, akan merubah dirinya yang membuatkan aku mengaguminya.. aku mengaguminya,begitu mengagumi… kerna itu aku belajar.. belajar segalanya, membetulkan diriku yang masih ada songsangnya…

Ada juga yang menyuruh aku menghubunginya… namun aku pasti akan menolak sedangkan aku tahu nombor yang membolehkan aku menghubunginya. Aku takkan mengganggunya.. aku tidak mahu tahu yang dia sudah berubah. Bukan lagi seperti mana pertama kali aku melihatnya dan juga mengenalinya..

Aku sendiri tak pasti mengapa aku begitu mengaguminya.. entah.. pada mulanya aku hanya senang melihatnya… wajahnya aku lihat begitu tenang… astagfirullah… aku tahu, aku sepatutnya menundukkan pandanganku, tapi entah mata ini terus akan memandangnya.. aku makin mengaguminya setelah dia menjadi imam ku dan juga makmum lain dalam solat terawih.. subhanallah… merdu suaranya… terasa kusyuk solat aku malam itu… dari saat itu hati ini makin mencoret-coret namanya…

Namun.. sejauh mana pun rasa ku padanya, hanya semampu ini aku dapat luahkan.. dia tidak akan sama sekali mengetahuinya…. Tidak akan… sehingga kini jika aku menyebut namanya, atau mendengar namanya.. bibir ini pasti akan terus tersenyum..
Aku mahu insan seperti dia, biar pun bukan dia, biarlah aku miliki insan persis dia.. aku takkan pernah angankan dia sebagai imam hati ku.. takkan aku harapkan dia pemimpin aku dan masa depan ku.. takkan aku terus mengharap dia ayah kepada anak-anakku… kerna aku sedar sejauh mana layaknya aku ini…

Dia dalam titipan doa ku… dialah yang membawa aku untuk semakin mencintai DIA yang maha agung…

“ Ya Allah biarlah aku bisa mencintai insan yang membawa aku kepada cinta Mu…”

Siapa dia itu ya??? Biarlah hatiku tetap merahsiakannya…. Yang aku pasti, tiada cinta di hatiku selagi dia aku tak miliki…….

Cinta itu cahya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani…….


12/10/08

Esok adalah hari lahirnya… patutkah aku menghubunginya? Ya Allah jangan biar aku mengganggunya… Ya Allah… bantulah aku melupakan dirinya
Jika sebelum ini aku coretkan rasa hatiku pada… namun hari ini rasa itu mengganggu hidupku.. aku mula menyayanginya… Ya Allah jauhkanlah rasa hati ini… ada cinta lain yang cuba hadir dalam hidupku namun.. kerna dia.. ya kerna dia aku tolak cinta yang hadir.. seakan aku hanya ingin memiliki dia di hatiku.. hanya dia… sampai bila?? Aku terseksa menanggung rindu buat dia… aku perlu jauhkan diriku hatiku dan ingatanku dari dia, wajahnya dan namanya…..

Aku takut untuk terus mengharap pada dia….. cukuplah hingga sini… malam ini adalah terakhir kali aku akan mengganggu dia…

Ya Allah…. Bantu lah aku………..

13/10/2008

Aku hadiahkan padanya bulan malam ini.. khas dari ku… bulan tika ini terang menyuluh bumi.. aku terasa ini berkongsi jadi ku hadiahkan padanya.. tiada balasan, agak kecewa rasa hati ini.. namun aku redha.. siapalah aku di sisinya.. aku bukan siapa-siapa.. aku sedar selayak mana aku.. alangkah indah jika dia untuk ku… hanya angan-angan semata-mata.. angan tidur ku.. mungkin setakat ini… takkan aku terus berharap pada dia.. insan yang bukan tercipta untuk ku.. aku tamatkan episode cinta buta ku ini… tiada lagi episode selepas ini…

16/10/2008
Seperti yang dijanjikan aku pada diriku.. aku membuang sudah segala – gala berkaitan dengan dirinya.. aku terasa kekurangan… gambarnya.. gambarnya masih dalam simpanan.. biarlah itu jadi kenangan…

Pada siapa yang membaca pasti akan mengata.. aku seakan mula mencintainya… aku sudah dilamun cinta pada nya… aku mengaku kini… sebabkan itu aku harus hapuskan.. ya hapuskan dia dalam hati dan ingatan ku… aku remaja wahai yang membaca.. remaja belasan tahun.. dari pertama kali aku belajar untuk mencintai dan cuba untuk dicintai aku akan hanya merasa erti kekecewaan… tiada yang sudi untuk benar-benar menyayangi aku… aku redha… cukuplah cinta NYA… dan pada suatu yang hening dia dimunculkan pada pandanganku… ujian.. itu ujian… namun aku yang leka dalam usia remaja tidak menyedarinya… dan kini.. hanya yang terbaik buat dia… moga dia berjaya dalam hidupnya… wahai pemimpin… kau di sana… ku doa yang terbaik buatmu… ku doa kan kau berjaya menjadi apa yang kau pinginkan.... moga kau dikurnia cinta insan yang solehah… yang akan membahagiakan dirimu.. dunia juga akhirat.. jika kau masih mengenali atau mengingat insan yang sering sahaja mengganggu dalam sisipan telefon mu itu… doakan aku.. moga aku menjadi seorang pendidik yang berdedikasi… moga aku dapat mendidik anak-anak mu kelak… doa kan juga aku akan ketemu insan sebaik kamu… doakan aku bahagia… doakan moga impian ku untuk menjadi wanita solehah dikabulkan Allah… doakan aku wahai pemimpin…. Maafkan aku sering mengganggu mu… maafkan aku…..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Wahai pembaca yang mithali…. Doakan aku berjaya… juga doakan dia… inilah kisah ku… aku tidak pernah kenal erti bahagia… bahagia yang dikurniakan hanya pinjaman… aku redha… takkan aku kejar cinta lain selain DIA …. Itulah Cinta Yang Agung… Abadi selamanya…***

p/s: betul ke tidak?? {datin wanabe(^^,)}

KenaPa Wanita muDah menanGis??


Aku suke menangis.. mudah menangis... kenapa?? segagah mana pun seorang wanita tu, dia pasti menitiskan air mata.. but why??? check dis out..

++++Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.

p/s: just untuk anda semua tahu.. wanita menangis bukan kerana LEMAH!!!

aku dia dan tudung

aku pakai tudung.. since aku umo.. 8 tahun.. masih aku ingat ayat ayah aku dat time.. kawan akak pakai tudung why akak tak pakai.. onthespot aku pegi selongkar almari mama.. hehe.. tudung mama aku pakai pegi sekolah.. labuh sampai ke lantai.. hehhe sekarang tudung aku tak sampai lantai.. tapi cukup syarat macam diwajibkan.. alhamdulillah.. tapi aku kecewa dengan melihat wanita juga tudung.. baca ini untuk iktibar..


...Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.

YaAllah.. tetapkan iman ku..

Sunday, August 23, 2009

..kerlipan cahya ramadhan..


..ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapatku lalui dengan sempurna..

Apakah yang di harap pabila datang nya bulan ramadhan?? apakah yang difikirkan tatkala bulan ramadhan menjelang??
+ibadah?
+zikir?
+khatam al-quran??
+terawih??
atau mungkin...
+penat?
+bazaaR?
+raya??

apa lagi tepuk dada tanya iman..

...fadhilat puasa~ramadhan al-mubarak...


> Hari ni dah hari kedua puasa.. kenapa kita berpuasa??

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders